13
Aku memandang telefon bimbitku disisi. Nak telefon ke tak nak? Nak? Tak nak? Aku ragu-ragu.
Nombor telefon bakal tunangku yang bernama farhat baru saja aku perolehi petang tadi.sekarang ni, aku buntu samada mahu menelefon dia atau tak.
Kalau aku yang call, nanti macam nampak sangat perigi cari timba. Tak nak aku menggelengkan kepalaku.
Tapi, kalau tak call, sampai bila-bila pon tak kenal. Bisik hati kecilku pula.
"arghh, susahnya lahai nak buat keputusan." laungku sekuat hati. Fikirku, rumah ini kosong tanpa penghuni. Terus aku menekup mukaku dengan bantal comel. Dan aku jerit sekuat-kuatnya tanpa perasaan risau.
"weh, kau kenapa?" adikku mengetuk pintu bilik sekuat king king mengaum. Aumm..
"apa? Tak dengar." aku mengalihkan bantal dari muka dan duduk di kerusi meja belajar.
"kau dah kenapa? Menjerit bagai, aku nak tengok k-drama pon susah. Kau kacau aku menikmati wajah kacak choi wooshik aku." ujarnya disebalik pintu.
"bluek, choi wooshik konon, hei tengok made in malaysia, shaheizy sam lagi baguslah weh." aku membidas sambil bercekak pinggang.
"tak hingin sama shaheizy sam, dia dah nak kahwin pun, jangan kacau laki oranglah." kata-katanya buat aku terpana, seriously? Huwaaa melepaslah aku.
"ada syukri yahaya. Hensem apa?" keyakinan diri ku bina semula.
"kau amnesia ke apa? Syukri yahaya kan dah kahwin tahun lepas." dan tembok keyakinan aku berderai sekali lagi. Sadis.
Kami berlawan kata. Setiap kali aku bertanya, dia menjawab dengan yakin.
"akim?"
"tunang stacy"
"sam bunkface?"
"dah kahwin"
"kamal adli?"
"emma maembong punyalah."
"fad bocey?"
"dah kahwin dengan adik jihan."
"isey titan?"
"officially married."
Aku mengaku kalah. Kesemua artis malaysia yang aku minat, semua telah menjadi milik orang lain. Nampaknya, kempunanlah ibu nak bermenantukan artis ibu oii, pernah ke ibu berangan jauh macam aku ni? Rasanya tak pernah.
"pergilah layan drama kau jauh-jauh. Mengacau aje tau." aku menutup pintu. Pintu bilik air yang terbuka, setelah selesai mencuci muka bagi menyembunyikan mata yang berkaca tadi. Sejak bila pula aku buka pintu bilik ni? Mengarutlah korang.
Aku menutup lampu bilik dan menghidupkan lampu meja dan lampu meja pun berlari tawaf satu bilik aku. Dashhhh, aku mengejar lampu meja tersebut dengan penuh semangat satu malaysia. Dan, bumm aku mengarut. Korang yang baca ni pun, mengarut.
Akhirnya aku tak ambil kesah pun perlu ke aku telefon bakal tunangku itu. Sekurang-kurangnya aku tak perlu memikirkan masalah itu hari ini. Untuk harini, kira selesai. Esok, siapa yang tahu.
Share this novel