12
"assalamualaikum"salamku diiringi oleh pintu pagar yang berkeriut.
"ha, waalaikumussalam. Along meh sini kenal ngan kawan ibu." aku perlahan-lahan mendekati seorang wanita yang kurasakan sebaya dengan ibu. Aku menghulurkan tangan untuk menyalami dia. Kemudian aku bergerak menuju ke sofa di sebelah ibu.
"ini ibu kenalkan Pn khayrin sofiya. Dia ni kawan ibu sejak dari kitaorang kecil lagi, bila aunty sofiya ke luar negara untuk belajar seterusnya berkahwin, kami terputus hubungan. Kami berjumpa balik waktu berebut ikan sebelah dekat tesco tadi." ibu jelaskan sambil ketawa diikuti oleh aunty so..... What ever. Eh. Tak eloklah tukar nama orang, auntie sofiya.
"ibu, along masuk bilik dulu ya? Auntie?" sopan aku meminta diri. Ni kalau chot tahu, mahu dia bergolek satu padang bola 7 hari 7 malam. Habis aku nanti.
"tak perlulah kita nak tangguh lagi perkara ni.kita bagitahu aje dia." auntie sofiya bisikkan pada ibu. Fikir aku tak dengarlah tu.
"okay. Macamni along, waktu ibu dengan auntie sofiya tingkatan 5, kitaorang akan kahwinkan anak sulung kitaorang kalau anak sulung kami berlainan jantina. Atas kehendak allah, anak kami memang berlainan jantina dan kami dah bersepakat dan bersetuju nak kahwinkan along dengan anak auntie sofiya, farhat." ibu menerangkan panjang lebar. Auntie sofiya mengangguk tanda mengiyakan.
Aku lagi terkejut beruk,inikan korang. tapi tak berubah menjadi beruk,tapi menjadi cantik seperti angel. Hambar kan? Hahaha.
"along, ibu nak jawapan lusa. Ibu tak paksa." ujar ibu lemah lembut sambil meraih tangan auntie sofiya.
Adakah ini signal ibu yang bermaksud aku harus dan perlu melaksanakannya.
Aku mengeluh kecil, tak mahu auntie sofiya dan ibu mendengar keluhanku.
"okay, tapi along minta sangat- sangat, along nak nombor telefon dia. Along nak berkenalan dengan dia dulu sebelum along buat keputusan." pintaku sopan.
Ibu dan auntie sofiya berpandangan sebelum mengangguk. Aku menghulurkan telefon bimbitku kepada auntie sofiya dan dia menyimpan nombor farhat.
Aku berlalu ke dapur untuk menyediakan minum petang, memandangkan auntie sofiya yang nampak seperti tidak tahu jalan pulang, maka aku perlu merajinkan diri menyediakan minum petang.
Tanganku ligat menyediakan sandwich mini berinti tuna. Roti tersebut, ku potong kepada empat bahagian sehingga menjadi seperti sandwich yang dimakan oleh golongan bangsawan sewaktu parti teh mereka.kemudian, aku sapukan tuna di permukaan roti dan tindihkan roti yang disapu tuna itu dengan krpingan roti yang lain.
Aku memasukkan mini sandwich tadi ke dalam oven untuk menggaringkan permukaan rotinya sedikit dan memberikan rasa tuna yang telah dimasak.
Sambil itu, aku mengacau air kopi susu yang baru ku bancuh sebentar tadi. Aku memasukkannya ke dalam teko bercorak vintage yang dibeli oleh ayah ketika ke langkawi.
Set cawannya juga aku keluarkan dan diletakkan di atas dulang dan ku bawa ke depan. Mini sandwich juga, aku keluarkan dari oven dan ku susun seperti piramid di piring comel.
Kemudian,aku mengajak ibu dan auntie sofiya minum petang bersama.
Share this novel