BAB 15

Romance Completed 5655

AKU letak beg sekolah aku di atas kerusi. Kemudian, aku duduk di atas katil sambil memandang imej aku yang terhasil di cermin. Kain tudung dua lapis itu aku tanggalkan lalu dibentangkan di atas permukaan katil sebelah agar kain tudung itu tidak berkedut banyak nanti. Aku nak rehat sekejap, jadi nanti saja aku sangkut pada hanger. Kalau tak ingat nak sangkut pun tak apa sebab esok bukannya sekolah. Hari ni dah hari Khamis. Sekolah di negeri Johor kan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu?

Aku menggeliat kecil untuk membetulkan urat. Kemudian aku berbaring di atas katil. Tanganku menyeluk masuk ke bawah bantal tidurku. Telefon pintar ditarik. Selepas membuka password dan data selular, aku buka Telegram. Ingat nak buka whatsapp, tapi setelah sedar yang tiada notifikasi dari whatsapp yang masuk, aku beralih kepada Telegram.

Ada anime terbaru, namun aku masih malas untuk menonton. Penatlah, aku kan baru balik dari sekolah? Lepas siap mandi dan menunaikan solat apa semua, barulah aku akan tonton. Kalau tengok sekarang, maka tak syoklah jadinya. Yalah, dengan ketiaknya yang dah mula becak sebab terlupa nak buka kipas, memang tak sesuai nak bersenang-lenang.

Tiba-tiba, aku teringatkan Kasyfi. Aku keluar dari Telegram dan membuka whatsapp. Chat yang tertera nama Kasyfi aku buka.

Unblock?

Yes, unblock Kasyfi.
No, never! Jangan bagi dia muka, Iqa!

Aku kembali meletakkan telefon itu di atas katil. Daripada tak buat apa-apa, rasanya adalah lebih baik kalau aku pergi mandi dan membersihkan diri. Pantas aku bangun dan mencapai kain tuala yang tersangkut di hanger. Sebelum ke bilik air, aku terlebih dahulu menyediakan pakaianku. Kemudian, barulah aku bergerak ke bilik air yang berada di dapur.

10 minit kemudian, aku siap mandi dan mengambil wudhuk. Aku berjalan masuk ke dalam bilik tidurku. Selepas mengelap badan yang masih basah dengan kain tuala, aku menyarungkan pakaian. Kemudian aku mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Sejadah dihampar dan kain sembahyang disarungkan. Aku mengangkat takbir dan solat zohor didirikan.

Selepas memberi salam, aku menadah tangan untuk berdoa. Al-Fatihah disedekahkan kepada ahli keluargaku yang baru lebih kurang dua minggu menghadap Ilahi itu.

Aku tanggalkan telekung sembahyang dan menyangkutnya pada hanger. Sejadah turut dilipat dan disidai pada rak. Aku duduk di atas katil. Baru aje nak buat regangan badan dan menarik bantal, aku terkejut apabila terdengar bunyi ketukan di dinding rumah. Maksud aku, betul-betul di luar dinding bilik aku.

Aku meneguk air liur. Ah, sudah. Siapa pulak tu? Jangan cakap ada budak hitam lain yang nak mengintai aku lagi dahlah. Aku dah seriklah kena intai macam tu. Nasib baiklah hari tu budak kampung tu tak nampak apa-apa.

Aku menutup kepalaku dengan kain tudung hitam. Kemudian, aku berjalan ke arah sana. Daun tingkap itu aku buka laju, nak menggertak kalau betul ada orang. Namun, aku tidak melihat sesiapa pun di luar rumah.

Takkanlah ada orang menyorok kat bawah rumah pulak?

"Assalamualaikum...!"

Aku terkejut mendengar suara pemberian salam yang tiba-tiba itu. Ada orang datang rumahlah. Suaranya familiar aje aku rasa, tapi aku tidak dapat mengagak siapakah ia.

"Assalamualaikum...!" Orang itu memberi salam lagi apabila tiada sesiapa yang menyambut salamnya.

Oh, lupalah. Mak Wa takde masa aku balik tadi. Dan Mak Wa ada tinggalkan nota di bawah tudung saji yang mengatakan dia pergi 'membawang' dengan Mak Leha yang tinggal di sebelah masjid.

Jadi nak taknak, terpaksalah aku yang pergi menjawab salamnya. Aku keluar dari bilik dan berjalan ke sana.

"Waalaikumussalam..." Jawabku lalu membuka pintu. Kemudian, aku menjengah ke luar.

Aik. Pelik dan aneh. Tiada sesiapa di luar rumah. Takkan dah merajuk kut sampai dah blah macam tu aje? Tahulah aku lambat sikit. Aku diam sebelum pandanganku jatuh ke arah sebuah buku latihan sekolah yang diletakkan di atas tangga.

Aku mengambilnya sebelum dibelek. Eh, ini buku latihan Matematik aku ni! Macam mana boleh ada kat sini? Bukan ke aku dah hantar dekat cikgu ke sebelum balik tadi?

Aku membelek lagi sehingga muka surat terakhir yang digunakan. Oh, cikgu dah siap tanda buku aku. Patutlah ada kat sini. Tapi, siapa pula yang hantar buku aku ni? Takkanlah cikgu? Atau, mungkinkah rakan sekelas aku?

Kalau betul, siapa ya? Ada orang lain yang tahu aku duduk kat mana ke? Rasanya, hanya Kasyfi dan beberapa orang budak lain sahaja yang duduk di sekitar rumah Mak Wa.

Hmm, tapi takpelah. Terima kasihlah sebab dah susah payah hantarkan buku ini. Aku masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Langkah diaturkan ke bilik tidur. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu aku tolak sikit.

Buku latihan itu aku letak di atas katil. Kemudian, tangan aku mencapai telefon pula. Eh, ada satu mesej yang belum aku baca. Mesej itu daripada Kasyfi dan berbunyi ;

'Susah sangat ke nak jawab salam?'

Aik. Apahal dia ni? Oh, aku dah faham. Kasyfilah ni yang bagi salam tadi. Aku kembali letakkan telefon aku di atas katil. Baru aje aku nak tanggalkan tudung, aku tiba-tiba terpempan.

Krekk...

Aku kaku. Itu bunyi keriutan pintu. Seingat aku, aku duduk jauh daripada pintu, jadi macam mana pula pintu itu boleh berbunyi? Masakan ada angin yang menolak?

Klak!

Terdengar bunyi selak pintu ditolak masuk. Aku yang dah berdebar terus menoleh. Alangkah terkejutnya aku apabila nampak ada seorang lelaki yang berdiri di depan pintu, iaitu tidak jauh di belakang aku.

Dan dia ialah Kasyfi!

"Eh, kau buat apa hah kat sini? Macam mana kau boleh masuk?!" Aku terus memarahinya.

Kasyfi pandang aku.

"Kau yang bukakan tingkap bilik kau. Remember?" balas Kasyfi.

Aku mengetap bibir.

"Eh, kalau aku buka pun, kau bolehlah masuk? Siapa yang ajar, ha? Pergi keluarlah!" marahku lagi.

Kasyfi hanya buat tak tahu. Mukanya yang bagaikan tiada apa-apa itu cukup membuatkan hati aku panas.

"Ah! Jangan-jangan kau mengintai aku, kan?! Kenapa kau ni, hah?! Dulu bukan main pukul budak tu, tapi kau sendiri pun buat!" maki aku tanpa usul periksa.

Kasyfi tayang muka terkejut bercampur geram.

"Oh, seronok tuduh aku macam-macam? Kenapa, nak sangat kalau aku betul-betul intai kau, huh?" balasnya yang jelas terdengar tersinggung dengan tuduhan aku yang tidak berasas.

Mulut aku terbuka kecil, namun tidak terkeluar apa-apa. Aku kembali menutup mulut sebab sebenarnya aku tiada idea nak balas apa lagi.

Kasyfi melangkah setapak ke arahku.

"Unblock aku." Suruh Kasyfi.

He? Tak malu ke nak suruh orang unblock diri sendiri?

"Aku tak blocklah!" nafiku.

"Tak payahlah kau nak tipu. Naif, tahu tak?" balasnya.

"Siapa yang naif?!" tanyaku yang mula terangkat.

Kasyfi diam sejenak.

"Dahlah, Iqa. Aku taknak gaduh dengan kau tau. Just unblock aku, then selesai semua masalah." Suruh Kasyfi.

Aku pandang dia balik.

"Kalau aku taknak?" Balasku taknak mengalah.

"Aku sendiri yang unblock." Jawabnya.

"Oh, cubalah kalau boleh." Aku tayang muka yang paling annoying untuknya. Cepat-cepat aku ambil telefon di atas katil.

Kasyfi menjeling ke atas sebelum kembali melangkah setapak ke hadapan. Aku gerun melihat jarak kami yang makin rapat. Automatik aku mengundur ke belakang.

"Eh, kau ni kenapa, hah?! Baliklah...!" marahku.

Namun, bagai orang bodoh pula yang aku rasa apabila Kasyfi cuma buat tak dengar aje dengan arahanku. Dia semakin mendekat. Aku acah-acah nak tumbuk dia, namun dia cuma buat muka selamba, bagaikan tak kisah langsung.

"Keluarlah!" arahku lagi.

"Unblock aku." Sebaik sahaja Kasyfi meluncurkan suruhan itu, belakang badan aku sudah bertemu dengan dinding. Alamak! Mana aku nak lari?

Nak ke kanan, ada almari. Nak redah ke hadapan, nanti tercium dada dia pula. Kalau ke kanan, cuma ada katil. Kalau aku cuba lari melepasi katil, kalau Kasyfi sempat tarik aku macam mana? Oh, bangangnya!

Kasyfi berdiri di depan aku.

"Tak reti nak unblock ke?"

Aku mati kata. Sejujurnya, aku mulai takut dengan dia. Dia mungkin kawan aku, tapi tak mustahil kalau dia buat benda yang bukan-bukan. Ingatlah, lelaki tetap lelaki.

Aku mengeluarkan telefon aku dari belakang badan. Kasyfi terus merampas telefon yang sudah sedia terbuka password itu. Dia membuka aplikasi whatsapp. Nombornya sendiri dicari. Selepas melakukan apa yang dimahunya, Kasyfi kembali menyerahkan telefon itu kepadaku.

Dia pandang aku.

"So, kau block aku tapi tak delete nombor aku? Why? Tak sanggup, kan?" sindir Kasyfi bersama satu senyuman manis yang dibuat-buat.

Aku menggigit bibir. Bruh. Sengaja aje kan?

Dia menjeling ke arah katil. Ha, jeling-jeling tu kenapa?! Tanpa amaran, Kasyfi terus berbaring di atas katil itu tanpa sempat aku halang. Buntang mataku apabila dia dengan seronoknya mencapai bantal busuk aku yang wangi itu.

"Hmm, sedapnya baring kat sini. Empuklah!" Kasyfi tertawa sambil bergerak ke depan dan ke belakang membuatkan tilam itu sedikit bergoyang.

"Turunlah!" marahku.

Kasyfi buat tak endah sebelum dengan selambanya memeluk bantal busuk aku. Eh, kenapa dengan dia ni? Dahlah tak mandi, lepas tu suka-suka aje peluk bantal aku. Busuk nanti ada dia nak tolong basuh ke?!

"Hmm, wangi..." Kaysfi pura-pura menghidu bantal busukku.

Aku mengetap bibir. Penyapu di sebelah dicapai. Jangan salahkan aku kalau muka kacak dia tu berbelang-belang sebab kena hentak dengan batang penyapu ni!

Baru aje nak baling penyapu itu ke arahnya, Kasyfi dah pun turun dari katil sambil meraup rambutnya yang agak tebal itu ke belakang.

"Iqa..." Kasyfi menyebut namaku.

Aku pandang dia.

"Pasal yang hari tu, aku betul-betul mintak maaf. Serius aku cakap, aku taknaklah gaduh dengan kau dengan benda yang remeh-temeh macam tu. Okey, aku mengaku yang aku salah sebab dah pegang tangan dia. Tapi aku pegang, bukan sebab apa pun. Dia tu cuma sepupu aku. Jadi I think, takkanlah nak marah-marah jugak sedangkan kitorang takde apa-apa." Kasyfi mula serius.

Aku pandang dia. Berapa kali aku kena cakap yang aku marah bukan sebab tu? Aku tahulah dia tu sepupu dan tak ada hubungan istimewa. Tapi takkanlah kalau sepupu, ia boleh menjadi alasan untuk mereka pegang-pegang tangan? Aku tahulah aku takde hak nak halang dia, tapi boleh faham tak yang aku sendiri pun tak tahu kenapa aku jadi tak suka melihat tangan mereka yang bersatu itu.

Hati aku sakit.

"Okey. Aku maafkan dan aku jugak minta maaf. Sekarang dah takde apa-apa kan? So, boleh tak kalau kau keluar dari bilik ni sekarang jugak? Kau tahu kan, tak manis kalau orang nampak? Plus, nenek aku takde sekarang. Kau faham kan maksud aku?" ujarku pula.

Kasyfi diam.

"Okey. Actually, aku tak niat pun nak ceroboh masuk sini. Lebih-lebih lagi, berdua aje dengan kau. Tapi, aku takde cara lain. Kau sekolah pun kau asyik nak mengelak bila aku tegur. Aku minta maaf, okey?" ujar Kasyfi pula.

Aku diam dan mengangguk saja. Dia masih pandang aku.

"Taknak hantar aku dekat pintu depan ke?" tanyanya.

Aku herotkan bibir sendiri.

"Tadi masuk sini ikut mana? Ikut tingkap, kan? Dah masuk ikut tingkap tu, takkan nak keluar ikut pintu?" balasku. Kan, betullah apa yang aku cakap, kan? Pandai sangat masuk bilik anak dara, jadi pandai-pandailah juga nak keluar balik.

Kasyfi gelak kecil. Agaknya dia nampak lucu kut wajah aku tadi. Yalah, pertama kali aku herotkan bibir di depan dia. Tahu tak rupa aku bila herotkan bibir macam mana? Ha kalau nak tahu, buka tiktok bagaikan langit. Macam tulah lebih kurang. Haha, just kidding.

"Okeylah. Aku balik dulu." Kasyfi mula bergerak mengampiri tingkap.

Aku memberi laluan kepadanya. Kasyfi mula memanjat. Dalam masa yang sekejap sahaja, dia sudah mendarat ke tanah. Tiba-tiba aku nampak beg sekolahnya yang tertinggal di atas katil.

"Kasyfi!" panggilku.

Kasyfi yang baru nak pergi itu kembali menoleh. Aku tunjuk beg sekolahnya.

"Kau tertinggal ni." Kataku.

Kasyfi diam sebelum tersenyum nipis. Dia mendekati dinding. Kami sama menghulur dan beg sekolah pun bertukar tangan.

"Thanks." Aku cuma mengangguk.

"...and bye." Kata Kasyfi lagi.

Aku diam. Dia senyum nipis sebelum berjalan ke arah motosikalnya. Oh, shit! Kenapa aku tak sedar pun motor dia yang tersadai di bawah pokok tu?

Dan Kasyfi pun mulai beredar. Aku masih lagi memandangnya dari kejauhan.

"Bye..." Balasku, perlahan.

Daun tingkap kembali ditutup.

***

"NAK pergi mana tu malam-malam macam ni?"

Pertanyaan wanita itu dibiarkan sepi. Dia cuma buat tak tahu sambil mencapai kunci motosikal yang tergantung di tempat khas. Dia diam sejenak. Mana satu kunci motosikal yang lebih syok ditunggang ya?

"Mana kunci motor Yamaha?" tanyanya acuh tak acuh.

"Yang awak pegang tulah." Balas wanita itu.

"Oh. Tanya je, kan?" balasnya perlahan.

"Nak pergi mana? Malam baru nak keluar. Tadi petang taknak pula keluar. Malam jugak yang dia nak." Bebel wanita itu.

Dia membuat rolling eyes di depan cermin, namun tak dilihat oleh wanita itu pun.

"Dah tadi baru hidup, nak buat macam mana?" ujarnya.

"Apa dia?"

"Takdelah. Petang tidur, tadi baru bangun kan? Dahlah, cau luh. Malam ni nak enjoy aje. Bye!" ujarnya lagi sebelum berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang begitu teruja.

Wanita itu menggeleng-geleng. Pelik.

***

"NENEK lupa nak cakap. Tadi masa nenek pergi rumah Mak Leha, dia ada bagi buah manggis. Nenek letak dekat beranda, tapi tak ingat nak bawa masuk. Pergilah ambik. Iqa suka makan manggis, kan?" ujar Mak Wa semasa kami sedang menonton cerita hantu di Astro Citra.

Aku yang ketika itu sedang khusyuk melihat tv terus menoleh. Apa dia? Manggis? Whaa, buah kegemaran aku tu!

Lalu aku terus melompat ke luar beranda. Tak perlulah buka lampu sebab aku bukannya penakut pun meskipun sekarang aku tengah tengok cerita seram. Aku capai plastik manggil yang terletak di atas papan.

Angkat kepala, pandangku terus lurus memandang ke seberang jalan. Dahiku berkerut melihat objek yang kelihatan agak kecil dari jauh.

Eh, itu bukan ke motosikal Kasyfi? Yang duduk atas motor itu Kasyfi ke? Aku menjengah ke dalam rumah. Mak Wa tekun menonton tv. Aku menarik hoodie untuk menutup kepalaku. Selepas menarik talinya, aku terus menyarungkan sandal. Perlahan-lahan aku pergi ke seberang jalan.

Benarlah, ini Kasyfi. Tapi, kenapa dia tidur kat sini? Kena halau ke macam mana ni?

Aku menyentuh bahunya.

"Kasyfi... Kasyfi?" Aku menggongcang bahunya.

Dan dia pun tersedar.

"Eh, Iqa. Buat apa kat sini?" tanya Kasyfi.

"Aku yang sepatutnya tanya, kau buat apa kat sini malam-malam? Dahlah tidur atas motor. Kalau ada orang jahat, macam mana?" tanyaku bertubi-tubi.

Muka Kasyfi jelas terpinga-pinga. Dia pandang motosikal yang ditunggangnya itu.

Aku diam. Kenapa aku nampak Kasyfi nampak keliru dan sedikit blur aje malam ni?

"Kenapa ni? Kau okey tak?" tanyaku, pelik.

"Aa? Oo... okey. Aku okey." Jawabnya yang macam kelam-kabut.

Aku diam.

"Hmm, okey. Kau pergilah balik. Bahayalah, dah lewat. Dah pukul 11.45 malam dah." Suruh aku.

"Ohh, okey. Kau dari mana ni?" tanyanya pula.

"Dari rumah. Nak ambik barang dekat beranda tadi, tapi tak sangka pulak nampak kau yang tertidur kat sini. So, aku kejutkan." Ujarku.

Kasyfi diam dan mengangguk.

"Penat sangat kut kau ni. Dahlah, pergilah balik. Mesti mama kau risau malam-malam tak balik lagi." Ujarku lagi.

Kasyfi pandang aku.

"Okey. Aku balik dulu. Bye." Kata Kasyfi.

"Bye. Good night." Balasku.

"Good night jugak."

Kasyfi menghidupkan motosikalnya. Aku membalas lambai kepadanya dan memerhati dirinya yang sudah berada di atas jalan raya. Kemudian aku kembali melintas jalan dan masuk ke dalam rumah.

Jom tengok aku makan.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience