14
Aku meletakkan lengan di mataku bila sinar matahari menusuk mataku. Aku mengiring ke sebelah kiri.
"Masyaallah along, bangunlah. Tak elok anak dara bangun lambat." Ish, biarlah. Sibuk ajelah. Siapa je yang nak kejut aku ni? Suara macam kenal je. Siapa?
Aku membuka mata. Terbuntang mataku melihat seseorang yang aku rindu berada di depan mataku. Mak kiah rock merangkap opah aku beb ada dekat dalam bilik aku. Uish... idola dalam bilik tolong kejutkan aku lagi, hado? Gurau gurau.
"Opah, bila opah sampai? Kenapa tak call ke apa ke? Main terjah aje." Aku membebel sambil menyalami opah. Opah mencapai telingaku dan ditariknya.
"Adeh deh opah, jangan tarik telinga opah. Sensitif ni. Tak nak capang nanti." Aku cuba melepaskan tangan opah dari telingaku.
"Tak rasa pun sakitnya." Memey ler tak rasa opah yang buat kat eden ni.
"Huk huk sedih la. Merajuk dengan opah." Telingaku dilepaskan.
"Tau dah opah sayang along. Terharu." Aku mengelap air mataku yang tak mengalir di pipi. Opah menggeleng-geleng melihat aku yang loyar buruk.
"Kenapa opah tak call dulu sebelum datang?" Aku bertanya sambil memerhatikan opah yang sedang mengemaskan katilku. Aku bukan malas, tapi opah yang beriya-iya nak buat, ibu pesan jangan derhaka kepada opah. Baikkan aku mendengar nasihat. Jangan kembang okay husnina.
"Tu la, nak call tapi phone opah rosak haritu. Lepastu paling sedih number opah tu tamat tempoh lupa nak topup. Sebab wifi yang bapak kamu pasang kat umah tu la sebab opah malas nak topup." Opah beriya- iya menerangkan.
"Uish, ruginya iphone5s rosak. Baru ingat nak jadi pewaris yang seterusnya. Huk huk." Aku menguis- nguis rambut ikal mayangku.
"Tu lah, tapi sebab tulah opah beli iphone6s lagi." Ujar opah sambil mengangkat kening sebelah. Mang ai, mak kiah rock pakai ipong, mohon jeles. Wanita berumur 65 tahun pakai ipong kot. Aku yang umur 22 pon baru pakai samsung note 3. Maaf, husnina lame.
"Untung ler opah ramai fans tolong belikan. Kaya kot opah ni. Salurkanlah sikit kat cucu opah sorang ni." Aku meraih kekayaan sikit dari opah. Cucu jenis apa aku ni? Tatahu lah.
"Ye. Pergi ambil kotak iphone opah dalam beg opah tu." Aku akur, aku menapak menuju ke beg beroda miliknya dan mula menggeledah begnya. Setelah kotaknya aku temukan, aku berikan pada opah.
"Nah ler, kata nak iphone." Bercahaya terang bak rembulan mengambang. Aku menyambut huluran kotak iphone opah tadi dengan beribu fantasi, eh bukan beribu berbillion, trillion semualah.
Aku membuka kotaknya. Rasa mahu pengsan saja. Penat betul kalau ada opah macam mak kiah ni.
"Kata nak iphone. Kat kotak tu ada iphone, ambillah, opah bagi free." Ujar opah sambil tersengih. Masyaallah opah aku yang sorang ni, alahai boleh masuk maharaja lawak mega ni.
Aku mencebik.
"Opah gurau ajelah. Nah ambil ni. Ni real punya." Aku mengambil tanpa memandang wajah opah tanda protes dan merajuk.
Aku buka dengan hati- hati mana tau tertipu lagi ke. Dan kali ni betul, terpampang megah iphone6s berwarna rose gold di dalam kotak dalam peganganku.
"Opah!!! Tenkiu tenkiu tenkiu." Aku memeluk, cium, flying kiss double kiss opah. Gembira woi dapat iphone.
"Welcome." Opah tersenyum memandang aku yang serupa beruk melompat- lompat dapat pisang satu lori.
"Opah say cheese." Aku menangkap gambar opah yang sedang tersenyum. Eksaited punya pasal, sila faham sendiri la ye?
"Halah, opah belum touch up lagi mekap ni ha, tudung pon senget. Kamu dah tangkap gambar opah."
"Lek pah lek, opah dah lawo dah dalam gambar ni." Aku menayangkan gambarnya di skrin telefon.
"Masyaallah, buruknya. " opah menggeleng- geleng kepalanya.
"Nanti boleh update kat ig opah." Aku memberi cadangan. Sedangkan mak kiah rock ni manalah ada instagram.
"Ish, tak kuasa opah. Opah nak jaga feed. Kasi lawa." Ternganga sebesar batang paip besar boleh sumbat ikan paus lagi. Opah jaga feed sia. Majunya mak kiah kita ni.
"Uish... lepas ni nak selfie banyak- bnyak pakai fon opah la, pastu upload kat ig opah. Cucu opah kan lawa." Aku mendabik dada tanda bangga. Bukan aku yang kata aku lawa tapi komen dekat ig yang cakap. Huhuuu
"Takdelah lawa mananya. Meh la turun makan, mandi pon belum. Pergi mandi cepat." perintah opah. Aku lambat- lambat mencapai tuala dan menghilang di sebalik pintu bilik air.
"Selamat pagi ibu, ayah." Ujarku riang sambil menuruni tangga.
"Selamat pagi." Balas ayah sambil tersenyum.
"Seronoklah tu opah kesayangan dia ada." Ibu mencebik sambil menyudu mushroom soup ke dalam mulut. Adikku juga mencebik. Eh, biarlah nak bahagia ke ape. Ingat aku bahagia lah tu dengan dia. Dahlah berlakon fake. Ibu kandung pon benci aku, apalah nasib weii.
"Meh makan ya along. Opah buat spesial untuk along." Aku mengangguk. Mushroom soup yang dibuat oleh opah memang merupakan kegenaranku, semasa aku tinggal bersama dia, setiap pagi aku bersarapan dengan mushroom soup opah. Sejak berpindah dan tinggal bersama ayah makin selalu aku biarkan perutku kosong dipagi hari. Ibu tak mahu memasak di waktu pagi kerana mahu menjimatkan tenaganya untuk bekerja nanti. Alasan sungguh sedangkan dia fikir aku tak tahu dia bekalkan adikku dengan bekal setiap hari. .
"Ha mak, mak duduk lama ke kat sini?" Ibu bertanya sindir.
"Hurm, kalau aku rasa aku nak balik aku baliklah. Kenapa tak suka ke aku duduk sini?" Nampak tak kebencian diantara ibu dengan opah tu? Opah membenci ibu bila dia membuang aku untuk tinggal bersama opah semasa aku berumur 3 tahun. Dan juga, ibu tak pernah melayani dia dengan baik sedangkan opah melayani ibu dengan penuh kasih sayang dahulu.
"Memanglah, orang kampung layak ke jejak bandar?" Ibu menyindir opah tapi opah masih berlagak tenang.
"Tak sedar diri dia aku kutip dari tepi tong sampah. Tak perlu nak berlagak kaya, kesemua harta ni datangnya dari harta aku. Jangan nak perasan. Sedangkan kereta yang sedang kau bawa tu pun aku yang bayarkan, ada hati mahu berlagak. Rumah ini pon aku punya, bawah nama aku dan aku yang bayar bil- bilnya. Sedarnya kau tu menumpang aje, itupun masih tak sedar diri." Hambek, opah sembur ibu. Ibu merupakan anak angkat opah sewaktu ibu berumur 15 tahun. Ibu ditemui lemah ditepi tong sampah dulu. Dek kerana kasihan dan berperikemanusiaan, opah bawa ibu pulang ke rumah dan membelanya. Opah pernah kata, dulu ibu baik, rajin tulang dan rajin membantu opah di kebun. Tapi sejak berkahwin dengan ayah, ibu berubah.
Kemudian suasana menjadi krik- krik dan semua terus menyuap makanan ke dalam mulut.
Share this novel