BAB 12

Romance Completed 5655

SELEPAS membersihkan diri, aku terus keluar dari bilik air. Macam biasa, aku pasti akan menggunakan kain batik dan meletakkan tuala di atas bahu. Kemudian, aku mengaturkan langkah ke bilik tidurku. Aku mencapai t-shirt lengan tiga suku berwarna merah hati dan sehelai seluar trek Adidas.

Ketika aku ingin bergerak ke tempat pengiring rambut, telefonku tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. Langkah kakiku yang sebenarnya ingin ke sana terus berubah ke arah katilku. Aku duduk di situ sebelum membuka butang on.

Whatsapp daripada Kasyfi.

Aku diam sejenak. Kasyfi whatsapp aku? Untuk apa? Tangan aku automatik mencapai kain tuala di bahuku lalu dijadikan alat pengering rambutku.

Kasyfi: Assalam. Kau pergi sekolah esok?

Me: Wassalam. Pergilah. Kenapa?

Ketika itu, Kasyfi masih di dalam talian. Aku tunggu selama beberapa saat. Mesti dia sedang baca balasan aku. Tiba-tiba mataku sedikit membulat apabila terpapar last seen di bawah profilenya.

Eh, bangangnya. Kan aku balas whatsapp dia semasa dia tengah online, takkan tak sedar kut? Mesti ada notifikasi yang masuk dekat bar di atas. Atau dia buat telefon dia 'Do not disturb'? Hok aloh, takkanlah tak sedar langsung? Kan dia tengah on whatsapp juga.

Atau...

Adakah kasyfi sudah membaca balasanku, tetapi hanya dia saja yang tidak mahu membalas balik? Amboi, amboi... Seronok ya kau biarkan balasan aku tak berbalas? Mentang-mentanglah aku offkan sistem bluetick, kau bukan main lagi ambil kesempatan ya? Tak gentleman langsunglah dia ni!

Okey, lepas ni aku nak biarkan whatsapp kau tidak berbalas. Nanti baru kau tahu bagaimana rasanya sakit hati sebab whatsapp tak dibalas. Bila sampai waktu itu, hah, padan muka!

GANGGG!!!

Terkejut beruk aku jadinya apabila terdengar bunyi bising serta gegaran yang terhasil dari luar rumah. Er, silap. Sebenarnya bunyi itu terhasil kerana ada sesuatu seperti ditolak pada dinding luar bilik aku. Aku punya terkejut itu sampai terlepas handphone di tangan. Nasib baiklah aku tak berbaring. Kalau tak, mesti dah senget batang hidung aku yang ada iras-iras batang hidung orang Kazakhstan ini.

Apa benda pula yang sedang berada di luar bilik aku tu? Dengan tergesa-gesa, aku menutup kepalaku dengan kain tuala sebelum bergerak ke tingkap. Dengan dada yang berdebar, aku terus membuka pintu tingkap.

Aku tersentak hebat apabila melihat ada seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 14 tahun macam tu sedang terduduk lemah di atas tanah. Mukanya yang memang penuh dengan jerawat dan bintik-bintik hitam itu makin bertambah hodoh apabila terdapat kesan lebam-lebam di wajahnya.

Aku makin bertambah terkejut apabila mendapati budak yang tersandar lembik begitu sebenarnya jadi macam tu sebab dah kena tumbuk dengan seseorang. Dan orang yang dah tumbuk dia itu adalah orang yang aku kenali juga iaitu Kasyfi.

Macam dalam drama, Kasyfi terus mengangkat wajah apabila terasa bagai ada yang memerhati. Pandangan kami bersabung untuk beberapa saat. Kasyfi hanya diam sebelum menyentakkan otot sendi lengannya.

"Kasyfi... Apa yang dah jadi? Kenapa dengan budak ni? Kau tumbuk dia ke...?!" tanya aku yang kelam kabut.

Kasyfi diam. Dia langsung tidak memandang aku.

"Kau tanya dia sendiri, Iqa... Tanya dia, apa yang dia cuba buat tadi?" suruh Kasyfi. Masa dia bersuara, masa itulah dia baru memandangku.

Aku makin berdebar. Apa yang dia cuba buat? Serta-merta aku teringat tentang peristiwa aku nampak kambing hitam tempoh hari. Sebelum aku buka tingkap, aku ada ternampak macam terdapat lintasan bayang-bayang di celah-celah dinding papan yang tidak rapat.

Dadaku berdebar-debar. Jangan cakap dia mengintai aku pakai baju dahlah!

"Apa...?" aku dah mati kata.

Kasyfi pandang aku sebelum menjeling budak lelaki itu.

"Jawablah, budak!" marah Kasyfi lalu menyepak betis budak itu dengan sepakan yang tak kuat mana pun. Mungkin dia tak mahu budak itu makin sakit, sebab sememangnya sudah lebam teruk muka budak itu Kasyfi kerjakan.

Aku diam. Kasyfi macam marah. Jadi ini bermakna, budak ni memang buat benda yang tak baik? Tadi Kasyfi suruh aku tanya apa yang budak ini cuba lakukan, bukan? Kasyfi guna perkataan 'cuba'. Jadi ini bermakna, dia tak sempat buat apa-apalah, kan?

Tapi bagaimana pula dengan kejadian tempoh hari? Kenapa kambing hitam itu tersentak? Macam ada yang tengah buat sesuatu pula tanpa dilihat aku. Ini mesti tak lain lagi. Mesti budak tu dah mengintai aku, sebab tu bila dia terpijak sesuatu, dia terus menyorok di bawah rumah. Dan kebetulan pula masa tu ada kambing yang tengah makan rumput, membuatkan kewujudannya tidak aku sedari.

Eh, bangangnya!

"Hoi! Kau... kau buat apa, hah?!" aku dah mula nak berkasar-kasar dengan budak itu.

Budak berkulit gelap itu mengangkat kepala untuk memandangku. Tatkala mataku terhidang dengan wajahnya, aku auto nak terberak. Muka budak ni memang legend betul. Memang 100% muka budak kampung yang nakal lagikan tak hensem!

Eh, tak sengaja pula jadi rasis.

"Mm... maaf, kak... Ss... saya..."

"Kejap, jangan cakap apa-apa pun dan tetap duduk kat sana...!" Tanpa signal, aku terus memotong kata-katanya bulat-bulat. Antara Kasyfi dan budak itu, masing-masing terpinga pinga dengan arahan aku.

Aku mendengus sebelum kembali menutup tingkap. Selepas memakai tudung sarung hitam dan juga sarung lengan, aku terus bergegas turun ke tanah. Aku berlari-lari anak ke luar dinding bilikku. Dari jauh lagi, aku dapat melihat Kasyfi yang sedang memandang ke sini.

Aku tiba di depan budak nakal itu.

BOKK!

Satu tumbukan hinggap di pipi kanannya. Dia yang memang dah lembik tak bermaya itu terus tersembam jatuh ke tepi. Ya, aku yang tumbuk dia. Kalau ikutkan hati, nak aje aku terajang perut dia tu sampai terkeluar isi perut.

"Budak! Kau ni memang nak kena, eh? Padahal ini bukan kali pertama kau buat macam ni, kan? Kau memang dah pernah intai aku kan sebelum ni?!" Aku terus memarahinya.

Budak itu meraung takut sebelum mengengsot ke arah tiang rumah.

"Mm... maaf, kak... Saya janji tak buat lagi..." Budak itu nampaknya dah gerun dengan aku.

Aku mengetap bibir.

"Maaf, maaf...! Jawablah aku tanya...!" marah aku.

Budak itu meringkuk sendiri.

"Mm... mana ada, kak...!" Budak itu sempat lagi menafikan.

Eh, eh dia ni. Taknak mengaku pulak? Macamlah aku tak tahu. Ingat aku buta agaknya.

"Tipu! Hari tu kau dah pernah intai aku, kan?! Masa ada kambing tu! Mengaku jelah!" marahku lagi.

Maaflah, tapi ini memang sifat aku. Aku memang tak boleh duduk diam apabila dapat tahu yang ada orang cuba buat benda tak baik dekat aku. Intai aku, kau faham tak? Dia intai aku pakai baju! Kalau dia ternampak atau dah ternampak benda yang bukan hak milik dia, macam mana? Maruah aku pula macam mana!?

Aku pun tak pernah intai orang, tahu tak?! Intailah diri sendiri kalau dah gatal sangat. Bangang betul.

"Tt... takde, kak... Ss... sumpah...!" Nafi budak itu lagi.

Ai, sampai sanggup bersumpah bagai? Memang nak kena budak ni! Kau ingat aku tak tahu ke? Ingat aku buta?! Terus aku melilaukan mata ke sana-sini. Tiba-tiba aku terpandangkan longgokan batu-bata yang entah milik siapa. Aku pandang budak itu sekilas sebelum terus mengambil satu batu.

Kemudian, aku kembali berdiri di depannya.

"Kau nampak batu ni? Kau nak aku pukul kau guna benda ni ke?!" Aku mengugut dia sambil buat-buat nak jatuhkan batu itu.

"Mm... mana ada saya buat macam tu, kak... Tadi baru yang pertama... Tu pun tak sempat sebab Abang Kasyfi datang!" nafi budak itu lagi.

"Tipu! Aku hentak kang!" Aku mengangkat tangan tinggi.

Kasyfi di sebelah dah kecut perut. Pastinya dia risau kalau aku betul-betul nak pecahkan muka budak yang sememangnya sudah pecah itu.

"Mm... mana ada!" nafinya.

"Tipu!" Aku bawakan batu itu ke arahnya.

"Hei, Iqa...!" Aku dengar Kasyfi memanggilku. Suaranya macam tengah cuba mengingatkanku bahawa jangan buat perkara di dalam kepalaku ini betul-betul.

Namun, siapa yang nak endahkan si Kasyfi itu?

"Aku kira sampai tiga! Satu...!" Aku dah mula mengira.

"Iqa...!" Kasyfi berbisik perlahan.

Aku merengus.

"...dua...!" sebutku lagi.

"Hei, jawablah cepat!" Kasyfi di sebelah hanya mampu mengikut rentakku.

Budak itu masih diam dan taknak mengaku, buatkan aku rasa macam nak terus pecahkan mukanya sekarang juga.

"Ti..."

"Okey-okey, dd... dah... dah ingat dah..." Bersuara juga budak nakal itu akhirnya.

Aku tersenyum sinis.

"Ha, ingat dah? Takut? Kalau takut, kata..." Suruhku.

"Mm... memang... memang saya ada intai akak dulu... Mm... maaf... Tapi sumpah, kak... Saya tak nampak apa apa pun, sebab papan bilik akak tak luas mana pun... Sum... sumpah, kak. Demi Allah...!" Budak itu akhirnya mengaku juga.

Aku tersenyum sinis. Perlahan-lahan aku campak batu itu ke belakang. Tahu pun takut! Sekali lagi aku dapat tangkap perbuatan dia, aku akan heret dia ke balai polis. Itu janjiku. Dengan aku, memanglah tak sempat. Dengan anak dara yang lain pula, macam mana? Entah-entah, sampai ke nenek-nenek pun dia cuba mengintai lagi.

"Kan senang kalau kau kata dari tadi...!" bisik aku sebelum berjalan pergi.

Kasyfi memandang budak nakal itu sebelum buat-buat nak tumbuk lagi. Kemudian, Kasyfi berlari-lari anak mengejar aku yang sudah hampir jauh ke depan. Bila beriringan denganku, dia berjalan seperti biasa.

"Pandainya kau berlakon?" bisik Kasyfi di sebelahku. Langkahku automatik jadi perlahan.

"Masa bila aku berlakon?" tanyaku semula.

"Tadi." Jawab Kasyfi, pendek.

"Mana kau?" tanyaku lagi.

"Yang nak pukul dia dengan batu tulah." Jawab Kasyfi lagi.

Aku berhenti berjalan. Eh, bila masa pula? Memandai aje. Ingat aku main-main ke? Hei, aku memang betul-betul nak hentak dia dengan batulah kalau dia tak juga nak mengaku. Kasyfi ni kan, suka benarlah dia buat spekulasi sendiri!

"Mana ada aku berlakon!" Aku berlari-lari anak mengejarnya.

"Eleh. Iyalah tu." Sambut Kasyfi.

"Hei, betullah!" balasku geram.

"Tipu. Kau berlakon tu. Tahu..." Katanya lagi.

"Mohd Kasyfi!" aku seru namanya dengan nada yang tinggi.

"What, Nur Afiqah?" Kasyfi menyahut dan juga menyebut namaku. Masa itu, dia turut membalikkan tubuh ke arahku.

"Aku me..." Kata-kataku mati dengan tiba-tiba tatkala terpandang sesuatu pada muka putih Kasyfi itu.

Kasyfi diam memandangku. Apabila sudah menangkap apa yang sedang dipandangku, Kasyfi cepat-cepat menyentuhnya dengan tangan. Dia diam sejenak sebelum kembali ingin melangkah pergi.

Namun aku lebih cepat menarik lengan bajunya.

"Kasyfi..."

***

"AUCH!" Kasyfi mengaduh perlahan. Namun aku cuma diam sambil terus fokus menyapu ubat pada luka di pipinya.

"Wei, lembutlah sikit. Sakitlah..." Rungut Kasyfi.

Aku diam.

"Siapa suruh bertumbuk? Kan dah mendapat." Bebelku perlahan.

Kasyfi mencebikkan bibir.

"Siapa yang bertumbuk?" dia malah bertanya balik.

"Kaulah. Dengan budak tu pun boleh kena tumbuk." Kataku lagi.

"Siapa cakap aku kena tumbuk dengan budak mentah tu?!" balas Kasyfi.

Aku diam. Perlahan-lahan aku simpan ubat itu ke dalam bekas. Kapasnya juga sudah aku letak di dalam plastik kecil.

"Jadi, kau mengakulah yang kau bertumbuk dan juga kena tumbuk dengan seseorang walaupun bukan dengan budak mentah tu?" tanyaku semula.

Kasyfi diam.

"Mm... mana ada... Aku, aku terlanggar tiang je tadi..." Balasnya.

"Hmm, memang tiang boleh buat kau luka sampai berdarah macam ni pun. Bibir kau tu pun, macam pecah sikit dekat hujung. So that's mean, kau memang dah kena tumbuk dengan someone." Balasku pula.

Kasyfi diam dan hanya menerima rawatan daripadaku. Aku tutup botol ubat itu dan simpan di dalam bekas yang sederhana besar. Kasyfi menjauhkan kepalanya daripadaku.

Aku mengambil plaster di dalam bekas yang sama.

"Sini muka tu, aku tampalkan plaster." Suruh aku sambil menayangkan plaster yang masih baru itu.

Kasyfi pandang aku.

"Tt... tak apalah. Aku boleh buat sendiri." Ujar Kasyfi lalu menghulurkan tangan, seperti meminta plaster itu daripada aku.

"Alang-alang aku yang sapukan ubat, jadi biar aku ajelah yang rawat sampai habis. Dah, sini sikit." Ujarku lagi.

Kasyfi diam sejenak.

"Oh. Okey." Balasnya lalu menyuakan pipinya ke arahku.

Dengan berhati-hati, aku menampalkan plaster itu di pipinya yang terluka. Dan secara tidak sengaja, jariku tidak sengaja menekan lukanya dengan agak kuat.

"Aduh...! Sakitlah!" Kasyfi mengaduh lalu terus memegang di tempat lukanya.

Dan secara tidak sengaja, tangan Kasyfi terpegang tanganku yang masih berada di pipinya. Antara kami, masing-masing tersentak dan terpaku. Aku memandang tanganku yang berada di bawah tapak tangan Kasyfi. Pipiku automatik merona. Aku menelan liur. Nasib baiklah Kasyfi memandang ke depan, jadi tak dapatlah dia tengok muka aku yang dah macam sotong kena bakar ni.

Aku cuba menarik tanganku, namun tak dapat malah tak bergerak langsung. Aku tak tahulah sebab Kasyfi yang tidak mahu melepaskan atau sebab tangan aku yang macam dah tak mampu nak bergerak.

"Er... tt... tangan aku..." terketar-ketar aku bersuara.

Terus aku rasa tanganku sudah dilepaskan oleh Kasyfi. Dia diam sejenak sebelum memandang ke arahku.

"Ss... sorry... Ak... aku tak sengaja..." Suara Kasyfi pun aku dengar tersekat-sekat habis.

Aku hanya mengangguk dan memandang ke depan. Uh, canggungnya! Ya Allah, Ya Rahman... Tolong aku! Canggung punya pasal, aku buat-buat simpan ubat-ubatan ke dalam bekas utama yang lebih besar. Selepas dah siap kemas, aku letak bekas itu di tepi tangga.

Kemudian aku pandang depan balik. Masa tulah, aku terpandangkan kaki Kasyfi yang masih lagi berkasut sekolah hitam. Dan baru aku perasan yang dia juga masih memakai baju Silat Cekak Biru-Putihnya itu. Eh, dia tak tukar pakaian lagi? Dah pukul berapa tak mandi lagi ni? Nasib baiklah badan dia bau lavender dan tak bau belacan.

"Eh, kau... kau tak mandi lagi? Dah nak pukul lima dah..." Ujarku.

Kasyfi diam sejenak.

"Oh... ini... Aku tak balik rumah lagi." Bagitahunya.

"Tak balik lagi? Kita balik pukul 3.30 petang. Bukan ke mama kau marah kalau kau balik lambat?" tanyaku lagi.

Ya, memang hari ini budak sekolah balik pukul 3.30 petang. Biasanya paling lambat untuk budak biasa ialah 2.40 petang. Untuk budak Sains Tulen pula, biasanya paling lewat balik pukul 3.10 petang. Hari ini ada Kokurikulum, tapi entah kenapa sekolah baru aku ni buat Koko pada sebelah pagi. Sekolah lama aku tak kira rendah atau menegah, biasanya Koko dibuat pada sebelah petang. Demam agaknya sekolah baru aku ini.

"Aku... aku pergi minum air dengan kawan akulah. Mama aku pun dah tahu." Bagitahu Kasyfi yang entah kenapa aku rasakan hanyalah satu pembohongan.

Aku diam sambil memikirkan sesuatu.

"Jadi... kau kena tumbuk dengan kawan kaulah?" tanyaku lagi.

"Takdelah. Bukan aku dah cakap ke yang aku cuma terlanggar tiang?" Kasyfi bertanya kepadaku pula.

Aku diam dan cuba mengangguk kecil. Hmm, takpelah kalau taknak bagitahu. Aku pun taknak paksa dia sebab aku bukanlah orang yang suka memaksa.

Kami diam lagi. Tiba-tiba aku teringat apa yang diberitahu oleh budak nama apa entah tadi. Akram? Ke Iqram? Tak ingat dah aku. Tapi seingat aku, dia cakap Kasyfi balik sekolah awal sebab berdating dengan kekasih. Betul ke apa yang dia bagitahu itu? Kasyfi dah ada seseorang ke? Kalau betul ada, kenapa aku tak pernah nampak pun diorang jumpa kat sekolah? Atau girlfriend dia bukan budak sekolah kami? Atau dah habis SPM? Kalau ya, girfriend dia tak cemburu ke kalau nampak Kasyfi hampir setiap hari datang sini? Tahulah boleh bagi alasan lawat Mak Wa, tapi takkan masih rasa selamat meskipun ada aku yang masih muda dan cantik jelita ini?

Hmm, agak-agak boleh tak kalau aku tanya Kasyfi soalan tu? Rasanya Kasyfi takkan marah kut. Kalau pun marah, aku rasa dia akan marah sebab segan bila ditanya oleh aku saja.

"Oh ya, Kasyfi. Hmm, kau... betul ke kau dah ada awek dah?" tanyaku tanpa segan silu.

Kasyfi terdiam.

"Awek? Mana ada awek." Nafinya.

"Oh... Macam tu." Bisikku perlahan.

"Kenapa tanya?" Tanya Kasyfi pula.

"Ha? Takde apa. Saja." Balasku.

"Tipulah." Bidasnya.

"Eh, betullah. Tipu apanya?" Aku cuba sembunyi.

"Betul, kau tipu." Tegasnya.

"Mana? Ada bukti?" aku berbalas kata.

"Tadi kau tanya, betul ke aku dah ada awek. Kau guna 'betul ke'. Tak ke perkataan tu memberi maksud yang kau dapat tahu sesuatu itu dari someone, dan kau tanya aku balik sebab nakkan kepastian? Bukan macam tu?" bidasnya tanpa memandangku.

Aku diam. Hmm, kenapa bijak pula dia ni? Er tak, tak. Dia bukanlah bijak, tapi aku ni yang terlebih bodoh sebab pergi guna perkataan tu.

"Oh, yang tu... Takdelah. Sebab, ada sorang budak tu... Dia cakap kat aku yang kau sebenarnya dah ada awek. Dia pun siap cakap kau playboy lagi. Jadi, sebab tulah aku tanya... Tapi sebenarnya, saja nak tahu aje." Jawabku yang sedikit berbelit-belit di akhir-akhir.

Kasyfi diam. Dia menoleh dan memandang aku lama.

"Tadi kau dah tanya. So, kau percaya apa yang Iqram cakap?" Tanya Kasyfi.

Aku terdiam. Iqram? Jadi...

Perlahan-lahan aku menoleh. Baru saja nak tanya, Kasyfi dah pun mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan sesuatu kepadaku. Aku pandang skrin telefonnya.

Kerang Busuk: Yow yo, Kasyfi. Jangan marah tau kalau Ita tiba-tiba taknak kawan dan rapat dengan kau lagi. Sebab, dia dah tahu yang kau sebenarnya playboy. So, redha jelah kalau bestfriend kau tu tiba-tiba nak rapat dengan aku pula esok. :'P

Wait, wait... What? Ita? Nama aku ke tu? Ya Allah, aku salah tengok agaknya. Isy, si Iqram ni apahal? Dah dua kali dia cakap nama aku Ita. Nama aku Iqalah! Dahlah mesej Kasyfi lepas dah cakap-cakap dengan aku. Siaplah Iqram esok, aku hempuk kepala dia dengan helmet Kasyfi nanti.

Aku pandang Kasyfi lepas dia dah tarik semula handphonenya. Aku cuma tayang sengih aje lepas tu.

"So, kau rasa?" tanya Kasyfi.

Aku sengih lagi.

"Tak rasa apa-apa pun." Balasku yang tak ada kena mengena.

Kasyfi terus melanggar bahuku dengan sikunya.

"Bukan rasa tulah. Maksud aku, kau rasa siapa yang betul?" tanya Kasyfi lagi.

Aku sengih lagi.

"Ha? Tak tahu, tak tahu." Balasku.

"Isy, betul-betullah. Main-main pulak!" ujar Kasyfi lagi.

Eh, dia ni. Giliran aku yang ditanya, bukan main mendesak supaya aku jawab. Bila dia yang ditanya, taknak jawab pula. Dahlah auta aku dengan memberi alasan terlanggar tiang.

"Ha, yalah. Aku percaya yang kau belum ada awek." Bagitahuku, mengalah.

Kasyfi diam lagi.

"Kenapa kau percayakan aku?" tanya dia lagi.

Aku diam sekejap, mencari alasan.

"Ha? Siapa yang percayakan kau? Aku percaya yang kau belum ada awek aje, sebab soalnya aku belum nampak kau dengan awek kau." Auta aku, malas nak mengalah lagi.

Dia diam lagi.

"Hmm... Belum ada awek ya?" bisik Kasyfi perlahan.

Aku pula diam.

"Yalah. Ada yang salah ke?" tanyaku lagi.

"Takde. Cuma, kau sepatutnya kena guna 'aku percaya kau takde awek', bukannya 'kau belum ada awek'. Tapi apa yang kau cakap tu dah betul dah." Ujar Kasyfi lagi.

Aku terpinga-pinga.

"Eh, apa benda kau ni. Kan sama aje maksudnya?" balasku taknak kalah.

Kasyfi senyum sahaja sebelum gelak kecil. Dia nampak macam suka aje bila tengok muka aku yang cemberut.

"Haa... haa... haa... Maksud dia lainlah. Lepas ni, lebih teliti ya? Okeylah, aku balik dulu. Thanks atas rawatan kau ni." Ujar Kasyfi lalu berdiri ingin pulang.

Aku cuma diam dan memandangnya. Kasyfi bergerak ke arah motosikalnya. Rumahnya dah tak jauh, jadi rasanya dia takkan pakai helmet lagi.

Kemudian, Kasyfi pun pulang. Dan aku masih duduk di tepi tangga.

Ya, lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Kasyfi tu orang yang bijak. Dan aku sebenarnya dah mula faham akan maksudnya. Memang benar, kedua-dua ayat itu mempunyai maksud yang berbeza. Cuma ikut atas pemikiran seseoranglah. Kalau faham, fahamlah. Kalau tak faham, okey bye.

Ah! Janganlah Kasyfi fikir yang bukan-bukan! Aku tak tunggu dia pun, okey?!

___

Follow my Instagram =p @chancrz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience