BAB 16

Romance Completed 5655

KATA-KATA cinta terucap indah, mengalir berzikir di kidung doaku. Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku. Butir-butir cinta air mataku, teringat semua yang Kau beri untukku. Ampuni silap dan salah, selama ini Ya Ilahi. Muhasabah cintaku.

Badanku terhinggut-hinggut mengikut rentak bait-bait lagu berjudul Muhasabah Cinta yang dinyanyikan oleh Anisa Rahma itu. Setiap kali selepas mengaji surah al-Mulk, pasti aku akan memasang lagu tersebut. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku suka mendengar lagu itu. Suaranya lembut, membuatkan aku terpesona. Bukan sekali dua aku dengar sebelum nak tidur, tapi berkali-kali. Sampai tak ingat nak tutup lagu pun ada.

Seingat aku, kali pertama aku mendengar lagu ini adalah ketika aku membuat ulangkaji bersama-sama dengan Alya, merangkap teman baikku di sekolah lama. Sambil membuat kerja, selalu juga aku berkongsi kisah tentang layanan arwah kakakku. Setiap kali aku begitu tidak dapat menahan kepiluan, Alyalah tempat aku mengadu.

Adalah suatu hari tu ketika aku ke rumah Alya untuk study sama-sama, ada seorang lelaki yang berusia tiga tahun lebih tua daripadaku. Namanya Ridzwan. Dia ialah bapa saudara Alya. Kiranya, dia tu adik bongsu ayah Alya. Ketika itu aku berumur 16 tahun dan Ridzwan pula 19 tahun. Kata Alya, Ridzwan akan tinggal di rumah mereka selama tiga bulan atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Adalah semasa hari aku bercerita pasal arwah kakakku kepada Alya, Ridzwan tanpa disangka-sangka telah lama berdiri di belakang kerusi aku. Kiranya dia memang dah dengar apa yang aku luahkan kepala Alya. Si Alya tu pula langsung tak bagi hint. Patutlah masa tu aku nampak mata Alya kadang-kadang asyik tertengok dekat objek lain.

Lepas aku perasan yang Ridzwan pun ada sekali, Ridzwan pun dengan selambanya duduk semeja dengan kami, buat-buat macam aku ni dah lama kenal dia. Tapi aku tak dapat nafikan yang Ridzwan memang baik. Aku senang dengan dia. Dialah yang memberitahuku tentang lagu Muhasabah Cinta itu. Sampai sekarang aku masih mendengar lagunya. Ridzwan jugalah yang tolong Share-It, macam aku ni takde Internet nak download sendiri pula.

Selepas tiga bulan aku kenal Ridzwan dengan lebih rapat, Ridzwan pun terpaksa kembali ke Selangor kerana urusannya yang entah apa itu telah pun selesai. Sedih juga aku ketika itu sebab aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Yelah, aku mana ada abang. Aku selalu aje cemburu bila tengok Alya disuap aiskrim oleh abang dia. Almaklumlah, aku kan cuma ada kakak. Kakak pula jenis yang kurang mesra. Jadi bila kenal Ridzwan, mestilah sedikit sebanyak aku gembira.

Hari tu aku masih ada nombor telefon Ridzwan, tapi dah hilang. Aku biasanya tak simpan nombor ke dalam peranti telefon. Apabila arwah kakak aku tiba-tiba merampas dan reset telefonku, semuanya hilang. Bukan tu aje, kad sim aku pun dipatahkannya. Sampai ke subuh esok pun aku masih tak berhenti menangis. Sedih gila aku masa tu. Tambah dengan Alya yang sempat bertukar sekolah sebelum aku yang bertukar, jadi sampai sekaranglah aku sudah tidak dapat berhubung dengan Ridzwan.

Lagu yang aku dengar sudah berulang kali itu telah pun senyap menandakan sudah habis dimainkan. Aku mencabut earphone di telinga kemudian membuka data selular. Terus keluar satu notifikasi whatsapp. Dari...

...Kasyfi!

Aku pantas membuka whatsappnya. Buat apa dia whatsapp aku ni? Nak wish gudnight ke? Ahaks, perasan!

Ketawa dalam hatiku terus lenyap apabila membaca whatsapp yang dikirimkan olehnya.

Kasyfi: Kau sape?

Aik! Aku siapa? Aku Iqa kawan perempuan dialah, takkan teman wanita dia pulak? Hehe, mesti Kasyfi sengaja buat-buat lost contact macam ni. Kenapa? Sebab sengaja nak mesej dengan aku? Layan ajelah kawan baikku yang sorang ni.

Me: Kau pulak sape?

Kebetulan ketika itu, Kasyfi masih online kerana whatsapp yang aku terima baru aje beberapa minit yang lalu. Seminit kemudian, kelihatan yang di sana sedang menaip.

Kasyfi: Aku tanya kau dulu, kan? Tak tahu ke?

Eh-eh, dia ni. Buat macam tu pulak.

Me: Aku Rayyan, kenal ke?

Tipuku.

Kasyfi: Rayyan? Rayyan mana?

Me: Rayyan Kuala Pilah. Kau sape?

Kasyfi: Aku pemilik nama orang yang kau chat nilah.

Me: Kasyfi?

Kasyfi: Hmm, maybe.

Me: Maybe apa benda?

Kasyfi: Maybelah apa pun. And maybe...

Me: maybe...?

Kasyfi: ...Kasyfi is gay.

Aku terus mengekek ketawa sejurus sahaja melihat balasannya. Mentang-mentang aku kata nama aku Rayyan, terus kata diri sendiri gay?

Me: Hahah! Rongak betul.

Kasyfi: Maksudnya?

Me: Kaulah. Rongak. Mengaku diri gay.

Kasyfi: Aku tak cakap pun.

Me: Habis yang kau cakap Kasyfi is gay tu apa?

Kasyfi: Oh. Itu maksudnya, Kasyfilah yang gay.

Aku garu kepala. Dah tu apa masalahnya? Kasyfi itu engkau, jadi yang gay itu engkaulah. Tak retilah dia ni. Baru aje nak balas, jari-jemariku tiba-tiba terhenti.

Kasyfi: ...padahal diri sendiri pun gay jugak. Dasar tak sedar.

Aik, apahal mamat ni? Macam mana aku boleh jadi gay sedangkan aku perempuan? Sah, dia rongak.

Me: Apa-apalah.
      : Kasyfi, kenapa masa nenek aku panggil, kau buat derk je?

Aku tunggu balasannya.

Kasyfi: Nenek kau?

Me: Ya, nenek aku.

Kasyfi: Nenek kau yang mana satu?

Aku terangkat. Ni dah melebih. Buat tak kenal aku takpe lagi. Ni nenek aku pun terkena sama?

Me: Mak Wa lah! Kau ni pun...!

Kasyfi: Mak Wa mana?

Me: Ada kan Mak Wa yang ada dua biji mata, satu hidung dan satu mulut tu.

Kasyfi: Aku serius ni.

Me: Aku pun serius.

Kasyfi: So that's why aku tanya, Mak Wa mana.

Tu bukan serius namanya, cik Awang. Hisy, ada jugak yang kena penampar Jepun aku esok.

Me: Hmm. Mak Wa yang ada cucu cantik nama Iqa tulah. Ingat tak?!!!

Hah, ambik kau. Nak tengok sangat aku perasan, kan? Nah, tengoklah aku angkat bakul sendiri.

Kasyfi: Huh? Maksudnya?

Aku buat rolling eyes. Sudah-sudahlah, awang.

Me: Eh, dahlah. Penat ah macam ni. Takyahlah pura-pura.

Kasyfi: Nama kau Iqa?

Me: Yelah.*rolling eyes

Kasyfi: Perempuan?

Me: Eh, takdelah. Laki!

Kasyfi: Bukan Rayyan?

Me: Tu nama atok aku.

Dia diam. Tapi masih online.

Kasyfi: Oh, faham-faham.
           : Cehh...

Aku mengetik...

Me: Apa yang kau faham?

Kasyfi: Maksud di sebalik nama nombor kau ni.

Hah? Apa benda dia ni? Berbelit-belitlah.

Me: Maksud?

Kasyfi: Hahah, nothing.
           : Good night, sayang.
           : Esok sekolah, jangan lupa.
           : Bye-bye.

Aik? Good night sayang apa benda pulak ni? Sejak bila pulak si Kasyfi ni dah mabuk ketum? Tiba-tiba je nak bersayang-sayang dengan aku. Tahulah aku ni kesayangkan kau!

Ah, malaslah nak balas  'selamat malam sayang' dia tu. Nanti aku perasan!

***

DARI luar kelas lagi aku dah nampak susuk tubuh Kasyfi yang sedang khusyuk menekan kalkulator. Ha, pasti tengah buat homework matematik yang tak siap tu. Tulah, semalam ada sibuk nak chat dengan aku. Ahaks! Perasannya. Tapi dia yang siap wish gudnite sayang bagai, kan? Nasiblah cuma tulisan. Kalau dia pakai voice note, alamatnya pecahlah ovari aku. Hahaha!

Just kidding.

Aku membaiki bentuk tudung sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Aku berjalan ke arah meja dan melabuhkan duduk di situ. Selepas melepaskan tali beg sekolah, aku menukar arah kerusi supaya menghadap ke belakang. Setelah bertentangan dengan Kasyfi, aku meletakkan tangan di atas mejanya. Kemudian aku letak daguku di atas belakang tanganku.

Aku memerhati Kasyfi yang leka menulis di buku. Tiba-tiba Kasyfi mengangkat kepalanya lalu terus bersabung matanya dengan mataku. Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuknya.

"Good morning, sayyyyyaaaanngg...!" ucapku sambil sendiri menahan loya di tekak mendengar kegedikan suaraku yang sengaja dibuat-buat itu. Jelas kelihatan dahi Kasyfi yang berkerut.

Aku senyum saja kepadanya. "Cepat, say good morning too, sayang...!" suruhku yang mengadanya tahap nak berak dalam spender.

"Er, good morning too, and... selamat bermimpi di siang hari." Kasyfi membalas dengan kaku, bagaikan sebuah robot yang tidak ikhlas bersuara.

Aku mencebikkan bibir sebelum buat-buat mengintai ke buku latihannya.

"Tak siap lagi ke kerja math..."

"Bel..."

"...tu, sayyyaang?" sambungku lagi.

Kasyfi sekali lagi mengangkat kepala memandangku.

"Sayang-sayang. Kau nak bagi hint yang kau suka aku ke macam mana ni?" sindir Kasyfi yang masih nampak blur.

Aku mencebik.

"Mana ada. Siapa yang suka dekat kau?"

"Then, kenapa panggil aku sayang walaupun kau tak memaksudkannya?" Kasyfi macam nak menang.

"Sebab kau sayang aku?" tebakku, berani.

"Ish, perasannya!" tukasnya.

"Better perasan lagi daripada ada sifat suka berdalih!" bidasku pula.

Kasyfi masih pandang aku.

"Maksud kau?"

Aku buat muka.

"Ngeee, ngeee...! Takpelah, aku faham kalau aku malu nak mengaku hal semalam. Oleh sebab sayang kau ni orang yang bertimbang rasa, maka aku akan buat-buat tak ingat aje. Okey, sayang?" Aku senyum kepadanya.

"Merepek apa kau ni?" Kasyfi bertanya dengan muka janggal.

"Merepek? Siapa yang merepek?" pulangku.

"Kau."

"Aku merepek? Sayang, tengoklah whatsapp sayang. Tengok baik-baik, baru nanti ingat. Okey, sayang?" Uwekkk, uwekkkk... Kenapa aku rasa nak muntah ni?

Kasyfi pandang aku lama sebelum bersuara. "Kalau aku tengok takde apa-apa pun?"

"Mana mungkinlah tak ada!" tukasku.

"Maksud aku kalau takde?" bidasnya pula.

Aku pandang Kasyfi. Dia ni memang tak suka kekalahan ke? Dah tahu memang ada, tapi masih juga nak lawan dengan aku yang berada di pihak yang benar ini? Dia tak malu ke kalau aku ketawakan dia nanti? Tak segan dan memerah-merah bila aku asyik buat pojokan sayang-sayang kepadanya?

"Kalau takde? Okey, aku akan bagitahu yang aku suka kau." Aku berkata dengan angkuh. Alah, buat apa nak takut dan risau? Memang ada sesuatu yang menjadi penyebab Kasyfi kalah, kan? Tak ingat dah ke yang dia panggil aku 'sayang' semalam? Hok aloh, nyanyuk betul!

"Sungguh?" Kasyfi nampak macam tercabar.

"Yalah. Tapi checklah dulu. Kalau takde, baru aku bagitahu. Tak aci padam tau. Kalau semalam pun kau dah padam, pun tak aci, okey?!" Aku ingatkan dia.

Dia tersenyum sinis, lantas mengeluarkan Iphone berwarna putihnya itu. "Okey."

Ahahahaha! Pasti merah padam muka dia nanti. Kasyfi, janganlah yakin sangat sebab memang kau yang salah. Jangan keras sangat, nanti kau akan dipatahkan. Hahaha, seronok aku gelakkan dia dalam hati.

Kasyfi pandang aku.

"Okey."

"Apa yang okey?" tanyaku.

"Masa untuk kau cakap yang kau sukakan aku?"

Kening aku sedikit terangkat. Huh, sorry?

"Why?" tanyaku.

"Sebab aku tak dapat kesan apa-apa pun." Balasnya.

Aku ketap bibir. Dia ni nak main tipu ke? Hello, aku masih muda untuk nyanyuk tahu tak?!

"Kenapa tidak?" tanyaku.

"Tengok jelah sendiri."

Dia tak hulur, tapi aku terlebih dahulu merampas Iphone di tangannya. Mataku terbeliak. Takde pun chat aku dan dia semalam? Mana perginya sayang dia untuk aku tu? Sah, Kasyfi dah delete dari semalam lagi!

"This's not fair! Kau delete chat, tak aci!" bentakku tak puas hati.

"Chat apa? Aku tak chat kau pun." Balasnya.

"Tipulah. Aku ni, Rayyan. Ke apa benda entah...? Tak ingat dah..." aku membalas pula dengan debaran. Kut-kutlah aku sebenarnya yang salah.

"Mengarut apa kau?" tanya dia.

"Aku tak mengarutlah!" tukasku.

"Dan aku pun tak delete apa-apa."

"Tipu...!" Aku tak berpuas hati.

"Kalau aku sanggup bersumpah yang aku tak delete dan langsung tak chat kau pun malam tadi?" tanya Kasyfi sambil kekal memandangku.

Aku balas pandangan dia lama.

"Maaf, menipu kau tak menjadi."

"Okey. I swear to God, to Allah... aku tak delete apa-apa dan chat kau pun malam tadi. Sekarang kau percaya?" ujar Kasyfi sebelum menurunkan semula tangan kanannya yang macam tengah berikrar dah aku tengok.

Aku sedikit kaku.

Kasyfi bersumpah? Woi, kau tak takut ke menipu atas nama tuhan? Kau memang dah banyak amal ke, Kasyfi?

Tapi kan, macam mana pulak kalau dia memang betul-betul tidak menipu?

Aku telan liur.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience