28
"Abang!!!!!!" Aku berteriak memanggil hubby yang sedang lena tidur di tingkat atas.
Tak lama kemudian terdengar bunyi derap tapak kaki di tangga.
"Ye sayang." Aku smirk je mampu. Muka izz berpeluh, mamai dengan cautious.
"Abang, saya bawa news untuk abang." Ujarku dalam nada gembira. Dia mencebik.
"Surat khabar, abang pon boleh beli dekat luar."
"Eii, apa abang ni? Bukan surat khabar, berita gembira namanya." Aku senyum meleret.
"Apa dia sayang? Abang mengantuk ni, nak tidur." Dia menguap. Haish, laki sape lerr ni.
"Payahlah cakap dengan orang bakal ayah ni." Ujarku merajuk.
"Erm, memang susah nak cakap dengan.... apa tadi? bakal ayah? Sayang kata bakal ayah? Abang bakal jadi ayah? Alhamdulillah syukur. " dia memelukku erat sampai rasa susah nak bernafas.
"Abang, lepaslah. Takde oksigen ni. Fuh fuh" aku menampar lembut lengannya yang sasa tu. Grrr rasa gatal pulak tiba- tiba. HAHAHAHAHA
"Dah berapa bulan ni sayang?" Terbeliak mata laki aku sorang ni gais. Takpe, sementara ada semangat ni kita layankan aje.
"Dah nak masuk 4 bulan dah. " dia tersenyum manja dan manis.
"Sayang, pergi siap kita keluar." Dia terus lari memanjat tangga.
"Abang, nak pergi mana?" Aku bertanya dengan nada yang agak kuat.
"Pergi beli barang baby. Sayang, abang gembira plus excited ni. Cepat siap sayang." izz menyahut dari tingkat atas.
"Apa abang ni, awal lagi lah abang. Apa kata kita pegi jumpa ibu, fahmi dengan adik dulu? " aku menyuarakan pandanganku.
"Haah kan? Pandai betul sayang ni. Kita pergi beritahu atau sebar berita gembira ni." Dia medepakan tangannya.
"Jomlah cepat siap. " aku menyedarkan izz semula.
Setelah menempuh pemanduan selama 30 minit kami tiba di rumah ibu. Aku mengetuk pintu dan memberi salam.
"Eh , along. Meh masuk meh. Ada apa datang sini tak bagitahu ni? " ibu mempelawa kami masuk.
"ibu, fahmi mana ibu?" izz bertanya lembut. Buat pengetahuan korang, fahmi yang tak suka kitaorang yang dah besar ni panggil dia ayah, papa, daddy dan sebagainya. Dia suruh kitaorang panggil dia fahmi, memang kami panggil betul-betul la.
"Pejabat dia la, nak kemana lagi." Ibu duduk di salah satu sofa.
"Ibu, ni along nak bagitahu ni. Yang along nak kasi hadiah dekat ibu."
"Eh, kamu ni. Hadiah ape kebendenya? Ibu tak nak hadiah, ibu nak cucu aje. " aku tersenyum penuh makna.
"Yelah, nak bagi ibu cucu la ni." Ibu namapak tergamam.
"Betul ke along? Izz?" Kami mengangguk serentak.
"Alhamdulillah, ya allah. Bila koramg dapat tahu ni?" Penuh eksaited ibu bertanya. Bersinar- sinar anak matanya.
"Dah nak masuk 4 bulan la ibu." Izz menjawab dengan lembut.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam." Serentak kami bertiga menjawab.
"Ada apa semangat sangat awak celoteh sampai keluar tu ha, boleh dengar?" Fahmi masuk dan mengambil tempat di sebelah ibu. Grrr suweet.
"Ni ha abang, anak kita husnina ni dah mengandung dah abang. Terujanya saya. Dapat double prize tahun ni abang." Ibu teruja dan aku tersenyum.
Double prize?
"Ibu, ibu mengandung jugak ke?" Aku bertanya dengan nada terkejut dan mataku membulat.
"Haah, along. Seronoknya tahun ni ibu rasa." Aku memeluk ibu erat tanda tahniah.
"Dah berapa bulan dah ni ibu?" Izz ringan mulut bertanya.
"Dah nak masuk 6 bulan dah." Fahmi tolong jawabkan. Izz dan fahmi bersalaman dan berpelukan.
"Along tak sabar nak tengok adik along ni. " ujarku spontan sambil mengusap perut ibu.
"Ibu lagi tak sabar nak timang cucu." Ujar ibu mengusik sambil tangannya diletakkan di perutku pula.
"Yang abang ni pula,tak menympat- nyempat nak dapat anak sulung abang. " aku tersenyum bahagia kerana aku dikurniakan kehidupan yang baik.
Chot, aku rindu kau. Indahnya kalau kau masih bersama aku ketika ini. Dapat aku lihat sinar kegembiraan dan kebahagian yang akan terpancar di wajah kau. Kau bukan hanya seorang teman, kekasih bagiku. Kau merupakan semangat dan nadi penggerak aku dalam hidup. Memandangkan kau dah jauh dari aku, maka izz la nadi penggerak aku dan juga semangat aku untuk terus hidup sekarang. Aku husnina tak akan pernah melupakan kau chot.
Share this novel