Bab 27

Romance Completed 10529

27

3 Tahun kemudian

Aku melangkah keluar dari butik milikku. Memang ini bukan rancangan asalku. Tapi, pertemuan aku bersama dengan suamiku yang mendorong aku untuk membuka perniagaan butik ni. Butik yang dinamakan 'sugar moments' ini menjual pakaian sepertimana butik- butik yang lain. Namun, kelainan yang ingin aku tonjolkan dalam butikku ini adalah pakaian yang diasingkan melalui emosi, hari- hari yang istimewa, menaikkan semangat dan macam- macam lagi. Sehingga kini butikku masih menjadi pilihan masyarakat di luar sana.

Aku kembali mengingati pertemuan aku dengan suamiku sekarang. Muhammad Izz Idlan Farhat. Ye, jejaka yang aku langgar dan tertukar buku novel. Dialah orangnya.

Selepas aku kehilangan chot, aku hidup dalam keadaan terumbang- ambing tanpa hala tujuan yang pasti dan kukuh. Aku masih belajar, sebatang kara dan tiada tempat bergantung. Aku hilang samangat untuk terus hidup. Sarah dan farisha pun dah tiada semangat nak memujuk aku dan sepertimana kawan-kawanku yang lain, mereka juga meninggalkan aku.

Aku sedang termenung memikirkan nasibku, Izz datang menghampiri aku. Dia berada di sebelahku sepanjang aku termenung dan walaupun dia bosan menanti aku tersedar dari lamunan, dia tetap bersabar.

"Awalnya kau pergi chot. Takpe eh, nanti aku solat aku doakan kau bahagia dekat sana ya?" Aku ulangi ayat yang seringkali aku ucap sebaik saja aku teringat dekat arwah chot tu. Aku memandang langit biru dan perasaan damai dapat aku rasakan.

"Cantik kan? Semua ni buatkan aku rasa mengantuk nak tidur tapi sayanglah kalau tidur waktu hari tengah indah ni." Izz bersuara setelah penat menunggu aku habis berangan sebentar tadi.

Aku menoleh ke arahnya yang sedang mendongak ke arah langit dan aku seraya memandang terus ke arah langit.

"Kau tahu tak, semua yang jadi ni ada hikmahnya? Allah dah tetapkan perjalanan kita atas muka bumi ini sebaik- baik mungkin. Jadi, benda yang lepas tu usah dikenang. Tapi barang lama pun perlu disimpan agar kita tak ulang benda yang menyebabkan ia rosak. Kau kena ingat, bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapatkan. Jadi, jangan berputus asa. Aku pergi dulu, assalamualaikum." Dia terus berlalu pergi. Dan entah kenapa aku rasa seakan- akan bebanan di bahuku hilang sedikit demi sedikit. Benar apa yang dia katakan itu.

Apa yang dia buat dekat sini? Berulang- ulang kali soalan itu bermain di segenap ruang mindaku.

Sejak dari itu, aku dan izz semakin hari semakin rapat. Dia yang membantu aku menghilangkan rasa rindu terhadap arwah chot. Dia dan aku bertemu hampir setiap hari dan jujur aku katakan tiada perasaan yang asing hadir dalam hatiku terhadap izz. Izz merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa bersabar menghadapi perangai aku yang dah macam mak enon membebel katanya.

Aku memang seorang pemendam yang berjaya. Yeah, clap clap.

Macammana kitaorang married? Awww, malu rasanya nak cerita. Tapi kenalah cerita sikit kasi jeles. AHAHAHHA joking joking.

Well, lepas aku dah dapat degree, aku menerpa arah ibu, adik aku dan juga bapa tiriku, fahmi. Opp, lupa nak habaq yang aku dah berbaik- baik dah dengan diaorang ni. Aku dah boleh maafkan ibu dengan fahmi. Kenapa? Chot yang suruh. Kalau korang ingat lagi, chot ada pesan dekat aku yang ada surat dekat meja dalam bilik dia. Memang aku terjah masuk bilik dia, tapi bersalam- salam menyapa mak ayah dia la. Buat malu aje terjah menerjah hilang kesopanan ai nanti. Korang teringin tak nak tahu apa yang dia tulis, coretkan untuk aku? Meleleh air mata aku baca. Huhu kantoi kaklong nangis. Kalau nak baca, nanti aku cerita lain kali.

Lepas aku dah terjah menrjah tu, aku peluk- peluk ibu dengan adik aku. Aku berlaga pipi dengan dorang berdua ni. Si fahmi asyik puji- puji aku aje, kembang semangkuk aku hari itu. Tiba- tiba datanglah izz melutut depan aku. merah muka aku tau tak, semua pandang, adik pulak sibuk tangkap-tangkap gambar.

"Husnina, I can't stand this anymore. I can't stand holding myself from touching you anymore. Will you marry me husnina and be a very kind, great and loving mom to my kiddos?" Air mataku mengalir deras. Mak aihh, beraninya izz ni kan? Ahhaha

"Say yes along."
"Along, better you give us a very good answer. a verry good answer is yes."
"Better say yes along."

Ahli keluargaku mula mendesak mahu mendengar jawapanku.

"For sure, you are my jodoh. And the answer is yes izz." Aku ucapkan dengan yakin sambil menanahan senyuman dibibir.

Kesemua mereka bersorak gembira. Izz membuat sujud syukur dan bersalaman dengan fahmi. Aku dipeluk oleh ibu dan adikku. Aku rasakan bahagia.

"Husnina," aku menoleh setelah terdengar aku dipanggil.

"Aku dengan farisha nak minta maaf sebab tinggalkan kau dulu. Aku bangga kau dah berjaya. Lepastu dah nak kahwin dah pun. " sarah dan farisha mendekati aku.

Aku mengangguk dan lantas menarik mereka. Kami bertiga berpelukan. Aku dapat rasakan mereka memelukku erat. Tiba- tiba aku rasakan kedua bahuku basah.

Aku meleraikan pelukan dan mengelap air mata sarah dan farisha.

"Apa korang ni nangis macam budak- budak sampai aku pun nak nagis tau. Jahatlah korang ni tau. Aku sayang korang dan korang selalu jadi kawan aku. Aku tak terasa pun apa yang korang dah buat dekat aku tu. Don't worry. Bff?" Aku mengukir senyuman di masa yang sama menangis kegembiraan.

Sarah dan farisha mengelap air mataku.
"Bff" ujar mereka serentak. Ya, itu merupakan hari yang terindah buatku. Dan aku tak akan pernah lupakan hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience