BAB 14

Romance Completed 5655

KEESOKANNYA, aku pergi ke sekolah macam biasa. Sampai sampai aje kat sana, aku nampak Kasyfi sudah berada di mejanya. Aku tersenyum sinis, entah kenapa. Ketika itu, dia menyembamkan wajahnya di atas meja. Perlahan-lahan aku berjalan ke tempat dudukku.

Aku menarik kerusi. Kasyfi terus mengangkat kepala apabila terdengar bunyi yang terhasil itu. Aku buat-buat biasa dan terus duduk di atas kerusi. Beg sekolah dilepaskan. Aku keluarkan buku teks Pendidikan Islam, sengaja nak buat-buat membaca.

Baru nak membelek buku, aku terasa belakangku dicucuk perlahan dengan belakang pen. Tak lain dan tak bukan, mesti Kasyfi. Aku menoleh macam nak taknak. Kepala pun aku toleh 57° darjah aje. Malaslah aku nak tengok muka dia.

"Iqa..." Kasyfi menyeru namaku.

"Hmm. Apa?" Aku menjawab dengan suara dalam tekak.

"Erm, kau... errr..."

Hisy...! Er, er! Er apa? Kau sendawa pagi ke sebab makan sarapan yang makwe kau buatkan?

"Apa dia?" Aku bertanya acuh tak acuh.

"Hmm... Tak apalah." Putus Kasyfi.

Aku mengetap bibir. Sebab apa pun aku tak tahulah kenapa harus aku rasa sakit hati. Aku pun tak faham kenapa mesti aku rasa nak marah-marah dengan dia, padahal bukan hak aku pun kalau dia nak pegang tangan dengan perempuan yang entah datang dari ceruk mana tu.

Aku belek buku muka surat 57, iaitu satu topik di dalam bidang al-Quran dan Hadis. Bukan aku nak ulang kaji sangat pun sebenarnya. Aku cuma taknak bagi nampak sangat aje perangai aku yang lain macam sikit hari ini.

Sehinggalah guru masuk, Kasyfi dah tak cuba bercakap dengan aku lagi. Namun, aku pula yang rasa sakit hati. Kenapa dia boleh buat tak tahu aje sedangkan memang dah ketara sangat perangai aku yang hanya membisu ini? Takkan dia tak perasan yang aku dah tak macam biasa? Maksud aku, aku yang suka bertanya khabar tentang dia macam dulu?

Hisy, sakit pulak hati aku apabila terpandangkan dia yang hanya buat derk itu. Tapi, bagus juga dia tak tegur aku. Kalau dia tanya kenapa dia tak boleh hantar whatsapp dekat aku, dah sah-sahlah dia tahu yang aku dah block dia. Dan kalau dia tanya, aku nak jawab apa? Nak jawab yang aku memang betul-betul dah terjatuhkan phone aku ke dalam lubang jamban?

Uhh, aku jenis yang jaga air muka sendiri, okay?!

***

JAM loceng sudah berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat. Cikgu Daud iaitu guru mata pelajaran Geografi tidak keluar dari kelas, sebaliknya dia terus duduk di mejanya. Dia nampak macam begitu sibuk menyiapkan kerja.

Aku pandang Cikgu Daud yang tengah leka menanda buku latihan anak muridnya. Bekal makanan yang biasanya aku letak di bawah meja dicapai. Aku buka penutup tupperware. Macam biasa, aku bawa sandwic.

Aku tercari-cari botol minumanku di atas meja. Tak nampaklah pula kat mana ia berada. Biasanya, aku letak di atas hujung meja ni. Ke aku tak ingat nak keluarkan dari tepi beg? Terus aku melihat ke tepi. Betullah, aku yang lupa nak ambil.

Baru aje nak ambil, pergerakan aku terhenti apabila perasan ada sepasang kaki sedang berdiri di situ. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala.

Kasyfi.

Aku diam memandangnya.

"Iqa. Actually, aku ada benda nak tanya kau ni." Bagitahu Kaysfi, tiba-tiba.

Aku tarik botol lalu letak di atas meja. Tanpa ingin memandangnya, aku terus duduk dengan selesa sambil memandang ke depan.

"Apa dia?" tanya aku, dengan nada yang agak jual mahal.
Aku sedar tindakan aku tidak matang, tapi...

Aku tak bolehlah. Semuanya sebab Kasyfi yang dengan selambanya berpegangan tangan dengan perempuan tu. Diorang dah nikah ke? Ingat tak haram ke pegang-pegang macam tu?

Entahlah. Walaupun bukan aku yang berdosa kerana bukan aku yang buat, aku tetap rasa tak suka. Tiba-tiba rasa menyampah pula dengan perempuan yang entah siapa-siapa tu. Bukannya cantik mana pun. Lawa aku lagi rasanya. Eh, menyempat pula aku ni.

Yalah, aku mengaku perempuan tu tak kurang juga cantiknya. Sekali pandang, nampak macam pelakon Eyka Farhana gitu. Tapi tak tahulah kalau dua kali pandang macam mana. Agaknya macam makcik jual sayur kut.

Eh, astaghfirullahalazim! Jahatnya kata hati aku!

Bebelan tak rasmi aku terus terhenti apabila menyedari Kasyfi yang mula mendekatkan dirinya dengan meja aku. Dia berdiri di tepi kanan mejaku. Tak adalah dekat mana jarak dia dengan aku. Rasanya boleh letak dua buah beg sekolah yang bersaiz besar.

"Tanya apa?" soalku dua patah.

"Kau block aku?" tanya Kasyfi. Aku diam sejenak. Hmm, dah agak dah yang dia memang nak tanya aku pasal ni.

"Macam mana boleh tahu? Setahu aku, kalau kita nak tahu orang tu block kita atau tak, bila kita mesej, dapat satu tick je. Gambar profile dengan last seen pun tak nampak. Kau ada mesej aku ke?" Aku buat-buat bijak sambil membalas pandangannya.

Aku tahan senyuman sinis. Mesti dia nak nafikan yang dia sebenarnya memang ada whatsapp aku. Yalah, dia tu kan kadang-kadang annoying. Aku whatsapp pun kadang kadang tak reply. Nasiblah aku offkan reader receipts. Takdelah hati aku sakit hati sangat bila nampak ada bluetick dengan whatsapp aku.

"Yes."

"Huh?" Aku terpinga-pinga. Apa benda yang yes?

"Memang aku mesej kau."

Aku diam. Dia mengaku? Alah, aku fikir dia taknak mengaku. Apa aku nak balas ya? Aku dah nekad yang aku taknak kalah berdebat dengan dia. Jadi nak taknak, aku mesti membalas hujahnya walaupun dengan kata-kata apapun.

"Ya ke?" balasku, betul-betul takde idea.

"Ya. So sebab tu aku tanya, kau block aku?" tanya Kasyfi lagi.

Aku diam sekejap. Perlu ke aku mengaku yang aku memang block dia? Kalau dia tanya sebab apa, aku nak jawab apa? Kalau dia tahu sebab yang sebenar, nanti dia cakap aku budak yang tak matang, macam mana?

Jadi...

"Eh, takdelah. Aku tak block kau pun. Phone aku tu, tiba-tiba jatuh dalam kolah nenek aku. Aku ni jenis yang tak boleh kalau tak dengar lagu, so sebab tu aku bawak masuk sama. Tapi tak tahu pulak phone aku tu terjatuh dalam air. Lepas tu, rosaklah. So that's why kau whatsapp, aku tak reply. Faham?" balasku.

Nasib baiklah aku ni ada akal lagi. Kalaulau aku bagitahu yang phone aku masuk ke dalam lubang jamban, entah apa yang Kasyfi akan labelkan pada aku nanti.

"Oh ya? Betul ke?" tanya dia lagi.

"Sure."

Lalu aku nampak Kasyfi meraup rambutnya ke belakang. Dia pun macam ada jeling aku sikit tadi sambil buat-buat pandang ke arah lain. Hisy, kenapa dengan dia ni?! Jangan cakap yang dia tak percaya sudahlah!

"C'monlah, Iqa. Kau ingat aku bodoh ke? Kau memang block aku, kan? Kenapa? Sebab kau nampak aku pegang tangan perempuan tu? Sebab tu ke kau block aku?" tanya Kasyfi lagi, macam mendesak aku pun ada.

Aku ketap bibir.

"Apahal kau ni? Mana ada...! Aku memang tak block kaulah. Phone aku memang rosak. Asal kau tak percaya sangat, ha?" Aku juga ikut berdebat.

"Sebab aku bukan bodohlah...! Kalau phone kau rosak, takkan profile dan last seen kau pun takkan nampak? Kau ni kalau nak menipu pun, fikirlah dulu." Balas Kasyfi dengan suara yang agak kesal.

Aku gigit bibir.

"Lepas tu kau nak cakap aku bodohlah ni?!" marahku dengan suara perlahan. Kalau sekarang ni aku ada kat rumah Mak Wa, memang aku dah cakap kuat-kuat, biar telinga Kasyfi tu pekak.

"Aku tak cakap kau bodoh, tapi... Kalau betul kau block aku sebab perempuan tu, kau memang tak patut." Bagitahu Kasyfi.

"Ha? Perempuan mana ni? Perempuan semalam ke? Kenapa? Kenapa dengan dia? Hei, perempuan tu takde kena mengenalah. Aku tak kisahlah kalau kau dengan perempuan tu nak pegang-pegang tangan pun." Ujarku pula.

Kasyfi diam. Dia pandang aku lama. Pandangan dia agak susah untuk aku tafsirkan.

"Jangan nak tipulah. Kalau bukan sebab tu, kenapa kau tiba-tiba nak block aku? Kalau aku jadi kau, aku akan block dua tiga hari lepas tu, so that tak obvious sangat yang sebenarnya ada something yang kau tak suka dan buat kau sakit hati. Tapi kau tak. Kau fikir dengan cara kau ni, aku tak boleh baca fikiran kau?" balasan yang Kasyfi utarakan itu cukup membuatkan aku terkedu.

Weh, seriuslah apa yang dia cakapkan itu? Nampak sangat ke yang aku sebenarnya tak suka dia keluar malah berpegangan tangan dengan perempuan tu? Ya tuhan, malunya...! Aku tak sedar, okey. Tak sedar, faham tak?!

"Hisy, kau ni kan? Aku cakap taklah!" Aku sedikit berbisik sebab aku taknak bagi orang lain dengar. Namun begitu, masih jelas kedengaran suara aku yang seakan-seakan gugup bercampur geram.

Kasyfi diam sambil tetap terus memandangku.

"Kau jealous, sebab tu kau marah dan block aku, kan?" tukas Kasyfi.

"I'm not!" balasku sedikit berdecit.

"Yes, you're!" tukas Kasyfi.

"Aku cakap taklah...!"

"Jangan nak larilah...! Aku tahu kau macam mana, Iqa. Okeylah, aku minta maaf kalau ada buat kau rasa sakit hati ke apa, tapi... Asal kau tahu, aku dengan dia takde apa-apa pun. Haiza tu cuma sepupu aku aje. We are cousin. Nothing more than that. Aku tak anggap dia lebih pun..." Jelas Kasyfi sambil memandang ke dalam mataku.

Aku terdiam. Oh, sepupu? Habis tu kalau sepupu, ingat aku kisahlah? Apa, ingat aku ni apa? Aku tak cemburu punlah dengan hubungan mereka yang nampak lebih dari pasangan kekasih itu!

"Tapi hari tu kau ada pegang tangan dia." Kataku perlahan.

"Seriously? Iqa, are you jealous?"

"What? Aku jealous? Hell no."

"Macam yang aku cakap, we are cousin. Nothing more than that."

"Kalau sepupu, boleh jadi alasanlah untuk korang pegang-pegang tangan? Oh, baru aku tahu." Sindirku.

Kasyfi diam dan mengetap bibir. Dia tenung lantai sebelum kembali memandang aku.

"Okey, fine. Memang aku salah. So that's means, kau tak suka aku pegang tangan dia? Aku minta maaf, okey? Aku tak buat dah." Kasyfi mula mengalah.

Aku tersenyum sinis.

"Eh, buat apa cakap dekat aku? Tak payah minta maaflah, Kasyfi. Kau bukannya ada buat salah dekat aku pun. Kalau kau nak pegang tangan dia lagi pun, takpe. Sorrylah kalau aku macam marah-marah. Lagipun, bukan hak aku nak halang orang buat maksiat, kan?" balasku pula yang juga menyindir sebanyak 20%.

"Kalau kau tak suka, aku takkan buat. That is it."

"Tak payahlah! Lantak kaulah nak pegang tangan dia ke apa... Semua ni takde kena mengenalah dengan aku. Dan aku taknak ambik tahu pun!" balasku.

Kasyfi diam sebelum mengetap bibir.

"Iqa, apa yang kau nak, ha? Kau nak apa? Aku dah mintak maaf pun, kan? Apa yang tak cukup lagi?" soal Kasyfi dengan geram yang tertahan.

Aku pandang dia dengan mata yang bulat.

"Ada aku minta kau minta maaf? Takde, kan? So, boleh tak kau balik ke tempat kau? Aku nak makanlah..." Ujarku, malas.

Kasyfi mengetap bibir sebelum bertindak menggengam pergelangan tanganku.

"Aku cuba nak jernihkan keadaan, tapi kau pulak buat perangai tak matang kau? What are you, huh? Six?" tanya Kasyfi, geram.

Aku mengetap bibir sambil pandang lengan aku yang digenggamnya. Hoi, nak pegang aku pulak? Ingat aku ni sepupu kau ke apa?

"Lepaslah...!"

"Lepas kau buang perangai budak-budak kau ni!" balas Kasyfi, laju.

Aku mengetap bibir.

"Cikgu...!" Tanpa berfikir, aku memanggil Cikgu Daud dengan agak kuat. Kasyfi terus melepaskan lengan aku. Semua budak kelas dan Cikgu Daud sedang memandang ke arah aku.

"Siapa yang panggil saya tadi? Awak ya?" Cikgu Daud memandang aku sebelum menanggalkan cermin matanya.

Aku pandang Kasyfi yang masih berdiri di sebelah.

"Takdelah, cikgu. Tadi saya nampak ada lipas dalam bekal dia, jadi saya ambik. Lepas tu, lipas tu jatuh. Dia pun jeritlah sebab ingat saya sengaja." Auta Kasyfi yang sesekali menjeling ke arah aku dengan perasaan geram yang berbakul-bakul.

Kemudian tanpa mendengar balasan Cikgu Daud, Kasyfi terus berlalu ke tempat duduknya. Aku hantar langkahnya dengan ekor mata. Ergh, geramnya aku! Nak aje aku hempuk bibir Kasyfi tu dengan selipar jamban, biar tak dapat membidas kata-kata aku lagi.

Namun dalam masa yang sama, aku juga menyesal. Kenapa aku cepat sangat jump to conclusions? Dahlah berperangai tak matang. Whaa, malunya!

Tapi jangan ingat aku dah rasa sesal, aku nak berbaik dengan Kasyfi. Aku tetap taknak campur urusan dia lagi. Kalau dia nak terus pegang tangan sepupu dia tu, pegang aje, aku takkan halang dah!

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience