Bab 30

Romance Completed 10529

30

"Puan, teran lagi puan. Kepala baby dah nampak dah tu. Teran lagi puan." Arah nurse yang berdiri di sisiku. Izz setia menemaniku sambil memegang erat tanganku dan sesekali mencium lembut ubun- ubun rambutku.

Aku teran sekuat mungkin. Seketika kemudian, terdengar bunyi tangisan bayi membuatkan aku lega.

"Puan, teran lagi sekali. Anak puan kembar."

Sekali lagi aq meneran tetapi kali ini lebih mudah mungkin kerana aku sudah tahu kan caranya.

"Tahniah puan, encik. Anak encik kembar perempuan dan lelaki. Tahniah saya ucapkan." Ujar doktor yang menyambut kelahiran anakku kepada aku.

Aku tersenyum bahagia. Aku menarik nafas lega, akhirnya aku berjaya mengurniakan izz cahaya mata.

"Sayang, abang pergi azan dan iqamatkan baby ye?" Aku mengangguk tanpa bersuara kerana terlalu keletihan bertarung nyawa sebentar tadi.

"Thanks sayang, tak sangka kan doa abang allah makbulkan. Abang bersyukur sangat. Thanks sayang, abang takkan sia-siakan sayang dan anak- anak kita. Itu janji abang" ucapnya sebaik saja melangkah masuk setelah mengazankan dan mengiqamatkan anak kami.

Aku tersenyum bangga. Sesungguhnya dia memang suami yang aku rasakan sungguh sempurna. Ya allah, panjangkanlah jodoh kami berdua sehingga ke jannah kelak. Amin.

Aku melelapkan mata seketika.

Aku terjaga sebaik saja terdengar bunyi tapak kaki melangkah masuk. Aku menoleh dan ternampak ibu, fahmi dan adik masuk ke dalam wad yang aku diami.

Aku menyalami ibu.

"Along, macammana? Okay tak? Gender baby ape? Lelaki ke perempuan? " ibu bertanya bertalu- talu.

"Awak ni pun, tanyalah satu- satu. Baru dia nak jawab awak dah tanya soalan baru. Kesian dia ni tau." Fahmi mencelah soalan ibu. Aku hanya tersenyum tanda tiada ada niat mahu masuk campur.

"along okay je bu, gender baby tu kena tanya izz. " aku menjawab soalan ibu.

"Ha, yela. Si izz mana? " fahmi bertanya.

"Pergi bilik menempatkan baby kot. Dari tadi tak nampak dia." Jawabku.

"Ouh, fahmi nak pergi tengoklah dia tu. Awak tunggu sini ye?" Ujarnya kepada ibu. Ibu mengangguk akur.

Setelah hampir setengah jam kaum lelaki hilang, izz dan fahmi masuk kembali sambil mengusung katil bayi mudah alih (tatau nama dia apa sebenarnya.) masuk ke dalam wad.

"Ha, tengok ni gender cucu kita." Fahmi masuk dengan pebuh keterujaan.

"Ya allah along, kembar ke?" Aku mengangguk tersenyum.

Adik meluru menuju ke anak buahnya. Adik baharuku yang bernama Nurul amaliena afisya dihulurkan kepadaku.

"Along, comelnya. Hidung dia macam hidung alonglah. Yang lelaki ni pulak mata dia bersinar macam abang izz. Comelnya anak buah mak ngah ni. " aku hanya tersengih melihat gelagat adikku seorang ni.

"Nama apa along? " Fahmi bertanya.

"Lelaki, Muhammad Izz Rizal Adrian B. Muhammad Izz Idlan Farhat." Ujarku.

"Perempuan, Nurul Farhana Adamiya Zahrah Husna BT. Muhammad Izz Idlan Farhat" Aku tersenyum simpul mendengar nama yang baru saja izz sebut.

"Amboi, panjangnya nama. " aku dan izz berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum.

4 TAHUN KEMUDIAN......

"Mummy, daddy kata we should go now. We're late. " adamiya memanggilku dengan suara comelnya. Aku memperkemaskan pakaianku dan menuruni anak tangga dengan pantas.

"Ye sayang. Mummy dah siap. Abang mana?" Tanyaku pada puteri cilikku ini.

"Abang? Abang dengan daddy dekat dalam kereta. " aku mengangguk. Aku dan adamiya berjalan berpimpinan tangan menuju ke kereta.

"Mummy, why you're so late?" Aik, pandai pula putera aku ni speaking english. Ni mesti izz yang jadi cikgu.

"Why abang? You can't to meet pak ngah or you can't wait to eat? " aku saja mengujinya walaupun aku tahu dia lebih teruja untuk bertemu bakal pak ngahnya.

"Of course abang can't wait to meet pak ngah, mummy. " aku mengangguk. Si adamiya pun turut sama mengangguk seakan- akan faham.

"Mummy, daddy hurry. " ujar adamiya dengan suara kecil yang comelnya itu.

"Okay, let's go." Izz melepaskan brek kereta.

"So, adamiya and abang." Kembarku yang leka bermain bersama memandang kearah daddynya yang sedang memandu.

"What if kita pergi honeymoon macam pak ngah dengan mak ngah nak?" Izz bertanya riang.

"Yeayyyy!!!! Nak nak " riuh sebentar kereta keran jeritan keterujaan ahli keluargaku.

"Nak pergi mana abang? Butik siapa yang nak jaga?" Soalku bertalu- talu.

"How about maldives? Butik tu bagi jelah qaseh handle. Bukan dia tak boleh diharapkan pun." Aku mengangguk setuju.

Rumah Pengantin

"Ya allah lawanya adik along sorang ni. " aku memuji sebaik saja melutu masuk ke dalam bilik pengantin.

"Hesh along ni, mana ada lawa biasa- biasa ajelah. Ni ha, mak andam makeup kasi debom kot tu yang nampak lawa sangat." Merah muka adikku seorang.

"Weh, bakal husband kau dah sampai la. " ujar salah seorang dari rakan adikku ini.

"Wah, bakal isteri sila turunlah sekarang ye."

"Dah nak jadi isteri orang dah. "

"Mesti husband kau hensem, sebab kau pun lawa sangat ni."

Macam- macam pujian aku dengar dari mulut rakan- rakannya yang memenuhi bilik.

"Ha, angah apa lagi, meh kita turun meh. " aku mengajaknya turun sebaik saja aku ternampak ibu menaiki tangga untuk memanggil angah.

"Jap, eh isha tolong angkatkan sikit kain belakang aku tu. Karang aku terjelepok kan malu. " isha mula memegang bahagian belakang kain adikku.

Sesampainya pengantin di tingkat bawah, senua mata memandang ke arah adikku. Mungkin terpesona dengan kecantikkannya hari ini.

"Ha, bakal pengantin jangan pandang lama- lama. Nak tenung tunggu malam nanti." ujar tok kadi berseloroh.

Bergema gelak ketawa tetamu yang hadir.

"Boleh kita mula?" Si pengantin lelaki mengangguk.

"Muhammad muamir aizman, aku nikahkan dikau dengan nur dina ruzana bt eizlan dengan mas kahwinnya RM800 tunai."

"Aku terima nikahnya nur dina ruzana bt eizlan dengan mas kahwinnya sebanyak RM800 tunai."

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Kami semua menadah tangan kerana bersyukur kini adikku dina sudah pun bergelar isteri kepada muamir sahabat izz. Pertemuan tanpa sengaja ketika menemanani aku menjemput izz yang baru pulang dari langkawi bersama sahabatnya muamir membawa mereka ke alam persahabatan sebelum mentunaskan rasa cinta dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir 8 bulan berkawan.

"Sayang, alhamdulillah kan. Kehidupan kita, keluarga kita dan anak- anak kita gembira. Semoga kegembiraan ini berkekalan dan tidak akan pudar dan luput suatu hari nanti. " bisik izz di telingaku.

"Ye abang, nina harap benda yang sama. sayang harap abang akan bimbing sayang dan anak- anak. Semoga cinta yang kita semai takkan luput ditelan zaman." Kini giliran aku pula berbisik kepada izz.

"Mumny, daddy what are both of you doing?" Soal adrian bingung.

"Maybe mummy want to give us adik." Tebak adamiya.

"Really? Yeay!!!" Adrian bersorak gembira. Adamiya juga turut serta.

"Hey, bila mummy kata nak bagi adik lagi?" Aku mengusik mereka berdua.

"Takpe, no worries. Biar daddy yang bagi ye?" Terbeliak mataku nendengar kata- kata izz. Merah padam wajaku.

Aku terus mencubit peha izz.

"Okay, okay abang gurau aje. Tapi kalau sayang nak bagi, abang okay je. " izz mengusap pehanya.

"I love you abang" aku ucapkan dengan penuh malu- malu

"I love you too sayang" izz mengucup pipiku hangat. Muka aku pun sekali hangat. Bahagia.

Chot, aku tak pernah lupakan kau. Aku ingat pesan kau selalu. Kau tak pernah hilang dari ingatan aku. Aku sedar kau yang buat aku tersedar memandang kehidupan ni dari sudut yang berbeza. Dulu, aku tak pernah suka dan teringin anak kembar sebab menyusahkan kena jaga dua orang dalam satu masa tapj sejak dapat anak kembar ni makin happy je life aku. Thanks chot nanti aku doakan kau bahagia dekat sana ya? Semoga kau ditempatkan dikalangan orang- orang yang beriman. Amin.

?TAMAT?

?

Surat milik CHOT

Assalamualaikum, kehadapan bakal bidadari syurga ku yang tercinta, husnina qaisara.

Aku pasti bahawa aku telah pun pergi sewaktu kau membaca tulisan tanganku ini. Maafkan aku sayang kerana terpaksa tinggalkan kau sendiri. Aku sedar aku akan pergi dalam masa beberapa hari lagi. Aku tak mampu laksanakan impian kita berdua iaitu berkahwin, memiliki anak dan keluarga yang bahagia bersama. Selama mana aku tinggalkan kau, ingatlah bahawa aku masih mencintai kau dan menanti kau di pintu syurga kelak. Aku tidak pasti sekiranya kau menjumpai pengganti aku. Tapi aku berharap benar kau sudah pun menjumpai yang berkenan di hati. Aku tahu dan yakin dia seorang yang baik sepertimana kau. Aku harap kau dalam keadaan yang baik- baik saja dengan dia. Aku harap kau taatlah kepada suamimu dan menjadi seorang isteri yang boleh beliau banggakan sepertimana aku bangga berdampingan dengan dirimu pada suatu ketika dahulu. Aku tidak pasti akan nasibku di alam sana kelak, jadi aku sendiri tidak pasti sama ada aku kini dalam keadaan yang baik atau tidak. Aku harap kau doakan aku berada dalam keadaan yang baik- baik saja. Aku sentiasa berada di dalam hati kau di sebuah tempat paling kecil, tempat sebagai seorang sahabat yang pernah menyayangimu sepenuh hati. Ingatlah pesan dariku ini, jadilah seorang anak, isteri, ibu dan sahabat yang baik buat semua yang berada disekelilingmu. Bahagiakan mereka semua dan pasti kehidupan akan menjadi lebih mudah. Begitu banyak nasihat yang ingin aku titipkan buat kau, tapi aku sendiri sakit tangan menulis dan kengkangan masa. Sekarang dah menunjukkan pukul 3 pagi, kau pasti sudah tidur lena di atas katil empukmu. Aku berharap agar aku tidak kau lupakan dan masih didalam fikiranmu. Aku, Muhammad Rizal akan kekal menjadi orang kanan kaklong Husnina dan kekal menjadi sahabatnya buat selama-lamanya.

Yang perlu diingati
Muhammad Rizal
( Chot )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience