4
Aku melangkah menuju ke perpustakaan. Aku menunduk sambil membaca novel inggeris bertajuk 'Paper Town'.
'Bukk'
Aku terdorong ke belakang sebelum mendarat di lantai. Aku mengaduh sakit sebelum lantas bangun dan mengurut- ngurut pinggangku.
Telingaku menangkap suara lelaki mengaduh. Aku menangkap kelibat lelaki senyuman manis dihadapanku.
Aku lantas mengutip novelku yang jatuh sebentar tadi. Aku meminta maaf padanya dan terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi .
"Eh, awak.. tunggu!" Aku mempercepatkan langkahku. Takut- takut dimarahi oleh dia. Langkahku semakin laju bila memikirkan sedemikian rupa.
Setelah berada jauh dari dia, aku menyelak- nyelak buku novelku mencari penanda buku comelku.
Setelah puas aku selak halaman demi halaman, tak juga aku jumpa penanda buku comelku. Sekali lagi, aku selak untuk memastikan penanda buku comelku tidak terselit pada mana-mana. Namun hampa, tidak juga kutemui.
Penanda buku comelku itu dihadiahkan padaku oleh kawan karibku di prasekolah dahulu. Sekarang, kawanku itu telah pun berpindah ke Aussie. Rindu pula pada dia.
Mataku tertancap pada tulisan di halaman pertama novelku.
"Muhd. Izz Adlan Farhat?" Ujarku perlahan.
Sapelah pula ni? Aku memandang ke atas sambil berfikir mencari siapa kenalanku bernama izz adlan farhat.
Semakin aku memaksa otakku untuk mengingati nama tersebut, semakin otak aku kosong tak ketemu harapan. Kena pakai GPS agaknya. Loyar buruk pula aku ni.
Akhirnya, aku melangkah pulang dengan hati sebal kerana tidak menjumpai penanda buku comelku.
"Assalamualaikum, I'm home." Aku mendepangkan tangan.
Satu saat... dua saat..
Ah, sape ada kat umah? Aku sorang ajelah. Huhuhu bisik hati kecilku.
Aku melangkah menuju ke peti sejuk. aku membuka peti sejuk dan meneguk air di dalam botol.
Aku ternampak satu nota berwarna pink tergantung di peti sejuk. Aku membaca sebelum melangkah naik ke kamar tidurku.
'Ibu dengan ayah tak balik malam ni.'
Alonelah aku harini. Aku menghempas badanku ke atas katilku. Satu keluhan berat aku lepaskan.
"Along!!!" Belum sempat aku berehat, adikku memanggil namaku. Aku menuruni anak tangga dengan rasa malas yang amat.
"Nak apa?" Aku bertanya malas. Malas nak melayan karenahnya yang memang sengaja mahu menyakitkan hatiku.
Nur dina ruzana. Sebut saja namanya, mesti ramai yang kenal. Bergaya bagaikan anak tan sri aje lagaknya. Perangai pun sama, ramai yang membenci dari suka.
"Aku lapar. Makanan mana? Ibu masak tak?" Ujar dina bertalu- talu. Kukunya yang berwarna ombre pink itu dibelek- belek.
"Tak. Entah." Aku kembali menuju ke bilik.
"Woii, pergilah check. Hoii!" Suara dina aku hiraukan. Langkah menuju ke bilik terasa ringan bak kapas.
"Along!! Bukalah. Dina lapar lah. Pergilah masak. Along!!" dina mengetuk pintu bilikku dengan kuat.
"Pergi ajelah masak. Kau bukannya tak reti." Aku menyuruhnya sebelum kembali menekan pad kekunci laptopku mencari maklumat untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar nanti.
"Masalahnya aku malas. Rosaklah lah kuku aku nanti. Kau kan rajin, masak ajelah. Bukan susah pun." Dina membalas dari luar pintu.
Aku mengeluh.
"Tak susah pergi masak sendiri. Aku banyak kerja. Tak pun kau pergi suruh boyfriend kau belanja makan settle. Jangan kacau aku, aku nak biat assignment ni." Aku membalas sebelum menyumbat earphone ke dalam telingaku.
Lagu 'love yourself' nyanyian justin bieber berkumandang kuat. Suara dina beransur hilang dan membawa ketenangan di dalam jiwaku.
Share this novel