BAB 24

Romance Completed 5655

AHA, tu dia si salamander cap kobeng dah sampai. Aih, boleh pulak dia buat-buat muka tenang macam tu. Jangan buat muka innoncent macam tu boleh tak? Entahlah. Sejak semalam, mulut ni asyik nak panggil dia salamander aje. Hah, pandai sangat panggil aku cicak kobeng kan? Sungguh tak cool! At least bagilah perumpamaan yang comel sikit macam kucing ke, arnab ke, monyet ke...

Er tak-tak. Yang last tu tak termasuk okey? Tadi aku tersilap sebut aje. Aku nak sebut mondok sebenarnya. Ya, tikus mondok. Comel jugak kan? Comel dari monyet kan? Dan yang paling penting, lagi comel dari cicak kobeng.

Aku masuk ke dalam kelas. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak bertentang mata dengan dia. Apa? Tahulah mata aku lawa! Jangan nak tenung aku, okey? Aku bagi penyepak sampai terbang ke Hokkaido tanpa tiket kan.

Dan...

"Iqa..."

...jangan nak buat-buat tegur aku boleh tak?! Aku tak sukalah!

"Iqa... please, Iqa..." Kasyfi cucuk aku dengan belakang pennya.

"Amenda? Takyah kacaulah!" Aku masih nak mogok. Eh, tak. Ni bukan mogok. Ni perang! Kan aku dah cakap malam tadi. Lupa ke?!

"Kau cakap balik apa yang dah jadi semalam. Aku betul-betul mintak maaf walaupun aku tak tahu apa-apa pun!" Ish, dasar salamander hipokrit ni! Kau tengok apa yang baru dia cakap tadi. Katanya dia tak tahu apa-apa pun. Tak tahu kepala paip kau, Kasyfi!

"Apa-apalah, salamander. Lupa ke semalam kau janjikan apa? Tegur aku sekarang buat apa? Benda dah lepas biarlah lepas, takyah dikenang. Bawa haluan masing-masing. Kita dah janji semalam." Aku sekadar membalas acuh tak acuh tanpa pandang dia.

Kasyfi diam. Aku tarik senyuman sinis. Ha tahu pun diam. Baru aje nak tarik buku nota dari dalam laci meja, Kasyfi tiba-tiba tampil di hadapanku.

"Janji apa? Apa yang kau janji, bukan dengan aku, Iqa! Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku sendiri terkejut bila kau nangis dan marah-marah semalam!"

Aku terkejut. Isy, apahal mamat ni? Dah aky kata aku taknak dengar, maknanya aku taknak dengarlah! Tak faham bahasa ke macam mana ni? Gila ke apa? Dahlah menipu tak jadi, cakap tak buat apa-apa dekat aku. Habis tu yang kau buat aku menangis tu apa?! Yang semalam aku bergaduh dengan kau tu apa?!

"Aku tak bodohlah, Kasyfi! Kau dan aku sendiri dah putuskan untuk buat hal masing-masing. Yang kau datang cari aku tu kenapa? Aku ni kan dasar hipokrit yang takde mak ayah! So, kau boleh berambus!" aku membalas dengan kadar berbisik. Aku tak mahulah kalau ada kawan-kawan yang dengar. Kasyfi sendiri pun cakap perlahan aje tadi.

"Aku takkan berambus selagi kau tak dengar cerita sebenar. Boleh tak kau bagi kerjasama? Gaduh macam ni bukanlah penyelesaiannya!"

Eh, perasannya dia. Siapa yang nak bekerjasama dengan stranger macam dia? Semalam bukan main lagi maki aku. Cakap aku bodohlah. Sekarang ni apa? Apa ni? Apa semua ni?! Ini semua poyo!

Pantas aku berdiri sama tinggi dengan dia walaupun aku rendah sikit.

"Aku tak perlu bagi kerjasama dengan salamander macam kaulah!" balasku agak kasar.

Kasyfi pandang aku lama. Tak percaya kut muka dia yang kacak tu aku cakap salamander. Dah kau boleh aje cakap cicak kobeng lagi comel dari aku. Asal aku pulak tak boleh?

Tiba-tiba aku perasan semua budak-budak kelas yang dah sampai memandang ke arah kami. Alamak... suara aku kuat sangat ke? Semua kawan-kawan perempuan pandang aku dengan wajah tergamam. Agaknua diorang tak percaya kut yang aku bergaduh dengan Kasyfi. Yalah, sebab selama ni diorang memang tahu yang aku mesra dengan Kasyfi. Uh-huh!

Aku dah mula apabila seluruh kelas memandang ke arahku. Silap. Ke arah kami. Pantas aku letak pen di atas meja sebelum bergegas keluar dari kelas. Kasyfi yang bagaikan baru tersedar terus mengikut keluar. Aku membelok menuruni tangga. Entah kenapa, aku rasa macam nak menangis saja sekarang.

Ya, aku perlu menenangkan diri ke dalam tandas!

"Iqa!" Terdengar suara Kasyfi memanggil sebelum lenganku ditarik. Aku yang tak sempat menuruni tangga yang kedua terus terhenti.

Aku menoleh ke belakang.

"Lepaslah!"

"Taknak! Nanti kau lari lagi!"

"Memang kau yang suruh aku lari, kan? Aku larilah ni!"

"Tapi seingat aku, kau yang mintak aku menjauh!"

"Tapi semalam bila aku minta maaf, kau buat apa?! Kau kutuk aku, Kasyfi! Kau bodohkan aku! Aku buat permohonan maaf aku ni macam sampah... Kau... Kau nak apa?!" balasku, bengang.

"Bukan aku yang buat! Semalam tu bukan aku! Semalam tu orang lainlah!" Kasyfi cuba menegakkan kebenaran.

"Kalau bukan kau, siapa? Salamander?!" marahku.

"Dah aku nak explain, kau taknak dengar!"

"Aku taknak dengar penjelasan dari kau! Kau kan hipokrit! Sama macam aku! Cuma kau masih ada mak ayah!"

"Iqa...!" Kasyfi macam dah kehilangan kata.

"Diamlah! Dan lepaskan tangan aku!" suruhku.

"Kalau aku taknak?"

Geramnya hati! Dia ni memang menyebalkanlah! Marah yang teramat, aku terus bertindak menendang dia punya 'adik'. Nak guna kaki, dekat sangat. Maka aku tendang dia pakai lutut.

Pegangan Kasyfi terlepas lalu dia terus mengerang kesakitan. Uh, sakit tu. Rasanya macam main jongkang-jongkit, dan tiba-tiba saja yang main dengan kau tu turun tanpa bagitahu.

Tanpa membuang masa, aku terus melarikan diri ke dalam tandas. Kasyfi? Pandai-pandailah dia tenangkan 'adik' dia yang dah melalak dan terlolong-lolong tu.

***

SEMASA tengah menikmati rambutan yang sudah masak ranum di beranda, seseorang datang ke rumahku. Aku ingat orang yang nak bagi resit bil elektrik yang datang, tapi rupa-rupanya Irfan. Hmm, agak-agaknya buat apa ya dia datang sini? Dua hari lepas dia datang sebab nak hantar putu piring yang memang dia sengaja beli di pasar malam. Hari ni dia datang sebab nak bagi apa ya?

Ahahahaha... Tapi macam mana pulak kalau dia datang sebab nak singgah bertanya khabar saja?

"Hai, Iqa. Mak Wa ada?" sapa Irfan.

"Ada je kat dapur. Kejap, saya panggilkan."

Irfan cuma diam. Aku pergi panggil Mak Wa, cakap Irfan datang nak jumpa dia. Kemudian aku kembali ke depan.

"Nenek buat air kejap. Makanlah rambutan ni dulu. Sedap..." Aku tolak plastik rambutan ke arahnya.

"Terima kasih. Nanti saya makan. Eh, lupa pulak. Ni, kakak saya ada buat tepung pelita. Ambillah makan. Dia suruh bagi komen jugak, sebab baru first time buat." Giliran Irfan pula yang menolak bekas tupperware di tangannya.

Tepung pelita? Tepung pelita tu macam mana pulak? Kalau tepung kapur, aku tahulah. Segera aku mengambil saty daripada sepuluh biji yang ada. Oh, yang ini ke tepung pelita? Memang kena buat dalam daun pisang ke? Kalau letak dalam bekas kecil warna putih tu jadi tak ya?

"Yang warna putih ni apa? Santan ke?" tanyaku.

"Tak, tu bukan santan. Tapi tepung beras. Kalau santan, jadi macam lompat tikamlah pulak, cuma takde air gula." Terang Irfan.

Aku terangguk-angguk sendiri.

"Mana awak tahu pasal kuih-kuih ni bagai?" tanyaku lagi.

"Dari kakak sayalah. Dia tu memang suka sangat buah kuih. Saya tahu sikit-sikit. Tak pernah pun buat kuih. Biasanya, dialah yang bagitahu. Sebab memang selalu saya teman dia beli barang." Bagitahu Irfan dengan senyuman.

Aku angguk. Kakak dia? Kata Mak Wa, Irfan ni pak sedara Kasyfi. Jadinya, kakak dia tu mama Kasyfi ke?

"Oh, ibu Kasyfi ke?"

Irfan cuma mengangguk.

"Er, kiranya... awak sebayalah dengan Kasyfi, kqn?" tanya Irfan pula.

"Haah, kami sebaya."

"Korang kawan baik?"

"Ha? Eh, takdelah. Takdelah rapat sangat. Kitorang kawan pun gitu-gitu je. Kenal pun sebab dia pun selalu datang sini. Kat sekolah, cakap pun pasal kerja sekolah je." Aku tipu Irfan. Malaslah aku. Siapa yang nak berkawan baik dengan si salamander tu?

"Oh, macam tu ek? Manalah tahu kut-kut korang couple ke. Kan?" sambut Irfan.

"Eh, mana adalah. Kitorang kawan je. Lagi pun, couple tu kan haram?" balasku.

"Haahlah... Ya tak ya jugak."

"Erm... Kenapa? Kasyfi ada cakap dia couple dengan someone ke?" tanyaku, tiba-tiba.

"Takde pun."

"Sekarang dia single?" tanyaku lagi.

"Single eh? Emm... Nampak macam ya. Single rasanya."

"Emm... Sebelum ni dia pernah couple tak?"

"Em, tak tahulah pulak saya. Rasanya tak pernah. Takpe, nanti balik saya tanya."

"Eh, tak payahlah. Saya saja je tanya, kut-kut awak tahu ke nama awek or ex dia. Bolehlah buat bahan dia lepas ni. Hehe..." Aku buat-buat ketawa.

"Haha... Pandai ea? Nakal jugak rupanya." Irfan sembunyi senyum.

"Bukan nakallah. Kat sekolah bosan, cubalah kenakan dia. Tu pun kalau sempatlah. Kalau ada peluang..."

"Kenapa cakap macam tu?" Irfan sepertinya dapat mengesan sesuatu daripada butir kataku.

"Er... Sebab... kat sekolah selalu busy. Ha ya... Biasanya cikgu banyak bagi task. Kadang-kadang je ada masa." Aku sempat mengauta dia.

"Oh, I see..."

"Erm... err... Kasyfi tu memang baik ke?" tanyaku.

"Baik? Hmm, dia memang baik."

Aku angguk.

"Kenapa? Dia buat benda tak baik kat awak ke?" tanya Irfan.

"Eh, takdelah. Dia okey je dengan saya. Saya saja je tanya. Sebab kat sekolah, selalu aje tolong cikgu. Saya yang perempuan ni pun malas nak angkut beg cikgu. Haha..." Aku auta Irfan lagi.

"Oh, ingat apalah tadi. Kasyfi okey je. Cakap dengan orang pun sopan. Kalau difikirkan, ramai je budak yang nakkan dia tu. Tapi Kasyfi tu jenis yang tak melayan. Dia kalau suka seseorang, biasanya pendam." Bagitahu Irfan, membuka cerita.

"Kasyfi pernah suka dekat siapa?" tanyaku, nak tahu. Aku tahu perbuatan aku ni buat Irfan rasa sesuatu, tapi apa boleh buat. Dah memang aku nak korek rahsia. Kalau Irfan tanya, pandailah aku nak mengauta dia lagi nanti.

"Sebelum ni saya tak tahulah pulak. Sebab dia tak cakap." Jawab Irfan.

"Ermm... Kalau sekarang? Awak rasa dia ada suka sesiapa tak?" tanyaku tak tahu malu.

"Saya rasa ada."

"Ha? Ada? Siapa?" tanyaku sedikit terkejut.

"Awak tak kenal perempuan tu. Dia sepupu Kasyfi, anak sedara saya jugak. Anak Kak Long saya. Diorang memang rapat dari kecil lagi. Kasyfi memang selalu protect dia. Walaupun tak cakap, tapi boleh nampaklah yang Kasyfi suka sepupu dia. Sepupu dia pun sama. Kiranya memang diorang bercinta, tapi bercinta tak rasmi. Sebab tak luah katakan..." Bagitahu Irfan teliti.

Aku diam sejenak.

"Laa, betullah. Saya cakap, dia tak mengaku. Haiza kan sepupu dia tu?" ujarku.

"Eh, awak pun kenal Haiza?" Irfan sedikit terkejut.

"Kenallah. Dah tiga kali jumpa. Lawa orangnya... Baik... Agaknya tu sebab kenapa Kasyfi suka dia. Saya tanya dia pasal Haiza, bukan main lagi cakap tak. Padahal dah betul dah. Dia ni memang pemalulah...! Tinggal nak mengaku aje pun. Ahahaha...!" Aku pura-pura bahagia dengan telahan sendiri.

Jadi ini bermakna, memang mereka berdua saling menyimpan cinta tapi tak couple dan tak luahlah ni. Hmm, memang patutlah. Memang patut aku mengundurkan diri awal-awal. Maka tindakan aku hari tu memang tak salah. Memang itu yang aku kena buat sebelum semuanya terlambat.

"Hahaha. Kalau orangnya Kasyfi, memang tak peliklah. Dia bukannya nak mengaku. Hari tu pun saya nampak dia pegang cincin. Saya buat-buatlah tanya, duk tenung cincin tu nak bagi kat Haizalah tu. Tapi dia taknak mengaku, malah marah-marah saya, Iqa." Kata-kata Irfan aku sambut dengan gelak.

"Tapi... Ada satu yang awak mungkin tak tahu pasal saya dan Kasyfi." Sambung Irfan lagi.

Aku berhenti ketawa.

"Eh, apa? Ha, saya tahu. Awak pun suka Haiza eh? Haha, kantoi!" Aku buat serkap jarang.

"Mana adalah. Haiza tu cinta dia hanya untuk Kasyfi aje. Kejamlah sesiapa yang cuba ambik Haiza atau Kasyfi. Tunggu masa nak berterus terang aje tu. Kasyfi, maybe lepas SPM kut baru nak buka langkah." Bagitahu Irfan lagi.

Ah, pulak. Cakap dekat aku kenapa? Tengok, kan dah kena batang hidung sendiri? Adoilah... Kasyfi-Kasyfi, nasib baiklah aku dah lama ambil tindakan untuk menjauhkan diri. Mengaku ajelah yang kau ada hati dekat Haiza. Takde sesiapa yang nak marah pun lah kalau bercakap jujur sekalipun. Tolonglah hargai sikit pengorbanan aku ni, Kasyfi. Luahkan perasaan kau dekat Haiza, atau dua-dua pun kau tak dapat nanti. Baik aku ataupun Haiza, dua-dua kat melepas. Hahahahah! Macamlah Kasyfi pun akan jadikan kau pilihan, Iqa!

Tapi, Kasyfi. Tolonglah... Tolong mengaku. Kalau kau mengaku, aku pun jadi tenang. Sebab memang dah terang, aku patut jauh dari kau. Dari awal lagi, sepatutnya.

Macam sekarang nilah. Malah dah jadi seteru.

"Dah tu, apa?" tanyaku, berhenti daripada berkhayal.

"Saya dengan Kasyfi, sebenarnya tak berapa nak ngam." Bagitahu Irfan.

"Hah? Kenapa? Korang gaduh ke? Bermusuhan ke?" tanyaku agak terkejut.

"Bukanlah sampai tahap musuh. Kitorang pun bukannya gaduh. Hmm, mungkin sebab umur tak jauh mana, cakap pun lebih kurang... Tapi bukanlah maksudnya membenci. Kat rumah, makan tetap semeja. Cakap pun, bercakap je. Cuma tak selalu. Banyak hal yang kami tak sebulu. Tapi antara saya mahupun Kasyfi, tetap hormat keputusan masing-masing. Ha macam tu..."

Aku terangguk-angguk. Ha, faham-faham.

"Oh, ya. Awak datang sekolah, naik orang ke? Bayar tiap bulan?" tanya Irfan, macam nak ubah topik perbualan pun ada aku rasa.

"Haah."

"Kenapa tak duduk asrama? Kqn mahal? Tiap bulan, adalah dalam RM200 tambangnya. Kan?"

"Asrama? Taknaklah saya. Emm, mahal tu memanglah mahal. Tapi nak buat macam mana, saya bukannya ada motor pun nak pergi sendiri." Balasku.

"Oh, okey. Emm, pandai ke bawa motor?" tanya Irfan.

"Pandai. Dulu kalau kat rumah lama, kalau tak sempat dengan arwah papa, memang saya pergi sendiri ke sekolah, naik motor."

"Motor je? Kenapa tak skuter je? Kan senang?"

"Skuter memang senang. Tapi saya tak suka."

"Ada eh perempuan yang tak suka skuter? Ingatkan semua sama, suka pakai skuter."

"Tak, saya tak suka. Sebab saya fikir bila orang nampak, lelaki terutamanya, diorang akan cakap, 'Alah, skuter je pun,' sambil ketawa hahahahah." Bagitahuku.

"Hahahah, tak adanya diorang nak cakap macam tu. Tak pelik punlah kalau perempuan pakai skuter. Kalau motor, kena kangkang. Skuter pulak, boleh letak kaki kat tempatnya. Nak hidupkan pun senang..."

"Memanglah. Tapi still saya tak suka. Kangkang pun kangkanglah. Bukannya saya tak pakai seluar panjang kat dalam." Aku bertegas sambil pura-pura mengupas kulit rambutan.

"Hahah, good. Kalau macam tu, awak pakai ajelah motor saya." Bagitahu dia lagi.

"Ha?" Aku terkejut, sehingga hampir-hampir saja tertelan butir rambutan.

"Saya cakap, pakailah motor saya. Lepas dah nanti RM200 sebulan. Tinggal isi minyak aje." Kata Irfan lagi.

"Eh, takpelah. Seganlah saya nak guna hak awak."

"Alah, apanya yang nak disegankan? Hari ni saya tolong awak. Manalah tahu kut-kut esok lusa saya pulak yang susah, masa tulah awak tolong saya pulak."

"Hm, tak apa ke ni?"

"Iya, tak apa. Nak gerak ke mana-mana pun senang. Mak Wa bukannya tahu nak drive kereta pun. Nanti kalau nak pergi beli telur pun senang."

"Erm..."

"Fikir apa lagi tu? Kira jadilah ya? Lagipun, motor kat rumah tu banyak tapi tak guna. Buat hiasan buat apa. Baik bagi orang guna. Lagipun saya kenal awak, kan. Kenal Mak Wa... Kan?"

"Yelah. Thanks tau. Nanti saya belanja minum air. Hehe..."

"Haha, tak perlu pun. Saya ikhlaslah."

"Saya pun Ikhlas. Nanti free, kita minum. Tapi dekat kedai depan klinik tu ajelah. Kita minum kopi. Hehe..." ujarku, malu-malu.

"Yelah. Kalau awak dah ajak, tak kuasa pula saya nak menolak." Aku senyum sebelum masing-masing menikmati rambutan dan juga kuih tepung pelita.

Dalam tak sedar, aku mula selesa dengan Irfan. Kasyfi? Biarlah dia. Kami bukannya kawan lagi. Aku rapat dengan Irfan, baru dia tahu yang aku ni baik-baik sahaja walaupun dah tak ada dia.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience