Bab 23

Romance Completed 10529

23

"Lepaslah aku sial. Blah lah kau sana. Aku dah tak nak jumpa kau, kau tak payah terfikir pon nak jadi isteri aku. We are done here." Aku menangis. No!!!!

"Eh, asal nangis ni bos?" Shilah disebelah yang concern sangat pasal aku tanya.

"Tu ha, apahal la heronya tinggalkan heroin tu. Dahlah heroin dia lawa gojesss ada ke dia tinggalkan gitu aje?" Aku memberi komen sambil tangan mengesat pipiku yang basah.

"Typical cerita melayu bos. Tapi kita sokong drama tempatan bos. Hidup malaysia." Bukk, aku tolak kepalanya ke tepi sehingga dia terjatuh dari sofa.

"Adoii, bos main kasar bos. Nasib baik sayang. Muah muah muah" beberapa flying kiss dilepaskan oleh shilah.

Aku membuat muka seakan mahu muntah darah aku.

"Eh, drama dah habis, ala." Aku menoleh ke arah tv yang sedang memaparkan berita jam7. What?! Ughhh tak sempat tengok sampai habis

"Dahlah bos. Jomlah jumpa geng. Lama bos tak jumpa diaorang kan? Jomlah, diaorang rindu sangat kat bos tu." Beriya- iya shilah mengajak aku.

"Erm, bukan tak nak jumpa. Tapi aku terfikir dan berfikir. " aku mengeluh.

"Fikir? Fikir pasal apa bos?" Aku mengetap bibirku. Patut ke aku berterus terang ni? Aduu kalau dia bantah? Grr lantaklah, asalkan aku dah buat keputusan, apa apa pun yang jadi aku akan tetap denagan pendirian aku ni.

"Bos? Bos? Ooo bos." Aku tersentak dari lamunan. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali.

"Aku dah fikir nak keluar kumpulan." Alu memejamkan mata serentak aku mengucapkan keputusanku itu. Takut mahu melihat reaksia shilah pada ketika itu.

"Yeay! Akhirnya bos. Ya allah, gembiranya saya bos." Shilah memeluk aku erat. Perlahan- lahan aku membuka mata dan membalas pelukannya.

Ya allah,kau bukakanlah hati bos ku ini untuk kekal di jalan yang lurus ini dan kau jauhilah dia dari kancah maksiat dan zina ya allah. Amin doa shilah di dalam hati sambil sebutir air mata mangalir di pipinya meluncur turun ke bawah mengenai karpet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience