Bab 17

Romance Completed 10529

17

Aku sedang berdansa dalam bilik sorang- sorang. Opah dengan ahli keluarga yang lain dah keluar makan malam. Aku tak ikut atas alasan berdiet, mana tahu tak muat baju pengantin nanti? Berangan.

"Lalalalalalala" aku bernyanyi- nyanyi kecil sambil menghayunkan pinggangku mengikut rentak lagu sway- pussycats.

Sedang aku leka menari sambil membayangkan chot sedang menari bersamaku, telefonku berbunyi. Aku segera menyapu skrin untuk menjawab panggilan.

"Ehemm, assalamualaikum" aku menyapa lemah lembut.

"Waalaikumussalam, cik tunang. Ingat saya lagi?" Si pemanggil menjawab.

"Tunang? Siapa ye? Sorry la saya ni pelupa sikit." Aku menjawab jujur. Aku menanti jawapan yang akan diberinya sebentar nanti.

"ni encik tunang awak, farhat. Remember me?" Zupp! Retak jantungku. Macammana lah agaknya kau boleh lupa yang kau ni dah ada yang punya? Husnina- husnina, pelupa betul lah kau ni.

"Hello- hello? Husnina?" Farhat mematikan lamunanku.

"Ha, ye saya. " aku menyahut selepas tersedar dari monolog dalamanku.

"Bila kita boleh bernikah ya?" Nampaknya farhat ni gatai nak kahwin sunggoh na. Benda halal takpe. Hahah.

"Erm, sebenarnya saya ada benda nak cakap ni." Aku mengumpul kekuatan.

"Ape dia? Awak jangan buat saya suspen tau." Farhat cuba bergurau, tapi gurauannya tidak berjaya.

"Sebenarnya, saya nak putuskan pertunangan kita ni. " aku cuba mendengar panggilan telah diputuskan. Aku mengeluh, cuba kuat menghadapi apa yang ibu dengan aunty sofiya akan katakan padaku nanti.

Telefonku berbunyi lagi.

"Hello, husnina, ni saya farhat. Telefon saya habis topuplah tadi. Boleh ulang balik apa yang awak nak tadi tak?" Erk, mahunya pengsan aku dibuatnya. Dia tak dengar rupanya. Buat penat aku je berimaginasi kena kutuk, kena buang keluarga dan macam- macam lagi tapi dia tak dengar. Fuhh, lega hati ni.

"Tak ada apa- apa lah. Saya tidur dulu ya? Assalamualaikum" aku menamatkan panggilan setelah farhat membalas.

Aku menutup lampu bilik tanda mahu tidur. Tapi mataku seringan kapas tak mahu menutup mata. Aku terfikir mahu memilih yang mana, chot atau farhat? Farhat atau chot? pening.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience