5
Izz adlan farhat? Nama yang sering berlegar- legar di dalam kepalaku.
Aku mempercepatkan langkah menuju ke kafeteria kampus. Sarah dan farisha menantiku di sana.
"Korang, korang kenal tak mana- mana student nama Muhammad Izz Adlan Farhat?" Aku bertanya sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan farisha.
"Waalaikumussalam. Siapa tu? Tak pernah dengar pun namanya." Sarah menjawab.
"Aku rasa aku kenal. Kenapa?" Ujar farisha sambil menyedut air orennya.
"Ni, haritu aku terlanggar dia. Lepastu novel kitaorang tertukar. Ingat nak pulangkan balik buku dia." Jelasku panjang lebar.
Kedua- dua mereka mengangguk faham.
"Kau kenal dia ke farisha?" Sarah bertanya.
"Tak kenal sangat, tapi dia kawan adam. Selalu jugalah aku nampak dia dengan adam." Aku dan sarah hanya diam.
Aku memandang sekeliling mencari lelaki bernama Izz Adlan Farhat. Seorang demi seorang pengunjung kafeteria aku perhatikan.
"Husnina, aku dah call adam minta dia datang dengan Izz sekali." Mataku terbeliak dan mulutku ternganga gara- gara terkejut mendengar nama Izz.
"Kau okay tak ni husnina?" Sarah meletakkan tapak tangan di dahiku.
Seleruh tubuh badanku menggigil. Lutuku terasa lemah seakan- akan tidak mampu berdiri.
Aku lekas menarik air oren farisha dan menyedut rakus. Perasaan ku kembali tenang setelah air oren farisha aku habiskan.
Aku menarik nafas perlahan- lahan. Membiarkan diriku tenang seketika.
"Assalamualaikum." Adam memberi salam.
Aku menoleh ke arahnya perlahan-lahan.
Kelihatan adam datang bersama lelaki yang senyumannya manis. Kali ini aku rasa seakan-akan mahu pengsan pula.
Serangan panikku datang, dan memburukkan keadaan diriku sekarang.
Keadaan sekeliling mula kelihatan kabur. Perlahan- lahan pandangan mataku bertukar menjadi gelap.
"Husnina" sempat ku dengar seseorang memanggilku sebelum aku terasa kepalakj semakin memberat dan semua bertukar hitam.
Aku tersedar. Dan kini aku berada di dalam sebuah bilik asing. Aku memandang tubuhku yang kini telah dipakaikan dengan pakaian seakan- akan baju hospital.
Hospital? Laung aku di dalam hati.
Aku memandang sekeliling. Dapat lu lihat ibu sedang tidur beralaskan lengannya di sisi katilku.
Aku melangkah turun dari katil untuk menuju ke bilik air. Kepalaku masih terasa berat namun masih mampu aku tanggung rasanya.
Aku berjalan perlahan- lahan kerana tak mahu mengejutkan ibu yang sedang tidur.
"Along buat apa tu?" Suara ayah menyapaku dari muka pintu.
Aku tersengih dan menunding ke arah tandas tanda aku perlu ke tandas. Ayah mengangguk tanda faham dan berlalu ke meja kopi di sebelah katil.
Aku meneruskan langkahemuju ke tandas. Kakiku yang seakan- akan kebas dan lemah membataskan pergerakanku.
Setelah selesai menggunakan tandas, aku kembali menuju ke katil. Aku memanjat katil dengan berhati- hati setelah ku lihat ibu masih lagi tidur.
Aku berbaring dan menarik selimut. Ibu terus terjaga dan menggosok- gosok matanya.
Aku tersenyum melihat ibu yang sedang memandangku.
"Good morning ibu." Ucapku dengan nada ceria.
"Good morning along. Rindu betul ibu nak dengar suara anak ibu ni." Ibu terus memeluk erat tubuhku.
Aku hanya membiarkan saja perlakuan ibu. Entah sudah berapa lama aku terlantar di atas katil hospital ini.
"Janganlah over sangat ibunya. Anak awak dah sedar dah tu." Ujar ayah sambil menghulurkanku sebekas penuh nasi goreng.
Aku menyambut hulurannya dan mula menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Nasi goreng yang dibuat oleh ayah memang sedap. Untungnya badan sebab kedua- dua ibu bapaku ini mahir di dapur.
"Ibu, berapa lama along dekat hospital ni?" Soalku sambil menyuap sesudu penuh nasi goreng.
"Ish, makanlah dulu baru tanya. Tak senonoh betul perangai." Ibu menegur sambil membetulkan tudungnya.
"Ibu ni, orang tanya, dia membebel pulak." Ujarku sambil mencebik merajuk.
"Yelah, yelah. Dah 3 hari dah along pengsan. Puas hati?" Ibu menerangkan.
"Belum puas. Siapa yang hantar along samapi hospital ni? Sarah dengan farisha mana ada kereta." Aku bertanya lagi sambil menyuapkan lagi sesudu nasi goreng.
"Ermm.. ada sorang budak lelaki nama dia izz kalau tak silap ibu hantar along. Nasib baik dia cepat, doktor sempat selamatkan. " ujar ibu bersahaja.
Izz hantar aku? Kenapa dia baik sangag ni? Bisik hati kecilku.
Aku meletakkan sudu dan berbaring. Hilang sudah seleraku. Aku berbaring dan menarik selimut sehingga ke paras dada.
"Along okay?" Ibu bertanya bimbang. Ayah menoleh memandangku sebelum kembali membaca surat khabar di tangannya.
"Along penat. Along nak rehat." Ujarku lemah. Aku menutup mata dan melapangkan fikiranku.
Share this novel