BAB 18

Romance Completed 5655

AH, hari yang memenatkan! Lepas bangun untuk mandi dan solat subuh tadi, Mak Wa minta aku berada di dapur. Aku kena tolong Mak Wa Nasi Lemak. Banyak juga yang Mak Wa buat. Selepas melipat kertas minyak menjadi segi empat, Mak Wa masukkan sambal, kacang, bilis, telur dan hirisan timun ke dalamnya. Manakala aku pula bahagian memasukkan nasi lemak ke dalam kertas tadi. Pada mula-mula aku buat tadi, nasinya terlalu sikit. Kali kedua buat, nasinya terlalu banyak sampai tak boleh nak bungkus. Namun alhamdulillah atas tunjuk ajar Mak Wa yang memang pakar Nasi Lemak, berjaya juga aku membungkus dengan cantik.

Kalau nak nasi lemak ayam ke, nasi lemak kerang ke, nasi lemak peparu ke, mintak maaflah cakap sebab memang orang kena cari dekat gerai lain. Mak Wa hanya buat nasi lemak biasa, takde tambah-tambah atau tukar lauk. Selain nasi lemak, Mak Wa juga berniaga laksam. Kalau makanan tu, memang makanan kegemaran akulah. Aku mula sukakan laksam sejak aku dan arwah keluarga menikmatinya di Kedai Nyamuk. Dari situlah aku mula suka makan laksam. Dan 'Kedai Nyamuk' itu bukanlah bermaksud mereka menyediakan nyamuk celup tepung sebagai menu utama, tapi kerana kedai itu banyak nyamuk. Kedai tu memang layaklah dipanggil kedai nyamuk sebab pernah je aku kena gigit nyamuk ketika makan di sana.

Okey, stop bercerita pasal nyamuk. Lepas nasi siap dibungkus, nasi-nasi tersebut dibawa ke gerai Mak Wa yang hanya berada di depan rumah saja. Dalam pukul 10.30 pagi, memang nasi habis terjual. Jadi dalam pukul 11 pagi macam tu, aku dah siap mandi dan landing atas katil dah.

Ketika tangan tengah sibuk scroll ig, tiba-tiba ada satu whatsapp masuk. Aku tengok si penghantar mesej. Kasyfi?

Kasyfi: Salam. Kau sibuk?

Perlahan-lahan jari jemariku mengetik keyboard.

Me: Wassalam. Tak. Kenapa?

Aku tunggu balasan daripadanya.

Kasyfi: Ermm...

Me: Kenapa?

Kasyfi: Camne nak cakap ek?

Me: Why? Kau nak cakap apa? Cakaplah.

Kasyfi: Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau ni.

Me: Ya, apa dia?

Kasyfi: Entahlah. Benda ni cam susah sikit nak explain.

Me: So?

Kasyfi: I think, kena jumpa kut?

Me: Aip. Macam serius je sampai kena jumpa?

Kasyfi: Ya. Memang pun.

Aku pandang skrin telefonku dengan lama. Tanpa apa-apa dan entah kenapa, jariku dengan gatalnya pergi membuat panggilan whatsapp kepadanya. Aku terkejut beruk bila terdengar suaranya di corong telefon. Eh, bila masa aku pergi call dia ni? Nasib baiklah aku tak buat Video Call. Kalau tak, malu aku!

"Hello?" terdengar suara Kasyfi.

"Hel... hello... Ke... kenapa sampai kena jumpa? Ada apa sebenarnya ni?" tanyaku dengan rasa gugup yang entah kenapa.

"Dah cakap tadi kan, susah sikit nak explain?"

"Oh, okey-okey. Nak jumpa kat mana ni?" tanyaku.

"Mana-manalah."

"Rumah nenek aku?" aku memberikan cadangan.

"Seganlah kalau dia dengar..." Pulak. Tadi cakap mana-mana pun boleh.

"Segan kenapa?" tanyaku tak faham. Macamlah dia tak biasa dengan nenek aku.

"Seganlah... Plus, Mak Wa mungkin akan kurang faham nanti. Jenuh pulak aku nak explain kalau nenek kau tanya." Balas Kasyfi.

"Okeylah. Jadi kat mana?" aku bertanya lagi.

"Urmmm... Kalau kat kedai depan klinik tu, kau okey?"

"Okey je."

"Okey, jadi jumpa kat sana. Oh ya. Kau datang macam mana? Nak aku ambik ke?" tanya Kasyfi pula.

"Eh, takpelah. Aku boleh pergi sendiri."

"Teksi?"

"Teksi? No lah. Dekat je pun."

"So maksudnya, jalan kaki?"

"Maybe? Why not?"

"Okey. Aku ambik."

"Eh, tak perlulah. Aku tak jalan kaki pun."

"Memain betul. Seriuslah..."

"Ya-ya, betul. Aku bukannya jalan kaki."

"Dah tu apa? Kereta kebal?"

"Bukanlah."

"Habis?"

"Kapal terbang. Hehehe..."

"Emm, okeylah kalau macam tu. Tapi kalau ada apa-apa, call tau?" pesan Kasyfi.

"Alright."

Kemudian talian diputuskan. Aku bangkit dari katil lalu berdiri di depan almari. Baju mana yang aku nak pakai ni? Hmm, pakailah baju apa pun. Janji menutup aurat sudah.

***

AKU memberhentikan motosikal di bawah pokok mangga. Dari jauh lagi aku dah nampak Kasyfi yang sedang memandang ke sini. Hampir saja aku nak tergelak. Rasa lain pula bila pertama kali Kasyfi nampak aku bawa motor.

Oleh sebab kedai ini dekat, maka aku tidak memakai helmet pun. Tapi, macamlah kena tunggu kedai ni jauh dulu baru aku berkemungkinan akan accident. Hmm, Iqa-Iqa. Apa nak jadi dengan kau ni?

Aku turun dari motosikal dan menurunkan tongkat. Kemudian aku berjalan ke arah Kasyfi. Sehabis daya aku cuba berjalan dengan cool di hadapannya. Janganlah ada angin yang datang bertiup. Kan tak pasal-pasal selendang yang aku kenakan ini terselak lalu membolehkan Kasyfi ternampak apa yang tidak sepatutnya dia nampak.

"Lama dah sampai?" Aku buat-buat tanya.

"Bolehlah..."

"Oh. Sorrylah. Ada hal sikit tadi."

"It's okay. Hal apa?"

"Hal? Hallah." Aku sengih

"Okey. Hmm, motor baru?" giliran Kasyfi pula buat-buat tanya.

Aku tersenyum sumbing.

"Alangkah bagusnya jika ianya benar."

"Kenapa?" tanya Kasyfi.

"Bukan yang akulah. Yang jiran aku. Anak Pak Akob ke apa entah. Tak ingat dah aku. Lambat tadi pun sebab buat muka tak tahu malu pergi pinjam motor dialah ni." Aku berkata jujur.

Kasyfi angguk kecil.

"Aaa, I see. Patutlah macam pernah nampak motor tu."

"Iya. Emm, kenapa ajak aku jumpa?" tanyaku nak tahu. Kasyfi angkat kepala dan pandang wajah aku.

"Orderlah air dulu. Aku belanja." Bagitahunya.

"Kau orderkanlah. Seganlah aku nak panggil waitress tu." Tolakku.

"Waitress eh?" Aku nampak Kasyfi sembunyi senyum. Aku pun sembunyi senyum juga. Ah, apa-apa jelah!

"Nak aku orderkan air apa?" tanya dia.

"Milo ais."

"Okey. Kak! Milo ais satu. Pastu keropok RM2." Pesan Kasyfu yang masa itu di depannya dah ada air epal.

"Thanks. So, apa yang kau nak cakap?" aku kembali bertanya. Tapi Kasyfi cuma dia dan pandang aku. Sesekali dia pandang ke tepi sambil meraup rambut sendiri.

Fikirannya nampak macam kusut. Dia ada masalah apa ya? Aku jadi nak tahu pula.

Kasyfi kembali pandang aku.

"Iqa... aku... aku rasa aku... aku..." Kasyfi nampak macam agak payah untuk memulakan bicara.

"Kenapa ni? Cuba cakap elok-elok? Aku dengar, okey? Kau apa?" aku cuba memujuk dia supaya lebih fokus.

"Aku..."

"Kau apa? Ada masalah ya? Cakap jelah sebab aku akan dengar..." kataku lagi.

Kasyfi pandang aku lama sebelum kembali menunduk. Dia nampak macam agak stres. Tapi dalam stres dia tu, dia masih lagi kelihatan kacak. Eh-eh, salah topik?

"Kau kenapa, Kasyfi? Kalau ada problem, bagitahu aku. Aku kawan kau, kan? Kalau aku boleh, aku tolong. Apa guna ada aku kalau masalah kau pun aku tak tahu?" pujuk aku lagi.

Kasyfi pandang aku.

"Iqa, aku sebenarnya stres." Ya, dia stres. Tak cakap pun aku memang dah boleh nampak.

"Okey, kau stres. Stres sebab apa?" tanya aku.

"Payahlah. Emm, kau still ingat tak apa yang kau cakap masa kat sekolah hari tu?" tanya dia.

"Kat sekolah? Yang mana eh?"

"Yang kau cakap pasal whatsapp tu."

"Ha? Yang... yang sayang tu?"

"Ya."

"Yang... yang... yang kau taknak mengaku tu?"

"Haah, yang tulah."

"Oh. Kenapa? Baru nak mengaku ek?" Aku tersengih sendiri.

"Bukanlah. Benda lain."

"Yalah-yalah. Apa benda yang lain tu?" tanyaku.

"Macam ni. Kau cakap aku ada whatsapp kau, kan?"

"Haah."

"Dalam whatsapp tu, ada cakap tak nama apa? Maksud aku, masa kau chat tulah. Yang reply whatsapp kau tu, dia cakap tak apa nama dia?" tanya Kasyfi macam seorang penyiasat.

Aku cuba mengingat.

"Hmm, rasanya takde. Tapi... Emm, takpelah." Aku tak jadi nak buka cerita.

"Hei, cakaplah."

"Emm. Dalam whatsapp malam tu, kau kata kau gay." Bagitahuku.

"Hah, gay?"

"Haah. Bila aku cakap kau tak tahu malu mengaku kau gay, kau cakap kau tak gay. Tapi kau cakap, yang gay itu Kasyfi. Entahlah. Aku pun tak faham kenapa. Kau macam berbelit-belit tau malam tu..."

Kasyfi terangguk-angguk sendiri.

"Tapi masa tu, aku ada tipu." Bagitahuku lagi.

"Tipu apa?"

"Aku tipu nama aku. Hmm... Hah, apa kata kalau kau baca chat tu kat whatsapp aku. Jap eh. Sekalian baru kau tahu yang aku tak menipu." Aku macam membebel seorang diri sambil mengambil handphone dari dalam beg silang aku.

Aku buka password dan membuka whatsapp. Chat Kasyfi aku buka. Kemudian aku hulurkan kepadanya.

"Nah, bacalah."

Kasyfi sambut telefonku dan membaca tanpa sempat bahu berkalih kepadaku. Lama juga dia asyik skroll ke bawah dan ke atas.

"Betul ke ni memang nombor aku? Kut-kut Kasyfi kawan kau yang lain ke?"

"Ya, nombor kaulah tu. Aku mana ada kawan lain nama Kasyfi lagi. Plus, tengok chat sebelum malam tu. Tu kan chat aku dengan kau." Terangku, buat-buat tahu itu dan ini.

Kasyfi diam sebelum kembalikan telefonku. Dia menyembamkan kepalanya di atas meja makan sambil kedua-dua tangannya diletakkan di tepi kepala. Dua tapak tangannya saling bertemu dan diletakkan di atas kepalanya. Dia nampak macam stres, dan aku jadi kasihan.

"Emm... Tapi betul ke kau tak pernah delete?" tanyaku perlahan.

"Hmmm..." dia menjawab tanpa mahu mengangkat kepala.

Aku cebikkan bibir. Ya ke dia ni? Dah tu, macam mana pulak boleh tak ada? Betul ke dia ni?

"Kau tak delete?" aku tanya soalan yang sama.

Kasyfi angkat kepala.

"Ya, aku memang tak delete whatsapp kau. Kau tahu kenapa aku cakap aku tak delete? Sebab kau pun aku tak chat. Jadi macam mana pulak aku boleh delete chat yang aku tak chat pun?" terang Kasyfi.

Aku pula dah start garu kepala yang tidak gatal.

"Em... Jadi, macam mana pulak chat kat kau punya phone boleh takde? Phone aku elok aje ada?" tanyaku tak mahu kalah.

"Hmm..."

"Kenapa?"

"Takde benda lain dah. Ada orang lain yang delete." Bagitahu Kasyfi, buat kening aku hampir bertemu.

"What? Maksudnya, kau nak cakap yang aku chat tu orang lainlah?"

"Ya."

"Dah tu, kenapa kau biarkan dia guna phone kau?" aku macam nak start membebel.

"Aku tak sedarlah..."

"Jadi yang balas chat aku tu siapa? Siapa yang ada kat rumah kau? Kau ada sepupu kecil yang suka rembat phone orang tengah cas ke?" tanyaku lagi.

"Dia bukan sepupu."

"Dah tu apa? Musuh kau, tetiba curi balas chat aku?"

"Tak. Dia bukan musuh. Tapi... Entahlah, Iqa. Aku pun tak tahu nak explain macam mana."

"Macam mana dia buka? Takkan password kau orang lain tahu?" tanyaku lagi.

"Dia guna Finger Printlah tu."

"Hah? Finger print? Apa kaitan dengan finger print? Dia orang lain kan? Mana ada orang lain yang boleh buka phone kau guna finger print selain kau." Aku buat-buat pakar dalam finger print, padahal semua orang tahu.

Kasyfi terkelip-kelip bila aku cakap macam tu.

"Tak, macam ni... Em, sebelum tu aku nak cakap sesuatu. Masa aku bangun tidur tadi, kau tahu aku jumpa apa?" tanya Kasyfi.

"Tak tahu." Aku balas laju.

"Aku jumpa ni." Kasyfi buka phonenya dan serahkan kepada aku. Aku melihat ke skrin telefon. Ada satu gambar. Dalam gambar tu, ada satu kertas nota kecil warna kuning yang ditampal di atas meja belajar Kasyfi. Pada kertas itu tertulis; 'Hi!' - NZRN

Dahiku berkerut-kerut. Aku serahkan telefon Kasyfi semula selepas beberapa saat melihat ke skrinnya.

"Ni apa? Tak faham." Aku tunjuk gambar nota 'Hi' itu.

Kasyfi sambut huluranku.

"Hi tu maksudnya, ada orang lain dalam bilik masa aku takde. Dia macam nak cakap yang dia tu adalah. Nak cakap yang dia tu wujud." Bagitahu Kasyfi.

"Wait-wait... What?" aku terpinga-pinga.

"Ada orang lain masa aku takde." Ulang Kasyfi.

"Ada orang ceroboh masuk bilik kau ke? Masa kau takde tu maksudnya, macam time kau pergi tandas, orang tu baru masuk ke?" tanyaku yang memang jadi nak tahu. Dah kalau yang aku tanya ni betul, apa Kasyfi nak cakap pasal finger print tu? Nak cakap penceroboh tu buka telefon Kasyfi dengan menggunakan finger print? Hei, mana boleh!

Tapi Kasyfi menggeleng.

"Tak. Bukan macam tu..."

"Habis tu apa?" Dan Kasyfi kembali diam sambil tangan kirinya bertongkat pada permukaan meja.

"Habis tu apa, Kasyfi?" tanya aku lagi dan dia masih berdiam.

Aku tolak milo ais yang entah bila tiba itu ke lengannya. Kasyfi tersentak apabila terasa kesejukan ais pada lengannya.

"Jawablah. Mengelamun pulak. Habis tu apa aku tanya?" tanya aku lagi.

"Hmm, dulu... masa aku darjah 6, aku pernah..." Baru je Kasyfi nak bercerita tentang masa dia darjah enam, tiba-tiba ada satu perempuan datang pada meja yang tengah kami duduk.

"Hei, Kasyfi... Jumpa kat sini kita." Perempuan itu berkata sebelum melabuhkan punggung di tepi Kasyfi.

"Mak Ngah dengan Pak Ngah sihat?" tanya perempuan itu lagi sebelum... Brokkk, lengan kanan Kasyfi dipaut dan dipeluknya.

Aku yang melihat jadi berbulu mata pula. Hei, nak paut tu, paut jelah. Tak payahlah sampai nak peluk-peluk. Aku risau kalau Kasyfi terkena renjatan elektrik je, sebab kau melebih sangat dalam menyondolkan tubuh kau pada dia.

Baru aku perasan, dialah perempuan hari itu. Yang Kasyfi cakap cumalah sepupu itu.

"Sihat... sihat je..." Kasyfi menjawab ringkas. Namun aku tak tahu kenapa, Haiza yang dibalas tapi aku yang dipandangnya.

Aku pandang lengan Kasyfi yang dipaut kemas oleh Haiza itu. Perempuan ni sekali jumpa memang tak sah kalau tak pegang-pegang ke? Kau ingat kau tu bini dia ke apa? Kasyfi ni pun satu hal. Kenapa biarkan lengannya menjadi pegangan Haiza? Takde langsung ke rasa nak sental dengan clorox bila balik nanti?

Aku pandang Kasyfi. Kenapa dengan kau ni ya? Aku tak faham dengan kau, Kasyfi. Bukan ke hari tu kau dah janji yang kau takkan benarkan dah? Habis tu yang kau biarkan lengan kau disondol sepupu kau ni apa? Hari tu bukan main kau cakap kalau aku tak suka, kau takkan buat lagi. Tapi sekarang ni apa?

Kasyfi masih memandangku. Pandangannya macam nak bagitahu kepada aku yang dia tengah menyatakaan 'I am sorry'.

Kenapa ya, Kasyfi? Kadang-kadang aku tak faham, apa yang lelaki nak sebenarnya? Oh, aku tahu. Hari tu dia cakap taknak pegang tangan Haiza lagi, kan? Tapi sekarang, hanya Haiza yang pegang, kan?

Oh, shit!

Haiza bercakap apa entah dengan si Kasyfi, malas pula aku nak ambil tahu. Dia pandang ke depan. Masa tulah baru dia perasan kewujudan aku. Dia senyum.

"Hey! Awak girl yang kitorang jumpa dekat DIY last week, kan? What's your name, beautiful? I'm Haiza." Haiza hulurkan tangan ingin bersalam.

Alamak, nak salamlah pulak. Aku terpaksa tayang senyuman manis yang bersifat plastik sebelum menyambit tangannya.

"Iqa. That's my name. Nice to meet you, Kasyfi's cousin."

"Wow, Iqa pun tahu hubungan kitorang? Siapa Iqa ni, Kasyfi? Your friend or your girlfriend?" tanya Haiza. Aku tertunggu-tunggu balasan yang bakal dikeluarkan oleh Kasyfi sebentar sahaja lagi.

"She is my..."

Kasyfi pandang aku.

"...friend."

Aku rasa macam ditolak. Mata aku rasa panas. Nak menangis pun ada. Entah kenapa bila Kasyfi mengaku yang kami hanyalah kawan, aku rasa aku ni takkan pernah ada tempat teristimewa dalam hatinya sampai bila-bila. Namun aku kuatkan hati sendiri.

"Yes, Kasyfi is my friend. How about you, Haiza? Apa hubungan korang? Cuma sepupu? No... I tak rasa macam tu. You both nampak cool tau tak bila bersama." Aku pura-pura senyum sambil bertanya.

Memang sebenarnya aku tak ikhlas bertanya. Nampak cool bersama? Oh, kemon. Tu cuma ayat nak cover hati supaya Kasyfi tak nampak sangat yang aku sebenarnya 'koyak'.

Kasyfi, kau ni memang kan!

Haiza pandang Kasyfi lama.

"He's my..." Haiza nampak macam sengaja nak tengok riaksi Kasyfi.

"Hei, cakaplah sepupu. Iqa tanya tu." Kata Kasyfi.

Entah kenapa, aku rasa Kasyfi macam nak cover sesuatu. Haiza tersenyum manis.

"Elele... Seganlah tu." Usik Haiza sebelum mencubit pipi Kasyfi, macam tak tahan tengok Kasyfi yang kononnya 'segan' itu.

"Sakitlah...!" Kasyfi menolak tangan Haiza. Nah, tu dia. Kasyfi menolak tangan Haiza, bukan menepis. Jadi masa dia tolak tangan Haiza tu, memang Kasyfi pegang tangan Haiza. Kau rasa?

Bangang ke tak bangang kalau macam tu?

Haiza tergelak lagi.

"...comel!" Huh, naik untalah kau dua orang! Menyampah aku! Cepatlah kau Haiza pergi balik sana. Aku dah tak sabar nak lancarkan perang nuklear dekat sepupu kau yang segan ni!

"Ya-ya, kitorang sepupu."

Eleh, cakap jelah makwe dan pakwe. Takde orang yang nak marahlah kalau kau cakap benda betul pun! Aisy, menyirap pulak aku.

Aku senyum saja.

"Kenapa tak pasangan kekasih? Nampak padanlah kau dua orang. Sorang lawa macam anak arab, sorang lagi hensem sampai nak pecah usus!" Aku buat-buat macam tengah melambung-lambung memuji mereka.

Huh, banyaklah kau anak arab! Aku rasa aku dua kali ganda lagi cantik cantik daripada Haiza yang memang dalam ketegori cantik itu. Anak arab ke? Kening yang macam nasi arab tu adalah!

Menyampahnya aku! Eeeeee!!! Menyesal pula sebab dah puji memuji diorang tadi. Sebab akhirnya, aku yang sakit hati! Ah!

"Haha, thank you. By the way, Iqa pun cantik. Macam siapa tu? Kasyfi, ingat tak muka Iqa ni macam siapa? Ada kan yang Instafamous Thailand tu. Eh, Thailand ke Indo, tak ingat dah... Ingat tak? Ada kan yang tu..."

Ha, yang tu. Hah, yang tulah. Ya, memang muka aku ni muka tunjuk pun. Ingat aku ni kuih raya ke nak tunjuk-tunjuk macam tu?

"Oh. Yang orang panggil Ratu Cantik dunia tu ke?"

Hah, apa? Tak payahlah nak menipu! Nampak sangat tak jadi kat situ!

"Ratu cantik mana pulak ni? Yang Indo atau Thai tulah... yang cantik tu." Bagitahu Haiza.

"Entahlah. Tak ingat. Tapi rasanya, Iqa ni lagi cantik dari budak Thai or Indo tu. Iqa ni yang paling cantik antara yang tercantik." Bagitahu Kasyfi pula sambil masih memandang aku.

Aku hampir tergelak. Wkwkwk! Tak payahlah nak membohonglah! Pickup line tak jadi, bang. Tak jadi!

"No lah. Haiza lagi cantik. Tak gitu Kasyfi?" Aku pandang Kasyfi namun dia cuma diam. Kasyfi. Aku tahu dia perasan perubahan aku, tapi dia sengaja berdiam. Sebab apa? Sebab ada Haiza! Dia nak jaga hati Haiza lebih dari menjaga hati aku.

"Nak air jugak...! Lama ni nak sembang-sembang." Bagitahu Haiza.

Aku pandang Haiza. Eh, kau ni 'tiber' lah, Haiza. Nak air, pergilah order sendiri. Tu pun nak cakap kat orang. Lainlah aku tadi. Aku bolehlah. Kau aje yang tak boleh. Huh, menyirap pulak aku.

"Eh, Haiza boleh ambik yang Iqa je. Tapi air milolah. Iqa tak sentuh lagi. Harap Haiza tak kisahlah. Lagipun, Iqa kena balik ni. Dah kena angkat kain kat ampaian. Hari macam nak hujan, kan?" Aku tolak gelas itu ke hadapan Haiza.

Dia senyum.

"Betul ni bagi kat Haiza?"

"Yes-yes, ambik je. Bilnya pulak, suruh je Kasyfi belanja. Hehehe..." Aku membalas tanpa mahu memandang Kasyfi buat kali terakhir sebelum melangkah ke arah motosikal.

It's war.

____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience