BAB 9

Romance Completed 5655

SEBAIK sahaja aku tiba di kelas, aku terus berjalan ke arah mejaku. Kelihatan Kasyfi sedang duduk di tempatnya sambil membelek buku teks Kimia dengan gaya malas. Aku berhenti berjalan, kemudian langkah kembali diaturkan.

Aku letak beg sekolah aku di atas kerusi. Kemudian aku toleh ke belakang, ingin melihat Kasyfi yang nampak macam badmood semacam aje pagi ini.

"Assalamualaikum. Good morning." Aku menyapa perlahan.

Kasyfi diam sambil membelek helaian muka surat.

"Waalaikumussalam. Morning." Kasyfi membalas acuh tak acuh.

Aku diam dan pandang dia lagi.

"Kasyfi. Erm... Kau biasanya datang sekolah pukul berapa?" tanyaku, saja.

Kasyfi berhenti membelek. Dia diam sebelum mengangkat wajah.

"Rasa-rasa kau, semalam aku gerak ke sekolah dalam pukul berapa?" Kasyfi tidak menjawab soalanku, malah bertanya kepadaku pula.

Aku diam. Hmm, rasanya dalam 7.10 pagi macam tu kut dia baru turun dari rumah. Tapi, kenapa pula dia menjawab soalan aku dengan soalan? Salah ke aku bertanya? Dan tak boleh ke dia jawab soalan aku dengan betul-betul? Rasanya aku takde buat apa-apa kesalahan pun. Namun kenapa dia seakan-akan tidak mahu melayan aku sebagai seorang kawan?

"Erm... Okey." Aku merespon pendek. Malah menjawab soalan dia sebab dia bukannya tahu nak jawab soalan aku yang tadi pun.

Kasyfi diam sebelum kembali memandang buku teks. Aku pandang dia lagi.

"Oh ya. Semalam, kenapa kau tak datang rumah nenek aku? Kau cakap, kau nak buat homework sama-sama?" aku bersuara lagi.

Tindakan Kasyfi yang baru nak membelek halaman seterusnya terus terhenti. Dia diam sebelum memandang aku.

"Oh, itu... Err, aku tolong mama aku buang sampah. Berplastik-plastik. Sibuk. Itu sebab tak datang." Balas Kasyfi tenang. Namun aku dapat mendengar yang suaranya kedengaran seperti kaku sedikit.

"Oh. Dah tu, kau dah siap homework?" tanyaku.

"Maksud kau, Addmath?" soal Kasyfi pula.

"Erm, yeah. Rasanya semalam ada kerja Addmath aje."

"Oh. Okey. Mestilah dah siap. Dan, aku pun pandai addmath juga." Balas Kasyfi.

Apa dia cakap? Aku pun pandai Addmath juga? Pun? Maksudnya, selain orang lain, dia pun pandai juga? Tapi siapa? Aku ke? Kalau betul dia maksudkan aku, mana ada aku pandai Addmath. Matematik biasa pun aku tak berapa nak go sangat. Kan aku dah cakap, aku ambil kelas budak Sains Tulen sebab aku nak jadi doktor?

Dan... Aku dapat siapkan soalan-soalan ni semua pun atas hasil dari tunjuk ajar Irfan.

***

JAM di tangan sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Sudah tiba masa untuk pulang. Aku menutup buku dan memasukkan pen yang aku guna ke dalam bekas pensel. Kemudian, aku simpan barang-barang aku itu ke dalam beg.

Semasa aku sedang menutup zip bag, aku terpandangkan Kasyfi yang bersandar di kerusi dan termenenung memandang kulit buku teks sambil tangan ligat memutarkan pen di jari. Kenapa dia tu? Aku perasan, hari ini dia agak senyap. Tadi aku nampak Izwan, rakan sekelas kami itu ada menarik kerusinya ke meja Kasyfi ketika ketiadaan guru kelas. Aku jangka dia ingin berbual-bual dengan Kasyfi. Namun Kasyfi juga bersikap diam saja, membuatkan Izwan terasa bosan dan kembali ke mejanya.

"Kau tak sihat ke?" tanya aku, perlahan.

Kasyfi diam sebelum perlahan-lahan angkat kepala. Dia pandang aku lama. Laa, dengar rupanya. Aku ingat dia kalau dah termenung, tahi burung jatuh atas lengan pun takkan sedar.

"Kau cakap dengan aku ke?" tanya Kasyfi.

Aduh. Mestilah aku cakap dengan kau, Kasyfi oi. Kan aku tengah pandang belakang ni? Dan orang yang duduk di belakang aku itu ialah kau. Jadi, mestilah aku tengah bercakap dengan kau. Apa? Nak cakap, manalah tahu kalau aku tengah bercakap dengan pelajar di sebelah dia? Rasanya mata aku takdelah juling.

"Ya. Aku cakap dengan kau." Kataku.

"Oh. Okey. Aku okey aje." Balas Kasyfi selepas itu.

"Tapi kau diam aje sepanjang hari ni. Kau sakit ke?"

"Kau baru dua hari jadi classmate aku, kan? Aku memang selalunya diam. Jadi kalau aku diam, bukan bermakna aku sakit." Ujar Kasyfi.

Aku diam. Oh, ya ke? Jadinya, memang hari-hari di kelas, dia selalunya akan mendiamkan diri ke? Kenapa? Takde kawan ke? Atau kawan baik dia tak datang sekolah ke?

"Dan bukan juga bermakna, aku takde kawan." Sambung Kasyfi lagi.

Err... Wait. Macam mana dia tahu? Oh, lupa. Kan dia pernah cakap yang dia tu good mind readers.

"Okey. Tapi... Erm... Tapi... kalau betul kau sakit, kau bagitahulah aku. Erm... Apa kata kalau kita tukar nombor telefon? Tapi kalau kau taknak, takpe." Ujar aku sambil mengangkat beg sekolah untuk digalas pada bahu.

Kasyfi diam dan pandang aku lama.

"Kau risau kalau aku sakit?" tanya Kasyfi.

Aku angguk sebab memang aku akan risau kalau dia sakit. Aku dah pun anggap dia kawan aku. Walaupun baru dalam tiga hari kami kenal, aku dah mula okey dengan dia. Masa hari dia datang rumah Mak Wa itu aje dia bersikap sedikit annoying.

"Kenapa? Kau suka aku ke?" tanya Kasyfi lagi, membuatkan pergerakan aku yang sedang membetulkan tali beg perlahan-lahan terhenti.

Aku pandang dia.

"Apa?" tanyaku inginkan kepastian.

"Kenapa kau risau? Kau suka aku ke?" tanya Kasyfi lagi.

Aku kelu lidah. Apa aku nak jawab ni?

"Mm... mana ada. Aku suka kk.. kau? Takdelah... Mm... mana ada." Jawabku tergagap-gagap.

Kasyfi diam dan berdiri. Dia pandang aku lama sambil tangan sibuk menutup buku buku di atas meja belajarnya.

"Jadi, stop acting like kau tu ada hati kat aku." Balas Kasyfi selepas itu. Aku agak terkejut. Takkanlah sebab aku risau, nak cakap yang aku suka dan ada hati dekat dia? Mana adil macam tu.

"Apa?"

Dia diam sambil menutup zip begnya. Beg sekolah itu digalas di bahu. Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar trek yang dipakainya.

Kasyfi menghulurkan telefonnya.

"Just save your number. Nanti aku text." Kata Kasyfi apabila melihat aku yang hanya memandang telefonnya.

Aku diam dan memandang ke kiri dan ke kanan. Ini kalau aku pegang telefon seludup ini, aku dikira bersubahat juga ke? Tanpa ada pilihan, aku ambil telefon itu. Selepas menyimpan nombor, aku hulurkan kepadanya semula.

Kasyfi sambut dan simpan di dalam poket.

"Jumpa esok." Ucapnya dengan tangan di dalam kocek seluar. Kemudian dia berjalan keluar dari kelas menggunakan pintu belakang.

Aku terpinga-pinga. Apa? Takkan macam tu je? Macam mana pula dengan kata-kata dia tadi? Yang dia cakap, berhenti berkelakuan macam aku ni ada hati dekat dia tu. Bila masa pula tingkah laku aku menampakkan yang aku sukakan dia? Dia perasan aku sukakan dia ke? Atau sebenarnya dia yang sukakan aku?

Erm, rasanya tak kut. Aku tak nampak apa-apa pun untuk memungkinkan yang dia suka aku. Dan, boleh jadi juga itu memang hobi dia. Cakap risau sikit, terus nak tanya orang itu sukakan dia ke.

Aku diam sebelum melangkah keluar. Oh, ya. Aku dah tak naik motor Kasyfi. Mak Wa dah minta pengangkut budak sekolah untuk angkut aku ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ianya berupa sebuah kereta Exora. Selain aku, ada dua orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Ketiga tiga budak itu adalah dari kampung yang sama. Tapi, aku tidak kenal pun dia.

Bila aku tanya berapa harga tambang yang perlu dibayar setiap bulan, Mak Wa cakap tak perlu aku tahu. Aku cuba mendesak, namun Mak Wa juga tidak mahu. Dan katanya lagi, tugas aku hanya belajar dan banggakan kedua-dua ibu bapa aku. Perkataan dan tingkah laku Mak Wa itu meyakinkan aku yang tambang pergi dan balik sekolah adalah sedikit mahal.

Kesian nenek. Maafkan Iqa sebab dan menyusahkan.

***

KASYFI menghentikan motosikalnya di tempat parking. Dia turun dan menanggalkan helmet di kepalanya. Kemudian dia turun sebelum meletakkan helmet itu di dalam raga motosikal. Dia mula berjalan masuk ke dalam kedai serbaneka kecil di hadapan mata.

Kasyfi berhenti di depan rak yang menempatkan tepung-tepung serta serbuk serbuk yang memang khas untuk membuat kuih. Selepas mengambil beberapa barangan, dia berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas mendapatkan wang baki, dia mula berjalan keluar dan menuju ke motosikalnya.

Selepas meletakkan plastik di dalam raga, dia mencapai helmet sebelum dipakaikan ke kepalanya. Semasa dia sedang menyelaraskan tali, dia tiba-tiba dipanggil oleh seseorang.

"Oit!" Panggil seseorang yang entah datang dari mana.

Kasyfi berhenti laku. Dia menoleh ke arah kanan. Kelihatan ada tiga orang lelaki sedang berdiri di tepi lorong kecil sebelah hujung deretan kedai.

"Wah, Kasyfi. Lama wa tak nampak lu aaa... Lu apa cerita sekarang?" tanya lelaki yang duduk di tengah-tengah. Dua orang rakannya yang berpakaian selekeh sekali dengan rantai besi di leher itu pula hanya diam dan mengangguk mengiyakan kata-kata si ketua.

Kasyfi menelan liur apabila melihat lelaki yang duduk di tengah-tengah itu sekali sekala menghayunkan kayu besbol di tangannya ke tapak tangan sendiri.

Kasyfi mempercepatkan tangan. Selepas menghidupkan enjin motosikal, dia terus bergerak meninggalkan kedai serbaneka itu. Dan tanpa disedari, ketiga-tiga lelaki yang hanya berpakaian singlet hitam di dalam kemeja nipis itu masing masing menarik senyuman sinis.

***

AKU turun dari kereta Exora yang entah apa nama pemandunya itu. Kemudian aku berjalan masuk ke halaman rumah. Sebelum menaiki tangga, aku menanggalkan kasut dan stoking. Kemudian kasut itu diletakkan di atas rak kasut. Stokingnya pula aku bawa masuk ke dalam rumah sebab aku akan mencucinya sebentar sahaja lagi. Memang aku selalunya menukarkan stoking baru selang dua hari.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam sebelum memanjat naik ke atas. Namun, salamku tidak bersambut.

"Nek..." aku menyeru Mak Wa. Namun, tiada sesiapa yang menyahut. Aku hanya mengendahkannya. Mungkin Mak Wa tiada di rumah sekarang ini, sebab kadang-kadang Mak Wa berkunjung ke rumah kawannya. Ke rumah Mak Limah rasanya kalau tidak silap aku.

Aku berjalan masuk ke dalam bilik tidurku. Selepas meletakkan beg sekolah di atas kerusi, aku menanggalkan tudung dan menyangkutnya pada hanger.

Kemudian aku mencapai kain tuala yang tersangkut di rak. Aku turun ke dapur untuk membersihkan diri. Stoking itu juga aku bawa bersama. Selepas siap mandi, aku bergerak masuk ke dalam bilik. Berkemban dengan kain tuala. Tapi jangan risau. Kain tuala aku labuhnya hingga ke bawah lutut. Bahu pula memang aku selalu tutup menggunakan kain batik. Ingat aku gila ke nak berkemban dalam rumah pakai kain tuala saja? Mahunya ada orang masuk sebab nak cari Mak Wa, naya aku. Nak-nak lagi kalau orang itu ialah orang yang aku kenal. Kasyfi dan Irfan contohnya. Urgh... memang aku tak pergi sekolah esok.

Selepas mengunci pintu, aku mula mencari baju di dalam almari. Sehelai t-shirt longgar warna kelabu berlengan panjang aku capai. Aku turut mengambil seluar seluar berwarna hitam. Kemudian aku menyarungnya ke tubuh. Selepas memakai deodorant, aku bergerak ke tempat hair dryer diletakkan.

Semasa aku sedang mengeringkan rambut, aku secara tidak sengaja tiba-tiba terdengar bunyi seperti seorang terpijak sesuatu di tepi dinding bilikku. Maksud aku, bunyi itu datang dari luar rumah.

Aku berhenti membuat kerja. Perlahan-lahan aku berdiri sambil memerhati ke tingkap yang tertutup.

"Nenek ke...?!" aku bertanya agak kuat. Namun tiada sesiapa yang menjawab.

Semasa aku nak berjalan ke sana, aku seperti terlihat satu bayangan yang melintas tepi dinding bilik aku di sebalik susunan papan yang tidak rapat. Aku terkejut. Cepat-cepat aku berlari ke sana dan membuka tingkap. Dengan pantas, aku melilaukan mata ke sana sini.

Aku menarik nafas lega apabila melihat ada seekor kambing berwarna hitam sedang memagut rumput di tepi dinding rumah. Fuh, kus semangar. Terkejut aku jadinya. Aku ingat ada orang yang menghendap aku pakai baju tadi. Takut juga aku.

Semasa aku nak tutup tingkap, aku nampak kambing hitam itu macam termenung. Dia sepertinya sedang memandang sesuatu di bawah rumah kayu Mak Wa ini. Tiba-tiba kambing itu tersentak sendiri, macam ada yang menggertak dari kejauhan.

Aku terkejut. Kambing tu tengok apa dekat bawah rumah? Jangan jangan...

Krekkk!

Aku terus menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi keriutan pintu. Kelihatan Mak Wa berdiri di muka pintu. Aku sekali lagi melepaskan nafas lega.

"Iqa... tengok apa tu?" tanya Mak Wa.

Aku diam sekejap.

"Aaa? Erm, ni... Iqa tengok kambing. Lama tak tengok kambing..." Jawabku dengan senyuman janggal.

Mak Wa mengangguk.

"Dah makan dah? Mari makan..." Ajak Mak Wa.

"Belum lagi, nek. Iqa nak solat kejap. Nanti Iqa turun..." Jawabku, perlahan.

"Baiklah. Nenek turun sediakan nasi dulu." Ujar Mak Wa lalu berlalu ke dapur.

Aku kembali menoleh ke arah tingkap. Kambing hitam tadi sudah tiada di situ. Terus aku menutup tingkap dan cepat-cepat menunaikan solat. Namun entah kenapa, aku terasa sedikit seram sejuk.

Selepas melipat sejadah, aku duduk di atas katil sekejap. Tiba-tiba aku terpandangkan handphone aku di atas meja tepi. Rasanya semasa aku solat tadi, ada bunyi kecil dari telefon aku. Pantas aku mencapainya. Perlahan lahan telefon itu aku buka. Dan ternyata benar, ada yang menhantar mesej kepadaku.

Unknown: Assalam. Kasyfi ni. Save ah.

Oh, Kasyfi rupanya. Terus aku simpan nombornya. Dia baru menghantar pesanan itu lebih kurang dua minit yang lalu.

Me: Wassalam. Okey.

Aku membalas pendek. Ketika itu, aku nampak Kasyfi masih lagi online. Aku tidak tahu adakah dia sudah membaca balasan aku ataupun belum sebab aku mematikan sistem bluetick itu.

Tidak lama kemudian, aku nampak Kasyfi seperti sedang manaip.

Kasyfi: Dah balik?

Me: Dah. Kau dah balik?

Kasyfi: Dah. Kau buat apa?

Me: Baru je nak pergi makan dengan nenek.

Kasyfi: Oh. Pergilah makan.

Me: Ok. Kau pulak buat apa?

Kasyfi: Tengok-tengok resipi kat Google.

Me: Kau nak masak apa?

Kasyfi: Kuih.

Pendek sahaja balasannya. Aku diam sejenak. Tiba-tiba aku teringat akan hal semalam, hal yang dia tak datang ke sini sebab kena buang sampah. Hari ini ada lagi kerja sekolah Addmath. Dia masih sibuk ke? Kalau tak sibuk, aku nak dia datang sini. Kan dia cakap dia pun pandai Addmath, jadi tolonglah ajar aku.

Me: Kau datang petang ni?

Kasyfi: Kau nak aku datang ke?

Me: Kalau boleh. Sebab aku nak kau ajar aku addmath.

Kasyfi: Then, halaulah kalau ada yang lain datang.

Aku terpinga-pinga. Apa pula dia ni? Kenapa nak halau pula? Kalau orang yang datang tu orang-orang tua sebaya Mak Wa, takkan aku nak halau? Sekali pun anak muda, takkanlah kena halau? Apa maksud dia sebenarnya ini?

Me: Maksud kau?

Aku menunggu balasan daripada dia. Setelah hampir dua minit berlalu, Kasyfi masih lagi tidak menjawab soalanku padahal dia masih lagi di dalam talian. Dia dah baca ke belum ni? Mentang-mentanglah tak nampak bluetick, dia buat aku macam ni pula.

Seminit berlalu lagi dan dia masih juga online. Hoi! Nasib baiklah aku offkan read receipts, kalau tak mesti aku akan sakit hati lagi apabila melihat bluetick yang aku dapat.

Kasyfi: Nothing.

Apa? Takkan macam tu je?! Aku bukan main lama tunggu dia. Berani beraninya Kasyfi menjawab sepatah kepada soalan aku! Baik, aku taknak balas dia walaupun sekadar 'Ok'.

Dengan hati yang sedikit geram, aku terus menutup data selular lalu turun ke dapur untuk makan tengah hari bersama Mak Wa.

Heh! Makan lagi eloklah daripada tunggu reply kau!

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience