BAB 2

Romance Completed 5749

NAMA aku Nur Afiqah, atau lebih dikenali dan mesra dipanggil dengan nama Iqa. Aku berusia 17 tahun, mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Nur Afifah, dan kakak aku itu berusia 20 tahun.

Aku sebenarnya hidup di dalam kesunyian. Balik rumah, aku selalu kena marah dengan Kak Ifa. Jadi hanya di sekolah saja yang menjadi tempat untuk aku merasa sedikit kebebasan. Kawan-kawan aku pun baik, selalu mendengar masalah yang hendak aku sampaikan.

Berkenaan kakak aku itu, aku pun tak faham kenapa dia harus membenci aku sangat-sangat. Apa salah yang aku dah buat? Aku ada rampas pakwe dia ke? Atau dia ada crush dekat seorang lelaki tetapi lelaki tu suka dekat adik Afifah iaitu aku? Hisy, tak ingatlah pula kalau betul ada!

Tapi yang aku tahu, Afifah mula bersikap marah-marah dan menengking aku sejak peristiwa dia kemalangan dahulu. Dia lumpuh kaki dan aku tidak. Mungkin sebab itu dia bencikan aku. Mungkin dia tak suka dan cemburu bila nampak aku yang bebas berjalan ke sana sini.

Habis tu nak suruh aku buat apa? Suruh aku berdiri di tengah-tengah lebuh raya supaya dilanggar lori ayam sampai kaki aku terseret di atas jalan tar ke?

Aku mengetuk-ngetuk pen di tangan pada permukaan meja. Sesekali aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Haih, susah pula soalan addmath yang Cikgu Ain bagi hari ini. Kan senang kalau aku ada seseorang yang boleh bantu? Teringat pula aku tentang kenangan lalu. Di mana setiap kali aku tidak faham tentang soalan yang ditanya, Kak Ifalah yang selalu datang dan mengajar aku.

Ketika sebelum aku menghadapi PT3 dahulu, Kak Ifalah yang selalu menjadi tutor tidak berbayar aku. Kak Ifa memang pandai, dan aku akui itu. Kalau nak tahu, Kak Ifa tu tersenarai di dalam kalangan pelajar yang mendapat straight A's dalam SPM. Jadi kalau soalan-soalan Matematik tingkatan tiga itu, memang kacang saja baginya.

Haih... Kan bagus kalau sekarang pun aku masih boleh bertanya soalan itu dan ini kepada kakak?

Aku tenung buku latihan yang sudah pun aku salin soalannya. Hisy, tak faham aku! Soalan ni nak apa? Tak boleh jadi ni. Baik aku tulis saja apa-apa. Sekarang ni dah senja. Malam nanti aku dah malas dah nak buka buku. Kalau tak penuhkan jawapan sekarang, maka Cikgu Ain akan tanya aku kenapa tak siap esok!

Baru nak menulis apa-apa sahaja di atas kertas, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara jeritan Kak Ifa. Aku tersentak. Mak aih, kuat gila suara? Bukan ke dia duduk dekat ruang tamu bawah? Macam mana pula aku yang duduk di dalam bilik hujung tingkat dua ini boleh dengar dengan sangat jelas? Ni kalau dia menjerit depan-depan, confirm dah pekak telinga aku

Aku telan liur. Kenapa Kak Ifa menjerit tu? Mesti ada sesuatu yang dia nak suruh aku buat.

Cepat-cepat aku keluar dari bilik dan berlari menuju ke bawah. Kalau aku lambat sikit nanti, mesti dimarahnya aku macam dah tak ada hari esok.

Kelihatan Kak Ifa sedang tertonggeng di atas lantai dengan keadaan kerusi roda bertayar besar dia itu terbalik di atas belakangnya. Ya Allah, Kak Ifa dah kenapa?

"Kak Ifa! Akak okey?" Aku terus meluru dan mengalihkan kerusi roda yang cun terletak di atas belakang Kak Ifa itu.

Aku memegang bahu Kak Ifa, nak tolong dia bangun. Setelah dia kembali duduk di atas kerusi roda, Kak Ifa tiba-tiba memalingkan kepala ke arahku dengan pandangan yang sangat tajam. Kecut perut aku yang melihatnya.

"Ka... kau! Kau asal letak pinggan merata-rata, hah? Kau tak fikir langsung kalau aku boleh jatuh macam tadi, kan?!” marah Kak Ifa tiba-tiba.

Aku terdiam. Pinggan? Kenapa kalau objek itu pinggan, Kak Ifa nak cakap itu kerja aku yang letak merata-rata? Apa muka aku ni nampak macam dapur ke? Aku sendiri pun tak makan nasi lagi hari ini, masakan aku boleh tertinggal dekat situ? Dan sekali pun aku dah makan, ingat aku ke yang letak pinggan di merata-rata?

"Maaf, tapi bukan saya yang..."

"Bukan apa? Bukan kau yang letak? Kau ni bodo la! Mari sini kau, pompuan!" Kak Ifa mula menggerakkan kerusi rodanya ke arah aku.

Aku terkejut dan terus berlari rapat ke dinding belakang.

"Ya Allah, kak... Akak ni dah kenapa? Saya memang betul-betul tak buat, akak..." Aku masih lagi bersuara lembut.

Kak Ifa menjeling aku tajam. Dengan pantasnya, dia menolak rodanya laju-laju, membuatkan sekejap saja dia dah dapat tangkap aku. Tanpa belas kasihan, Kak Ifa terus menarik baju aku.

"Kak Ifa! Apa ni, kak?" Aku mula takut melihat mukanya yang bengis.

Tanpa menayangkan walaupun secalit senyuman, Kak Ifa terus menarik rambut panjang aku yang dah elok terikat.

Aduh, sakitnya rambut aku!

Kak Ifa memang macam ni! Dia kalau dah gaduh, memang akan gaduh betul-betul. Memang langsung tak bagi can dekat aku.

"Kak Ifa! Sa... sakit... Tolong lepaskan, tolong..." Aku merayu kepadanya dengan mata yang sedikit dah berair. Serius sakit yang aku rasa sekarang. Macam nak suruh kulit kepala aku tertanggal pula!

Kak Ifa tersenyum sinis.

"Sakit?! Dah tu, asal tak lawan bila aku buat kau?! Kaki tu ada, kan?! Asal tak lawan aku?! Kaki kau elok, asal tak sepak aku sampai aku menggelupur?!" herdik Kak Ifa yang dah macam orang sakit mental.

Aku memegang tangannya, berusaha untuk mengurangkan rasa sakit yang semakin kian terasa. Dia tanya kenapa aku tak balas bila dia buat aku macam ni? Sebab aku hormat dia sebagai kakak akulah.

"Saya takkan buat kakak kandung saya macam tu..."

'Dan saya pun masih berharap yang Kak Ifa berhenti buat saya macam ni lagi'. Nak saja aku cakap macam tu dekat dia.

Kak Ifa mengetap bibir, geram.

"Tolol! Kau sengaja je nak tunjuk baik dekat aku, kan? Tangan kaki tu ada, jadi sakitkan jela aku balik! Bodo tahap dewa apa kau ni?" Kak Ifa menyekeh kepala aku beberapa kali.

Aku dah teresak-esak menahan tangis.

"Saya tetap takkan buat macam tu walau teruk manapun akak sakitkan saya..." Aku tahu ramai yang cakap aku bodoh sebab teruk macam ni pun masih tak nak melawan. Maaflah, tapi aku tak nak balas balik apa yang kakak aku buat. Dia tertekan dengan keadaan kaki dia, jadi sebab itu Kak Ifa jadi macam ni.

Dan mungkin dia sebenarnya tak berniat pun nak sakitkan aku, bukan? Mungkinlah. Barangkali...

Kak Ifa buat rolling eyes.

"Acah baik, acah sucilah kau ni! Kau tak nak buat sangat, kan? Nah, ambik la apa yang aku nak buat ni! Jangan mintak aku lepaskan pulak nanti!" tengking Kak Ifa lalu melepaskan rambut aku.

Aku ingat semuanya dah berakhir, tapi ternyata aku silap. Tangan Kak Ifa terus bergerak ke arah leher aku. Dengan sekuat tenaga, leher aku dicekiknya. Aku cuba melawan dengan merungkaikan tangannya dari leherku, tetapi gagal.

Aku dah tak mampu menggerakkan tangan aku oleh kerana oksigen yang makin berkurangan.

"Aaa... kak... le... pas... kan saya! Saa... ya tak... bo... leh berna... fas!" Susah payah aku cuba memohon kepadanya.

Aku nampak Kak Ifa sempat lagi menarik senyuman sinis.

"Padan muka! Tak nak lawan aku sangat, kan?” Kak Ifa gelak macam orang gila lalu terus mencekik aku dengan lebih kuat. Sesekali dia cuba hantukkan kepala aku pada dinding.

Tolong aku! Sekarang ini, ibu dan papa aku tidak ada di rumah. Yang ada di dalam rumah ini hanyalah aku dan Kak Ifa. Bila Kak Ifa buat dekat aku, siapa yang mampu tolong aku?

Ketika ini, aku rasa ajal aku sudah hampir tiba. Tolonglah, Ya Allah. Aku tak nak mati lagi. Aku belum puas hidup di dalam dunia ini. Aku mohon kepada-Mu, Ya Allah. Tolong hantarkan aku seseorang untuk menyelamatkan aku!

Nafas aku semakin pendek. Sedikit lagi, pasti aku akan betul-betul tidak bernafas. Otot aku kian melemah. Dengan tiba-tiba, pintu rumah dibuka kasar lalu terpampanglah wajah ibu dan papa. Di tangan papa ada beberapa plastik yang aku kira berisi barangan mentah.

"Astaghfirullahalazim!" Papa mengucap kuat apabila melihat perkara di depan mata. Automatik plastik di tangan papa terlepas dari tangan. Dengan kelajuan maksima, papa terus berlari ke arah kami.

Kak Ifa yang perasan akan kepulangan papa dan ibu terus melepaskan leher aku. Dan aku terus jatuh terkulai di tepi dinding. Ibu mendapatkan aku lalu kepalaku diletakkan di atas ribanya.

"Afifah!” Suara papa bergema di ruang utama itu.

Kak Ifa mula kecut perut apabila melihat muka papa yang bengis semacam.

"Papa... Kakak..."

"Papa dah lama bersabar dengan kau selama ini, kakak. Tapi kali ini... kakak dah betul-betul melampau!" marah papa lalu menampar kuat pipi Kak Ifa.

Aku yang lemah itu masih mampu melihat Kak Ifa yang terteleng ke kanan. Aduh, sakit tu. Aku tahu rasanya sangat sakit, sebab aku pun dah pernah kena dua kali macam tu. Tapi yang tampar aku itu bukanlah papa, tapi Kak Ifa sendiri.

"Kakak ni dah kenapa, ha? Tak sayang adik ke, Nur Afifah?" Ibu menangis sambil memeluk kepalaku. Semestinya hancur luluh hati ibuku apabila melihat anak sendiri sanggup mencekik adiknya sendiri.

"Kakak ni memang dah gila! Kenapa kakak tak puas hati sangat dekat adik? Apa yang dia dah buat sampaikan kakak tergamak sakitkan dia macam tu? Kakak ingat papa tak tahu yang hari-hari kakak sakitkan dia? Papa tahu semua tu, kakak... Papa tahu! Tapi papa sengaja diam sebab papa taknak sakit kepala fikir pasal semua tu!"

"Tapi hari ni, kakak memang dah betul-betul melampau! Sampai sanggup nak bunuh adik sendiri? Kakak jenis apa kau ni, Afifah? Kau marah sebab kaki dia elok? Itu semua salah kau juga, kakak! Papa dah cakap dulu, jangan keluar malam, jangan keluar malam! Tapi ada kakak dengar? Dengan lampu motor yang pecah, maka tersondollah kau. Bila dah takde kaki, nak lepaskan dekat adik pulak?"

"Sedarlah, kakak! Semua tu salah kau jugak. Kakak yang taknak dengar sangat cakap papa dengan ibu! Papa yang kerja siang malam semata-mata nak kumpul duit untuk rawat kaki kakak tu, ada kakak kisah? Takde, kakak... Takde! Malah kakak dengan sukanya nak sakitkan adik. Kalau macam nilah, elok papa tak payah kumpul duit untuk kaki kakak tu!" Papa dah betul-betul mengamuk kali ini.

Kak Ifa yang tadinya menunduk terus mengangkat kepala.

"Papa ungkit pasal kaki kakak? Papa dah tak nak keluarkan duit untuk kaki kakak? Okey, fine! Papa tak payah bawa kakak ke hospital lagi! Kakak tahu kakak ni tak berguna! Belajar tak, kerjanya hanya menghabiskan duit mak bapak je! Dahlah, tak payah keluarkan duit untuk kaki kakak lagi! Eloklah papa belikan susu lembu untuk anak kesayangan papa tu! Badan pun sekeping macam papan je kakak tengok!" bidas Kak Ifa

Kemudian dia pandang aku.

"Kau pulak, lepas dah besar sikit tubuh tu nanti, bolehlah kau balas balik setiap pukulan yang aku buat dekat kau, kan?" Sempat lagi Kak Ifa menyindir aku.

Kemudian dia pandang papa balik.

"Anak kesayangan papa tu memang kalau boleh tak nak kakak duduk serumah dengan dia lagi! Dan papa pun mesti was-was nak biarkan kakak duduk kat sini lagi, kan? Yalah, manalah tahu kalau kakak buat lagi, kan?"

"Macam nilah, papa. Apa kata kalau papa hantar je kakak balik rumah nenek? Eh, tak payahlah. Rumah nenek dekat Batu Pahat, jauh jugak dari sini. Hmm, macam nilah. Papa hantar jelah kakak dekat bus stop. Nanti pandai-pandailah kakak beli tiket tambang bas balik kampung nenek. Duit belanja pulak, papa bagi seringgit dahlah."

"Biasalah. Orang OKU macam kakak ni mana boleh pegang duit besar banyak-banyak. Nanti kalau ada orang nak curi, tak sempat pula kakak nak lari sebab roda ni besar sangat! Kejap ya, kakak nak kemas baju kejap!" balas Kak Ifa dengan panjang lebar lalu terus ke bilik tidurnya yang berhampiran dengan dapur.

Asalnya, bilik itu ialah bilik orang gaji. Tapi oleh sebab dia susah nak naik tangga, jadi papa bagi dia bilik itu saja. Beberapa minit kemudian, Kak Ifa kembali semula dengan beg pakaian Jenama Avon di atas riba.

"Jom, papa. Lambat gerak, nanti malam pula." Kak Ifa mula menggerakkan kerusi rodanya ke arah pintu utama.

Papa dan ibu saling berpandangan.

"Kakak..." Suara papa dah kendur saja dengarnya.

Kak Ifa buat-buat pandang.

"Eh, kenapa tak gerak lagi ni, papa? Jomlah hantar kakak kat stesen bas. Ke... papa tak sudi nak tumpangkan kakak? Hmm, takpelah. Kakak faham. Kakak pergi dululah kalau macam tu..." Kak Ifa kembali memandang ke hadapan dan menggerakkan kerusi rodanya.

Aku yang masih lagi lemas perlahan-lahan bangun dan berdiri. Ketika Kak Ifa sedang bergerak di belakang sofa, aku cepat cepat-berlari dan berdiri di depannya.

"No! Kakak tak perlu keluar. Kakak kena terus duduk sini, duduk sini sama-sama dengan saya, papa dan ibu..." Halangku dengan tangan yang didepangkan.

Kak Ifa membuat rolling eyes, mungkin menyampah dengan sikap aku yang dia kira hanya drama itu. Tapi, siapa saja yang sedang buat drama sekarang ini? Aku ikhlas tahu tak, nak dia kekal di dalam rumah ini?

"Ish, kau ni! Buat apa lagi nak berlakon macam ni? Bukan ke kau memang suka kalau aku blah dari hidup kau? Yalah, aku kan suka sakitkan hati kau? Tumbuk dan pukul-pukul tu benda biasa je kat kau, kan? Aku ada kat rumah ni kejap je. Japgi aku keluarlah, dan kau tak payahlah nak buat macam ni semata-mata nak nampak mulia depan papa dan ibu," sindir Kak Ifa

Thud!

Sungguh tajam kata katanya. Bila masa aku nak sangat dia keluar dari sini?

"Saya tak pernah mintak pun Kak Ifa keluar dari rumah ini. Ibu dan papa ialah ibu bapa kakak. Kita semua keluarga. Kakak tak perlu keluar. Pasal kaki kakak tu, please, terus jumpa doktor macam biasa. Saya yakin yang lama-lama nanti, kaki kakak akan baik macam dulu jugak. Cuma masa je yang kita tak tahu. Cepat atau lambat, kita kena sabar je," balasku pula.

Afifah menjeling tajam.

"Aku cakap aku tak nak! Papa pun tadi mengungkit! Kalau kau, kau nak ke terima duit dari orang yang pada awalnya tak nak bagi pun kau duit tu? Tak nak, kan? Macam tu jugak dengan aku!" sembur Afifah.

Aku terdiam.

"Tapi, kak... Saya..."

"Banyak pula bunyi kau ni! Kau memang nak aku blah kan? So aku nak blah lah ni! Tapi boleh tak kalau kau tunggu sekejap? Aku nak keluarlah ni!" balas Afifah.

"Kak Ifa... Saya..."

"Hisy, tepilah! Orang kurang upaya nak lalu!" tengking Afifah lalu menolak tubuh aku ke tepi.

Aku jatuh terduduk. Semasa dia melepasi aku, Afifah sempat lagi sengaja menggilis jari kaki aku. Aduh, sakit siot! Namun demi Kak Ifa aku, aku sanggup berlagak kuat. Dengan pantasnya aku berdiri dan kembali menghalang jalannya.

"Okey, saya faham kalau Kak Ifa tak nak kita tinggal serumah lagi. Fine, lepas ni kita takkan tinggal serumah. Kita akan tinggal asing-asing. Bukan kakak yang kena keluar, tapi saya. Saya takkan tinggal kat asrama sebab saya tahu, hujung minggu saya akan balik, jadi akak tetap akan nampak muka saya walaupun tak selalu."

"Jadi, biar saya aje yang tinggal dengan nenek. Saya mohon, Kak Ifa... Tolonglah, jangan tinggalkan rumah ini. Saya sebenarnya tak nak pun keluar dari sini, tinggalkan ibu, papa dan juga kakak sendiri... Tapi sebab memang kakak rasa dah tak boleh nak tengok saya, saya rasa apa salahnya kalau saya berkorban? Lagi pun, saya sayang Kak Ifa. Saya sanggup berjauhan dengan keluarga, asalkan kakak bahagia. Saya sanggup, kakak..." kataku sambil menahan sebak.

Antara papa dan ibu, masing-masing diam memandang aku. Afifah juga begitu. Tapi aku nampak mata Afifah macam berair... Dia menangis ke? Ah, mana mungkin boleh! Mata dia termasuk habuk tu.

Aku pandang papa.

"Papa, esok tolong hantar adik ke rumah nenek. Dan adik akan sekolah kat sana aje. Tolong ya, papa..." Aku meminta bantuan papa.

Papa pandang aku dengan mata yang berkaca. Begitu juga dengan ibu.

"Tapi, adik... Papa..."

"Papa! Hantar adik ke rumah nenek esok atau papa nak tengok adik lari rumah macam tahun lepas lagi?" Aku terpaksa mengugut agar papa bersetuju.

Memang betul pun. Aku pernah lari dari rumah dulu. Perkara itu jadi pun sebab Afifah juga. Huh, banyak juga sebab Afifah yang dah buat aku terpaksa berkorban!

Papa pandang aku.

"Adik..."

"Papa!"

Dan papa mengeluh. Dia berpandangan dengan ibu sebelum kembali memandang aku.

"...baiklah," putus papa.

Aku diam. Papa diam. Ibu diam. Afifah pun diam juga.

Aku pandang Afifah yang tengah buat-buat baiki beg pakaiannya yang berlubang sebab dah lama.

Biarlah, aku ikhlas semua ini berlaku. Aku sayangkan kakak aku, jadi aku tak kisah walaupun terpaksa berkorban. Aku tak kisah jauh dengan papa dan ibu, asalkan Kak Ifa tak sakit hati lagi. Kalau kepergian aku yang Kak Ifa mahukan, aku terima.

Aku menarik nafas. Tanpa memandang sesiapa, aku terus berlalu naik ke bilik tidurku. Aku nak tidur sekejap, walaupun dah nak Maghrib.

Nak tenangkan fikiran aku yang bercelaru.


-KASYFI-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience