3
Sepanjang kuliah pada hari ini, aku tidak dapat menumpukan perhatian. Hanya senyuman manis lelaki misteri itu asyik bermain- main di dalam kotak fikiranku. Atas sebab apa, aku sendiri pun tak tahu.
"Korang, tadi aku ada ajak kawan aku join kita lunch." Farisha memberitahu.
"Kawan ke boyfriend ni?" Aku bertanya sambil mengangkat- angkat sebelah keningku.
"Dua- dua. Jomlah nanti lambat." Farisha meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Aku dan sarah ketawa melihat reaksi farisha itu.
"Korang, masuk ajelah. Bukannya ada apa- apa pun nanti, korang ni kan. " bebel farisha sambil menarik tangan aku dan sarah supaya masuk ke dalam kafe 'momentis'.
Aku dan sarah memandang satu sama lain sebelum akhirnya mengalah. Kami membetulkan pakaian sebelum melangkah masuk ke dalam.
"Duduklah dulu korang." Ajak farisha sambil melangkah menuju ke meja di tepi tingkap. Aku dan sarah hanya menurut bagaikan lembu dicucuk hidung. Yang pasti, aku lembu yang cantik, comel dan sopan- santun. Perasan sungguh.
Setelah memesan makanan, kami berborak- borak kosong tentang assignment yang perlu disiapkan nanti, alina berhenti kampus kerana nak ke keluar negara dan banyak lagi.
"Assalamualaikum" satu suara menegur. Aku menoleh dan terkaku seketika. Senyuman manis ni boyfriend farisha? aku bertanya dalam hati.
Dia mengambil tempat disebelahku. Aku semakin pelik dengan tindakannya namun kuhiraukan saja.
"So, dah berapa lama korang berkenalan ni?" Aku cuba bertanya memecahkan kesunyian di antara kami.
"Eh, ni bukan boyfriend aku la." Terang farisha sambil tersenyum.
"Lupa, friend. Dah lama kenal? " aku bertanya sarkastik.
"Kenal? Tak kenal pun. Dan untuk pengetahuan awak, boyfriend dia pergi tandas tadi dan suruh saya kesini dulu." Ujarnya membalas sambil berlagak tenang.
, apa benda kau cuba buat ni? Aku bermonolog dengan hatiku sendirian.
"Girls, you know what? Saya rasa saya pergi dulu la ya? Kirim salam saya delat boyfriend awak ya farisha. Assalamualaikum." Ujar lelaki tersebut berlalu pergi.
Aku memandang farisha yang sedang memandang aku pelik. Sarah juga memandangku dengan 1001 persoalan di minda.
Aku mengangkat sebelah kening tanda tak memahami situasi sekarang.
Sebelum sempat farisha membuka mulut bertanya,
"Sayang, kawan saya pergi mana?" Ujar seseorang di belakangku.
Aku dan sarah menoleh untuk melihat siapakah yang malang jadi boyfriend farisha ni.
"Adam Fikri Ziyad? Pemain ragbi kampus kita tu?" Sarah bertanya.
Adam mengangguk sambil tersenyum. Matanya melirik pada farisha yang tersenyum manja.
"Bertuah kau farisha, dapat boyfriend atlet. Tapi malanglah pulak si adam ni, sebab dapat kau. Hahahaha" aku mengusiknya. Farisha menghadiahkan satu jelingan maut padaku, tapi aku buat donno aje.
Setelah makanan kami tiba, aku dan sarah masing- masing pakat angkat pinggan dengan gelas pindah meja sebelah. Ternganga adam dan farisha dibuatnya.
Selepas berminit- minit memujuk agar dia patut makan berdua dengan adam aje, akhirnya dia akur. Malas mahu melayan tahap kedengilan aku dan sarah yang mengalahkan budak- budak 5 tahun. Tapi, kitaorang berdua sebenarnya tak suka tengok aksi- aksi romantik depan mata. Sedangkan dalam movie pun kitaorang tukar channel inikan live depan mata, nak tukar kemana? Hadap ajelah jawabnya.
Selesai menjamu selera, aku dan sarah menjadi orang pertama yang melangkah keluar dari kafe. Memandangkan dari tadi adam menawarkan diri untuk membayar harga makanan kami tadi, makin ringanlah langkah kakiku keluar kafe.
Kami bertiga menuju ke kompleks beli belah yang terletak berdekatan dengan rumah sewa kami. Farisha dan sarah yang beriya- iya mengajak atau memaksa aku mengikut mereka.
Setelah memakir kereta, kami berjalan masuk. Udara dingin dari penghawa dingin mall mengigit kulitku. Ganas betul gigitnya, just kidding.
Setelah dah penuh tangan kami bertiga dengan beg kertas, barulah kami teringat nak balik. Kebas tanganku memegang kesemua beg kertas ni. Ditambah pula dengan bahana kasut tumit tinggi yang aku pakai harini menambah beban pada diriku. Nasib badan.
Buat seketika, aku lupa tentang lelaki yang manis senyumannya. Aku harap aku akan lupa terus tentang lelaki itu.
Share this novel