BAB 26

Romance Completed 5655

"LEPASLAH! Lepaskan aku...!" Aku menjerit ketakutan apabila tubuhku ditarik kasar. Lelaki cina yang berambut cacak itu ketawa sinis sebelum membawaku ke bilik di mana menjadi saksi Kasyfi yang sedang bertumbuk.

"Bos... Habuan malam ni!"

Menggigil aku apabila mendengarnya. Habuan apa?! Tolong jangan cakap yang diorang nak buat benda jahat kat aku! Tolonglah, jangan! Aku tak suka dan aku tak rela!

Kedua-dua lelaki di hadapan sana terus berhenti menolak. Masing-masing memandang. Kasyfi pun turut menoleh sama. Apabila matanya terpandangkan aku, Kasyfi terkejut.

"Iqa!"

Aku memandang Kasyfi. Kasyfi, tolong aku!

"Lu pegang dulu itu budak. This boy, kita kasi diam dulu..." bagitahu lelaki cina yang mula-mula tadi.

Terus lelaki di sebelah aku ni tersenyum miang. Tangan gatalnya mula menjalar ingin merentap tudung bawal yang tersarung di kepalaku. Namun aku sempat memegang tudungku daripada dicabut. Lelaki itu cuba mencium pipiku pula. Lekas-lekas aku tolak muka dia dengan tangan kiriku.

"Najis!" marahku dalam takut.

***

KASYFI yang melihat kawannya diperlakukan sebegitu makin membara hatinya. Dulu Haiza, sekarang nak rembat cinta hatinya pula. Dengan penuh amarah, Kasyfi menerajang perut lelaki cina yang mula-mula. Lelaki yang sorang lagi turut ditendang pada alat sulit. Kedua-duanya mengerang kesakitan. Di kesempatan yang ada, Kasyfi terus berdiri lalu mencapai apa-apa saja untuk dijadikan senjatanya. Tanpa membuat perkiraan, terus dia menumbuk dan menghentak wajah kedua-dua cina itu silih berganti.

Lelaki gatal di sebelah aku mendengus. Terus aku ditolak ke kanan. Belakangku terhentak kuat pada dinding. Aduh, rasa macam nak patah pinggang! Lelaki itu mencapai sebatang kayu besbol lalu terus menerpa ke depan.

Aku yang melihat terus menjerit.

"Jaga-jaga!" jeritku panik.

Kasyfi menoleh, namun kayu besbol itu terlebih cepat mendarat di belakang kepalanya. Kasyfi jatuh melutut. Ketika itu, telinga bagai terdengar-dengar desingan kuat yang cukup membingitkan telinganya. Kasyfi cuba menahan perit namun bunyi itu tetap juga kedengaran di dalam mindanya.

Buat seketika, mata Kasyfi terpejam buat beberapa saat sebelum kembali terbuka.

Aku mencapai sebatang besi yang kebetulan terletak elok di hujung kakiku. Pantas aku mengarahkan besi itu ke arah Kasyfi.

"Kasyfi!" panggilku lalu menolak besi itu ke depan.

Aku nampak Kasyfi menoleh sebelum tangannya cekap menangkap objek itu. Aku yang baru nak mencari objek lain sebagai senjata tidak sempat bertindak apabila lelaki yang gatal tadi kembali mendapatkanku. Aku diangkat lalu dilempar kasar ke atas sofa buruk yang dipenuhi dengan peta dunia.

Tanpa apa-apa, terus tubuh lelaki yang besar lagikan berbau peluh itu menghempap tubuhku. Aku tercungap-cungap mencari oksigen. Ya Allah! Janganlah aku diapa-apakan! Aku merayu, Ya Allah! Selamatkan aku, Ya Allah! Aku rela mati daripada diapa-apakan seperti yang dimahukan oleh lelaki ini!

"Lepaskan aku! Lepasakan!! Aku menjeri bersama deraian air mata sambil sedaya upaya menyelamatkan auratku daripada terdedah. Kasyfi... tolong selamatkan aku! Aku cuma ada kau saja, Kasyfi! Kasyfi... Tolong!

Aku menolak tubuh lelaki yang sedang berada di atasku. Beratnya dia macam bapak gajah! Sempat aku menoleh ke kiri ketika cuba menyelamatkan maruahku. Aku nampak Kasyfi sedang berlawan dengan dua orang lelaki yang sudah kembali bangkit.

Ya Allah, tolong Kasyfi Ya Allah!

Aku mula berfikiran negatif. Kalau Kasyfi di sana ditewaskan, bagaimana pula dengan nasib aku yang di sini? Ya Allah, tolonglah hambamu ini!

Aku menjerit semahu-mahunya. Ketika itu aku tersedar, mungkin inilah perasaan Haiza ketika hampir dirosakkan dahulu. Dan mungkin beginilah keadaan Kasyfi ketika itu. Cuma apa yang membezakan ialah umur Kasyfi dan bilangan lawannya.

"Diamlah!!!" Lelaki berbau peluh itu memarahiku lalu pipiku ditampar kuat. Ahh, sakit. Ya Allah!

Aku kembali menjerit, menangis dan meronta-ronta apabila melihat wajah lelaki itu yang kian mendekat. Tuhan, jangan jadikan diriku ini sesuatu yang jijik hanya kerana lelaki ini! Aku mohon, Ya Allah! Bantu aku, Ya Allah!!!

"Berambuslah!"

Telingaku sempat mendengar suara Kasyfi sebelum lelaki di atasku ini ditarik kasar ke belakang. Aku pantas bangun dari pembaringan yang aku sendiri susah nak bangun. Lelaki itu disepak dan diterajang semahunya.

Kasyfi menolak dada lelaki itu sehingga dia tercampak jauh ke belakang. Aku masih menangis sambil memegang lengannya. Sumpah aku takut!

"Tolong aku, Kasyfi! Tolong selamatkan aku...!" Aku merayu dan menangis di sebelahnya.

"Aku janji yang aku akan selamatkan kau, tapi..." Dia menjeda sebelum menoleh ke belakang sedikit. Aku ternanti kata-katanya. Tapi apa? Tapi dengan syarat aku maafkan dia ke? Ya-ya, aku janji yang aku akan maafkan dia!

"...aku Nazrien, bukan Kasyfi."

Aku terpinga-pinga. Nazrien? Siapa Nazrien? Bukan ke ini Kasyfi? Kasyfi sahabat aku? Dia Kasyfi, kan?

"Call sesiapa dan mintak bantuan. Tiga malaun tu dah bangun balik." Arah Nazrien lalu menolak aku ke belakang.

Aku yang masih keliru tak sempat melayan kekeliruan sendiri. Pantas aku mendapatkan telefonku. Ah, nasib baiklah tak mati telefon aku sebab jatuh tadi. Retak pun retaklah, aku tak kisah.

Pantas aku membuat panggilan kecemasan. Selepas beberapa minit, aku memandang senarai kenalan. Nak tunggu polis, sempat ke? Ah, Irfan! Irfan mesti boleh tolong kitorang. Irfan, tolong aku!

Tak sampai sepuluh saat, talian bersambung.

"Irfan?! Irfan?" Aku memanggilnya.

"Korang, diamlah! Ada call ni... Err, ya awak?"

"Irfan! Tolong saya, Irfan! Ada orang jahat! Tolong! Saya takut!"

"Apa? Awak kat mana? Saya datang sekarang!"

"Saya tak tahu! Saya share location, okey?!"

"Okey. Awak okay tak?!"

"Saya okey, cuma..." aku berhenti sejenak sambil memandang susuk tubuh di hadapanku.

"Cuma?"

"Err... Nazrien..." Aku tak tahu nak cakap macam mana.

"What?! Nazrien? Nazrien Kasyfi ke?" tanya Irfan, kalut.

"Ya-ya! Dia tengah lawan geng-geng jahat tu! Tolong saya, tolong!!!" Aku menjerit takut. Irfan dan terima lokasiku.

Aku angkat wajah. Nazrien masih setia dengan besi di tangannya. Ya Allah, tolonglah kami!

Seorang tumbang, kemudian seorang lagi. Sekarang hanya tinggal seorang sahaja. Siapa lagi kalau bukan lelaki gatal tadi!

Tiba-tiba kedengaran siren polis. Lelaki itu menggelabah. Lantas di capai apa-apa yang ada disekitarnya. Pasu dicapai lalu dengan penuh amarah, dia menerpa ke arah Nazrien. Tubuh Nazrien ditolak ke dinding sebelum pasu ditangannya dihentak kuat ke kepala Nazrien.

Aku tergamam dan kaku. Lelaki itu pantas melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap. Aku mendapatkan Nazrien. Nazrien terhuyung-hayang sebelum badannya rebah ke lantai.

Aku memegang kepalanya yang dipenuhi dengan darah pekat.

"Nazrien!" Aku memanggil walaupun aku sendiri masih keliru.

"Iqa..."

"Nazrien...!"

"Kasyfi... bukan Nazrien..."

Ha, apa semua ni? Dia siapa sebenarnya?

"Kau...?"

"Aku Kasyfi..."

"Kasyfi? Kasyfi kawan aku?"

Kasyfi mengangguk lemah. Darah pekat masih setia mengalir dari luka di kepalanya. Hidung dan mulutnya juga mengeluarkan darah, tapi tak sebanyak yang di kepala. Di tapak tangannya juga ada kesan darah yang bagaikan dikesat.

Aku pandang tubuhnya.

"Ya Allah... perut kau... Darah...!" Aku terkejut apabila melihat ada luka tusukan di perutnya. Entah bila dia kena tikam.

Kasyfi cuma diam. Dia pandang aku. Lama dia pandang aku.

"Jj... jujur dengan aku... Janji, jujur... dengan aku..." kata Kasyfi yang berada di pangkuanku.

Aku pantas mengangguk.

"Ya, aku janji yang aku akan jujur dengan kau..." Aku tahan air mataku daripada keluar.

Kasyfi masih pandang aku. Daripada matanya, aku dapat rasakan yang dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat.

"Ss... siapa orang yang k...kau suka...?" tanya Kasyfi, tersekat-sekat.

Aku tidak dapat menahan air mata daripada keluar.

"Ak... aku... aku suka kau..." jawabku, jujur.

Kasyfi diam sebelum senyum nipis.

"Ap... pa dia? Tak... dengar..."

"Kuat...lah sik...it... Kk... kau ni..." Kasyfi masih lagi sempat nak mengusik aku.

Aku menundukkan wajah. Air mataku semakin pantas mengalir. Aku menggigit bibir, taknak dia tahu yang aku sedang menangis biarpun aku pasti air mataku sudah jatuh ke wajahnya tadi.

"Aku sukakan kau, Kasyfi... Aku sayangkan kau... Aku cintakan kau, dari dulu sampai ke hari ni... malah sampai bila-bila... Aku sayangkan kau, Muhammad Kasyfi..." bagitahuku dengan linangan air mata.

Kasyfi tersenyum lagi.

"Aku pun..."

Aku terkejut. Aku pun? Apa maknanya? Kau sukakan aku ke, Kasyfi? Aku nak tanya macam tu tapi bila melihat mata Kasyfi yang seakan-akan mahu terpejam, aku jadi takut.

Aku tampar-tampar pipinya perlahan.

"Kasyfi... Kasyfi! Jangan pejam... Buka mata kau, Kasyfi..." pintaku dengan linangan air mata. Ya Allah, janganlah kau ambil nyawa Kasyfi. Aku sayang dia, Ya Allah!

"Nazrien... dia... yang selamatkan kau... dan aku..."

Nazrien? Siapa sebenarnya Nazrien? Aku mahu Kasyfi jawab, tapi matanya kembali terpejam. Aku semakin takut. Takut kehilangannya.

"Kasyfi... Buka mata kau... Jangan tinggalkan aku... Aku sayang kau, Kasyfi... Please..." Aku teresak-esak menyuruhnya bangun. Air mataku semakin mengalir laju lalu jatuh lagi ke wajah Kasyfi yang memucat itu.

Aku menggigit bibir sendiri. Sungguh aku tak kuat, Ya Allah.

Tiba-tiba aku rasa tanganku bagaikan digapai seseorang. Buat masa sekarang, dapat aku lihat jemariku digenggam erat oleh Kasyfi.

"Iqa..." Kasyfi menyeru namaku perlahan.

"Ya, Kasyfi..." Cakaplah, Kasyfi. Cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku akan sentiasa mendengarnya.

"...tunggu aku."

Pesan Kasyfi sebelum perlahan-lahan pegangan tangan kami terlepas. Aku terkejut. Aku menampar-nampar pipinya, berharap Kasyfi akan bangun dan mengatakan sesuatu kepadaku.

Kasyfi!

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience