BAB 13

Romance Completed 5655

AKU berjalan ke pintu kelas. Sebaik sahaja masuk, aku terus disapa oleh Sarah yang berkaca mata itu.

"Hai, Iqa. Selamat pagi!" sapa Sarah dengan cerianya.

"Selamat pagi juga." Aku membalas sambil tersenyum.

Kemudian datang dua tiga orang budak perempuan yang memang budak kelas ini. Mereka ialah Aliya dan Marissa. Sarahlah yang kenalkan aku kepada mereka. Dan nasib aku baik apabila mereka semua baik-baik belaka. Ramah aje menegur aku yang masih baru di sekolah ini.

Marissa sentuh bahu aku.

"Oh ya, Iqa. Aku ada bawa roti sandwic, banyak pula. Eloklah kalau kita kongsi empat orang nanti. Tak habis nanti, membebel pula mak aku." Bagitahu Marissa dengan senyuman.

Aku sekadar membalas senyum.

"Laa, ya ke? Thank you, Sa. Aku pun ada bawa kuih, kuih donat. Nanti bolehlah kita share sikit-sikit sorang." Ujarku pula.

"Alah, korang tak cakap nak kongsi-kongsi makanan. Aku bawa satu je mi goreng." Celah Aliya.

"Alah, takpe. Kita kongsi aje apa yang ada. Oh ya, awak ada bawa apa-apa tak, Sarah?" Marissa menyoal Sarah pula.

Sarah yang ketika itu sedang membaiki cermin matanya terus tersenyum.

"Ada, ada. Macam yang saya bagitahu semalamlah, kek coklat." Bagitahu Sarah dengan gaya Mei Meinya.

Aku menggeleng-geleng. Antara aku, Marissa dan Aliya, masing-masing menggunakan panggilan saya-awak dengan si Sarah. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi Marissa cakap, memang dari dulu lagi Sarah berbahasa saya-awak dengan semua orang. Katanya, ibu bapanya tak benarkan dia menggunakan perkataan aku-kau.

"Kalau takde apa-apa, aku ke meja aku dulu ya. Nanti sembang lagi." Ujarku pula sambil tersenyum. Mereka sama-sama mengangguk. Aku terus berjalan ke meja aku.

Ketika aku tengah berjalan di tengah-tengah lorong, mataku terpandangkan meja di belakang tempat dudukku. Meja yang sepatutnya milik Kasyfi itu masih tiada beg sekolah. Eh, mana pulak Kasyfi ni? Tak datang lagi ke?

Aku pandang jam tangan. Dah pukul 7.20 pagi. Dah kira lewat, namun kenapa Kasyfi masih belum datang? Entah-entah dia tak datang sekolah kut. Atau mungkin juga, dia terlambat bangun tidur.

Aku duduk di atas kerusiku. Buku teks Fizik dikeluarkan. Sebab subjek pertama yang akan dipelajari nanti ialah Fizik, jadi aku nak buat imbas kembali terhadap pembelajaran lepas. Takdelah aku terkial-kial kalau cikgu suruh aku menjawab soalan nanti.

Aku membuka muka surat 118. Tengah-tengah membaca, sesekali aku menjeling ke pintu kelas, berharap mataku ternampak kelibat Kasyfi yang mungkin baru nak melangkah. Namun, aku tidak nampak sesiapa di sana. Sehinggalah guru subjek Fizik masuk, Kasyfi masih juga tidak kelihatan.

Aku pandang papan putih apabila melihat Cikgu Jaafar sedang menulis sesuatu. Baru lima minit pembelajaran, aku sudah meraba-raba sesuatu di bawah meja. Plastik berwarna kuning itu aku bawa keluar. Aku bawa dua bungkus nasi lemak. Niat di hati nak bagi Kasyfi makan nasi lemak yang Mak Wa jual ni secara percuma. Tapi, tak ku sangka pula Kasyfi tak datang sekolah hari ni.

Hmm, mungkin lain kali aku patut bertanya pada dia dahulu sebelum membawa apa-apa makanan.

Habis subjek Fizik, aku mendekati meja Marissa dan Aliya yang duduk di belakang meja Sarah. Sementara guru Matematik masuk, eloklah aku ambil kesempatan dahulu.

"Er, korang. Ni, aku ada bawa nasi lemak lebih. Tapi, ada satu je. Korang kongsilah ya." Kataku sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Aliya.

"Kongsi? Hmm, bagi dekat Marissa dengan Sarahlah. Bagi dia kongsi dua. Aku dah bawa mi goreng ni." Ujar Aliya sambil menunjukkan bekal mi gorengnya.

"Ya. Tak kisahlah siapa pun. Takkan nak buang pulak, kan?" Aku sengih saja
.
Marissa terus menyambut pantas lalu mencium bau nasi lemak itu.

"Hmm, sedapnya! Lama dah tak beli nasi lemak yang Mak Wa jual. Eh, Sarah. Kita kongsi dualah." Bagitahu Marissa. Dia nampak begitu teruja apabila menerima nasi lemak buatan nenek aku yang terkenal di itu.

Aku cuma senyum sebelum kembali bergerak ke mejaku. Sebelum melabuhkan duduk, sempat aku menjeling ke meja belakang.

Hmm, sunyilah pula bila Kasyfi takde.

***

DISEBABKAN jalan ke rumah Mak Wa dari sekolah perlu melalui kawasan bandar, aku meminta Pak Berahim iaitu orang yang mengangkut aku ke sekolah itu memberhentikan kereta di seberang jalan. Aku ingat nak beli barang barang sekolah sikit. Yalah, sekolah di sini bukannya dalam perancangan aku. Pen pun aku rembat dari dalam laci meja menjahit Mak Wa saja. Aku rasa pen itu pen yang Mak Wa buat ukur baju. Nasib baiklah sekarang aku dah pegang duit banyak sikit. Pergi sekolah pun biasanya aku akan bawa beg duit sekali. Bukan apa, takut ada kecemasan, bolehlah guna.

Pak Berahim agak keberatan juga untuk meninggalkan aku. Pastilah dia bimbang kalau aku kena culik ke apa. Lagipun, Mak Wa yang upah dia ambil dan hantar aku. Tapi aku bagitahu dia supaya jangan bimbang. Aku bukannya budak darjah enam. Aku dah 17 tahun pun. Pandailah aku tahan teksi untuk pulang nanti.

Aku masuk ke dalam kedai DIY. Aku nak beli sikit-sikit je, jadi rasanya tak perlu kut aku ambil bakul. Aku naik ke tingkat atas sebab biasanya barang-barang sekolah diletakkan di lantai atas. Tepat pada jangkaan, panjat-panjat je aku dah nampak rak buku dan pen di hadapan mata. Aku berjalan ke sana.

Tanganku pantas mengambil satu plastik pen warna biru dari jenama Faber-Castell. Di dalam satu plastik, ada tiga batang pen. Aku mencapai satu plastik lagi tapi kali ini yang berdakwat hitam pula. Aku ambil pen yang bermata 0.5. Aku tak suka pen mata 0.7, sebab tulisan aku akan jadi besar.

Aku pandang sebelah kanan, ada pen hitam dakwat cair. Hmm, cantiknya. Dahlah mata halus, 0.3. Mesti comel kalau buat tulis diari ni. Pantas aku mengambilnya. Di dalamnya juga ada tiga batang. Harga pun tak mahal, dalam RM4.75 sen macam tu.

Aku berjalan ke tengah lorong. Rasanya aku pun perlukan correction tape. Aku ambil yang warna hitam saja, malas nak pilih pilih.

Aku pandang ke belakang. Tiba-tiba aku nampak ada bahagian buku. Paling awal yang aku nampak ialah buku yang kecil sikit daripada buku latihan sekolah. Pantas aku mengambil buku itu. Aduh, comelnya buku ni. Warna merah hati dan ada bentuk love diatasnya. Tebalnya pula adalah lebih kurang ketebalan tiga buah buku latihan. Tak tebal mana pun, tapi okeylah untuk buat tulis diari.

Aku belek pada kulit belakang. Ada tulisan yang tertulis di situ.

Because it's you.

Aww, sebab tulisannya Dancing Script, aku auto jatuh hati. Harga buku ini pula...

Apa, RM13.50 sen?! Mak aih, mahalnya. Kenapa buku-buku yang comel di kedai DIY selalunya mahal-mahal belaka ya? Kalah nasi ganja kalau macam ni. Hari ni aku bawa RM40 je. Kalau aku beli buku ni, cukup ke nak tambang teksi nanti?

Jap, aku kira. Kalau beli buku ni, harganya adalah dalam RM25. Hwaa, cukup ke nak buat tambang teksi nanti kalau bakinya dalam RM15? Ahh, takutlah aku.

Jadi, terpaksalah aku simpan dulu keinginan aku untuk membeli buku yang comel itu. Aku letak buku itu di tempat asal. Aku berjalan keluar dari rak buku. Baru nak melintas di hadapan satu rak yang menjual apa entah, aku rasa macam ada seseorang yang turut berada di lorong ini.

Perlahan-lahan aku menoleh ke kanan.

Eh, Kasyfi ke tu? Dia buat apa kat kedai DIY ni? Nak beli barang-barang sekolah jugak ke? Dahlah tak datang sekolah, lepas tu merayau-rayau pada jam budak sekolah pulang. Kalau contoh ada Cikgu Amy Rosyida yang suka cubit perut budak itu lalu kat sini dan nampak Kasyfi, dia nak jawab apa?

Baru aje nak menghampiri Kasyfi, langkah aku terhenti apabila ada seorang perempuan yang baya-baya kami datang. Dia berhenti di sebelah Kasyfi. Tanpa segan silu dan berlapik, tangan Kasyfi dipautnya.

Eh, perempuan tu sentuh tangan Kasyfi? Tak malu ke kalau Kasyfi tiba-tiba tarik tangannya semula nanti? Aku menanti detik-detik Kasyfi merentap tangannya, namun lain pula yang aku nampak.

Kasyfi membalas pegangan gadis itu menggenggam tangannya yang tampak halus dan lembut itu. Aku terpempam.

Kasyfi... dia... dia pun pegang tangan perempuan tu? Siapa perempuan tu? Kawan perempuan? Atau adik dia? Tak, Kasyfi pernah cakap yang dia takde adik beradik lain.

Jadi, tangan siapakah yang berada di dalam genggaman Kasyfi itu? Aku tak tahu kenapa hati aku merasa sakit apabila melihat tangan mereka yang bersatu itu. Dah macam pasangan kekasih dah aku tengok. Apa hubungan korang ya, nak jugak aku tahu. Korang dah kahwin agaknya!

Perempuan itu bercakap-cakap sesuatu. Kasyfi kelihatan diam mendengar sebelum ketawa kecil, macam dah mendengar sesuatu yang lucu. Pandanganku jatuh ke tangan mereka pula.

So close, it's hurts.

Sakit hati, aku terus ingin beredar. Namun tak semena-mena, kakiku tersepak bawah rak, membuatkan satu bunyi yang tak kuat mana terhasil.

Oh my, memang silap aku. Agaknya Kasyfi dengar tak bunyi tadi ya? Aku menoleh ke arah tadi. Semasa aku menoleh, Kasyfi nampaknya macam baru juga menoleh. Apabila mata bertemu mata, dia kelihatan tersentak.

Aku pun tersentak juga sebab manalah aku jangka yang dia akan tahu aku ada kat sini, kan? Tapi aku sempat buat muka biasa, kononnya takde apa-apa. Muka Kasyfi jelas nampak terkejut. Dia pandang aku lama. Aku buat-buat pandang ke tangannya yang bersatu dengan tangan entah minah mana tu.

Kaysfi ikut pandang ke arah tangan sendiri. Apabila tersedar sesuatu, Kasyfi terus meleraikan pegangan tangan mereka. Heh, kenapa lepaskan? Kenapa tak genggam kemas-kemas tangan minah tu dan bila tiba nak buat pembayaran kat kaunter baru leraikan? Kenapa terus lepaskan tangan perempuan tu selepas nampak aku?

Takde apalah, Kasyfi. Aku okey je. Biasalah tu kalau pegang-pegang tangan, kan? Typical pasangan couple zaman sekarang yang suka pegang-pegang tangan. Lagipun, mungkin aku aje yang tak tahu bahawa selama ini Kasyfi itu jenis yang dah biasa berpegang tangan dengan perempuan lain.

Perempuan itu nampak macam terkejut bila Kasyfi meleraikan tangan mereka. Kenapa terkejut? Oh, aku dah faham. Mestilah perempuan tu terkejut sebab sebelum ni, takde pun Kasyfi lepaskan tangan mereka yang nampak sangat erat itu.

Macam dalam drama, perempuan itu terus memandang ke arah objek yang sedang Kasyfi pandang. Dua pasang mata sedang memandang aku. Uh, nak marah? Sorry, aku takkan malukan diri aku, okey? Terus aku buat-buat senyum sebelum berlalu pergi.

Aku berjalan pantas ke arah tangga. Turun ke tingkat bawah, aku terus berjalan ke kaunter. Nasib aku baik apabila sesampainya aku di sana, pelanggan lain sudah pun menerima wang baki.

Aku meletakkan barang-barang aku di atas kaunter. Cashier yang bertudung sarung hitam itu terus membuat kerjanya. Aku pula membuka beg duit aku. Sesekali aku pandang ke arah tangga, bimbang kalau Kasyfi tiba-tiba datang ke arah aku. Tapi, rasanya tak kut. Mana mungkinlah Kasyfi nak kejar aku sedangkan ada awek dia disampingnya. Kalau perempuan tu takde, bolehlah aku jamin yang Kasyfi akan kejar aku.

Aku hulurkan RM20. Selepas menerima wang baki, aku terus bergegas ke luar. Aku berhenti sekejap, nak ambil angin. Tiba-tiba aku ternampak satu motosikal berwarna hitam. Tak silap aku, itu motosikal Kasyfi sebab aku ingat nombor plate dia. Di motosikal itu ada dua buah helmet. Satu helmet yang biasa Kasyfi pakai, dan satu lagi yang tak pernah aku nampak.

Oh, shit! Rupanya korang berdua datang ke kedai ni naik motor yang sama ya? Hati aku kembali sakit apabila menyedari yang aku juga pernah membonceng motor ini.

Eyh! Ternyata aku dah naik motosikal yang perempuan-perempuan lain dah biasa guna. Bruh...! Kotor punggung aku! Jijiklah!

Geramnya. Dalam banyak banyak motosikal yang terparkir ini, ada jugak yang menyembah bumi sebab ditendang aku nanti! Aku tak tahulah kenapa mesti aku rasa sakit hati. Aku tak bolehlah tengok Kasyfi pegang tangan perempuan tu.

Eleh! Hari tu bukan main tersentak habis bila terpegang tangan aku semasa aku nak tampalkan plaster. Ingatkan tak pegang sangat tangan perempuan sampaikan terkejut beruk macam tu sekali. Ternyata, pegang tangan tu memang dah biasa bagi dia. Entah-entah, perbuatan memegang tangan perempuan itu adalah hobi Kaysfi.

Huh, menyampahnya! Balik nanti ingatkan aku untuk block nombor dia!

***

AKU tanggalkan kasut sebelum meletakkannya di atas rak kasut. Kemudian aku duduk di anak tangga yang paling atas. Dengan muka yang paling ketat, aku tanggalkan stoking. Aku pandang stoking hitamku yang dah bergulung ke dalam. Dah macam kuih donat dah aku tengok. Ni kalau aku sumbat ke dalam mulut Kasyfi bagi dia makan pun sedap ni.

"Iqa? Dah balik?"

Aku menoleh apabila mendengar suara Mak Wa menegur. Aku pandang ke depan balik sambil meletakkan stoking ke dalam kasut.

"Ya, nek. Baru balik ni." Balasku pendek.

"Iqa pergi mana sekarang baru balik?" tanya Mak Wa.

"Iqa pergi DIY kejap tadi, beli barang sikit." Jawabku lagi.

"Takut nenek kalau Berahim tu tertinggal kamu kat sekolah. Nak minta Kasyfi tumpangkan, dia pulak tak datang sekolah hari ni, kan?" bagitahu Mak Wa sekali dengan menyoal.

Aku agak terkejut. Mak Wa pun tahu Kasyfi tak pergi sekolah? Kenapa, Mak Wa ada nampak Kasyfi membonceng perempuan lain a.k.a awek dia ke?

"Mm... mana nenek tahu dia tak pergi sekolah?" tanyaku yang sebenarnya ingin tahu.

"Tahulah. Sebab pagi tadi, dia ada datang sini, bagi mi goreng." Bagitahu Mak Wa.

Aku cuma diam selepas itu. Oh, okey. Mi goreng ya? Siapa yang masak? Kasyfi sendiri ke mama dia?

Atau...?

"Oh ya ke, nek? Makwe dialah tu kut yang masak." Ujar aku tiba-tiba sebelum bangun.

Aku nampak Mak Wa dah terpinga-pinga. Tentunya dia tak faham maksud kata kata aku.

"Apa dia, Iqa?" tanya Mak Wa, tak jelas.

Aku cuma tayang senyum pahit.

"Takde apalah. Nek, Iqa masuk bilik dululah. Nak mandi. Badan dah melekit ni." Aku meminta izin untuk ke bilik tidurku.

Mak Wa hanya mengangguk. Aku terus masuk ke dalam bilik. Sampai di dalam bilik, aku terus mencapai telefon aku yang terletak di bawah bantal tidurku. Aku membuka password.

Terus aku membuka data selular. Ada dua tiga whatsapp yang masuk. Semuanya daripada grup kelas aku dulu. Walaupun aku bukan lagi budak sekolah sana, hati aku masih di sana okey? Ada banyak kawan baik aku yang tertinggal kat sana.

Aku mencari chat Kasyfi. Namanya berada di barisan ke dua. Aku buka sembang antara kami. Whatsapp terakhir kami ialah mesej aku yang tidak berbalas. Alah, ada kan pada hari dia tumbuk muka budak kampung yang nak mengintai aku tu.

Nak block ke taknak ya? Ah, block jelah. Kalau dia tanya, aku jawablah apa-apa pun. Cakap telefon aku termasuk ke dalam lubang jamban pun okey rasanya. Kalau dia tak percaya, aku cakaplah aku ada main game masa berak, sebab tu boleh terjatuh.

Tanpa berfikir lagi, aku terus menekan bintik tiga pada hujung atas profilenya. Perkataan 'more' 'aku tekan. Kemudian aku tekan 'block.'

'Block Kasyfi? Blocked contacts will no longer be able to call you or send you messages.'

Delete
Block

Heh, of courselah aku block terus! Kemudian, aku terus mencapai kain tuala untuk membersihkan diri.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience