Bab 21

Romance Completed 10529

21

"Sudah- sudahlah tu nina, aku tau kau kuat. Sabar ya?" Chot menenangkanku.

Air mata yang sedia banjir tadi, menjadi tsunami. Tersedu- sedan aku dibuatnya.

"Haih kamu ni rizal, nak memujuk pun bukan gitu caranya." Mak chot memarahi dia. Dia hanya menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal.

"Cer habaq kat mak cik apa yang hang do sedih lagu tuh?" Mak cik aminah meminta lembut.

"Rin... rindu ayah. Tengok pak cik tadi kerja dekat sawah tadi tu, teringat kat ayah yang pernah kerja dekat sawah waktu nina budak- budak lagi." Aku menjelaskan sambil menahan tangisan.

"Lah, tu je. Ingatkan apa lah tadi." Loghat kedahnya dah hilang.

"Ye la mak. Mak tak faham perasaan nina ni macammana." Chot mencelah.

"Hurm kau tu apa tau?" Aik, berdebat pulak.

"Saya tau ABC 123 la mak" chot tersengih sebelum melarikan diri masuk ke dalam rumah.

"Eh, bertuah punya budak." Mak cik aminah membebel. Bahagia? Ya bahagia.

"Apa yang jadi dekat ibu dengan adik nina?" Aku menunduk.

"Ibu memang dah diceraikan sebelum ayah meninggal. Adik pulak nak ikut ibu sebab katanya hidupnya terjamin. Adik ikut ibu pun sebab adik tak tau apa yang berlaku hari itu. Saya pula tak sanggup nak buka aib ibu. Maklumlah ibu saya juga bukan orang lain." Aku menerangkan panjang lebar.

"Ouh, habis tu harta ayah nina yang berkepuk- kepuk tu?" Something fishy. Hahahaha bersangka baiklah husnina oiii.

"Manalah berkepuk- kepuk mak cik. Ayah wariskan pada saya tapi saya dermakan sedikit pada rumah anak yatim berdekatan dengan rumah ayah. Bakinya tak adalah banyak mana tapi cukup buat saya untuk terus sara diri dekat sana." Ujarku sopan.

Mataku menangkap sesuatu. Mak cik aminah bersinar- sinar matanya sekarang. Aik, kerana harta ye mak cik?

"Er, mak cik. Saya masuk bilik dulu la ye?" Aku meminta diri. Aku terus berlalu tanpa menghiraukan pandangan mak cik aminah yang seperti singa kelaparan.

Maigadd help me ada singa. Chot kenapa kau bawa aku balik rumah kau ni? Uwaaaaaa opah nak balik rumah opah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience