BAB 7

Romance Completed 5655

MOTOSIKAL yang ditunggang oleh Kasyfi berhenti bergerak. Aku yang tadinya mengelamun kembali tersedar. Eh, kenapa berhenti? Dah sampai ke? Aku pandang ke depan, ternyata kami masih berada di atas jalan raya. Kat depan sana ada lampu isyarat yang menyalakan warna merah.

“Weh...” Terdengar Kasyfi memanggil.

“Apa?” sahutku.

“Sebelum ni, memang selalu ke kau dengan arwah keluarga kau yang lain datang jumpa Mak Wa?” tanya Kasyfi.

Aku diam sejenak. Bukan sebab dia menyebut nama keluarga aku, tapi kerana aku tak tahu nak membahasakan aku apa. Biasanya kalau dengan orang yang baru aku kenal, aku akan menggunakan panggilan yang paling sopan. Awak dan saya. Tapi rasanya kalau dengan Kasyfi, elok guna aku kau aje kut. Dia pun cakap ‘aku-kau’ dengan aku. Lagipun, rasanya dia takkan kisah punya.

“Taklah selalu. Mungkin kadang-kadang aje. Tengok atas kesibukan arwah papa akulah. Lagipun, arwah papa aku selalu juga kena pergi luar negara. Kadang tu, dua bulan tak balik. Jadinya, time cuti sekolah dengan raya ajelah kami balik sini.” Bagitahu aku, agak panjang jawapannya.

“Oh.” Dan kemudian dia diam.

Oh? Oh je? Elok aku jawab ‘kadang-kadang’ aje untuk soalan dia tadi.

“Lepas ni, nanti baru nak pergi daftar ke?” tanya dia lagi selepas itu.

Aku cuma mengangguk. Lupa pula yang aku tengah duduk di belakang dia, jadi kemungkinan besar dia tak nampak. Lainlah kalau dia curi-curi tengok aku selalu melalui cermin motosikal dia tu.

“Dengar tak? Aku tanya tu.” Tegur dia.

“Iya. Nanti baru nak urus semua.” Aku menjawab juga soalannya.

“Okey.” Kasyfi memberikan respons yang sangat pendek sebelum kembali menunggang motosikalnya apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Dua minit kemudian, kami tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Kelumbi Serambi. Err, wait. What? What a perfect name? Kelumbi Serambi. Tak pernah aku dengar nama yang sebegitu. Dengar macam satu nama yang klasik aje.

Aku diam manakala Kasyfi menunggang motosikalnya masuk ke dalam perkarangan sekolah. Kemudian motosikal itu diparkirkan di tempat khas. Semasa aku turun dari motor, aku nampak ada dua tiga orang pelajar lelaki yang sedang melepak di situ.

Ketika aku ingin menanggalkan topi keledar, Kasyfi baru turun dari motor. Melalui ekor mata, dapat aku lihat yang sekumpulan lelaki itu sedang memandang ke arah kami. Tak selesa aku jadinya. Kenapa dia pandang ke sini? Dia kenal Kasyfi ke?

“Wooo... Wooo... Bonceng awek siak...! Cun giler. Sejak bila ada girlfriend ni? Tak cakap pun...” Terdengar seorang lelaki yang sedang duduk bertenggek di atas motor bersorak agak kuat.

Aku pandang Kasyfi.

Kasyfi melepaskan helmet sebelum memandang pelajar itu sekilas.

“Merepek apa kau?” balas Kasyfi lalu meletakkan helmetnya di bahagian kepala motosikal. Dia menghulurkan tangan ke arahku tanpa memandang aku. Aku jangka dia sedang meminta helmet yang aku pegang, jadi aku meletakkan helmet itu di tangannya.

Tanpa memandang wajah aku mahu pun helmet itu, Kasyfi terus meletakkan objek di tangannya di atas motosikal. Kemudian barulah dia pandang aku. Lama pula.

Tiba-tiba aku teringat yang aku masih lagi memegang beg sekolahnya. Terus aku menghulurkan beg sekolah hitam itu kepadanya. Dia menyambut sebelum menggalasnya menggunakan satu bahu sahaja. Dia jeling aku sekilas.

“Jom.” Ajak Kasyfi lalu mula berjalan masuk. Aku hanya sekadar mengikut langkahnya.

Daripada berjalan mengekorinya, aku mula memberanikan diri untuk berjalan beriringan dengan dia. Tapi kedudukan aku agak jauh dan sedikit ke belakang daripadanya.
Dia menoleh ke tepi, mahu memandang aku.
“Nak aku teman pergi office tak?” pelawa Kasyfi.

Aku menggeleng.

“Terima kasih, tapi tak apa. Aku boleh pergi sendiri. Cuma, tolong tunjukkan office kat mana aje.” Aku tebalkan kulit muka untuk meminta pertolongan daripadanya.

Kasyfi diam dan terus melangkah. Tiba-tiba dia berhenti berjalan apabila tiba di kawasan dataran.

“Nampak tangga tu?” tanya Kasyfi sambil menundingkan jari ke arah tangga di bangunan hadapan.

Aku turut melihat ke sana dan mengangguk tanda nampak. Kemudian dia menjatuhkan tangan dan menoleh ke arah aku lagi.

“Ikut tangga tu. Jalan ke kiri, kau akan jumpa library. Lepas library ada office. Nanti akan ada kerani yang datang tanya kau itu dan ini lepas tengok kau yang terkial-kial tak tahu nak buat apa. Faham? Dah, go.” Ujar Kasyfi tanpa mengambil nafas baru sebelum kembali berjalan meninggalkan aku di belakang.

Apa? Dia cakap apa tadi? Perlu ke cakap aku yang terkial-kial itu? Aku tak rasa yang aku ni macam lembu masuk bandar pun. Tapi kenapa kata-kata Kasyfi itu macam nak cakap yang aku ni macam seorang yang suka terkebil-kebil?

Ergh, whatever. Malaslah aku pergi kejar dan marah-marah dia. Nanti kalau aku buat macam tu, dia marah aku dan tak bagi aku tumpang balik rumah naik dia pula.

Boleh kalau nak marah dia, tapi kena tunggu bila dia datang ke rumah Mak Wa petang inilah.
Itupun kalau dia datang.


-KASYFI-

SELEPAS selesai berurusan dengan seorang kerani yang bernama Puan Hayati, aku turun ke dataran untuk turut masuk ke dalam perhimpunan. Ramai juga pelajar sekolah ini, lebih kurang dalam seribu lebih macam tu.
Aku pandang ke kiri, nampak muka pelajar perempuan di sana macam masih budak-budak. Tudung pun bersegi-segi dan memakai anak telekung berwarna putih. Jadi, pasti itu barisan pelajar tingkatan satu.

Aku pandang ke arah kanan pula. Mak aih... Ada empat lima orang yang boleh tahan cantik rupanya. Tapi sayang, sanggulnya besar mengalahkan sarang tebuan. Tak pun, mereka ada otak extra di dalam tudungnya. Stoking pula, pendeknya sampai macam tak pakai stoking. Naik lemak eh mentang-mentang tahun ini dah last year?

Perlahan-lahan aku berjalan ke sana. Puan Hayati cakap, tingkatan lima ada tujuh kelas. Nama kelas aku ialah 5 Abdul Qayyum, tapi dia tak cakap pun kelas tu kelas nombor berapa. Kalau dia bagitahu, pasti senang aje aku nak masuk barisan.

Nak taknak, terpaksalah aku menghampiri seorang pelajar yang paling duduk di belakang.

Aku tepuk bahunya lembut. Dia menoleh. Sempat aku melihat nametag di tudungnya. Ayda.

“Sorry, ganggu. Ni kelas apa ya?” tanyaku.

“Kelas 5 Hakim. Kenapa?” Dia bertanya balik.

“Kelas 5 Qayyum yang mana satu? Saya pelajar baru kat sini.” Ujarku lagi.

Ayda terangguk angguk.

“Oh, budak baru. Kelas Qayyum kat sini, sebelah ni.” Ayda menunjuk ke barisan di sebelah kirinya.

Aku senyum kepadanya.

“Terima kasih, Ayda.” Ucapku.

“Sama sama.” Ayda juga senyum kepadaku. Kemudian aku bergerak ke barisan di sebelah.

Cikgu lelaki yang sedang berucap di hadapan tengah bercakap tentang masalah sampah yang pelajar buang di merata-rata tempat. Nampak pada gaya, rasanya mereka semua sudah menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.

Lebih kurang tujuh minit aku duduk, akhirnya waktu perhimpunan sudah tamat. Semua pelajar bangun dan beratur menuju ke kelas. Aku hanya mengikut dari belakang. Ada dua tiga orang yang melencong ke tandas sejurus sahaja guru di atas pentas meletakkan mikrofon.
Kami naik satu tangga. Aku sempat mengambil beg sekolah aku. Sampai di satu kelas yang pelajar di barisan aku ini masuk, aku berhenti berjalan. Alamak... Takkan aku nak masuk macam tu aje? Benda nilah yang paling aku takut kalau mula-mula pindah sekolah. Aku risau takde meja saja.

Seorang pelajar perempuan berkaca mata melintasi aku. Aku sekat dia. Dia terus menoleh. Nama dia Siti Sarah, dan mata dia agak sepet. Eh, Mei Mei.

“Maafkan saya. Ada meja kosong tak dalam kelas ni? Saya baru masuk hari ni...” Dengan sopan, aku bertanya. Tanya dengan kurang ajar karang, kang melayang gigi taring aku sebab kena tumbuk oleh Sarah.

“Wah, budak baru. Saya suka, saya suka...!” Sarah bersorak suka. Gaya pun macam Mei Mei dah aku tengok.

Aku sengih terkerising di hadapan dia.

“Ada tak?” tanyaku.

“Oh, ada-ada. Mari ikut saya.” Sarah tersenyum lalu menarik tangan aku untuk mengikutinya.

Aku sekadar mengikut dari belakang. Aku sedar yang ada beberapa orang pelajar mula perasan akan kewujudan aku. Mesti aku menjadi perhatian sekarang ini sebab mereka tak pernah nampak aku. Segan aku jadinya. Aku malulah kalau orang tengok aku. Tahulah aku cantik.
Sarah berhenti di tepi satu meja.

“Ni aje meja kosong yang tinggal.” Ujar Sarah.

Aku angguk. Tiba-tiba aku terpandangkan satu meja yang terletak di belakang meja yang Sarah maksudkan. Di kerusi itu ada satu beg sekolah.

“Belakang ni ada orang?” tanyaku.

Sarah menjeling beg sekolah itu sekilas.

“Ada. Budak lelaki. Kenapa?” tanya Sarah.

Aku terdiam.

“Kalau meja ni kosong takde sesiapa, kenapa dia tak duduk kat sini aje?” tanyaku.

Sarah membaiki cermin matanya.

“Oh, itu pun saya tak taulah.Tapi memang dari awal tahun lagi, budak tu duduk kat situ.” Ujar Sarah.

“Jadi memang selama ni, meja ni kosonglah? Cikgu tak marah pula tak penuhkan meja depan?” Aku ingin tahu, jadi aku bertanya.

“Hmm, macam tulah. Kenapa, awak tak suka? Kita boleh jumpa cikgu, cakap yang awak nak duduk kat lain. Nak?” tanya Sarah lagi.

Aku diam sebelum pantas menggeleng.

“Eh, takpe. No need. Saya tanya sebab takut pelajar tu marah aje, sebab tiba-tiba aje saya duduk depan dia. Takut dia cakap kepala saya buat dia tak nampak whiteboard ke...? Hehe...” Entah apa yang aku balas.
Sarah ketawa kecil.

“Takdelah. Dia okey saja. Jangan risaulah...” Ujar Sarah.

Aku senyum.

“Oh by the way, saya sarah. Nama awak...?” Sarah bertanya sambil menghulurkan tangan ingin bersalam dengan aku.

Aku menyambut salamnya.

“Nama saya Afiqah. Panggil Iqa aje.” Kataku dengan senyuman. Sarah pun ikut senyum.

Oh, lupa nak cakap. Meja di dalam kelas ini di susun satu-satu. Tak macam meja kat kelas lama aku dulu yang disusun secara dua-dua.

Tiba-tiba ada seorang guru lelaki masuk.

“Bangun...!” Seorang lelaki yang bersongkok hitam yang aku kira ketua kelas terus berdiri dan mengarah pelajar untuk berdiri.

Sarah terus bergegas ke sebelah kiri kelas. Aku yang sememangnya tengah berdiri terus meletakkan beg di atas kerusi. Semasa aku nak pandang ke depan, aku terpandangkan beg di kerusi belakang.

Beg ada, tapi tuannya tiada? Kenapa tak masuk lagi sedangkan guru dah pun nak memulakan sesi pembelajaran? Tengah melepak dalam tandas ke?

“Assalamualaikum, Cikgu Yahya...!” Suara si ketua membuat aku kembali memandang ke hadapan.

“Assalamualaikum, Cikgu Yahya!” Aku turut menyebut nama guru lelaki itu meskipun aku baru kenal.

“Waalaikumussalam. Doa...” Ujar Cikgu Yahya lalu mengangkat tangan. Semua pelajar mengangkat tangan untuk berdoa. Doa sebelum belajar dibacakan.

“Amin... Duduk semua. Dan buka buku teks kamu, muka surat 67. Baca perlahan, nanti saya tanya sorang-sorang.” Ujar Cikgu Yahya lalu meletakkan begnya di atas meja guru yang terletak di kanan kelas.

Aku nampak orang di sebelah aku membuka buku Sejarah, jadi aku pun turut mengeluarkan buku teks Sejarah Tingkatan Lima.

-KASYFI-

“BAIKLAH. Kali ini kita akan buat Kongsi-Bergilir. Caranya ialah, cikgu akan bagi sehelai kertas kepada pelajar paling hadapan. Di dalam kertas itu ada satu soalan. Cikgu nak masing-masing tulis jawapan sendiri. Lepas dah tulis, serahkan kertas tu kepada pelajar di belakang. Kamu past dan past, sampailah yang paling belakang dikehendaki berdiri dan membacakan jawapan yang ahli kumpulan kamu tulis. Faham?” tanya Cikgu Yahya sambil memegang beberapa helai kertas.

Semua murid mengangguk.

“Faham...”

Aku pun ikut menjawab.

Lebih kurang empat minit lebih macam tu aku menunggu, akhirnya orang di hadapan aku menghulurkan aku kertas. Aku senyum kepadnya. Dia senyum nipis sebelum kembali memandang hadapan.

Aku membaca soalan yang Cikgu Yahya tulis di bahagian atas kertas.

3. Jelaskan kebaikan sistem persekutuan yang diamalkan di negara kita.


Aku membaca jawapan jawapan lain yang ditulis. Ada yang nampak macam betul. Ada juga yang sekali nampak pun, macam main hentam saja. Oleh kerana aku sudah mempelajari bab ini di sekolah lama, agak mudah untuk aku menjawabnya.

Aku mencapai pen hitam di dalam bekas pensel. Kemudian aku mula menulis.

- Kedudukan Istimewa Orang Melayu Terjaga, kerana Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Aku baca sekali lagi jawapan yang aku tulis, risau jika ada tersalah tulis. Tak pun, ada huruf ‘a’ aku yang kelihatan macam ‘u’ ke.

“Okey. Dah lima minit. Serahkan kertas kepada pelajar paling belakang.” Aku dengar suara Cikgu Yahya memberi arahan. Dan ketika itulah, aku perasan huruf ‘a’ aku pada perkataan ‘kepentingan’ kelihatan seperti huruf ‘u’. Aku yang memang agak cerewet ini terus mencapai correction tape untuk membaiki semula.

“Hei. Bagi sinilah.” Aku dengar lelaki kat belakang aku yang entah bila masuk ke dalam kelas ini tiba-tiba bersuara.

“Kejap-kejap. Nak siap dah...” Aku membalas tanpa menoleh. Kemudian cepat-cepat aku menulis huruf ‘a’ dengan betul. Selepas dah cantik, aku menoleh ke belakang sambil kertas dihulurkan sama.

“Nah...?” Aku terkejut apabila melihat lelaki di belakang aku ternyata ialah Kasyfi.

“Eh. Kau pun kelas ni? Kenapa tak bagitahu aku, ha?!” Entah kenapa, aku macam agak teruja apabila dapat tahu yang Kasyfi juga sekelas dengan aku.

Entah. Mungkin sebab aku memang dah kenal dia sebelum ini. Kasyfi menyambut kertas itu sambil menjeling aku sebelum buat-buat tengok jawapan di kertas.

“Kenapa terkejut sangat? Sampai sanggup bercakap semasa cikgu di depan?” tanya Kasyfi.

Eh. Takkan itu pun salah. Cikgu bukan buat apa-apa pun kat depan sana. Baru aje aku nak membalas, Cikgu Yahya tiba-tiba bersuara.

“Hah, Kasyfi. Cikgu nak kamu yang pertama bacakan jawapan-jawapan yang ahli kumpulan kamu dapat.” Arah Cikgu Yahya sebelum mengilas tangannya ke belakang.
Kasyfi akur dan berdiri. Aku pantas menoleh ke hadapan. Bimbang kut-kut Cikgu Yahya suruh aku yang baca sebab aku tak pandang depan.

Dan Kasyfi pun mula membaca jawapan yang tertulis di dalam kertas yang dipegangnya.


??KASYFI?

SEMASA waktu rehat, beberapa orang sahaja yang tidak keluar dari kelas. Aku tak pergi beli makanan dekat kantin sebab aku dah bawa roti sandwic. Pagi tadi, Mak Wa buatkan roti sardin untuk dijual pagi-pagi. Bila ternampak ada sayur di dalam peti, aku pun turut menyibuk sama.
Aku toleh ke belakang. Kelihatan Kasyfi sedang menunduk sambil melihat sesuatu dari dalam laci mejanya.

“Kau buat apa, Kasyfi?” tanya aku.
Kasyfi pandang aku sekilas bila dengar namanya disebut. Kemudian dia kembali menunduk.

“Tengok-tengok whatsapp kejap.” Balas dia.
Aku kejung. Apa? Tengok whatsapp? Kalau dia bawa jam yang boleh telefon orang, boleh diterima lagi. Jangan cakap dia seludup handphone masuk sekolah dahlah.
“Kau bawa phone?” tanyaku.

Kasyfi mengangguk lambat.

“Serius?” tanyaku lagi.

Dia mengangguk.

“Mana, tengok?” pintaku.

Kasyfi angkat kepala.

“Kau ni dah kenapa?” dia tanya aku.

“Betul ke kau bawa phone?” tanyaku lagi.

Kasyfi pandang aku lama sebelum membuat rolling eyes. Terus dia mengangkat tangannya. Kelihatan ada Iphone entah apa di dalam tangannya. Aku ternganga kecil. Selamba aje eh angkat telefon macam tu? Ingat kau tu model iklan Rexona ke apa?

“Puas?” sindir Kasyfi.

Aku diam.

“Berani pula kau bawa phone? Telefon seludup. Tak takut ke kalau aku bagitahu cikgu?” Aku sengaja bertanya, tak niat pun nak buat apa yang aku cakapkan itu.
Dia pandang aku dengan malas.

“Kalau kau beranilah...”

Eh, macam tu pulak? Apa, ingat aku takut dengan dia ke?

“Aku tak bawa pun telefon hari ni. Telefon ni memang aku tinggal dalam laci meja. Dah lama dah...” Bagitahu Kasyfi.

Aku ternganga lagi. Selumbar je. Eh, silap. Selamba aje eh? Tak takut ke kalau ada kawan-kawan dia yang curi?

“Seriuslah? Beraninya...” Komen aku.

Namun aku nampak Kasyfi macam nak tergelak.

“Kalau kau percaya, kau bodoh...” Ujar dia selepas itu. Aku ketap bibir.

“Kasyfi...!”

“Hee hee...”

Aku buat rolling eyes sebelum mengeluarkan bekal tupperware aku dari dalam laci. Melalui ekor mata, aku nampak Kasyfi terjengul-jengul.

Aku membuka penutup bekal. Sekeping sandwic aku tarik keluar. Yum yum, bestnya.

Tiba-tiba Kasyfi mencucuk bahu aku dengan pen. Suapan aku terbantut. Kemudian aku toleh ke arahnya.

“Apa?”

“Kedekut!” Kasyfi merungut.

Aku kedekut? Bila masa aku kedekut? Dia tu yang tak pernah nak minta apa-apa.

“Nak ke?” tanyaku dan Kasyfi mengangguk.

“Kau makan ke yang aku buat?” tanyaku lagi.

“Kau makan tak apa yang aku buat? Makan, kan? Sampai lepas aku balik pun, kau masih makan sorang-sorang tanpa ajak Mak Wa. Kan? Kan?” sindir Kasyfi sambil buat mata bulat.

Aku pandang dia. Uh, perasannya dia walaupun kata-kata dia tu ada betulnya. Semalam memang aku sambung makan samosa yang dia buat. Tapi yang pasal tak ajak Mak Wa, itu semua fitnah belaka, tahu tak?!

“Dah, sini sikit!” Kasyfi menghulurkan tangannya. Aku diam. Oleh kerana aku hanya bawa sekeping, aku kerat sandwic itu kepada dua bahagian.

Kemudian aku hulurkan kepadanya. Aku bagi yang di tangan kanan, okey? Jangan esok dia nak cakap yang dia cirit birit dahlah! Padahal sengaja buat alasan taknak pergi sekolah!

Kasyfi sambut sandwic yang aku bagi itu dengan wajah yang ceria.

“Baik juga kau ya? Aku ingat kau sombong.” Ujar Kasyfi sebelum menyuap sandwic itu ke mulutnya.

Aku diam.

“Kenapa kau cakap macam tu?” tanya aku.
Kasyfi diam sebelum angkat kepala dan memandang aku.

“Ingat lagi masa kau nak balik dari kubur hari tu? Kau tak bagi aku payung kau.” Ujarnya.

Aku diam lagi.

“Oh... Pasal tu kan, aku bukan sombong. Aku cuma...”

“Tak selesa? Dan aku tak sepatutnya kotorkan mata aku dengan sesuatu yang bukan milik aku?” teka Kasyfi.

Aku terdiam. Macam mana dia boleh tahu? Tak selesa tu tak apa lagi. Tapi yang ‘kotor’ tu. Kenapa dia boleh cakap macam tu? Tu ayat akulah. Macam mana dia boleh guna ayat yang sama, padahal aku hanya bercakap di dalam hati?

Kasyfi pandang aku.

“Just for you know, I’m good mind readers, that’s one of my half. You can’t lie to me. I can read what’s in your mind just from your action.” Kata Kasyfi lagi setelah melihat aku yang seakan akan blur.

“Oh... Baguslah. Sekurang-kurangnya kau tak tersalah faham dengan aku lagi, kan?” ujarku dengan senyuman nipis.

Dia pandang aku lagi.

“Why? Kau takut ke kalau aku salah faham dengan kau?” tanya Kasyfi.

What? Dia cakap apa ni? Kenapa aku rasa macam ada maksud tersirat di dalam ayatnya?
Apa?

“Taklah.” Nafiku.

“Then?” tanya dia lagi.

“Takde apa apalah... Oh, ya. Kerja math tadi macam susah sikit. Nak buat homework sama-sama tak?” Aku sekadar mengajak dia. Ingin alih topik sebenarnya.

“Oh... Sure.” Kasyfi membalas pendek sebelum kembali memandang Iphonenya.

Aku masih pandang dia. Makan taknak, main handphone nak pulak.

“Kenapa kau tak makan?” tanyaku. Nak tahu juga aku sebab apa dia tak pergi ke kantin. Dia tak ada duit nak beli ke? Tapi takkanlah takde duit. Gaya dia macam orang senang aje.

“Jaga badan.” Jawabnya pendek.

Jaga badan? Nak jaga apanya lagi? Bukan ke badan dia dah okey sebagai lelaki tingkatan lima? Mata aku automatik jatuh ke tubuhnya.

“Aip. Mata tu. Stop staring aaaa... It’s not yours.” Ujar Kasyfi tiba-tiba, buatkan aku terkedu dan termalu sendiri.
Ah, whatever!

Aku kembali pandang ke depan.


-KASYFI-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience