BAB 1

Romance Completed 5655

"ADUH, sakitlah kaki saya, Kak Ifa!" jerit aku apabila kereta kawalan jauh yang dikawal oleh Afifah melanggar buku laliku. Aku tunduk lalu mengengsot ke arah tangga.

"Kisah apa aku kalau kau sakit? Kau ingat aku kisah ke?” balas Afifah sambil terus mengawal kereta kawalan itu dengan lebih cekap. Dia kelihatan macam semakin bersedia untuk melanggar kaki aku buat kali kedua.

Cepat-cepat aku memanjat tangga untuk lepas daripada Afifah. Dengan menahan sakit pada bahagian kaki, aku memanjat naik ke atas sehingga tiba di anak tangga ke enam.

"Hoi, anak manja! Turunlah ke bawah! Aku tahulah aku ni susah nak naik ke atas!" Afifah jadi bengang apabila aku naik ke tangga untuk menjauhinya.

Kenapa Afifah susah nak naik ke atas? Ya, memang dia susah untuk naik ke sini kerana dia seorang yang cacat. Err, jahat sangat ke kalau aku guna perkataan cacat? Tapi, betullah apa yang aku cakapkan itu. Sebenarnya, Afifah telah terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada setahun yang lalu. Akibat daripada peristiwa itu, Afifah lumpuh kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tapi, mengapa dia selalu membuli aku? Kenapa dia sudah tidak seperti kakak aku yang dahulu? Kakak yang sentiasa menyayangiku. Kakak yang sentiasa ada bersama saat aku di dalam kesedihan. Dialah yang selama ini memberikan semangat untukku. Jika aku bersedih, kakak akan merangkulku dari belakang, seolah-olah dia sedang menyalurkan sedikit kekuatan untuk aku terus berdiri dan menjalani setiap hari-hariku.

Tapi mengapa semua tu sudah tiada? Aku rindukan kakak aku yang dulu. Aku rindu...

Aku mahu kakak yang dulu.

Aku mahu disayangi macam dulu.

Aku rindu gelak tawa bersamanya.

Aku mahu Kak Ifa kembali menyayangiku.

Tapi mengapa aku merasakan bahawa semua itu adalah sesuatu yang mustahil? Hina sangatkah aku sehingga aku tidak layak untuk merasai walaupun secebis kebahagiaan?

Ya Allah... Di mana aku harus mencari kebahagiaan?

 

 

-KASYFI-

 

 

AKU mencedok nasi putih ke dalam pinggan kaca. Ikan siakap masak merah itu aku ambil lalu diletakkan di tepi nasi. Selain ikan siakap, ibu juga menyediakan sambal sotong dan ayam masak kari.

Semasa aku cuba untuk mengambil sedikit kari kuah kari, tidak semena-mena kuah itu itu menitik lalu jatuh ke dalam pinggan Afifah. Aku tak sedar pun. Dan aku juga tidak sengaja, tapi kenapa kakak...

"Nak ambik tu, baik-baiklah sikit! Kau kan tahu aku tak suka kari?” tengking Afifah di tepi telinga aku. Suaranya nyaring hingga boleh mencairkan tahi telinga sesiapa yang mendengar. Kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah tahi telinga keras, bolehlah berjumpa dengan Nur Afifah ni ya?

"Minta maaf. Saya tak sengaja.”

"Tak sengaja apanya? Tak pasal-pasal nasi aku dah tak boleh makan. Aku hempuk jugak bibir kau tu dengan selipar jamban nanti!" tengking Afifah lagi.

Ya Allah, sakitnya hati ini. Bukan ke aku dah cakap yang aku bukannya sengaja nak buat macam tu? Dan aku dah pun meminta maaf kepadanya lagi. Apa lagi yang dia tak puas hati?

"Kejap, biar saya sediakan nasi la..."

Percakapan aku terus terhenti apabila ada seseorang yang memotong. Siapa lagi kalau bukan aku kakak aku tu. Itu pun nak gaduh! Benda boleh bincang, buat apa nak bising?

"Huh! Tak payah! Aku dah kenyanglah! Kenyang tengok muka hodoh kau tu!" tolak Afifah lalu beredar ke ruang tamu menggunakan kerusinya. Terkial-kial dia bergerak sambil menolak roda besarnya.

Kasarnya kata-kata Kak Ifa!

"Adik, pergilah pujuk kakak tu makan bersama. Mesti dia lapar..." suruh papa.

Aku bangun dari kerusi lalu bergerak ke ruang tamu. Sesampainya di sana, terus aku nampak Afifah yang sedang menonton konsert K-Pop di saluran Astro One HD. Dengan berhati-hati, aku berjalan mendekatinya. Yalah, kenalah berhati-hati kalau tak aku akan tersadung nanti. Tak pasal-pasal aku kena herdik 'mata tu letak kat muka, bukan kat lantai,' pula nanti.

"Kak Ifa, jomlah makan bersama..." pujuk aku.

Afifah diam tak berkutik. Ish, dia ni kan! Kalau ya pun tak suka aku, janganlah bagi nampak sangat. Kecil hati aku, tahu tak?

"Kak Ifa... Kalau akak marah pasal tadi, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja, kak..." pujuk aku, namun langsung tiada sebarang sahutan.

Aku sudah mempunyai keberanian untuk menggoncang lengannya. Namun ternyata, perlakuan aku ternyata telah membangkitkan kemarahan Afifah yang baru sahaja nak menjunam turun.

"Kan aku dah kata, aku dah kenyang! Kau ni pekak ke apa? Ke dah nyanyuk mengalahkan papa? Atau kau buat-buat tak faham bahasa?” marah Afifah, kuat.

"Maaflah, Kak Ifa..."

Hampir termenangis aku kat situ dibuatnya. Tercebik-cebik bibirku menahan sedih.

"Tahu pun diam! Kau ni ada telinga rupanya, ingatkan dah takde! Tulah kau. Aku cakap sikit, melalak. Nak kena herdik? Nak kena tengking dulu baru reti nak diam? Kau ni memang...! Hisy, aku cakap bodoh kan marah!" sindir Afifah sambil membuat rolling eyes di hadapan muka aku.

Dah berair mataku. Cepat-cepat aku blah, tak mahu membiarkan Afifah nampak aku menangis. Nanti ada saja yang dia nak ketawakan aku.

 

 

-KASYFI-

 

 

AKU meletakkan kasut sekolahku di atas rak, kemudian aku berlari pantas ke arah tandas. Aduh, tak tertahan dah aku nak terkucil. Dengan tidak sengaja, aku terlanggar Afifah yang baru membelok dari dapur. Habis tumpah air oren yang dipegang olehnya.

Aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak baik bakal terjadi sebaik sahaja aku melihat wajah Afifah yang bertukar bengis.

"Eh, kau ni! Apa hal berlari dalam rumah, hah?! Kalau nak berlari sangat, pergi ke padanglah, bongok! Tahulah kaki kau tu elok belaka, tapi janganlah pergi tunjuk dekat aku yang dah rosak kaki ni!" marah Afifah bersama mata yang buntang memandangku.

"Sorry... Saya tak tahan nak ken..."

"Kau ni tak ada ayat lain ke? Asyik minta maaf aje! Bagi alasan aje selalu! Ni baju aku ni, macam mana?. Dah basah, dah kotor semua ni! Nasib baiklah aku minum air sejuk. Kalau air panas yang tumpah atas badan aku yang cacat ni, dah bercerai-berai dah kepala otak kau tu!" tengking Afifah.

Ish, apa ni? Aku memang tak sengajalah...

"Saya boleh bersihkan baju akak..." kataku perlahan sambil memandang lantai. Tak beranilah aku nak pandang muka singa betina dia tu.

"Apa? Bersihkan baju aku? Tak payahlah... Bukan jadi bersih, tapi makin kotor. Baju yang memang dah kotor ni akan jadi makin kotor kalau dicuci oleh tangan kotor macam kau, pengotor!" marah Afifah lagi.

Sempat aku bilang perkataan kotor. Lima weh...

"Kau kalau buat apa pun, memang takkan jadi!" tambah Afifah sambil menyekeh kepalaku.

Hina sangatkah aku sampai boleh diperlakukan sebegini oleh kakak kandung sendiri? Aku ulang sekali lagi. Kakak kandung, bukannya kakak tiri!

Nak saja aku cakap macam ni dekat kakak aku tu...

Kalau orang normal macam aku ni kau boleh kata pengotor, habis macam mana pulak dengan orang cacat macam kau? Nak basuh berak macam mana? Entah-entah kau tinggalkan begitu saja najis kau yang bertabur-tabur tu!

Tapi apalah daya aku untuk berbuat begitu? Walau teruk mana pun dia layan aku, aku tetap akan hormat dia. Sebab dia kakak aku. Sebab aku sayang dia. Sebab aku respect dia. Kalau dia bukan sesiapa bagi aku, memang dah lama aku bagi dia makan tendangan bongsu aku ni.

"Kan saya dah mintak maaf tadi!" Nada suara aku kedengaran agak tinggi sampai Afifah tersentak. Orang normal mana saja yang boleh tahan marah kalau dah sampai macam ni? Cepatlah cakap kat aku, orang normal mana saja yang masih boleh bersabar kalau orang buat dia macam sampah?

"Oh, pandai kau ya? Dah pandai kau lawan aku?" Afifah mula menggerakkan roda kerusinya.

Apa? Melawan? Tak terfikir olehku untuk berbuat demikian kerana belum sempat aku nak lari, Afifah dah pun memukul belakang badan aku.

Aduh, sakitnya!

Air mataku menitis lagi buat kesekian kalinya.

 

 

-KASYFI-

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience