6
Aku terjaga sebaik saja terdengar bunyi pintu dibuka. Aku menguap sekejap.
"Assalamualaikum" satu suara garau menegur. Aku tidak menoleh dan memandang lantai.
"Waalaikumussalam. Awak siapa ya?" Aku bertanya sehabis sopan.
"Sayalah yang bawa awak datang ke hospital ni." Ujarnya perlahan namun masih didengari aku. Aku menoleh memandang wajahnya.
Lelaki senyuman manis, desis hatiku.
"Nama? Rasanya saya tak kenal awak." Aku menggigit bahagian bawah bibirku menahan gementar.
"Ouh, nama saya Muhammad Izz Adlan Farhat. " dia memperkenalkan diri. Dia melemparkan senyuman yang paling manis buatku.
"Saya, Nurul Husnina Qaisara. Selamat berkenalan." Giliran aku pula memperkenalkan diri.
Kami hanya diam melayan perasaan sendiri. Aku memerhatikan setiap ruang dan sudut bilik hospitalku ini. Izz pula, sedang duduk di kerusi sambil membelek- belek telefon bimbitnya.
Keadaan senyap di antara kami berdua berterusan selama 15 minit.
"Awak"
"Awak"
Ujar kami berdua serentak. Adakah ini jodoh? Hahahaha merepek sudah.
"Awak cakaplah dulu." Dia memandang aku sambil tersenyum.
Manisnya senyuman kau puji aku dalam hati. Nak puji depan- depan takut nanti dia perasan la pulak.
"Haritu kita terlanggar, lepastu saya terambil buku novel awak. Nanti saya pulangkan balik. Saya janji." Aku memgangkat sebelah tanganku tanda berjanji.
"Baru saya nak cakap perkara yang sama." Dia tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
Perlakuannya itu menarik minat aku untuk berkenalan dengannya.
"Awak nak saya panggil awak apa?" Aku bertanya malu- malu.
"Panggil saya Izz boleh, Adlan boleh, Farhat pun boleh. Kalau panggil abang, sayang, baby, atau hubby lagi saya suka." Ujarnya cuba berlawak.
"Erk? Panggil Izz ajelah. Simple sikit." Aku menjawab selamba.
"Kenapa tak biy? Lagi simple." Dia tersengih.
"Euw, tak hingin saya nak panggil awak panggilan manja macamtu." Aku menjeling padanya.
"Jangan pandang macam tu, saya tahulah saya ni hensem. Bertambahlah seorang lagi fans saya." Ujarnya sambil mengeluh kecil.
"Dahlah, tak teringin nak daftar jadi fans. " aku berkata selamba.
"I'll make sure you be one of my fans soon or later. Just wait." ujarnya sambil tersengih memandangku.
Aku buat muka tak kesah. Malas nak melayan perangainya yang macam budak berumur 6 tahun.
"You're sure my type. I like you." Aku terkedu mendengar perkataan 'i like you' tu.
"You like me?" Aku bertanya untuk kepastian. Risau pula jika dia meminta aku menjadi kekasihnya, ayat penolakan jenis apa yang patut aku gunakan. Ataupun, patutkah aku berlalu pergi?. Belum apa- apa aku dah fikir bukan- bukan.
"Yeah, as friend. We were friend right? " aku mengangguk mengiyakan. Apa salahnya berkawan.
"Kejap, kau kenapa speaking tiba- tiba ni?" Panggilan saya dan awak telah pun lenyap disaat kami bergelar kawan.
"Saja, tiba- tiba terasa macam nak speaking. Speaking jela." Ujarnya selamba sambil meyilangkan tangan di dadanya.
Mulutku membentuk huruf 'O' tanda faham.
Dan kami mula bersembang tentang pelbagai perkara. Misalnya, bila ketua dekan kami mahu berhebti, peraturan kampus yang tak ubah seperti penjara, drama slot akasia yang hampir tamat tu pun kami bualkan.
Setelah hampir 3 jam aku berbual bersamanya, dia meminta diri sebelum pulang.
Aku meminta nombor telefonnya agar lebih senang berhubung di kemudian hari. Mana tau, boleh buat teman lepak. Farisha dah kurang melepak denganku kerana terlalu sibuk 'dating' bersama adam. Sarah pula, sekiranya ada masa terluang akan dihabiskan dengan mengulangkaji. Dia akan melepak dengankku bila aku memaksa atau dia rasa penar atau malas mahu mengulangkaji.
Mahupun pada mulanya dia keberatan, akhirnya dia mengalah setelah aku memaksanya dengan alasan mahu memulangkan novelnya nanti.
Share this novel