22
"Mak, kami nak balik dah. Nanti dah sampai kami call berjemaah ya mak?" Ujar chot bergurau sambil menyalami tangan maknya.
"Kami balik dulu la mak cik ya?" Aku pula menyalami tangan mak cik aminah.
"Nanti datang lagi ya nak? Duduk lama sikit dekat sini." Ujar lembut mak cik aminah semasa pipi kami berlaga.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Kami balik dulu la ya pak cik? Assalamualaikum." Ujarku sopan ala-ala wanita melayu terakhir. Okay, memang aku wanita melayu terakhir gitu, tak klakor eh?
"Yelah, bawak kereta tu elok- elok shilah. Kalau mengantuk suruh aje si chot ni bawak. Mengada lebih suruh orang hantar dengan jemput." Mak cik aminah memberi nasihat kepada shilah. Shilah hanya tersenyum manis kepada mak cik aminah sebelum memandang sinis pada chot. Habislah kau chot lepasni. Kuang kuang kuang
Aku duduk di tempat duduk belakang sebab, aku kan bos. Bos kena duduk belakang. Takdelah, ni sebab aku tak biasa pakai seat belt. Kalau duduk sebelah tempat pemandu aku semestinya wajib pakai seat belt. Sebenarnya rahsia kenapa bos semua duduk belakang ialah bos malas nak kedutkan baju ataupun malas pakai seat belt.
Selesai membaca doa naik kenderaan, kami bergerak pulang ke kuala lumpur. Aku melambai- lambai ke arah mak cik aminah dan suaminya seperti aku tak akan bertemu dengan mereka lagi.
Aku menikmati pemandangan sawah yang menghijau di kiri dan kanan jalan raya. Tenangnya, lepasni nak buat projek tanam padi dekat rumah la. Erk, boleh ke?
Aku menurukan tingkap untuk menikmati udara kampung yang segar. Segar mukaku ditampar angin kuat.
Sedang aku leka menikmati udara yang nyaman itu, sebuah lori lalu tepat di sebelah keretaku. Asap hitam berkepul- kepul masuk ke dalam rongga hidungku. Pantas aku naikkan tingkap. Hilang mood nak hirup udara segar.
Aku menghempas bantal berbentuk strawberi ke atas lantai kereta. Tersentak shilah dan chot dibuatnya. Nasib baik shilah tenang dan mampu mengawal kereta dengan baik.
"Bos, kenapa ni?" Chot bertanya ramah.
Aku mengedahkan dia dan terus membatukan diri.
"Bos, okay ke tak ni?" Sekali lagi, chot aku endahkan.
Aku nampak dari hujung mataku, dia memandnag ke arah shilah bersama gerak bibir 'weh, bos kenapa?' Dan shilah menjawab dengan menjongketkan bahunya.
"Sa.. sayang, sayang kenapa ni?" Mood spoil la. Tapi dia baru panggil aku sayang ke apa tadi? Mataku terbeliak dan pipiku memerah. Aku pantas memandnag je arah chot bersama kerutan di dahi.
"Ye, saya panggil bos sayang. Kenapa? Tak boleh?" Amboi sedap mulut kau je eh. Tumbuk kang. Nasib baik sayang tau. Huhu
Aku tertunduk malu memandang cincin di jari manisku yang disarungkan oleh chot semasa dia melamarku tempoh hari.
"Eeuww, please bos, chot aku tengah drive ni. Aku dah start loya dengar drama korang berdua ni. " shilah mematikan drama chot. Nasib baik, lega sikit hati eden.
Dan sepanjang perjalan pulang je KL aku hanya mngholoh aje. Atau dalam bahas kasarnya berdengkur aje, terbongkang aje, tido aje tau. Ape lagi?
Sesekali aku terjaga, itupon bila nak ke tandas, makan, minum, dengar lagu fav keluar radio takpun ni , terganggu dengan perbualan antara chot dengan shilah yang dah macam nenek gorilla melawat zoo jumpa cucunya. Ha, hebat tak perumpamaan aku? Hahaha.
Share this novel