Bab 18

Romance Completed 10529

18

Harini aku malas mahu bercakap. Aku hanya berdiam diri aje bila sarah dengan farisha ni bergosip sungguh- sungguh. Aku meletakkan kepalaku di atas meja. Bingung.

"Eh, farisha cuba kau tengok minah ni. Senyap je dari tadi. Biasanya dia yang banyak mulut macam murai kena cabut ekor." Sarah menyindir. Aku mencebik.

Keluhan berat aku lepaskan.

"Ke fikir pasal encik tunang ni?" Farisah mengangkat- angkat keningnya. Sarah pula sibuk menggaru kepalanya yang ditutup oleh tudung pashmina merah.

"Haih, diam- diam nampak?" Aku hanya mendiamkan diri. Aku mengeluh berat sekali lagi.

"Eh, sarah tak tahu ke?" Farisha bertanya lantang. Aku menggeleng kepalaku. Semangat untuk tak bercakap masih kukuh.

"Siapa encik tunang kau husnina?" Sarah cuba mengorek rahsia.

Aku hanya terdiam statik. Tiada tanda mahu menjawab soalannya.

"Kau kenapa ni? Nak share dengan kitaorang tak?" Farisha bertanya prihatin. Inilah punca kenapa aku lebih senang berkawan dengan farisha.

Aku mengangguk.

"A- aku sebenarnya dalam situasi tersepit tau sekarang. " aku membuka bicara.

"Kau tersepit dengan apa?" Sarah bertanya.

"Macam ni ceritanya. Baru beberapa hari lepas aku cakap dekat farisha yang aku dah selamat bertumang tu, chot pulak melamar aku. Dan paling weirdnya aku boleh terima lamaran dia. Now, aku yang tersepit terhimpit dengan diaorang berdua." Aku mengeluh lagi.

Sarah buat muka 'whatdehekk'.
Farisha buat muka ' tatahu- tatahu'

"Siapa chot?" Sarah bertanya. Banyak mulut sungguh dia ni.

"Erm.. kenal tak rizal? Yang ambil course business tu?" Aku menerangkan.

"The one with rambut stylo tu ke?" Farisha pula bertanya. Berminat ke hape ni?

Aku mengangguk.

"Maigod! Rizal yang hot stuff tu ke? " sarah menjerit teruja. Chot hot stuff? Asal aku tak tahu eh?

Aku cuma mengangkat bahu tanda tak tahu dan aku sememangnya bingung masa tu.

"Untung lah lawa." Sarah kedengaran redah, pasrah. Jangan kecam sarah please.

"Hak eleh, aku tau lah aku lawa. Tapi kau pun lawa apa, kalah beruk jiran opah aku kau tahu tak? Hahahahahah" Farisha dan aku ketawa serentak.

Sarah mencebik dan menyilangkan tangan .

"Babey, jangan merajuk. I ada di sisi U." Ha, datanglah adli memujuk sarah.

"Euww, please okay. Tak ingin aku layan kau. Selekeh, gi main jauh- jauh. Tak usah dekat dengan aku." Sarah menjual mahal sebab apa? Sebab takde sale lagi. Tak lawak tahu.

"babey, babey. " adli mengejar sarah yang makin menjauh. Sambil gelak- gelak macam orang gila kot. Kesian adli dan kesian dekat sarah. Both of you guys so pathetic.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience