24
Aku sedang bersiap- siap untuk keluar bersama chot. Bahagia pulak rasanya berkasih sayang. Hahahahah
Aku mengenakan shawl keknis berwarna hitam, t-shirt hitam yang dilapiskan dengan long cardigan bercorak harimau bintang, skinny jeans dan tak lupa kasut wedges berwarna hitam matte aq. Aku juga mencapai beg tangan berwarna merah berjenama kate spade milikku. Done, aku berpusing- pusing beberapa kali di hadapan cermin untuk memastikan fesyen yang aku gayakan tidak keterlaluan.
Tiba- tiba kedengaran bunyi deringab telefonku, pantas aku sapu skrinnya dan menekapnya ke telingaku.
"Hello, assalamualaikum." Sopan sungguh husnina kini.
"Erm, waalaikumussalam. Sayang dah ready nak keluar?" Suara chot menyapa gegendang telingaku. Terus mukaku memerah dan aku mulai tersengih sendiri. Angau orang bercinta.
"Ermm, dah. Dah sampai mana?" Sabar husnina, sabar. Dia jauh lagi kot,overnya kau.
"Apa dah sampai mananya? Dah sampai depan umahlah. Cepat sikit." Aku terus mengintai di balik langsir untuk mensahihkan kebenaran kata- kata chot. Dia memang ada kat luar la. Cepat sikit nanti dia marah kau tak tepati masa.
Aku menamatkan panggilan dan mencapai kasut wedges berwarna hitam matte aku. Done. Aku pantas mengunci pagar rumah dan setelah memastikan semuanya selamat dan menuju ke arah kereta chot.
Dia meluncur laju membelah jalan raya sebaik saja pintu keretanya ditutup. Seriau pula naik kereta dengan dia ni. Sabar, bakal suami kot. Ahahhaha berangan.
"Kita nak kemana?" Aku memecahkan keheningan.
Dia tidak membalas pertanyaanku dan membatu. Aku yang dah rasa tak sedp hati melihat perlakuannya.
"Awak, kita nak kemana?" Suara aku semakin lembut. Masyaallah dosa tau buat lelaki tergoda dengan suara menggedik macam tu. Boleh menimbulkan nafsu. Aku menggeleng-gelengkan kepala menyedari kesilapan diri.
"Kita nak jumpa orang." Mak aii, dia ni tak kata apa- apa pun kat aku tadi. Ingatkan nak ajak aku tengok wayang, makan-makan macam kitaorang biasa buat tu. Pelik, biasanya kalau jumpa orang dia akan jumpa sorang- sorang tapi harini, entah.
Aku hanya mendiamkan diri menanti tempat yang bakal dituju. Aku sedang leka berangan bersanding atas oelamin dengan orang sebelah ni ha, gediknga kau husnina. Ahhahhahahah
Aku bingung melihat dia memandu masuk ke dalam sebuah rumah banglo yang cantik dan indah.
Takkan rumah kitaorang kot, pelik betul la. Belum kahwin lagi kot. Hahahahahah kuat betul kau berangan.
"Assalamualaikum" chot memberi salam. Aku terkedek- kedek berjalan mengejarnya ke arah rumah yang cantik tu.
"Waalaikumussalam, masuklah." Suara seirnag wanita pertengahan umur menyahut dan aku pasti, aku pasti aku kenal pemilik suara ni.
No way, tak mungkin.
"Ha, husnina ingat lagi tak?" Dan aku terkaku frozen dekat tanah aku berdiri. Lama dah tak berjumpa, berjumpa juga harini.
Tidak lama selepas itu, mataku memberat dna berpinar- pinar. Seketika kemudian, aku rebah dan semuanya gelap.
Share this novel