Bab 19

Romance Completed 10529

19

"Husnina Qaisara! Apa awak buat tu?" Prof azlina memanggilku. Aku yang sedang leka berbalas mesej bersama izz pucat sambil mengangkat pandangan ke arah muka prof azlina yang sedang marah.

Aku menelan air liur.

"Ye saya prof?" Aku cuba berlagak tenang padahal dalam hati berdebar- debar rasanya.

"Saya tanya apa yang awak buat dekat belakang tu?" Aku mengerdipkan mata cuba menangkap maksud prof azlina.

"Saya tadi search ringkasan bab yang prof ajarkan sebab saya tak pasti saya dapat tangkap atau tak apa yang prof ajarkan tadi." Aku berkata jujur. Eh, waktu aku tengah search tadi izz kacau aku ajak chat. Aku pun layan ajelah. Hahah

"Kenapa tak tanya saya?" Soalan cepumas weh.

"Sebab prof pernah cakap, kalau nak tanya kena tanya lepas kelas. Saya ingat lagi prof, amin cuba tanya waktu prof mengajar lepastu prof marah dia teruk sampai dia tukar kampus lagi. Sebab tu saya serik prof. " pandai sungguh aku berbicara dan menyusun kata sampai prof azlina pun boleh bergelak ketawa, sengih, senyum. The power of husnina's talk.

"Sit down. " aku mengangguk dengan bangganya ala- ala diva lagi ditambah dengan pandangan mata dari semua yang ada dalam dewan kuliah lagi menambahkan rasa Queen elizabeth gitu.

"Well, I have to go now. Class dismiss." Prof azlina keluar mencapai handbag guccinya dan tergesa- gesa melangkah keluar.

Aku menjadi orang pertama yang keluar dari dewan kuliah. Popularlah aku nanti. Hahahahah.

"Assalamualaikum."aku memberi salam sebelum memasuki rumah.

Yeah, ibu ada dekat rumah. Mesti boleh makan sedap- sedap ni.

"Mak, tolong balik mak. Saya dah tak tahan dah mak duduk sini." Aku dengar ibu merayu kepada opah. Apa dah jadi ni?

"Tak nak aku. Aku nak duduk dekat rumah aku, tengok- tengokkan cucu aku. Kau tak suka aku, kau boleh berambus keluar" Hambur opah. Aku setia berdiri di muka pintu rumah.

"Mak cik, tolonglah mak cik. Kami tak buat apa- apa pun tadi. Tolonglah lepaskan kami mak cik. "Kedengaran suara seorang lelaki pula merayu pada opah. Jap, siapa lelaki tu? Nak tahu, nak tahu jerit hatiku namun aku diamkan diri.

Aku mencapai telefon dan menghantar pesanan ringkas kepada ayah agar segera pulang.

Setelah selesai menghantar pesanan, aku menekan butang record pada voice recorder untuk merakam perbualan mereka.

"Kau fikir aku tak nampak ya? Kauorang berdua dah hampir bertelanjang bulat waktu aku masuk dalam rumah ni tadi. Itu kau kata tak buat apa? Itu ya?" Sindir opah. Ohmaiii telanjang? Bogel? Terbeliak mataku dibuatnya.

"Kami tak buat apa- apa pun mak. Fahmi dengan saya tak buat apa- apa pun. " Ibu meyakinkan opah.

"Kau nak apa dengan si fahmi ni? Si fahmi ni lagi muda daripada kau, lepastu kau tahu tak dia ni siapa? Si fahmi ni lah penghancur hidup cucu aku si husnina tu. Sebulan kau tahu tak, dia menangis meratap pemergian lelaki yang baru kau nak tiduri ni tadi. Perempuan dan ibu jenis apa ni? Kau jawab dengan aku." Zupp! Gugur jantungku mendengar nama fahmi.

"Saya memang tak ada buat apa pun dengan dia makcik. " Fahmi mempertahankan diri.

"Ha, along, buat apa panggil ayah balik awal ni? Nasib baik ayah dah memang on the way balik tadi." Aku meletakkan jari telunjuk ke bibir ayah tanda diam.

Aku menunding ke dalam rumah. Aku menepuk- nepuk dada ayah tanda dia perlu bersabar. Ayah membalas dengan mengangkat ibu jari tanda faham.

Kami berjalan masuk dengan senyap. Aku membenarkan ayah masuk dahulu. Malas aku mahu melihat muka fahmi.

"Apa mak ngan sayang buat ni? Siapa budak lelaki ni?" Ayah menegur keliru.

"Ni, tadi mak jumpa diaorang hampir telanjang dekat ruang tamu tu. Mak terus sergah aje. "Opah menerangkan.

Ayah berkedip seketika sebelum melihat ke arah ibu dan fahmi yang kelihatan kusut masai.

"Astaghfirullahalazim" ayah perlahan- lahan jatuh ke tanah. Nasib aku sempat menyambutnya.

"Abang, maafkan saya bang." Ibu menerpa ayah yang sedang pengsan itu. Segera aku tepis tangannya dan merenungnya tajam.

Air mata ku mulai gugur dek menahan amarah yang sangat.

"Mulai saat ini jangan fikir nak anggap aku ni sebagai anak kau. Aku tak ada mak dah. Mak aku dah mati." Aku hamburkan kata- kata yang aku rasa mamg menusuk kalbunya sampaikan dia menangis teresak- esak.

Aku dan opah memapah ayah masuk ke dalam kereta yang dipandu shilah. Nasib baik shilah tinggal selang 2 rumah dariku. Senang bagiku jika ingin meminta bantuannya.

"Jalan cepat shilah. ayah aku dah macam apa dah terbaring pengsan ni. Aku takut terlambat aje. " aku memberi arahan. Shilah mengangguk dan menekan pedal minyak kuat.

"Bawa bersabar ya bos? " shilah memberikan kata- kata semangat buatku. Aku tersenyum tawar kepadanya.

Tiba- tiba kedengaran telefonku berbunyi. Aku lantas menjawab panggilan itu.

"Hello, ni saya. Fahmi. Saya nak minta maaf awak please bagi saya peluang. Saya janji saya tak akan buat macam ni dah. Please. " suara fahmi menerpa telingaku.

Aku menarik nafas.

"Saya tak kesah. Saya rasa lepas ni boleh lah kot nak marry my ex-mom. Sebab saya rasa ayah can’t stand anymore with that slut. I hate you and her. Both of you can go to h*ll." Aku mematikan panggilan.

Ayah, sabar ayah. Jangan tinggal along sorang- sorang. Along tahu ayah kuat. Please demi along, ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience