BAB 20

Romance Completed 5655

AKU duduk di beranda sambil memegang sekuntum bunga tahi ayam. Walaupun busuk, aku terpaksa ambil kerana hanya bunga ini berkelopak banyak yang aku jumpa. Satu persatu kelopaknya aku cabut. Kelopak yang sudah tercabut itu aku letak di atas meja bersama sebutan di bibir.

"Nak... taknak... nak... taknak..." Aku terhenti mencabut apabila melihat hanya ada satu sahaja lagi kelopak bunga yang tinggal.

"...nak." Aku tarik jua kelopak bunga yang tinggal itu. Bau busuk itu tidak aku hiraukan. Hatiku sedang berperang sama ada ingin percaya kata-kata Kasyfi atau tidak. Apa maksud dia ciri-cirinya terletak pada aku? Apa kasyfi cuba nak cakap yang dia sukakan aku ke macam mana?

Ah, serabutnya! Kalau betul Kasyfi nak cakap yang dia sukakan aku, aku pun suka. Sebab memang hakikatnya, hati aku sudah mula terusik dengan lelaki itu. Tapi yang aku serabutkan sekarang ialah, kewujudan Haiza. Haiza tu siapa? Betul ke Haiza tu cuma sepupu macam yang Kasyfi cakap? Atau sebenarnya lebih daripada seorang sepupu? Haiza sukakan Kasyfi ke? Atau Kasyfi yang sukakan Haiza? Atau mungkin juga, Haiza itu selain sepupu, sebenarnya juga merupakan kekasih Kasyfi?

Aduhai. Kalau betul ya, apa masalah Kasyfi? Kalau betul ya, susah sangat ke nak mengaku? Suka ke buat aku terjatuh suka kepadanya, tapi akhirnya bukan aku yang menjadi pemilik hatinya. Suka? Suka ke? Suka ke mainkan perasaan aku?

Tengah-tengah duduk berfikir, tiba-tiba ada satu whatsapp baru masuk. Lambat-lambat aku memeriksanya. Si penghantar whatsapp tiada dalam senarai kenalan. Namun aku tetap membukanya. Pesanannya ku baca dalam hati.

   'Hi. I'm Haiza. Yang ada jumpa hari tu. Ingat lagi tak?'
-XXX-XXXX XXXX

Segera aku mengetik keyboard selepas menyimpan nombornya. Biarlah dia tak suruh pun, aku tetap nak save. Bukannya dia tahu pun kalau aku save. Dia dapat nombor aku dari seseorang, mesti dia save nama aku. Bila aku pun save nombor dia, mesti aku boleh nampak kalau dia post status whatsapp. Kutlah ada rezeki aku nampak dia buat postingan dengan sepupu kesayangan dia tu.

Me: Oh, ingat-ingat. Ada apa ya?

Haiza: Emm, Haiza sebenarnya ada something nak cakap dekat Iqa.

Me: Oh ya? Apa tu?

Haiza: Umm... Sekali nak mintak tolong sebenarnya.

Me: Ya, apa? Kalau boleh, Iqa tolong...

Haiza: Tapi... Haiza tak rasa benda ni sesuai cakap kat chat.

Me: So maksudnya, nak jumpa ke?

Haiza: Hmm, kalau Iqa tak keberatan... Yeah~

Me: Oh. Iqa pun takde hal. Nak jumpa kat mana?

Haiza: Mana-mana je.

Me: Okey. Kat kedai hari tu, nak?

Haiza: No-no. Taknak yang tu. Kasyfi selalu minum situ.

Pulak. Aku bagi cadangan, tak boleh pulak. Dah tadi aku tanya tu apa? Dan apasal kalau Kasyfi selalu lepak situ? Oh, dia nak cakap yang dia taknak Kasyfi tahu yang kami akan jumpalah ni kut. Hmm...

Me: Haha, taknak ada Kasyfi ek? Okey. Haha. So, kat mana?

Haiza: Tak tahu. Iqa pilihkanlah...

Lol. Nanti kalau aku pilih KFC, cakap mak Kasyfi selalu lepak situ pulak. Aduh, Haiza ni kenapa ya?

Me: Iqa pun tak tahulah. Haiza pilih jelah. Iqa on je.

Haiza: Hmm, okeylah kalau dah Iqa cakap macam tu, How about Coffee Time?

Apa? Coffee Time? Kafe yang lebih jauh dari sekolah aku tu? Haiza ni biar betul? Sanggup ke aku nak bawa motor ke sana? Eh silap. Sanggup ke aku nak tambang teksi ke sana? Kalau time nak balik teksi takde, aku nak buat macam mana? Dan takkanlah aku nak cakap tak boleh pulak? Nanti Haiza cakap apa pulak? Tadi bukan main aku cakap yang aku on aje kat mana-mana pun.

Me: Coffee Time? Okey je. Tapi Haiza duduk kat mana? Bukan kat Batu Pahat ea?

Haiza: Still kat BP, tapi atas sikit lagi tempat Iqa.

Me: Oh, I see. Pukul berapa nak jumpa?

Haiza: Kalau pukul 8, Iqa okey ke?

Aku terdiam.

Me: Malam ea? Kenapa tak siang aje?

Haiza: Dunno lah. Haiza lagi suka malam.
          : Why?
          :Tak boleh malam ke?

Me: Bukan tak boleh. Saja je tanya.

Haiza: Okey. Jadi onlah malam ni? Haiza ambik kat rumah ya? Bagi address, nanti Haiza jemput.

Me: Eh, takpe-takpe.

Haiza: Ish, taknak-taknak. Nanti kalau jadi apa-apa, Haiza pulak yang kena.
          : Takpe.
          : Haiza ambik kat rumah, okey?

Aku pandang skrin telefon. Hmm, rasa bersalahlah pulak. Tak menyusahkan Haiza ke kalau kena jemput aku?

Me: Takpe ke ni?

Haiza: Iya, takpe. Lagipun, Haiza yang nak jumpa Iqa, kan?

Me: Okeylah. InsyaAllah kalau takde aral melintang, kita jumpa.

MALAM itu semasa aku sedang menunggu di ruang tamu, aku terdengar bunyi enjin. Lekas-lekas aku menjengul ke luar. Ada sebuah kereta Audi warna putih tersadai di depan rumah. Mak! Haiza ke tu?

Aku tunggu orangnya turun. Dan benarlah, orangnya ialah Haiza. Haiza tampak begitu bergaya dengan blouse merah hati bersama slek putihnya. Aku pandang ke tubuhku. Aku cuma pakai baju kemeja warna dark blue nersama seluar hitam. Beg pula beg silang. Tentunya kalah dengan Haiza yang memakai Chanel warna putihnya itu. Haiza tampak begitu bergaya dengan kasut tumit tinggi yang tak tinggi mana itu. Rambut Haiza yang cantik itu nampak macam baru lepas balik salon. Tapi Haiza akan nampak lebih cantik kalau mengenakan selendang.

Gosh! Cantiknya enggang ni! Kenapa merak kayangan macam aku ni boleh kalah pula?

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam." Aku menjawab salam Haiza.

"Dah siap dah? Jom gerak?" ajak Haiza.

Aku terkebil-kebil.

"Memanglah dah siap. Tapi bila tengok Haiza yang cantik sangat, rasa macam tak siap lagi pulak..." Aku menyuarakan rasa rendahku.

Haiza ketawa kecil. Anggun betul cara dia ketawa. Hmm, aku insecure.

"Haha, takdelah. Iqa pun cantik."

"Takpe ke Iqa pakai baju macam ni?" tanyaku.

"Kenapa dengan baju tu?" Haiza malah bertanya balik.

Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Takdelah. Mana tahu kut-kut Coffee Time tu ada peraturan sendiri? Contohnya, pelanggan yang hanya berpakaian cantik dan kemas saja boleh masuk." Bagitahuku segan.

Haiza ketawa lagi.

"Haha, no lah. Mana ada. Kalau ada pun, tahulah Haiza macam mana nak sepak kalau ada yang tak bagi Iqa masuk."

"Betul ke ni? Sempat lagi ni kalau nak tukar baju.." kataku.

"No need. Iqa dah cukup cantik. Percayalah. Jom dear..."

Nak taknak, terpaksalah aku akur. Aku masuk ke dalam kereta mewahnya itu. Oh, baunya memang sedap. Bau macam kereta baru gitu. Dekat cermin pandang belakang, ada banyak pewangi yang tergantung. Tak kurang juga dengan spek mata hitam.

Haiza nampak macam kaya. Okey, sesuailah dengan lawa dia yang sememangnya lawa itu. Tapi macam mana pulak aku boleh cakap yang aku ni lagi lawa dari dia? Dua kali ganda pulak tu.

Alah, senang je. Jawapannya adalah, sebab aku memang lawalah! Ahaks, confidentnya aku. Ia macam 'tiber' sikit, tapi takpe.

"Memang kereta Haiza ya?" tanyaku.

"Yup. My daddy yang hadiahkan, sempena birthday Haiza." Bagitahu Haiza. Aku cuma angguk tanda faham.

"Eh, lupa tanya. Haiza umur berapa?" aku bertanya lagi.

"Haiza? Hmm, 19. Tua ke? Tak, kan? Haha..."

"19? Wow... Ingat sebaya dengan Kasyfi aje."

"Haha. No lah."

Aku diam. Perlahan-lahan aku pandang ke kanan.

"Then, should I..."

"No-no... Haiza tahu apa yang Iqa nak cakap. Tak perlulah... Panggil nama aje. Macam sekarang. Haiza tak suka formal sangat. Plus, rasa macam diri ni tua pulak... Hehe." Bagitahu Haiza dengan senyuman manis.

"Haha, ya jugak. Tapi kan... Selama ni kalau Iqa panggil seseorang tu 'kak', bukan bermaksud diorang ni tua tau? Tapi sebab Iqa hormat dia sebagai seorang senior." Bagitahuku pula.

"Oh, ya ke? Tapi takpelah... Anggap je Haiza ni sebaya. Okey?" Dia senyum lagi.

Aku cuma angguk dan senyum. Tiba-tiba mata aku tertancap pada laci kereta. Ada satu nota pelekat yang tertampal kat situ.

Life is either a daring adventure or nothing at all. - Kasyfi.

Melihatnya, aku jadi tersedu sendiri. Entahlah aku ni. Nampak nama Kasyfi pun buat aku tersedu sendiri. Aku jeling ke arah Haiza. Dia masih fokus memandu.

"...Kasyfi..." Aku buat-buat baca sticker note itu. Haiza pun menjeling sama. Aku tayang senyum. Sifatnya memang plastik, sebab bukannya aku ada pilihan lain pun! Haiza ni baik, walaupun... Ergh!!! Bukan niat aku nak jadi hipokrit!

"Untunglah ada sepupu yang baik..." Puji aku.

Haiza cuma senyum dan terangguk-angguk tanda mengiyakan.

"Iqa nampak Kasyfi tu macam caring je. Betul ke Haiza cuma sepupu dengan dia?" Aku buat-buat tanya. Haiza diam, tapi dia sembunyi senyum.

Kau rasa?!

"Benda nilah yang Haiza nak cakap dekat Iqa." Katanya.

"Hah?" Aku mula berdebar.

"Hehe. Kasyfi tu bukan setakat caring aje tau. Pada Haiza, semua ciri-ciri lelaki yang perempuan idamkan, ada pada dia."

Aku tersedu lagi.

"So maksudnya kat sini, Haiza idamkan Kasyfi sebagai pasangan kekasih?" tanyaku yang jadi nak tahu.

Haiza sekali lagi sembunyi senyum.

"Hmm, nantilah Haiza cerita. Masa kita makan-makan nanti, okey?"

Tersedu lagi aku. Entah kenapa, aku rasa pertemuan kami pada kali ini ada makna. Haiza nak mengaku hubungan mereka ke? Dia nak aku tahu status mereka yang sebenar supaya aku tak akan rapat dengan Kasyfi lagi?

Pasti ke hati aku takkan merapuh nanti?

"Wow... Bunyinya macam menarik. Tak sabar nak tahu." Aku tayang senyum. Haiza pun begitu, cuma senyum dan memandu sehingga tiba di destinasi.

Kami masuk ke dalam cafe yang entah apa istimewa sangat itu. Alah, kedai untuk orang kaya macam si Haiza, malaslah aku nak ambil tahu.

"Iqa nak makan apa?" tanya Haiza.

"Aaa? Makan?"

"Ya, makan. Don't worry, Haiza belanja."

Eh, siapa cakap aku risau takde duit? Dan siapa yang nak dibelanja? Aku terkejut sikit tadi sebab memang biasanya aku tak makan malamlah. Ayoo.

"Jus epal dengan fruit salad je." Pesanku.

"Tu je? Eh, orderlah chicken chop ke, steak ke..." suruh Haiza.

"No-no. Iqa memang tak makan berat malam-malam." Ucapku jujur.

"Oh, I see. Kalau macam tu, Haiza pun samalah." Aku senyum saja. Ha, eloklah tu.

Haiza panggil waitress. Dia order apa entah, malas aku nak dengar. Dahlah order dalam Bahasa Inggeris. Mesti dia dah tolong orderkan untuk aku sekali.

Mula-mula kami bercakap soal kerjaya. Katanya kalau takde masalah, lepas habis sambung belajar, dapat degree, master ke apa, dia nak jadi doktor haiwan. Aku pula terkulat-kulat apabila ditanya. Sungguh aku tak tahu nak cakap apa. Aku memang ambil aliran Sains Tulen untuk jadi pakar bedah. Tapi, entahlah... Aku tak pasti sama ada cita-cita aku tu boleh jadi kenyataan atau tak.

Kemudian tibalah part di mana aku tak sabar-sabar nak dengar tapi mungkin tak kuat untuk aku terima. Doakan aku tabah ya?

"Bagi Haiza, Kasyfi memang baik. Sangat baik. Kasyfilah sepupu Haiza yang paling rapat. Kalau Haiza dalam masalah, Haiza cuma ada Kasyfi sorang je. Selain sepupu, kitorang memang dah macam kawan baik sejak kecil lagi. Kadang-kadang masa kitorang sekolah rendah, Haiza selalu bermalam kat rumah ibu Kasyfi. Diorang sekeluarga memang baik sangat-sangat."

Aku cuma diam mendengar. Gaya Haiza bercakap, nampak macam Haiza sangat mengagumi Kasyfi. Kenapa aku rasa si Haiza ni ada hati kat Kasyfi ya? Hmm, betullah tu. Aku rasa kalau aku jadi Haiza, aku pun boleh terjatuh suka dekat sepupu sendiri. Haiza sendiri cakap Kasyfi baik, kan? Tambah kacak pulak tu.

"Wow... Mesti ada rasa-rasa suka atau cinta dekat dia, kan?" Aku buat-buat bertanya dalam nada mengusik.

"Hehe... Macam mana boleh tahu ni?" Kali ni aku bukan tersedu, tapi macam tertelan sudu. Hmm, dah agak dah. Tuhan, jangan pecahkan dadaku sekarang.

"Kita kan sama-sama perempuan?" Aku sekadar membalas dengan senyuman.

"Hmm, tapi kan, Iqa... Apa yang Haiza nak bagitahu ni bukanlah bermakna Haiza saja nak buka pekung sendiri." Bagitahu Haiza.

"Ha?"

"Emm... Haiza harap Iqa tak bagitahu perkara ni dekat orang lain ya? Sebab benda ni melibatkan aib Haiza."

"Ha? Kenapa? Aib? Eh, Iqa takutlah. Takut tak boleh nak simpan rahsia..."

"Haiza bagitahu Iqa sebab Haiza rasa Iqa ni boleh dipercayai. Tolong ya?"

"Ya-ya. Aib orang Iqa cuba jaga. Ada apa, Haiza?"

"Hmm, dulu... masa Haiza umur 14 tahun, ayah Haiza... Dulu, ayah kandung Haiza tu banyak berhutang dengan lintah darat. Lepas pinjam, pinjam. Lambat bayar sikit, terus kena bunga. Jadi ayah Haiza memang tak dapat nak langsaikan hutang dia." Haiza menjeda seketika.

"Suatu malam tu, ayah balik rumah dengan keadaan mabuk-mabuk. Muka ayah pecah-pecah sebab kena belasah dengan geng lintah tu. Masa ayah balik, mama Haiza takde kat rumah, sebab pergi ajar budak. Mama Haiza dulu guru tuisyen.

Masa mabuk tu, ayah... ayah Haiza... dia heret Haiza sebab nak langsaikan hutang. Kiranya, hutang akan lunas dengan membuat pertukaran. Diorang dapat Haiza, dan ayah Haiza kiranya bebas.

Ma... masa tu, Haiza takut sangat. Haiza... Haiza hampir-hampir je kena rogol malam tu. Haiza takut sangat. Haiza... Haiza nangis. Haiza rasa dunia ni macam dah kiamat. Tapi tak sangka, Kasyfi senyap-senyap ikut ayah. Jadi masa Haiza hampir diperkosa tu, Kasyfilah yang datang selamatkan Haiza...

Masa tu Kasyfi kecil lagi, baru darjah enam. Apalah daya yang dia ada masa tu? Masa tu, Kasyfi takde pilihan lain selain pukul kepala ketua diorang dengan kayu. Kepala dia luka, so diorang marahlah. Haiza terpaksa diorang lepaskan. Kasyfi mintak Haiza lari, tapi Haiza tak sanggup. Lagipun, Haiza malu. Baju Haiza dah koyak teruk.

Kasyfi kena pukul. Masa tu, Kasyfi merayu suruh Haiza selamatkan diri Haiza. Haiza tak sanggup tapi Haiza jugak takde pilihan lain. Haiza taknak pengorbanan Kasyfi sia-sia kalau Haiza berdegil. Haiza keluar dan mintak bantuan orang. Bila polis sampai, Kasyfi dah parah kena belasah. Sorang budak kecik melawan lima orang dewasa. Kalau Iqa, Iqa rasa Kasyfi mampu ke tewaskan diorang semua? Tak, kan?"

Aku cuma diam dan hanya mampu bersimpati.

"Kasyfi dibawa ke hospital. You know what? Sebulan Kasyfi koma. Masa tu Haiza rasa, semua yang berlaku dekat Kasyfi adalah salah Haiza. Dalam sebulan tu... ayah Haiza pulak yang accident... Dan dia... meninggal. Haiza... Haiza memang marah dekat ayah, tapi sampai bila sangat Haiza nak berdendam dengan orang yang dah takde?

Dua tahun Haiza hidup tanpa ayah. Mama Haiza akhirmya kahwin dengan seorang lelaki. Namanya Dato' Hatta. Dato' Hatta pernah kahwin, tapi sayang... isteri dan anak dia meninggal dunia sebab kemalangan. Dato Haiza sayangkan Haiza macam Haiza ni anak kandung sendiri. Dia berikan Haiza kemewahan. Haiza sayangkan daddy sangat-sangat.

Lepas Haiza hampir kena rogol tu, Haiza trauma. Haiza jadi takut bila jumpa dengan mana-mana lelaki... kecuali Kasyfi. Nasib baiklah ada Kasyfi. Dialah yang bagi Haiza kata-kata semangat. Start daripada tu, kitorang jadi lebih rapat. Haiza boleh terima daddy dalam hidup Haiza pun berkat semangat yang Kasyfi salurkan. Tapi malangnya, Kasyfi pulak yang sakit." Cerita Haiza, dan aku pula terkejut.

"Kasyfi sakit?" tanyaku.

"Ya, dia sakit. Sakit yang boleh dikatakan jaranglah jumpa."

"Kenapa? Dia jadi... gila ke?"

"No, bukan gila. Tapi sakit tu, berkaitan dengan psikologi jugaklah. Macam... Entahlah. Panjang pulak kalau cerita kat sini. Cukuplah Iqa tahu yang dia pernah sakit. Tapi sekarang dia dah sembuh dah... Sembuh sepenuhnya." Bagitahu Haiza lagi.

"Oh. Lepas tu, apa jadi?"

"Lepas tu? Lepas tu, apa-apa masalah Haiza, semuanya jadi masalah Kasyfi. Kadang-kadang kalau Kasyfi takde, Haiza rasa Haiza takkan mampu nak menghadapi apa-apa. Sebab bagi Haiza, Kasyfilah tulang belakang Haiza..."

Aku terdiam mendengar luahan hati Haiza. Aku tak jangka pun yang Haiza pernah menghadapi kisah silam yang sebegini. Tiba-tiba aku terasa sayu. Kasyfi... Aku akui, dia memang baik. Baik dengan aku... baik dengan Haiza... baik dengan Mak Wa... dan mungkin baik dengan sesiapa saja.

Jadi no wonderlah kalau Haiza dah biasa sondol-menyondol dekat Kasyfi. Kasyfi pulak, agaknya memang dah lali dengan keadaan itu. Aku tak pasti pulak sama ada Kasyfi dah tahu ke belum pasal batas sepupu sesama sepupu. Rasanya dia tahu kut. Tapi sebab dah biasa, tu yang jadi macam tu. Dah imun orang kata. Jadi mungkin memang susah untuk Kasyfi mulakan sesuatu yang tak pernah dia buat, iaitu tidak membiarkan Haiza memeluk lengannya.

Oh gosh! Kenapa aku yang rasa sedih ni? Tapi kalau difikir balik, kenapa Kasyfi pernah berjanji taknak pegang tangan Haiza lagi kalau aku tak suka? Kenapa mesti sebabnya aku, baru dia nak berubah? Adalah kalau kawan aku yang cakap bahawa dia tak suka Kasyfi pegang tangan Haiza, Kasyfi akan berjanji benda yang sama kepada kawanku itu juga?

"Kasyfi menepati ciri-ciri lelaki idaman. No wonderlah kalau Haiza jatuh cinta dan sayang dekat dia, kan?"

Haiza angguk. Dan hatiku terus rapuh. Macam tu je angguk? Langsung taknak cover supaya taknak bagi aku nampak sangat? Aku pun perempuan yang ada hati untuk berkemungkinan mempunyai rasa yang sama kut!

"Haiza mengaku yang Haiza tak boleh hidup tanpa dia. Dia ibarat nadi Haiza. I love him."

Aku cuma dia. Hmm, tak cakap yang last tu pun takpe. Anggukan Haiza tu dah mampu buat aku mengerti.

"And... no wonderlah jugak kalau Iqa pun sukakan dia, kan?"

Aku tersentak. Eh, mana tahu ni? Err, takkanlah aku nak cakap macam tu kut? Takkanlah aku nak mengaku? Nak mengaku yang aku pun sukakan orang yang Haiza dah lama suka? Nanti kalau Haiza kata aku cuba rampas Kasyfi daripada dia, macam mana? Haiza baik, aku taknak lukakan hati dia.

"Eh, m... mana ada...!"

"Iqa, jangan nak tipu..."

"Hei, betullah...!"

"Tapi, muka Iqa dah start merah... Betullah tu. Iqa suka Kasyfi ya?"

"Takde pun. Mana adalah. Iqa dah ada seseorang dah. Ferrel nama dia. Kenal masa awal tahun hari tu... Haha." Tak pasal-pasal aku pergi petik nama orang lain. Ferrel pulak tu. Oh, tolonglah. Takkanlah Ferrel? Cerita lama jangan dikenang!

"Oh, really? Kalau macam tu, Haiza ambik Kasyfi ya?"

Dan masa tu, aku rasa macam ada sesuatu yang menelan aku lalu melenyapkan aku dari dunia cinta.

____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience