BAB 25

Romance Completed 5655

ESOKNYA seperti yang tak dijanjikan, sebuah Yamaha warna hitam tersadai di depan rumah. Aku semestinya teruja. Irfan berdua dengan kawannya. Hal ini demikian kerana, mudahlah dia nak balik rumah nanti. Yalah, dia dah bawakan motor untuk aku. Tak munasabah pulak kalau aku yang kena bonceng dia balik rumah. Kang tak pasal-pasal Kasyfi ingat aku daging dengan Irfan kalau dia nampak.

Sumpah cakap, motor Irfan lawa gila. Cantiknya macam yang Kasyfi punya weh. Berkilat macam baru beli.

"Cantiknya... Macam baru je. Baru beli ke?" tanya ku ketika membelek-belek motosikal baru itu.

"Takdelah. Tukar body je. Sebelum ni warna biru. Hari tu accident, ada calar sikit. So, that's why saya tukar."

"Ouhh, alah... Calar sikit je pun."

"Sikit tak sikit. Motor ni buah hati lelaki tau. Handphone retak, okey lagi. Tapi kalau motor, bagi awek pun tak boleh ganti." Seloroh Irfan.

Aku dan sorang lagi kawannya ketawa. Boleh tahan kelakar juga si Irfan ni.

"Jadi... esok dah boleh guna pergi sekolahlah ni, kan?" tanyaku.

"Haah... nak ronda-ronda petang ni pun boleh." Sambut Irfan.

"Tak try bawak ke?" Kawan Irfan yang nama Amiruddin itu tiba-tiba mencelah.

Aku pandang dia.

"Kenapa kena try?" tanyaku.

"Takdelah saja je. Motor ni berat sikit. Kutlah awak tak larat ke..." jawabnya.

"Haha, jap saya try. Insya-Allah, boleh ni." Aku gelak kecil.

Sebenarnya aku gelak sebab si Amiruddin ni. Dia bahasakan 'awak-saya' dengan aku? Takdelah, awal-awal tadi dia beraku-kau dengan aku. Ni mesti sebab dia terikut-ikut dengan Irfan.

Haha, dia ni kelakarlah jugak. Muka dia pun cute. Rambut dia sedikit panjang dan berserabai. Berserabai dia pulak bukan macam sarang ayam, tapi serabai yang memang feshion serabai. Kulitnya putih kemerahan. Keningnya cantik terbentuk. Kalaulah jadi boyfriend aku. Hahaha, takde-takde. Aku gurau je. Dalam hati aku ni, budak tu tak blah lagi. Ah, cepatlah balik kau, salamander!

Aku cuba hidupkan motor tapi tak dapat. Alamak, asal pulak tak boleh ni. Selama ni aku buat, okey je hidup. Kau motor, jangan nak malukan aku depan Irfan dan Amiruddin boleh tak?! Ke kau merajuk sebab tuan kau bagi kau kat aku? Kau jangan, motor. Aku simbah tahi ayam dekat body kau yang sikit punya cantik tu baru tahu!

"Sorry, motor ni memang susah sikit nak start. Tapi mula-mula je. Lama nanti, okeylah." Irfan menghampiriku. Aku yang tengah duduk di atas motor terus kaku bila badan kami agak rapat.

Irfan bukan ambik kesempatan. Dah memang dia nak hidupkan motor. Cepat-cepat aku alihkan kaki. Irfan naikkan kakinya ke tempat nak start enjin. Dalam sekejap je, motor dah hidup. Hohoho, panasnya hati! Tuan kau buat, senang je kau hidup eh? Aku tendang kau sampai terbalik dalam lombong kan!

"Er, terima kasih..." Ucapku.

"Kasih diterima."

Er, apasal si Irfan ni. Tak boleh ke balas 'sama-sama' je? Aduh, tiba-tiba rasa segan. Amiruddin dah pandang aku dan Irfan silih berganti.

"Isy, musykil aku kau dua orang ni. Ada apa-apa ke?" tanya Amiruddin.

Eh, tetiba je dia ni. Apa maksud 'ada apa-apa' tu?

"Kalau dia nak..." Irfan membalas sambil berbisik dengan kawannya. Nasib baik tak terbalik motor yang sedang aku tunggang. Isy, dia ni! Berbisik macam tak berbisik! Sampai kat sini boleh dengar bisikan dia tu. Tapi aku malaslah nak mencelah. Kut-kut telinga aku yang salah dengar walaupun sebenarnya aku memang pasti.

***

PINTU bilik air dibuka perlahan. Kasyfi berjalan keluar padakala tuala kecil di tangannya dilap pada rambutnya yang basah. Dia mengatur langkah ke arah almari. Sehelai t-shirt hitam lengan pendek yang ada gambar tengkorak dicapai lantas disarung ke tubuh. Seluar juga disarungkan sekali.

Usai selesai, Kasyfi duduk di birai katil. Dia membuka laci meja lalu mencapai buku berkulit hitam miliknya.

Just only for you.

Kasyfilah yang memberikan judul itu. Dari awal mukasurat, semua isinya tentang seorang perempuan itu. Perempuan yang merujuk kepada kawan rapatnya sendiri.

Ya, Nur Afiqah. Kasyfi akui, kawannya itu memang berada di tempat yang istimewa dalam hatinya. Sejak kali pertama mengenalinya, Kasyfi sudah tertarik. Sebab itulah, dia cuba untuk rapat dengan gadis itu. Apabila mereka semakin rapat, Kasyfi rasa bahagia sekali. Sumpah, dia tidak pernah menyukai atau jatuh cinta kepada mana-mana perempuan. Gadis itulah yang pertama.

Kasyfi pun tak faham kenapa dia boleh terjatuh suka. Tapi yang pasti, menyukai dia adalah satu perkara yang sangat Kasyfi suka lakukan. Tapi apabila yang macam hari tu berlaku, Kasyfi tak boleh terima. Tanpa sebab, terus marah dan minta berhenti berkawan. Ingat Kasyfi ni apa?

Ya, memang boleh jadi bukan salah gadis itu. Tapi... bukankah salah dia juga sebab tak pernah nak bagi peluang untuk Kasyfi menjelaskan segala-galanya? Asyik nak menang, dan kadang-kadang bertindak menjauhkan diri. Apa, ingat lari dari masalah itu elok sangat ke?

Kasyfi dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Ajak jumpa, taknak. Dah jumpa, ditendangnya. Nak jelaskan melalui pesanan WhatsApp, dibloknya. Adeh...

Takkan hubungan persahabatan mereka berhenti macam ni je? Alah, baru ingat nak melamar lepas habis SPM. Hahaha, berangan! Takpelah, esok Kasyfi akan cuba bercakap dengan gadis itu. Kalau nak dengar suara Kasyfi yang merdu pun dia tak hingin, Kasyfi akan tuliskan surat. Harapnya dapat menjernihkan balik hubungannya yang sudah keruh dan mula berkeladak ini.

Baru je nak membelek buku, Kasyfi terpanggil untuk melihat telefonnya. Perlahan-lahan telefon di sebelah dicapai lalu ditekan butang on. Eh, ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Pantas Kasyfi memeriksanya.

Kenapa hantar mesej? Orang di sana takde WhatsApp ke? Atau, dia pakai telefon tekan-tekan?

'RM500... wa mau malam ini.'

Dahi Kasyfi berkerut. Nombor yang tidak dikenali, tapi meminta wang kepadanya? Memang tak salah lagi, ini pasti geng yang suka mengugutnya!

'Hari ni baru Ahad. Selasalah!'

'Tapi wa minta ini hari. Takde faham ka?'

'RM500? Kau buat lawak ke, bangang?'

Memang Kasyfi bengang. Selama ini setiap hari Selasa, RM50 yang diminta. Tapi sekarang tiba-tiba je nak minta RM500. Takde duit nak beli gamlah tu! Pastu pandai-pandai mintak dengan orang!

'Bukan masalah wa...'

'Ah, takde. Selasalah!'

'Oke wa tala fight. Esok, nantikan ini, oke?'

Kasyfi mengerutkan kening sebelum tiba-tiba ada satu video yang masuk ke dalam telefonnya. Dia membuka video. Kasyfi benar-benar terkejut apabila diawal video itu saja, sudah terdengar jeritan, lolongan serta tangisan sepupunya. Menggigil-gigil tangan Kasyfi apabila video itu memaparkan tubuh Haiza yang sudah terdedah dan hanya dilitupi dengan sedikit sahaja pakaian. Pantas Kasyfi berhenti melihat video itu.

Celaka!

"Tak guna!"

Terus dia bergegas mendapatkan kunci motosikalnya.

***

AKU tersengih suka sambil menjinjit beg plastik. Malam ini dengan rasminya aku dah bawa motor keluar berjalan-jalan. Bukan ke mana pun aku pergi. Cuma singgah di 7 Elegen aje. Itupun tak tahu nak beli apa. Last-last aku beli ghost pepper kari lontong. Fuh, sedap boh ghost pepper ni.

Usai mengisi minyak, aku mula nak masuk ke jalan utama. Tengah-tengah menunggu kereta lalu lalang, tiba-tiba aku nampak ada sebuah motosikal yang aku kenali sedang memecut dari arah kiri. Eh, tu Kasyfi kan? Lajunya bawa motor. Dah macam mat rempit aku tengok. Dia buat apa malam-malam buta ni? Dengan helmet tak pakai. Tak takut ke kalau ada roadblock?

Mana dia pergi ya? Aku terus memulas minyak dan cuba mengekori dia. Risau jugak aku kut-kut tak sempat nak jejak dia. Nasib baik malam ni jalan raya tak sesak mana. Kat depan aku ni hanya ada dua buah kereta Viva dan Myvi.

Dari jauh lagi aku boleh nampak ada motosikal yang sedang memecut laju ke depan. Tak salah lagi, mesti Kasyfi. Kebetulan pula, kat depan sana ada traffic light yang baru bertukar merah. Hohoho! Mana kau nak lari, salamander?

Aku berhenti di sebelahnya. Nasib baiklah aku pakai helmet. Kalau tak, kantoi aje kena tangkap dengan dia. Tiba-tiba aku perasan Kasyfi melihat ke telefonnya. Isy, bawa motor pun masih nak tengok telefon? Kenapa? Awek kau WhatsApp ke, bang?

Dan aku terus melongo apabila melihat Kasyfi memecut padakala lampu isyarat masih lagi merah.

Woi, kau! Kalaulah aku ni polis, dah lama aku saman kau tahu tak?!

***

AKU memberhentikan motor di lorong yang gelap itu. Ah, nasib baiklah sempat kejar dia. Dan akhirnya aku baru tersedar. Eh, aku kat mana ni? Ah, sudah. Aku tak tahu tempat ni! Ah, biarlah. Kasyfi kan ada. Nanti aku ikutlah dia lagi. Alah, macam tak biasa pulak.

Aku nampak Kasyfi menyuluh lorong yang gelap itu menggunakan lampu telefonnya. Aku musykil sebenarnya, apa dia buat dekat lorong gelap ni pada malam-malam buta? Jangan cakap dia cari perempuan lorong dahlah!

Astaghfirullah... Tak-tak. Seteruk-teruk Kasyfi, aku yakin dia tak sampai macam tu walaupun seringkali berpegangan tangan.

Di dalam gelap, aku terpijak ekor kucing.

"Meow!!!" Aku hampir-hampir terbalik kerana dicakar kucing itu. Segera aku larikan diri ke belakang tong sampah'. Aku rela duduk di belakang tong sampah yang busuk ini daripada kantoi dengan dia.

Aku mengintai. Kelihatan Kasyfi menyuluh ke arah kucing tadi. Fuh, nasib sempat lari.

Kasyfi sambung melangkah manakala aku kembali mengekorinya. Tiba-tiba Kasyfi berhenti di hadapan pintu belakang rumah kedai yang entah jenis apa. Belakang bangunan memang biasanya kotor. Jadi tak pelik pun kalau kat sini agak busuk. Dinding bangunan pun dipenuhi dengan lumut dan kotoran. Nak termuntah aku melihatnya.

Kasyfi memulas tombol. Aik, tak berkunci? Macam mana boleh? Ke rumah tu memang rumah dia? Isy, tempat apa dia dah bawa aku ni? Menyesal aku sebab dah gatal-gatal ikut dia.

Kasyfi masuk ke dalam tanpa menutup pintu. Aku pun berjalan ke sana. Teragak-agak aku ingin masuk. Ini rumah siapa? Fikir punya fikir, akhirnya aku masuk juga. Tapi malang nasibku apabila kelibat Kasyfi tidak lagi kelihatan. Nasib baiklah ruang yang agak bersepah ini sedikit terang dengan biasan cahaya lampu di ruang hadapan. Takdelah aku teraba-raba macam nenek buta mencari tongkatnya.

Pintu di sini tertutup rapat. Adakah Kasyfi naik ke tingkat atas? Hmm, yalah tu kut. Terus aku menaiki tangga yang dipenuhi dengan putung rokok dan surat khabar lama. Tapi aku peliklah... Kenapa surat khabar cina? Ni rumah cina ke? Kalau ya, untuk apa Kasyfi datang sini? Kasyfi ada kawan berbangsa cina ke? Kalau ya, buat apa datang pada waktu malam?

Aku tiba di tingkat atas. Di depan sana ada satu bilik yang terbuka pintunya. Terus aku masuk ke dalam. Bilik yang luas itu menjadi sempit dengan susunan perabot yang tidak teratur.

Aha, Kasyfi ada kat dalam ni. Maka tak jadilah aku nak masuk dengan lebih dalam. Aku menyorok di belakang kabinet buruk sambil memerhati tindak tanduk Kasyfi yang sedang mencari sesuatu di dalam laci. Aku hanya kekal memerhati. Kemudian dia membuka komputer besar yang memang dah ada kat situ. Tekan punya tekan, akhirnya Kasyfi menggigit bibir sendiri. Aku tidak tahulah pula sebab apa.

Tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa cina yang hanya memakai singlet putih. Dia menekan suis lampu, membuatkan seluruh ruang termasuk di tempat aku terus terang benderang.

Kasyfi terus menoleh ke luar pintu.

"Lu memang takde adab ka? Masuk rumah orang tiada bagitau wa..." Kedengaran samar-samar suara lelaki yang dalam lingkungan 40 tahun.

Kasyfi mengetap bibir.

"Aku bawakan RM500. Tolong! Tolong delete video tu... Aku merayu!"

Aku tergamam. RM500? Jumlah tu bukannya sedikit! Beli barang dapur pun tak sampai jumlah tu! Dan video apa yang Kasyfi maksudkan sampai dia sanggup merayu?

"Haiya... Buat rugi wa saja. Kenapa wa kena padam itu video kalau wa boleh dapat lebih?" Lelaki cina itu tersenyum mengejek.

Kasyfi diam. Aku nampak penumbuknya digenggam. Tanpa apa-apa, Kasyfi terus merapati lelaki cina itu lalu menolaknya ke dinding.

"Aku suruh delete, kau delete jelah! Berapa lama kau nak seksa aku dengan Haiza macam ni?! Berapa tahun lagi aku kena hadap kau, hah?!"

Aku terkejut. Haiza? Kenapa Haiza pun terlibat sama? Jangan-jangan ini yang Haiza pernah cerita hari tu...

"Kan wa sudah kata, wa tala fight sama lu... Lu tengok sekarang, lu pecah masuk rumah wa... Lepas tu marah-marah wa... Wa cuma minta RM500 ma..." Balas lelaki cina itu.

"Sebab aku nak kau delete video tu! Takde telinga ke, bangang!" marah Kasyfi.

"Wa tak bodoh. Kalau wa ambil RM500, rugilah wa. Sebab apa? Sebab video tu kalau lu mau sangat, lu kena bagi wa beribu-ribu... Apa lu sanggup ka? Hehehe..."

Dada Kasyfi naik turun menahan marah. Lantas dengan tiba-tiba, rahang lelaki cina itu ditumbuk kuat. Lelaki itu terhentak ke dinding. Bibirnya berdarah. Dengan marah yang membuak-buak, dia terus menerajang dada Kasyfi dengan sekuat hati, membuatkan Kasyfi tercampak ke belakang.

Kasyfi terbaring di atas lantai. Terus datang seorang lelaki cina yang aku kira baru selesai mandi. Dua lawan satu. Kasyfi tidak sempat bangun, lalu pipi Kasyfi ditumbuk kasar.

Aku menggeletar. Pantas aku meraba-raba poket seluarku, mahu menghubungi seseorang dan meminta bantuan. Namun telefon aku tidak ada. Alamak, mana pulak ni?

"Nah, telefon cik..." Terdengar suara pelat seorang lelaki. Aku pantas menoleh sambil menyambut hulurannya.

"Terima ka..." Aku tersedar sesuatu.

Badanku menggeletar.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience