BAB 23

Romance Completed 5655

SESAMPAINYA di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci. Tanpa sempat mahu menanggalkan tudung, aku terus merebahkan diri di atas katil. Di bantal peluk, aku menangis semahu-mahunya. Entah kenapa aku rasa sedih sangat. Hatiku tergores. Memanglah aku yang mintak untuk tak rapat lagi, tapi aku tak pernah pun minta untuk putus kawan. Kasyfi patutnya berterima kasih dekat aku sebab aku dah awal-awal lagi dah berkorban demi kebahagian dia kelak.

Sekarang dia dah tak suka aku dan takkan ada sebab lain lagi untuk kami berhubung. Sepatutnya aku suka, tapi mengapa hati aku sakit? Dia dahlah menyakitkan hati, malah menyebalkan pula. Apa mandat yang dia ada sampai senang-senang aje dia nak cakap mak ayah aku akan kecewa. Apa teruk sangat ke aku hidup selepas ketiadaan mereka?

Dan... tang mana pulak aku hipokrit? Padahal dia tu yang hipokrit! Dasar tak sedar diri. Aku benci kau, Kasyfi! Terlalu benci! Aku takkan maafkan kau! Itupun kalau kau nak datang meminta maaflah. Tapi rasanya tak kut. Tak nampak ke betapa dia membenci aku tadi?

Heh, lelaki. Sekali kau membenci aku, tiga kali aku akan membenci kau balik. Apa-apa?! Ingat aku akan terus mencintai kau ke? Kau silap oranglah! Aku mungkin senang jatuh cinta, dan aku jamin yang aku juga akan senang dalam membenci kau. Tunggulah kau, Kasyfi! Tunggu kebangkitan aku. Kau tak tahu apa yang akan jadi bila bangkitnya si perempuan ini!

Aku menumbuk tilam pada kala air mataku masih setia mengalir. Tengah syok-syok menangis, tiba-tiba dinding bilikku di bahagian luar diketuk-ketuk. Aku mulai pasang telinga.

"Iqa...! Iqa, kau okey tak? Aku buat salah apa lagi kat kau, Iqa?"

Isy, dasar si lelaki hipokrit ini! Berani-beraninya dia datang ke sini.

Dia mengetuk-ngetuk lagi.

"Aku tahu kau ada kat dalam, Iqa. Aku nampak kau masuk rumah tadi!"

Isy, salamander hipokrit ni! Tadi dah sakitkan hati aku, sekarang nak kacau aku menangis pulak. Kau nak apa hah, dasar lelaki?!

"Iqa! Iqa...!"

Isy, semaklah! Pantas aku duduk mencongok.

"Rumah ni takde orang...!"

Aduh, menyesal pulak sebab dah menjawab. Lagilah dia tahu aku ada dalam bilik sekarang ni. Tapi kalau aku tak menjawab pun, bukannya dia reti diam pun. Dia kan memang macam tu!

"Iqa, pleaselah... Apa jadi? Aku buat apa?!" Kasyfi masih tidak berputus asa.

Isy, mamat nilah kan. Selagi muka comel tetapi sembab aku ni tak tersembul dekat tingkap bilik, memang tak sah kan? Selagi tulah dia nak terus mengetuk. Jangan sampai aku pergi ketuk kepala kau dengan berus jamban dahlah!

Tanpa menghiraukan tudung aku yang entah dah jadi bentuk segi apa, aku terus membuka tingkap.

"Ha, kau nak apa?" Dengan acuh tak acuh aku bertanya.

Kasyfi pandang wajah aku dalam-dalam. Eh, jangan pandang aku macam tu boleh tak? Kau ingat kau tu tunang aku ke apa? Usahkan tunang, kawan pun bukan tau! Nak terberak pun ada bila kau tengok aku macam tu! Jangan nak acah-acah tengah shooting dramalah!

"Iqa... kau kenapa marah-marah? Aku dah buat apa lagi? Kalau sesuatu buruk jadi, aku betul-betul mintak maaf. Aku boleh explain apa yang berlaku. Please..."

Hek eleh salamander cap kobeng ni. Tanya dia dah buat apa, lepas tu cakap boleh explain bagai. Kepala hotak kau! Hah, macam nilah cara salamander cap kobeng bercakap. Berbelit-belit! Aku nak mencarut, tapi takut dosa. Dahlah tayang jari hantu dekat aku tadi! Bangang betul!

"Maaf? Maaf ek? Kejap." Aku kembali masuk ke dalam. Apa aku nak buat ya? Tiba-tiba aku nampak beberapa gumpalan kertas kertas lukisan kartun aku yang tak jadi bertaburan di sekitar meja Jepun. Pantas aku mengutip semuanya.

Satu, dua tiga... Lapan semuanya.

Aku kembali ke tingkap.

"Maaf? Nah, makan maaf kau tu sekali dengan kertas ni!" marah aku lalu melempar semua gumpalan itu ke muka sikit punya kacak dia tu. Aku ketap bibir sendiri bila Kasyfi sempat elak dengan menghadang dengan beg sekolahnya.

"Lepas tu jangan lupa buang!" sambungku lagi yang nak cover malu sebab serangan aku tak sampai.

"Iqa... aku tahu mesti ada benda buruk jadi. Mesti ada sesuatu yang buat kau sakit hati berlaku. Sebab aku ke...? Okey, aku awal-awal mintak maaf. Dan aku boleh explain semuanya. Sekarang pun boleh, Iqa. Please..." Kasyfi pandang aku dengan pandangan berharap.

Aku kembali sebak. Kenapa dia nampak ikhlas? Ya Allah, kenapa dengan dia ni? Kenapa dia yang sekarang ini berbeza dengan dia yang beberapa minit tadi?

Ah, membohong aje semuanya! Dia kan dasar hipokrit. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Dia tu salamander bertanduk. Dia pakai tanduk plastik, sebab tu kejap baik kejap tak. Dasar satan!

"Tak payah nak tunjuk baiklah! Pergilah balik. Aku cicak kobeng dan kau salamander cap kobeng, sila urus hal masing-masing! Jangan cari aku lagi dan jangan pernah cari aku lagi! Pergi! Semaklah kau ni!" serius aku memberi arahan.

"Iqa... Aku boleh explain..."

"Pergi! Tadi cakap lain, sekarang cakap lain. Lepas tu nak explain pulak. Lawak kau tak jadi, tahu tak?! So sila balik, dan tolong jangan muncul lagi. Faham?!"

"Iqa...!"

"Oi, salamander! Baliklah! Balik aku kata!" Geram sungguh aku dengan dia. Dahlah buat mata redup macam tu. Jangan buat aku terpikat, boleh tak? Aku ambil anak lesung dan tumbuk mata dia kang! Tak pasal-pasal jadi sambal mata Kasyfi pulak nanti.

"Iqa, let me explain..."

"Balik! Tak reti ke, hah?!!!"

***

KASYFI menutup pintu biliknya. Badannya dihempas ke atas katil. Telefon pintarnya dikeluarkan. Beteri 73%, padahal baru semalam dia cas sehingga 95%. Kasyfi juga mendapati ada sejarah di Croome yang memberitahu bahawa dia telah membuka laman Youtube pada hari ini. Apabila diperiksa, buntang kedua-dua mata dia jadinya. Hentai?

Astaga. Isy, kena delete ni!

Tak-tak, tolong jangan faham. Bukan Kasyfi yang melayari semua itu. Orang yang merampas tubuhnyalah yang bersalah!

Kasyfi melempar telefonnya ke sebelah. Tak guna!

Tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu di atas meja belajarnya. Buku berkulit hitam yang ditulis judul '4U' dipandang lama. Eh, macam mana pulak buku ni boleh ada kat sini? Bukan ke memang selalunya Kasyfi simpan dalam laci? Takkanlah dia lupa nak simpan? Atau dia ada menulis sesuatu di dalam buku ini?

Tak-tak, tak mungkin. Kasyfi tak wujud pun semalam. Bukan semalam saja, malah sudah tiga hari tubuhnya dirembat orang! Tak guna! Adalah tu rahsianya sudah dibaca oleh individu yang tidak bertauliah!

Tak nampak ke judulnya '4U' yang membawa maksud For You? Kenapa nak baca hak orang? 'You' tu bukan kau, bodoh! 'You' tu perempuan yang aku suka. Kawan aku. Kawan aku yang kau dah buat haru tulah! Kasyfi membebel di dalam hati sebelum membelek bukunya. Hajatnya ingin menulis sesuatu yang baru terus terbantut apabila menyedari ada satu tulisan di situ.

'Nice story... Pinjam tau? Kira halallah jadi memori aku jugak' - NZRN

Bibirnya di ketap rapat. Lelaki ini memang nak kena! Kalau boleh jumpa depan-depan, memang Kasyfi akan bunuh lelaki itu. Dahlah otak biru! Suka ganggu orang lagi! Timbullkan salah faham antara dua pihak pula tu! Bodoh betul.

Terus Kasyfi bergerak ke meja laptopnya. Bahagian kamera di buka. Dia menarik nafas. Butang record ditekan.

"Nazrien..."

***

"AKU mohon sangat dekat kau, tolong jangan kacau apa-apa yang berkaitan dengan aku. Jangan timbulkan masalah lagi. Kau sedar tak apa yang kau buat dah menyusahkan aku? Kau dah pinjam tubuh aku, jadi tolonglah beware sikit. Patutnya kau dah mati, Nazrien! Kau patutnya dah lenyap!

Dah pinjam badan aku, bukan tahu nak kongsi kasi adil! Tak kira. Lepas ni aku nak, lepas 12 jam kena tukar balik. Aku tak nak jadi macam hari tu. Tiga hari, kau fikir sekejap? Kalau kau timbulkan masalah... atau kau buat orang-orang yang aku sayang menangis, kau akan tahu akibatnya. Aku boleh buat apa saja untuk lenyapkan kau. Ingat, kau tu cuma meminjam! Kau takde jasad sendiri!"

Kemudian paparan menjadi gelap. Dia tersenyum sendiri. Alah, mengungkit. Pinjam kejap je kut, itu pun nak berkira. Alahai, Kasyfi. Bukan ke kita dah kira macam orang yang sama? Kedekutnya. Tiga hari pun nak berkira. Mana lagi lama, tiga hari ke tiga tahun? Aku ni yang dah lama kau hilangkan, tak ada pun kau nak ambik tahu. Baru gertak tiga hari, dah menggelabah kau ya? Kenapa? Bimbangkan si buah hati ke macam mana ni?

Heh, nasib awek kau yang tegur aku dulu. Kalau tak aku tak tahu macam mana nak sakitkan hati kau. Tahu tak kenapa? Sebab perempuan yang selalu ada dalam buku kau tu pun aku tak kenal. Aku cuma tahu dia, tapi tak tahu mana satu dia. Jadi bila dia tegur aku, aku auto jadi tahu. Dan peluang aku untuk 'main' dengan kau pun hadir.

Aku sebenarnya kasihan tengok dia menangis tadi, tapi aku lagi suka kalau kau yang jadi mangsa.

Haha. Malam nanti aku taknak tidur. Aku nak pusing satu 'dunia' ini. Yalah, bukan selalu aku boleh bebas bergerak macam ni. Takpe, Kasyfi. Pagi esok kita tukar syif ya? Syif aku ni, biarlah aku yang bekerja. Kau duduk diam-diam, okey? Tidur mati dalam minda aku.

Nah, muah sikit! Aku kan kembar kau? Takkan tak boleh nak sayang abang sendiri, kan? Kan?!

Lantas sticky note kuning dicapai. Pen turut diambilnya. Laju saja dia menulis sesuatu menggunakan tangannya yang kidal lalu ditampal di skrin laptop.

'Okay, bebeh!'

***

USAI mencuci muka dan solat Isyak, aku ke ruang tamu bersama beg sekolah. Kerja sekolah Matematik aku belum siap. Tak silap aku, masih berbaki lima soalan. Kalau ikutkan, aku boleh siapkan dekat sekolah tadi lagi. Tapi tadi aku tak buat sebab sibuk menyusun ayat untuk meminta maaf.

Isy, tak guna betul kau, salamander cap kobeng! Gara-gara kaulah kerja sekolah aku jadi tak siap! Menyesal aku sebab dah lembut hati nak meminta maaf tadi. Kenapa ya kau suka buat hati aku macam sampah? Lepas tu boleh pulak kau terhegeh-hegeh nak meminta maaf tadi. Macam kau tu baik. Canda baik!

Tertelan tahi cicak ke macam mana ni?

Sebal. Menyebalkan sungguh. Aku duduk di atas sofa. Malaslah nak buat kerja sekolah. Sebab esok belum tentu akan datang sekolah. Sebab apa? Sebab nak lancarkan perang dingin dengan Kasyfilah! Kalau perang nuklear, kena hadap muka dia depan-depan pulak. Kalau perang dingin, tak jumpa pun takpe. Lagipun, siapa yang kemaruk sangat sangat nak tatap muka yang sikit punya kacak dia tu? Huh, cicak kobeng pun belum sanggup nak.

Macam aku nilah. Yalah, aku kan cicak kobeng. Kau jugak yang cakap. Cicak kobengkan lagi cantik dari aku. Jadi aku di bawah cicak kobeng. So, automatik aku pun anak beranak cicak kobeng.

Muka kau pula berganda-ganda lagi dari comel dari salamander. Tapi bermula pada hari ini, kau lebih teruk dari rupa salamander. Salamander tak comel, maka kau yang lagi teruk dari salamander lagilah tak hensem!

Tiba-tiba Mak Wa yang baru naik dari dapur menyentakkan aku dari terus mengarut. Di tangannya ada sebungkus chipsmore.

Aku peliklah. Bukan biasanya orang tua tak makan biskut manis macam ni ke? Baik biskut chipsmore, oreo atau tiger, orang tua tak makan. Eh, lupa pulak. Mak Wa mana tua. Tubuh dia kuat lagi. Jiwa dia pun sama, masih muda.

Aih, Mak Wa ni. Cemburu aku...

"Nek, duduklah sini. Sini-sini...!" aku panggil Mak Wa bila nampak dia yang baru nak mendaratkan punggungnya di atas kerusi rotan. Malas nak bertekak dengan aku kut, sebab tu tanpa bantah Mak Wa beralih ke sini.

Mak Wa duduk di sebelah aku.

Sebenarnya aku nak tanya sesuatu pada Mak Wa. Mak Wa kenal Kasyfi dah lama. Bolehlah aku korek cerita sikit-sikit.

"Nek. Er... Nek dah kenal lama kan dengan salamander cap kobeng tu?" tanyaku terus.

"Salamander kobeng mana pulak kamu ni?"

Aku tepuk dahi. Adeh, aku lupalah. Mak Wa bukannya tahu siapa si salamander yang aku maksudkan.

Aku tersengih-sengih sendiri.

"Er... salamander tu haiwan peliharaan Kasyfi. Iqa salah sebut tadi. Er... Nek dah kenal lama dengan Kasyfi, kan?" tanya aku semula.

Mak Wa diam sejenak.

"Kasyfi? Haah. Dah lama kenal. Kenapa Iqa tanya?" Mak Wa malah bertanya balik.

"Saja Iqa tanya. Er... dia memang baik ya?"

"Kasyfi tu baik. Dia memang budak baik. Suka tolong orang... Dulu selalu aje datang rumah cakap-cakap dengan nenek. Tak dia, pak sedara dia. Si Irfan tu ha. Iqa dah tahu ke hubungan diorang?" tanya Mak Wa.

Apa? Irfan tu bapa saudara Kasyfi? Fuh, muda bebenor. Agaknya mak atau ayah Kasyfi ada bilangan adik beradik yang ramai kut.

"Err... Tak tahu. Tapi Iqa taknak tahu pun. Er... hehe... er... Nek rasa Kasyfi tu memang baik ke?"

"Ya, dia baik. Yang Iqa ni asyik tanya pasal si Kasyfi aje ni apa ke hal? Dah berkenan ke macam mana ni?" tanya Mak Wa tiba-tiba.

"Isy, berkenan celah mana pulak? Saja tanya, kut-kut dia tu..."

"Ha, dia apa? Dah-dah, nenek nak tengok Gerak Khas pun tak senang."

Aku mencebik. "Nek ni!"

"Hmm... Kalau kamu nak tanya lagi pasal si Kasyfi tu, nenek akan cakap yang dia punya baik tu, sampai nenek dah berkenan dan bagi kamu lampu hijau kalau tetiba dia nak bertunang dengan kamu."

Aik? Apahal nenek aku ni? Jauh bebenor memikirnya. Sampai tahap nak bertunang? Puiii... baliklah Kasyfi oi. Hati aku dah tertutup untuk kau. Hahahah! Macamlah dia nak sangat dekat aku ni. Yalah. Kalau dia nak aku, tak akan dia kutuk-kutuk aku bagai.

Tapi kenapa pulak petang tadi dia datang mintak maaf dan minta aku dengar dia nak cakap apa? Huh, takkan itu pun tak tahu? Aku dah cakap kan yang dia tu memang dasar hipokrit? Kononnya dia fikir aku boleh termakan dengan pujuk rayu dialah tu!

Heh, aku ini gadis yang kuatlah! Aku dah ada banyak pengalaman tentang derita hidup. Carilah sesiapa pun di dalam kelas, pasti aku yang paling tabah. Akulah sifu segala luka. Hahaha!

Agaknya Kasyfi tak tahu yang hati aku ni bukan selembut kain lap tangan. Ketahuilah bahawa hati seketul Nur Afiqah ini lebih keras dari batu karang!

____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience