BAB 19

Romance Completed 5655

SEMASA aku tiba di rumah, tuan punya motosikal yang aku pinjam tu tengah lalu dekat satu lorong kecil. Di tangannya ada satu beg plastik berisi maggi kari dan tomyam. Aku pantas mencabut kunci motosikal dan bergegas ke arahnya. Aku menghulurkan kunci itu dan mengucapkan terima kasih. Kemudian aku terus bergegas ke dalam rumah.

Masuk dalam rumah, aku terus membelok ke dalam bilik. Pintu ditutup lalu dikunci. Kemudian aku bergerak ke almari solek. Aku pandang imej aku yang terhasil di dalam cermin.

Aku tak tahu apa perasaan aku kini. Marah? Kecewa? Sedih? Ya, memang aku rasa semua tu. Aku marah sebab Kasyfi tak tunaikan janji. Aku kecewa kerana Kasyfi memungkiri janji. Dan aku sedih apabila Kasyfi hanya membiarkan janjinya melayang begitu sahaja di depan mata aku sendiri.

Apa yang lelaki ni nak sebenarnya? Kenapa masa aku cuba untuk menjauhinya, dia cuba memohon kemaafan daripadaku? Tapi bila aku maafkan dia, dia ulanginya lagi. Dia mensia-siakan peluang yang aku berikan. Dia ingat kemaafan aku ni boleh dikutip dekat semak belakang rumah ke apa? Dan aku pula, mengapa begitu bodoh sehingga begitu mudah sahaja aku memaafkannya? Tengoklah sekarang, hatiku rasa sakit sekali melihat Kasyfi yang memungkiri janji sendiri.

Buang masa aku aje pergi jumpa dia tadi. Bencilah! Dahlah minyak motor aku sendiri yang payung! Apa bendalah! Sakit hati aku! Nanti adalah tu dia whatsapp aku.

Takpe, kita tengok aje.

Aku berbaring terlentang ke belakang sambil menghadap atap bilik. Aku tak faham kenapa mesti aku terasa panas sekarang. Kipas nombor tiga yang terpasang itu bagaikan tidak memberi apa-apa kesan. Aku cemburu ke? Cemburu tengok Haiza rapat dengan Kasyfi?

Lima minit berbaring, tiba-tiba telefon aku yang disenyapkan itu bergetar. Hah, tu dia. Firasat aku kuat mengatakan itu ialah whatsapp daripada si dia. Lekas-lekas aku memeriksanya. Aha, tepat sekali!

Kasyfi: Dah balik?

Aku membuka aplikasi whatsapp, dan tentunya Kasyfi boleh nampak yang aku terus online apabila menerima mesej daripadanya. Okey, aku mengaku yang aku tak malu membalas whatsapp dia dengan begitu cepat. Terus aku mengetik.

Me: Kan tadi kau nampak aku balik?

Kasyfi: Maksud aku, dah sampai rumah ke?

Habis tu kau nampak aku boleh balas whatsapp kau ke tak ni? Tak logiklah pulak kan kalau aku boleh balas mesej kau masa aku tengah bawa motor. Jadi itu maksudnya, aku dah sampai rumahlah tu. Apa daa... Tapi aku malaslah nak cakap macam tu.

Me: Haah. Dah.

Kasyfi: Kau okey?

Me: Okey je.

Kasyfi: Tak marahkan aku?

Me: Marah? Untuk apa?

Kasyfi: Yang tadilah...

Me: Yang tadi apa?

Kasyfi: Takpelah kalau takde apa.

Me: Ok. Eh, Haiza kau dah hantar balik ke?

Kasyfi: Dia balik sendirilah.

Me: Oh. Manalah aku tahu kalau kau tak sampai hati nak biarkan sepupu kesayangan kau balik sorang diri, kan?

Kasyfi: Takdelah...

Me: Tapikan...

Kasyfi: Tapi apa?

Me: Serius cakap.

Kasyfi: Apa?

Me: Haiza sesuai dengan kau.

Kasyfi: Merepek apa kau?

Me: Betullah apa yang aku cakap.

Kasyfi: Aku dengan dia sepupu jelah.

Me: Tahulah. Ada aku cakap kau pasangan kekasih ke?

Kasyfi: Takde.

Me: Ha, tahu pun. Aku cuma cakap korang sesuai aje. Enggang sama enggang gitu.

Kasyfi: Kau pun enggang.

Me: Eh, tak. Korang je enggang. Aku merak kayangan.

Kasyfi: Hmm...

Me: Kenapa?

Kasyfi: Pasal tadi belum habis.

Me: Oh, pasal ada orang lain masa kau takde tu eh?

Kasyfi: Ya...

Me: Takpe. Haiza ada boleh dengar.

Kasyfi: Kenapa tak kau aje?

Me: Kan dah cakap tadi, Haiza dah ada?

Sambil menaip, aku buat muka. Geram semestinya.

Kasyfi: Iqa. Sebenarnya kau marah kan?

Me: Marah apa?

Kasyfi: Marah sebab aku dengan Haiza?

Me: Lol, buat apa marah?

Kasyfi: Sebab dia pegang tangan aku?

Me: Laa, sebab tu ke? Tak marah pun. Kenapa nak marah?

Kasyfi: Aku tak pegang pun tangan dia.

Aku bangun dari duduk. Mata aku celik luas-luas. Apa? Tak pegang tangan? Memanglah kau tak pegang, tapi kau... Ahhh, aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

Me: Oh ya? Tak pegang tapi biar je kena pegang, kena peluk macam tu?

Kasyfi: Takkan nak tolak, nak tepis? Nanti dia tanya, aku nak jawab apa?

Me: Kalau macam tu, nanti tuhan kau tanya, kau nak cakap apa? Nak cakap mak bapak kau tak ajar?

Kasyfi: Bukan macam tu...

Me: Kenapa? Suka ke bergesel dengan perempuan? Suka disondol-sondol macam tu? Sedap?

Kasyfi: No lah...

Me: Apa yang no?

Kasyfi: Aku mintak maaf.

Me: Mintak maaf apa?

Kasyfi: Sebab biarkan Haiza pegang aku.
           : I'm realy sorry.

Me: Entahlah, Kasyfi. Aku tak tahu nak cakap apa. Dulu aku cakap, tak payah kisahkan aku, kau degil nak jugak. Berjanji takkan buat lagi kalau aku tak suka...

Aku tahan perasaan sendiri ketika menekan butang send.

Kasyfi: I'm sorry...

Me: Sepatutnya kau kena cakap, aku tak janji yang aku boleh tak pegang dia. Bukannya aku janji takkan pegang dia lagi. Sebab, tengoklah apa yang kau buat. Kau ulang balik, Kasyfi... Walaupun cuma dia yang pegang kau.

Kasyfi: I'm really sorry...

Me: Tak payah mintak maaf kat aku. Mintak maaflah dekat diri sendiri sebab tak dapat nak tunaikan janji.

Kasyfi: Why, Iqa? Teruk sangat ke aku ni?

Me: Aku takde hak nak cakap apa-apa.

Kasyfi: Kita kosong-kosong boleh?

Me: Kau ingat sekarang hari raya ke nak kosong-kosong?

Kasyfi: Mintak maaf bukan hari raya je.

Me: Tahu. Tapi kau ulang kesalahan kau bila-bila masa kau jugak, kan?

Kasyfi: Kau memang tak boleh maafkan aku?

Me: I don't know lah, Kasyfi. Boleh kut aku maafkan kau, tapi dengan syarat.

Kasyfi: Syarat apa?

Me: Jangan janjikan sesuatu yang kau sendiri pun tak pasti.
     : Haha, takde ayat nak balas kan? Ok, dah. Aku nak mandi.

***

KEESOKANNYA, aku pergi ke sekolah macam biasa. Dan memang aku akan berjumpa dengan Kasyfi, sebab hakikatnya memang kitorang satu kelas. Jadi, memang dia kena hadap kepala aku jelah hari-hari bila setiap kali nak salin nota yang cikgu tulis dekat papan putih.

Aku dan Kasyfi? Sejak jumpa masa pagi lagi, kitorang bercakap macam biasa. Tapi Kasyfi ajelah yang macam diam sikit hari ini. Aku rasa dia sedang cuba untuk tidak membiarkan aku sakit hati. Yalah, mungkin dia sedar yang kadang-kadang kata-katanya memang selayaknya dapat penumbuk daripada aku. Tak pun, dia masih memikirkan hal semalam. Hal berkaitan dengan chat antara kami tulah. Katanya, sembang tak habis lagi. Tapi kenapa pada rehatnya, Kasyfi tak cakap tentang itu dengan aku pun? Dia taknak kongsi dengan aku ke?

Oh, dah faham. Kan aku sendiri cakap yang dia ada Haiza yang boleh gantikan tempat aku untuk mendengarnya. Oh, maknanya dia cuma bercerita dengan Haiza sajalah ni? Oh, bangangnya aku memikirkannya!

Rehatnya aku dan kawan-kawan aku pergi ke perpustakaan . Akulah yang berjalan di tengah-tengah. Rasa macam jadi ketua kumpulan pula. Ahaks! Takdelah, kami berkawan takde ketua kumpulan pun. Ingat kami ni budak-budak ke nak pilih ratu kumpulan?

Kami duduk di meja tengah yang betul-betul di bawah kipas. Sarah yang macam Mei Mei itu mencapai sebuah novel. Tapi yang peliknya, novel yang dia ambil itu adalah daripada rak-rak kamus dan jurnal. Tengok-tengok je si Sarah ni dah buka halaman ke 172. Huh, nampak sangat yang Sarah memang sorok novel itu di tempat lain supaya tak dirembat orang.

Aku pandang ke meja komputer yang berhampiran dengan kaunter pinjaman buku. Eh, Kasyfi? Buat apa dia kat sini? Nak join aku ke? Atau nak perhatikan aku buat apa? Erk! Perasannya aku. Takdelah, memang sesekali Kasyfi akan ke perpustakaan semasa rehat. Dalam seminggu, adalah dua kali macam tu dia datang ke sini. Dan dia datang ke sini pun bukannya saja-saja. Di sekolah kami selain pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas rakan sebaya, kami ada dua badan pasukan lagi. Satu ialah SVG, iaitu Student Voice Group manakala satu lagi ialah Kru TV Digital. Kasyfi lebih berminat menjadi Kru TV Digital.

SVG berperanan mengambil alih tugas guru. Kalau ada acara atau sambutan seperti sukaneka, hari guru dan karnival jualan kantin ke, orang-orang SVG lah yang akan turun padang. Kalau ada orientasi, SVG jugalah yang akan mengatur majlis.

Kalau Kru TV Digital pula, ia berperanan dalam bidang-bidang digital. Contohlah semasa sambutan Hari Guru, ahli kru tv lah yang akan bergerak ke sana sini. Antara jawatan yang ada di dalam kru tv adalah menjadi wartawan, tukang rakam gambar dan banyak lagi. Kasyfi pula berperanan mengambil gambar kalau ada apa-apa majlis. Selepas majlis, Kasyfi akan mengedit rakaman tersebut dengan cantik sebelum dimuat naik ke saluran Youtube sekolah kami.

Selama aku bersekolah kat sini, baru sekali aku tengok Kasyfi menjalankan tugasnya. Maksud aku tugasnya ialah menangkap gambar. Hari tu ada satu majlis pelancaran apa entah. Semua cikgu duduk di atas pentas manakala murid-murid duduk di atas dataran. Tiga orang ahli kru tv iaitu wartawan, dan photographer menjalankan tugas mereka.

Masa pengetua tengah berucap, tiba-tiba Kasyfi tampil ke hadapan bersama DSLR di tangannya. Masa tu, dia memakai tshirt rasmi kru tv digital. Aku ingat lagi, bajunya warna merah dan dikenakan dengan seluar slek hitam. Bila Kasyfi tampil ke depan, ramai yang bersorak dan bertepuk tangan. Tak kurang juga yang menjerit histeria. Kebanyakan dari kaum wanitalah. Yalah, Kasyfi bukan sahaja kacak malah mempunyai kulit yang putih pula. Dengar khabar, Kasyfi tu antara yang ter'hot' dekat sekolah. Aku pun ada jugalah terjeling-jeling dekat dia yang tengah memfoto di depan pelajar lelaki.

Dan bila Kasyfi pusing ke belakang untuk merakam pelajar, boleh pekak telinga aku mendengar budak perempuan dari kelas sebelah yang menjerit suka. Kononnya Kasyfi tengah ambil gambar dia soranglah tu. Hei, banyak cantik kamera mahal tu nak ada gambar yang khas tu untuk korang aje? Kasyfi ambil gambar pun sebagai bukti majlis aje, okey!

Teringat hal itu, tak sangka pula mata aku sekarang juga terarah kepada Kasyfi yang sedang ralit mengedit video di komputer yang tersedia. Tak silap aku, dah hampir lima minit Kasyfi berada di sini. Jadi ini bermakna, dah lima minit jugalah aku memandangnya.

"Kau pulak, Iqa?" Aku dengar kawanku bertanya, namun entah kenapa otak aku tak memberi arahan untuk memberikan respon.

"Iqa...?" Kawanku menyentuh lenganku, buatkan aku baru tersedar..

"Hah? Apa?"

"Berangan apa kau?" tanya Zahirah.

"Eh, mana ada berangan."

"Iya ke?"

"Iya. Kau tanya apa tadi?" Aku buat-buat takde apa-apa.

"Aku tanya, kalau kau pulak, kau suka lelaki yang macam mana? Kalau aku, aku suka yang tinggi dari aku. Rambut dia pulak mestilah macam oppa Korea. Macam Ji Chang Wook gitu."

"Err, aku? Aku mana-mana pun boleh."

"Ish, mana boleh macam tu. At least, kenalah ada ciri-cirinya. Kau naklah lelaki yang gemuk, leher pendek, botak dan berpinggang lebar yang jadi pakwe kau? Nak? Nak?

"Taknak. Hehehe..." Aku ketawa kecil.

"Ha, dah tu bagitahulah. Ciri-ciri lelaki idaman kau macam mana?"

"Err, aku... aku rasa aku suka lelaki yang... emm, yang pertama sekali dia mestilah baik... tak hisap rokok. Tinggi dia lebih kurang macam aku, tapi kalau lebih pun takpe. Lagi, kadang-kadang dia dingin macam tu. Tapi dingin dia tu still boleh kawal... Ha, tu je kut." Aku memberitahu citarasa aku.

"Kulit? Kalau aku, aku taknak kulit gelap." Celah Humaira.

"Ish, rasis betul kau ni! Aku okey je warna kulit apa pun. Sebab kalau kulit putih pun, hati belum tentu putih jugak kan? Kalau dapat yang putih tu, kira bonus ajelah..." Bagitahuku lagi.

"Oh... Takde ke ciri-ciri lelaki tu dekat sekolah ni?"

"Ha? Takde kut. Belum ada..."

"Ya ke? Bukan ke Zul Hadi kelas sebelah pun memenuhi ciri-ciri yang kau nak?" usik Zahirah.

"Zul Hadi mana pulak ni? Dia pun aku tak kenal." Tolakku.

"Oh, ya tak yalah jugak."

Aku angguk dan diam saja.

"Eh, Kasyfi? Kasyfi tak?"

"Ha?" Masa tu aku rasa macam aku ni baru aje tertelan sudu. Automatik aku memandang Kasyfi yang tengah membuat kerja. Dia memandang ke arah kami. Mungkin kerana turut mendengar namanya disebut-sebut.

"Err... entah... entah..." Aku mula kelu.

"Alah, cakaplah ya ke tak. Kasyfi tu kau rasa okey tak?" Ngeeee, aku rasa macam nak hempuk kepala Zahirah ni dengan novel Stiletto yang Sarah pegang. Tanya dahlah kuat. Tak nampak ke tuan punya nama ada kat sini?! Kasyfi ni pun satu hal. Tahu dah orang tengah bercakap pasal dia, buatlah nak buat-buat baiki monitor ke apa. Ni tak, matanya masih memandang ke sini. Ke arah aku yang tepatnya!

"Hei, cepatlah! Nanti habis pula waktu rehat." Gesa Humaira pula.

Aku tersengih-sengih. Adoi, nak jawab apa ek? Yang kat depan sana tu, sudah sudahlah pandang ke sini. Aku nak bercakap pulak ni. Aduhai...

"Err... Kasyfi ke? Err... Dia okey je. Cuma... Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kalau Kasyfi, aku rasa dia lebih sesuai dengan korang. Ha, lebih padan dengan korang. Dia hensem, kenalah dengan korang yang lawa-lawa. Ha ya, macam tu..." Aku memberi alasan.

"Kenapa? Kasyfi tak sesuai dengan kau?"

"Err... Bukan tak sesuai. Tapi, kan aku dah cakap ciri-ciri yang aku suka tadi."

"Oh. Tapi kalau antara Kasyfi dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri lelaki yang kau nak, mana yang kau pilih?" Adeh, soalan apakah ini? Kalau aku pilih Kasyfi, takde pulak aku listkan ciri-ciri yang aku suka. Jadi, mestilah aku pilih lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang aku suka.

"Errr... Mestilah lelaki yang ada ciri-ciri yang aku suka tu..." Tengah-tengah jawab, aku sempat menjeling ke arah Kasyfi. Dia masih memandang ke sini. Dan aku yakin bahawa dia mendengarnya. Aduh, tiba-tiba terasa senak!

"Err... Jom masuk kelas. Subjek Kimia weh sekarang. Nanti kena marah dengan Cikgu Amy pulak kalau lambat..." Aku lekas-lekas menukar topik. Nasib baiklah diorang dengar kata.

Kami meninggalkan perpustakaan dengan tergesa-gesa.

***

SEBELUM pulang, orang yang bertugas pada hari Ahad kena bertugas dahulu. Dan, akulah yang menjadi salah seorang daripadanya. Aku dengan tiga orang pelajar lain. Tiga orang itu salah seorangnya ialah Kasyfi. Kenapa ya aku banyak yang sama dengan dia dekat sekolah? Jadual tugasan sama, baju rumah sukan warna biru sama, kelab persatuan Bahasa Melayu pun sama. Aigoo... Nasib baiklah unit uniform dia silat cekak dan bukannya kadet remaja.

Aku menyapu lantai manakala Kasyfi menyusun meja. Sorang membersihkan papan putih. Sorang menyusun buku di sudut nilam di belakang kelas. Sorang lagi turut sama-sama menyusun meja di kanan kelas.

Habuk dan sampah kecil yang terkumpul di dalam penyodok itu aku masukkan ke dalam bakul sampah. Penyapu disandarkan ke dinding. Pusing-pusing je, aku terkejut apabila Kasyfi betul-betul berada di belakang aku. Err... Maksud aku, betul-betul berada dekat dengan aku yang berada di berhampiran dengan pintu belakang kelas.

Kasyfi pandang aku sambil belakang badannya disandarkan pada meja belajar yang entah milik siapa.

"Apa ciri-ciri lelaki idaman kau?" tanya Kasyfi tiba-tiba.

"Ha? Err..."

"Kenapa aku bukan pilihan?" Dia bertanya lagi dengan laju.

"Err... bukanlah..."

"Bukan? Habis yang kau cakap dekat kawan-kawan kau yang aku ni bukan pilihan kau tu apa? Aku takde ciri-ciri lelaki yang kau suka ke?" dia bertanya lagi.

"Bukan. Kan tadi ada diorang? Aku taknak kau malu or segan je..."

"Oh."

Kami diam.

"Sekarang pun boleh." Sambung dia lagi.

"Boleh? Boleh apa?" tanyaku pula.

"Tadi kau cakap kau tak pilih aku sebab ada diorang. Sekarang diorang dah balik. Dan... hanya kita je kat sini." Bagitahu Kasyfi.

Aku pandang ke kiri dan kanan. Benarlah. Orang lain yang bertugas pun dah balik.

"Err... kau ni kenapa? Takkan itupun nak ambik serius jugak?" Aku cuma untuk mengelak dari menjawab soalannya.

"Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat main."

"Dan kalau diri asyik nak serius aje, baik tak payah hidup."

"Aku takde ciri-ciri lelaki yang kau suka ke?" tanya dia lagi. Aku jadi segan nak jawab. Entah kenapa.

"Apa kau ni? Aku nak baliklah... Err, bye!" Aku ingin melarikan diri namun Kasyfi lebih cepat memegang lenganku. Tarikannya agak kuat, membuatkan aku kembali terdorong ke belakang dan hampir terjatuh. Dapat aku rasakan yang bahu aku berlanggar dengan dadanya.

Hasil daripada tarikan Kasyfi, aku jadi nak jatuh terlentang ke belakang tapi sempat disambut oleh Kasyfi. Buat beberapa saat, aku jatuh ke dalam pelukannya.

Aku dan dia saling berpandangan. Kami saling tidak berkelip. Terasa bumi bagaikan berhenti berputar. Aku cuba mencari di manakah kemungkinan yang dia juga menyukaiku. Macam takde je? Kalau aku tanya siapa perempuan yang dia nak, aku pun akan termasuk dalam senarai ke?

"Kalau orang tanya aku soalan yang sama, aku akan cakap ciri-cirinya terletak pada kau. Hanya kau..." Bagitahu Kasyfi tanpa aku pinta. Masa itulah sel-sel neuron bagaikan baru berhubung. Darah serta merta naik ke muka. Weh, kenapa aku ada dalam pelukan dia ni?!

Aku pantas menolak dadanya daripada terus berada rapat dengannya. Tanpa mahu memandangnya, aku terus berjalan laju untuk mengambil beg. Kata-kata Kasyfi masih berlegar-legar di kepalaku.

Apakah...? Apakah maksudnya?

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience