9
"Eh izz, kau buat apa kat situ tadi?" Aku bertanya sambil memandang dia yang sedang memandu.
"Aku nak hantar kau balik rumah, nampak- nampak kau tengah tendang sorang mamat tu. Kenapa kau tendang dia?" Dia menekan brek sebaik saja lampu isyarat bertukar merah.
"Sebab dia lempang aku tadi. Tu yang aku tendang dia." Aku menjawab.
Lampu isyarat bertukar warna dan dia memecut laju.
"Kau ni dah serupa kak yong saja aku tengok." Ujarnya sambil matanya tidak lepas dari jalan.
"Kau ni, sedap mulut saja cakap. Aku hempuk kang." Aku mengugutnya.
"Hakeleh, kau hempuk aku. Kita fly pergi heaven sama- sama. Kau nak? Free tickets." Dia tersengih.
"Free tickets pun tak hingin aku." Aku menjeling izz di sebelah. Halamak mamat ni, desis hatiku.
"Duduk diam- diam kalau nak selamat." Pesan izz.
Aku membuat muka derp tanda malas mahu melayan dia. Lagi sakit hatiku nanti.
"Okey, thanks. Nanti dah sampai bagitahu aku tau. Bye." Ucapku sambil menutup pintu keretanya sesudah tiba di depan rumahku.
Dia mengangguk sebelum memandu pergi.
"Assalamualaikum, along dah balik." aku memberi salam.
Aku melangkah masuk ke dalam dan mendaki tangga naik ke kamar tidurku.
Aku merenung kipas angin di siling. Tak berapa lama kemudian, aku pun terlelap.
.......
Aku menggagau telefon bimbit di tepi katil. Dari tadi, kedengaran lagu love yourself berkumandang dan mengganggu lenaku.
"Hello?" Aku menyapa sebaik saja panggilan disambungkan.
"Bos, anak- anak buah kita semua kena hentak dengan anak- anak buah along." Beritahu si chot, orang kananku.
"Kau ni, aku penatlah. Esok baru aku datang. Pandai- pandailah korang handle." Jelasku sambil menyandar di birai katil.
"Tapi bos, ayahanda dah bising. Dia suruh bos ada dekat sini sekarang." Aku mengeluh berat.
"hurm, yelah. Kejap lagi aku sampai. Kau tunggu aku." Aku meletakkan telefon dan bersiap.
Aku membuka pintu bilik dengan berhati- hati agar tidak mengejutkan ahli keluargaku yang lain.
Mataku melilau memandang sekeliling. Setelah memastikan semua ahlii keluargaku telahpun tidur, aku melangkah keluar dari bilik.
"Along buat apa tu?" Ayah menyapa dari belakang. Aku terus menoleh kearahnya.
"Hurm, along kena pergi 'sana' lah ayah." Aku memberitahu.
"Ayah tahu, ayah nak ikut." Aku mengangguk.
"Jomlah, tapi ayah pakai kain pelikat aje ke?" Aku bertanya.
"Ouh, don't worry. Ayah ada baju kecemasan dalam kereta, nanti singgah mana- mana ayah tukar." Ayah mencadangkan.
Aku mengangguk mengiyakan. Aku menuruni anak tangga dengan pantas.
Aku menghidupkan kereta perodua alza milikku. Aku memecut laju bersama ayah sebaik saja enjin keretaku cukup panas.
........
Aku mengetuk- ngetuk stereng mengikut rentak lagu yang entah tajuknya. Aku menanti ayah selesai menyalin pakaiannya.
Setelah hampir 10 minit menanti, ayah keluar dari tandas dengan memakai seluar jeans, t-shirt berjenama polo dan dipadankan oleh sebuah kasut adidas.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat aku dan anak- anak buahku berkumpul.
"along, ayah nak tanya ni." aku memandang sekilas ayah di sebelah.
"tak perlu minta izinlah ayah, tanya ajelah." ujarku sambil kembali fokus pada pemanduanku.
"bila along nak stop buat kerja ni?" ayah dapat ku lihat memandang ke arahku dengan penuh harapan.
Sejujurnya, aku belum mahu lagi berhenti. Tak pernah terlintas di benak fikiranku untuk mencuci tangan.
"along, tak pernah terfikir nak berhenti. maybe suatu hari nanti along akan berhenti." aku menjawab jujur.
"takpe, ayah faham. " dia menepuk bahuku dengan lembut sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya.
Aku meletakkan keretaku di sebuah parking khas buatku. Aku dan ayah menuruni kereta dan menuju ke dalam rumah agam.
"bos, kenapa bawa ayah bos?" chot bertanya sebaik saja aku membuka pintu.
Aku cuma berlalu melintasinya. Tidak mahu menjawab pertanyaannya.
"kau bawa ayah kau, nina?" roy bertanya dengan sinis.
Roy memang dari dulu memusuhi aku. Panas barannya membuatkan tiada siapa yang berani membantah kata-katanya kecuali aku.
"aku nak bawa bapak aku ke, nenek, atok, orang gaji ke, suka hati akulah. Tak pernah kot hidup aku melibatkan kau. " aku menjawab sambil memandang roy tajam.
Dia berlalu pergi dari pandanganku. Dah dah takde modal nak balas kata-kata aku la tu desis hati kecilku.
Aku terus menuju ke sebuah ruang besar di tengah- tengah rumah agam itu. Ayah mengekoriku.
Kelihatan shui, ayahanda kumpulan red dragon II. aku melutut dihadapannya tanda hormat. Dia meletakkan tapak tangan di kepalaku.
"lu nina, manyak baik sama wa. Tapi lu tau ka yang anak- anak buah kita semua kena pukul dengan anak-anak buah lion warriors?" shui bertanya dengan nada tegas.
Aku mengangguk lemah. Shui seakan-akan kecewa dengan jawapan yang ku berikan.
Dia berdiri sebelum menerajang aku. Aku terpelanting ke belakang. Dia menghampiriku dan menendang- nendang perutku seperi bola sepak saja lagaknya.
Aku hanya membiarkan saja diriku diperlaku sedemikian rupa.
Shui hanya berhenti membelasahku setelah dia puas. Puas melempiaskan rasa marahnya padaku.
Aku melutut di hadapannya sekali lagi sambil menahan rasa senak di perut. Sambil itu, aku mengelap darah pekat yang mengalir dari bibirku yang pecah.
Aku melihat ayah yang sedang tenang di satu sudut. Dia yang memang sudah biasa melihatku dibelasah shui tidak lagi mengalami kejutan sepertimana pertama kali.
Aku menarik nafas lega sebaik saja shui menarikku bangun. Itu sebagai tanda dia sudah memaafkan aku.
"wa mau lu dengan anak-anak buah lu pergi ajar itu lion warrior. Haiya nina, nanti wa kasitau sama DR anjelin untuk rawat lu sekejap lagi." beritahunya tenang.
Aku mengangguk lemah dan tersenyum. DR ajelin merupakan doktor peribadi bagi kumpulan yamg aku anggotai. Setiap ahli kumpluan yamg cedera ringan, akan dirawat oleh beliau.
Share this novel