Bab 1

Romance Completed 10529

1

"Saya harap awak faham. Selamat tinggal. " ujar Fahmi berlalu pergi meninggalkanku.

Aku hanya mampu memandang sepi susuk tubuhnya yang makin menjauh.

Aku memandang lantai yang berwarna kelabu asap dengan penuh rasa benci dan marah. Bukan kepada lantai , tapi terhadap insan bernama Fahmi.

Fahmi dan aku telah pun menyulam kasih hampir 5 tahun lamanya. Kami hampir berkahwin. Namun kami hanya mampu merancang, Fahmi yang telah berjaya menyambung pelajrannya di Terengganu telah pun bertemu dengan seorang gadis bernama Nina. Nina telah berjaya menakluki hati Fahmi dan kini mereka hampir berkahwin.

Setelah hampir sebulan lamanya aku menjadi pendiam dan kurang ceria. Kawan- kawan aku banyak memberi semangat dan dorongan.

Setelah sebulan aku patah hati, akhirnya aku pun move on. Melupakan Fahmi yang kini telah pun bergelar suami kepada Nina. Kembali menjadi aku yang rancak dan riang seperti sediakala. Hidup mesti diteruskan menjadi peganganku.

Hari ini hari pertama aku memulakan pegajianku. Ini merupakan semester ku yang terakhir sebelum aku dapat menggengam segulung ijazah yang boleh aku banggakan.

Hari pertama dan aku terlewat 5 minit. 5 minit mungkin waktu yang sekejap bagi orang lain, namun bukan aku. Aku seorang yang amat mementingkan masa.

Ramai yang menggelarkan aku Nerdy. Bukan tergolong dalam ramai, malah hampir kesemua memanggilku dengan panggilan nerdy. Namun, aku tidak kisah kerana aku rasa panggilan itu memang sesuai buatku yang memang berkepit dengan buku, ilmu, dan kamus. Ya, memang tepat sungguh panggilan mereka terhadapku.

Ouh, makin panjang kisah aku, aku ceritakan sedangkan nama aku pun korang tak tahu. Nama aku ialah Nur Husnina Qaisara Bt Eizlan. Berumur 22 tahun. Masih belajar dan masih lagi belum berkahwin. Setakat ini itu saja yang mampu aku beritahu pada korang.

Selamat datang ke perjalanan hidup husnina aku ucapkan. Semoga kisah hidup aku ini tak membosankan korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience