BAB 17

Romance Completed 5655

MERAH padam mukaku jadinya. Terketar-ketar tanganku menghulurkan telefon Kasyfi kembali. Kasyfi menyambut huluranku dengan senyuman sinis di bibir. Manakala aku pula buat-buat tak nampak senyuman sinis dia tu. Bukanlah aku taknak sangat tengok muka dia. Tapi yang jadu masalah sekarang ini ialah, senyuman dia yang sinis itu pun aku nampak menawan. Macam mana tu? Jadi, aku taknaklah terjatuh hati ke apa nanti kalau terus menengok dia. Cukuplah aku yang aje yang tak tahu nak taruh kat mana muka aku yang lawa bak 'ore Kelate' ni. Bukanlah aku nak cakap yang aku ni orang Kelantan. Arwah papa aku selalu cakap orang Kelantan ni biasanya cantik-cantik. Aku kan cantik? Ahaks. Menyempat!

Aku berura-ura membaiki duduk, mahu menghadap ke papan putih.

"Hah, nak larilah tu. Pusing kau!"

Aku jeling ke belakang. Apa benda yang dia nak ni? Takkanlah aku yang aku sukakan dia? Agak-agaklah, bro.

"Iqa...!" Kasyfi memanggil.

"Apa benda kau? Aku nak salin nota ni..." Aku cuba lari.

"Tak payah nak membohonglah. Aku pun ada kerja tadi. Tunaikan kata-kata kau." Suruh Kasyfi.

"Kata-kata apa kau ni?"

"Kan tadi kau dah janji, nak bagitahu yang kau suka aku kalau chat yang kau cakapkan tu takde?" bagitahu Kasyfi.

Aku garu kepala. Hmm, dah agak dah dia masih nak dengar benda yang satu ni. Menyesal pula rasa sebab dah gatal-gatal berjanji. Tapi, bukannya salah aku pun. Dah aku ingat aku yang akan menang, sebab tulah aku belagak bijak pandai.

Dan bila ingat balik yang aku panggil dia sayang tadi, aku rasa bagaikan mahu sumbat kepala aku ke dalam beg sekolah. Aku panggil dia 'sayang' bukan sebab aku gedik tau?! Tapi sebab aku sengaja nak kenakan dia. Sebab aku suka tengok muka dia yang memerah sebab malu. Sebab aku suka tengok dia segan dengan aku. Itu aje sebab yang sebenarnya. Bukan aku gedik!

"Cepatlah! Kau spesies munafik ke, yang susah sangat nak tunaikan janji sendiri?" gesa Kasyfi lagi.

"Hisy! Bukanlah!"

"Ha, dah tu apa?"

"Aku... aku... aku cuma malu je..."

"Oh, malu? Tadi panggil aku sayang, tak malu pulak?" duga Kasyfi.

"Tadi lain. Sekarang lain..." Aku bertukas.

"Apa yang lain?"

"Lainlah apa-apa pun..." Sumpah aku tak tahu nak jawab apa!

"Ah, takde-takde. Aku nak dengar jugak. Sekarang." Kasyfi paksa aku.

"Ha, yelah-yelah. Nak cakap apa?" Aku mengalah juga akhirnya. Kasyfi mula sembunyi senyum.

"Cakap jelah apa-apa pun. Asalkan tak lari maksud dari apa yang kau janjikan tadi, semua boleh." Hek eleh. Ayat dah macam soalan peperiksaan Bahasa Melayu dah aku dengar.

Aku tergaru kepala sendiri. Nak cakap macam mana ni? Aduh, masalah betul. Hancur ana punya program.

"Cakaplah apa pun. Kalau takut nampak sangat, cakap je English." Hek eleh, dia ni... Baik tak payah bagi cadangan kalau macam ni sebab tetap aku kena bercakap dan keluarkan suara. Lainlah kalau dia benarkan aku tulis dekat kertas je. Alamak, payahlah mamat ni.

"Okey. Nak cakap 'like' ke apa?" tanyaku.

"Kenapa? Kau nak sebut 'love' ke?" Kasyfi menyindir lembut. Hek eleh... Poyo betul.

"Takdelah. Aku tanya je, kan?" Kali ini aku dah tak mahu kalah.

"Hmm, whatever. Cepatlah cakap. Jangan nak lari pulak!" pesannya.

"Ya, tahu. Nak cakaplah ni..."

"Ha, cepat."

Aku garu pipi sendiri.

"I... err... I... I like you..."

"Apa? Tak dengarlah, pandai. Kuatlah sikit!"

"Hisy! I... like... you..."

"Slow sangat. Kuatlah lagi. Kau ni...!"

Oh shit. Dia ni kenapa eh? Dia memang macam ni ya? Memang suka kenakan aku dengan buat aku macam ni?

"Okay, fine! I like you!" Aku berkata antara kuat tak kuat sambil memandang terus kepadanya. Kasyfi menjatuhkan Iphonenya ke bawah. Ha, kantoi dah dia rakam apa yang aku cakap!

Kasyfi angkat wajah dan pandang aku sekilas.

"Good. Me too."

Aku tersentak.

"Kau cakap apa?" tanyaku yang terasa begitu nak tahu. Kasyfi pandang aku lagi.

"Banyak yang aku cakap. Nak tahu yang mana?"

"Yang... yang last tadi..."

"Oh. Aku cakap, me too."

Aku telan liur.

"Me too apa?" tanyaku lagi.

"Mi dekat kerusi kau tulah." Bagitahu Kasyfi.

"Hah? Mi?" Aku terpinga-pinga.

"Haah, mi. Mi goreng. Mak aku suruh kau bagi dekat kau sekali." Bagitahu Kasyfi lagi manakala aku terus memandang ke tempat aku bersandar.

Di kerusi aku tergantung plastik kuning kecil berisi bungkusan makanan. Dan mulalah aku nak terkebil-kebil sendiri. Dapat aku rasakan darah aku dah naik ke muka.

Malu woi!

"Kenapa? Kau fikir sesuatu yang berbeza ke?" Kasyfi sengaja buat-buat tanya.

Aku pula tayang muka tak tahu apa apa. Takpe, Iqa. Semuanya akan berjalan dengan lancar kalau kau terus mantain selamba dengan makhluk nama Kasyfi ni.

"Tak adalah." Bohongku.

"Okey. Tadi cakap nak buat nota, kan? Buatlah." Suruhnya.

"Tak... takpelah... Tak jadi..." Aku sengih janggal.

"Okey. Aku pun ada kerja ni. Nanti makan tau mi tu." Pesan Kasyfi.

"Okey. Thanks."

Kasyfi senyum manakala aku kembali menghadap ke depan. Tiba-tiba air muka aku terasa panas. Kulit muka aku pula rasa macam nak terbakar saja. Kenapa pulak boleh jadi macam ni, Iqa?! Apa yang kau buat ni?! Patutnya Kasyfi yang patut malu, bukannya aku!

Jap-jap, biar aku ingat balik. Tadi masa aku tengok whatsapp dia, chat yang sepatutnya ada dah takde. Dah hilang. Jadi apa maksudnya itu? Huh, nampak sangat dia yang memang dah delete dari awal lagi. Kalau tak, masakan aku boleh bagitahu yang aku ada chat dia? Nak cakap mimpi memang taklah sebab sebelum pergi sekolah tadi aku sempat baca balik chat semalam.

Bahanol betul! Dahlah tak save nama aku dengan nama 'Iqa'. Sedap-sedap dia aje save nombor aku dengan nama lain. Aku membebel di dalam hati. Serius aku tak puas hati sekarang ni dengan Kasyfi.

Tiba-tiba aku tersentak sendiri. Eh, kejap. Dia save nama aku apa ya tadi? Kejap, biar aku ingat balik. Seingat apa yang aku nampak dengan dua biji mata aku yang tidak rabun ini, rasanya dia save nombor aku dengan satu emoji berbentuk satu tanda soal dan satu tanda soal terbalik yang bercantum dan diwarnakan dengan warna merah.

Love?

Wait-wait, what? Kenapa macam tu? Oh, adakah...? Terus aku toleh ke belakang.

"Kasyfi. Tengok phone kau kejap!" mintaku tiba-tiba.

"Untuk?"

"Bagi jelah. Cepat!" gesaku.

Kasyfi diam sebelum menghulurkan Iphonenya. Sebaik saja aku menyambut, terasa ada satu getaran halus yang terhasil dari telefon itu sebelum dengan sendirinya skrin bertukar menjadi gelap. Eh, apa pulak ni?

"Aku dah bagi, tapi... beteri pulak dah habis." Bagitahu Kasyfi sambil sembunyi senyum.

Aku angkat wajah. Apakah?

"Bukan rezeki kau untuk belek phone aku, Iqa. Lain kali aje, ya?" sambungnya lagi. Bruh. Kenapa aku rasa dia macam tengah gelakkan aku aje?

Aku ketap bibir sebelum kembali menyerahkan telefonnya. Aku pandang papan putih. Dadaku berombak kecil menahan geram dan malu yang bercampur gaul.

"Oh ya, Iqa. Aku silaplah. Mak aku kirim nasi lemak bukan mi goreng. Aku salah sebut tadi."

Aku auto kaku.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience