11
"hoii, berangan aje tau." izz menepuk mejaku. Aku memandang tajam ke arahnya yang telah menggangguku.
"biarlah aku nak berangan ke, nak berdating ke, nak buat homework ke suka hati mak datuk nyamuk aedes biru la." izz masih berlagak tenang.
"aku tengah sedih, kau buat aku macamni en." riak wajahnya berubah dari tenang ke sedih. Kemudian, perasaan simpati menjentik hatiku namun ku usir jauh-jauh. Malas mahu berbuat baik pada waktu seperti ini.
"kau pehal nak sedih macam mati kucing pehal?" aku membetulkan posisi badan kerana ketidakselesaan postur badan.
"kau tahu tak?" dia bertanya sambil memandang tepat ke arah mukaku.
"tak tahu" aku melarikan pandangan kerana tak mahu tergoda dek panahan matanya.
"nak tahu tak ni?" dia mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya.
Aku menggeleng tanda tak mahu.
"aloo, merajuklah I lepas ni." ujarmya bersuara manja. Fikir aku cair tergoda melting la tu? Desis hatiku.
"merajuklah kau dengan tipah anak mak cik kafe ni. Aku nak chiao." aku berdiri dan berlalu meninggalkan izz sendirian.
Izz mengejarku. Aku melajukan pergerakan kaki dan buat seakan-akan tidak mendengar izz yang memanggilku dari belakang.
Aku membelok menuju ke blok pusat pentadbiran dengan niat mahu menyorok daripada dikejar izz. Aku meninjau-ninjau keadaan sekelilimg setelah memastikan izz sudah pun berlalu.
"fuh, nasib dia dah blah." aku menarik hembus nafas lega. Takkanlah nak tarik nafas aje, matilah kalau tak hembus langsung kan?
"dia dah pergi eh?"
"haah, nasib baik" aku masih meninjau-ninjau sekeliling.
"baguslah kan?" aku lantas menoleh melihat siapa yang satu kepala dengan aku lari dari izz.
"eh tipah tertipu menipu nipu." aku melatah terkejut. Aku mengurut dada dek terlalu terkejut.
"ahahhahahahaha,semangat kau lari, lari dari siapa ni?" dia bersandar pada tiang ditepinya.
Aku melarikan pandangan. Bimbang tergoda cik husnina karang.
"aku nak goda kau ni husnina." rizal memyatakan.
Eh, straight to the point je dia habaq mai kat ceq.
Aku berdehem.
"hambar gila lawak kau, dahlah malam ni, kita jumpa dekat rumah ayahanda, teman aku jumpa dia." aku memberi arahan. Dia mengangguk faham.
Muhd. Rizal atau nama panggilannya,chot. Chot si pembantu aku tu, ingatkan? Ha. Betullah dia.
Aku berlalu pergi meninggalkan dia, aku bergegas pulang ke rumah. Sekali memonteng kuliah, apa kata ponteng semua telah menjadi prinsipku sewaktu awal-awal lagi aku menjejakkan kaki di kampus tempatku belajar sekarang.
Aku menuju ke tempat menunggu bas, menanti ayah yang berjanji akan mengambilku sebentar lagi selepas mesyuarat penting.
Aku mengeluarkan novel inggeris berjudul "paper town" yang ditulis oleh john green. Bungkusan plastik buku itu, aku buka berhati-hati. Tidak mahu merosakkan kulit buku yang baru.
Sebaik saja aku memulakan pembacaan, aku merasakan diri aku hanyut di satu alam yang tenang dan indah. Dan akan kelihatan seakan-akan watak yang wujud di dalam novel, melakokan semula perlakuan mereka di dalam buku yang sedang aku baca.
Share this novel