7
Akhirnya harini aku dibenarkan pulang. Maka, tamatlah cerita husnina tersekat di hospital dan mengusyar doktor aiman yang hensem macam izzue islam dari kumpulan forteen tu.
"Yeay!! Dah boleh balik rumah. Rindunya dengan katil kat rumah tu." ujarku riang sambil tangan ligat mengemas baranganku dan dimasukkan dalam beg.
Lagu Love yourself nyanyian Justin bieber kedengaran, aku mengangkat panggilan yang masuk.
"Hello, assalamualaikum."
"waalaikumussalam ibu ni along." Kedengaran suara ibu di hujung talian.
"Ouh ibu, ada apa call ni? Ibu ambil along lambat lagi ke?" Aku bertanya.
"Sebenarnya, ibu dengan ayah tak boleh ambil along harini. Kami berdua ada mesyuarat penting yang memang tak boleh delay. Nak taknak, terpaksalah pergi juga. Maaflah ya along? Nanti ibu call teksi suruh ambil along ya?" Ujar ibu panjang lebar.
"Tak apalah, nanti along balik sendiri. Ibu tak payah susahkan diri. Pandai- pandailah along nak balik nanti ya?" aku meyakinkan ibu.
"Hurm.. iyalah. Ibu kena pergi ni. Bye, assalamualaikum." Talian ditamatkan.
"Waalaikumussalam." Gumamku perlahan.
Aku mengeluh berat. Ibu dengan ayah selalu sibuk, kenapa baru sekarang kau nak kesah,husnina? Aku cuba menyedapkan hati. Hakikatnya, terguris hatiku kerana ibu dan ayah tidak dapat menjemputku.
"Nah ambil ni." Sapu tangan berwarna hijau muda dihulurkan padaku.
Aku mengangkat wajahku memandang wajah si pemberi sapu tangan.
"Izz?" Air mataku terus mengalir deras. Perasaan sedihku tak mampu aku pendam lagi.
Dia hanya diam berdiri memandangku. Memberi ruang untuk aku menenangkan diri.
"Aku minta maaf wei. Tak sangka macam ni sekali aku menangis." Aku tersenyum sambil mengelap air mata di pipi.
Dia tersenyum dan menghulurkan sapu tangan berwarna hijau muda miliknya lagi. Aku menyambutnya dan mula mengelap air mata.
Aku menoleh kearahnya dan mata kami bertentang. Rupanya dari tadi dia sedang memerhatikan aku.
Aku melarikan pandanganku dan menghulurkan kembali sapu tangannya.
"Takpe, simpanlah. Mana tau, nanti kau menangis lagi tak ada sapu tangan ke? Ambil lah, aku tak perlukan pun." Ujarnya sambil menolak tanganku.
Aku meletakkan sapu tangannya ke dalam beg tanganku di sisi katil.
Aku mengangkat beg bajuku dan melangkah keluar dari bilik. Izz mengikuti dari belakang. Aku biarkan saja dan menuju ke kaunter untuk selesaikan apa yang patut.
Aku melangkah menuju ke luar hospital sambil menjinjit beg bajuku. Aku menuju ke tempat menunggu bas yang tidak jauh dari hospital.
Aku duduk dan menanti bas tiba. Sambil itu, aku membelek- belek telefon bimbitku di tangan.
"Husnina" seseorang melaungkan namaku. Aku menoleh.
"Kau buat apa dekat sini, Farhan?" Soalku sambil memandang kereta yang lalu lalang.
"Aku datang nak minta maaf." Ujar farhan lemah.
"Kau nak minta maaf? Farhan Ahmad Dato' karim minta maaf? " ujarku sarkastik.
"Maafkan semua yang aku pernah buat dekat kau dulu. Aku tak sengaja. aku minta maaf husnina. Please maafkan aku." Dia menunduk.
"Tak pernah sekali pun aku lupa apa yang kau buat dekat aku. Sebab kau, aku hampir kena buang keluarga kau tau tak? Aku tak boleh nak maafkan kau." Jawabku selamba.
"Woi minah, kau fikir senang ke aku datang sini nak minta maaf semua? Senang betul kau tolak maaf aku. Aku ni anak dato', ingat aku takde maruah ke nak minta maaf bagai ni?" Farhan menamparku kuat.
Aku tersengih memandang farhan. Aku menahan rasa pijar di pipiku.
Aku menapak menuju ke arah farhan.
Farhan yang seakan baru tersedar sesuatu menapak ke belakang dengan penuh ketakutan.
"Husnina, aku minta maaf." Rayu farhan.
"It's too late, farhan." Aku mendekati farhan sebelum menendang farhan dengan kuat.
Dia meraung kesakitan. Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Husnina, kau buat apa ni?" Izz menegurku.
"Aku tak buat apa- apa pun." Aku menjawab sebelum berlalu pergi.
Izz menarik tanganku menuju ke keretanya.
Aku hanya menurut kerana malas mahu bertekak dengannya.
Share this novel