Bab 15

Romance Completed 10529

15

"Sampai hati kau,sarah buat aku macam ni. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?" Aku memarahi sarah. Mahu saja dia aku lempang sekuat hati tapi aku masih rasional.

"Sorrylah. Aku fikir kau tak kisah pun." Dia menunduk tanda menyesal. Ughhhhh kenapalah kau ni lurus bendul sangat sarah? Kenapa?

"Aku cakap, aku kisah. Aku kata aku tak nak terlibat dengan diaorang kan? Faham aku sekali aje pon aku dan bersyukur tau. Kau ni saja buat aku marah." Air mata sarah menitik jatuh ke lantai. Kalau aku tak marah seperti sekarang, pasti aku memujuk dia.

"Hei, kenapa ni? Apa kau dah buat kat sarah ni?" Farisha yang baru tiba mencelah. Aku terus angkat kaki dari situ. Semakin panas hatiku semakin ringan tangan ku melempang sarah kejap lagi.

Aku duduk bersendirian di taman mini kampus tempat aku berjumpa dengan izz tempoh hari.

Aku sedut dalam- dalam oksigen di sekeliling. Segar rasanya duduk bersendirian di sini.

Kenapa dia tak faham? Aku kata aku tak nak terlibat dengan diaorang. Kenapa entah sarah degil. Degil sangat.

Serabutnya otak. Aku memandang langit biru. Aku memuji ciptaan tuhan seketika.

Aku rasakan cecair hangat mengalir di pipi. Aku menangis berseorangan. Aku mencapai sapu tangan yang diberikan oleh izz dulu ketika aku menangis di hadapannya.

Aku lap perlahan- lahan air mataku. Aku tersedu-sedan menahan rasa sakit hati disebabkan oleh sarah.

"Dah habis menangis?" Satu suara menegurku. Aku menoleh.

"Dah. Kau buat apa kat sini? Kita berdua aje ke?" Dia duduk di bangku bersebelahanku.

"Takdelah, farisha bagitahu tadi yang kau datang sini menangis. Aku risau sebab tu aku ada dekat sini. Kita tak berdua, farisha kat situ aje. " dia menunding ke satu arah. Aku menoleh dan ternampak kelibat farisha sedang terkinja- kinja seperti beruk.

"Haih, buat malu betul dia tu." Ujarku ketawa kecil. Dia turut sama ketawa.

"So, kau nak cerita tak kat aku apa yang dah jadi sebenarnya?" Izz bertanya sopan. Aku mengangguk.

"Macamni sebenarnya, dekat sini aku ada ramai sangat haters. Sebabnya sikap peramah aku ni la. Ada yang kata aku ni perampas boyfriend oranglah, itulah, inilah. Jadi, ada satu group yang diberi nama 'the fabbs' ni memang anti dengan aku. Sebab aku pernah buat assignment ngan boyfriend ketua group tu. Hampir setiap hari kitaorang together sebab nak siapakan. Bila dah hari- hari together, kuranglah masa untuk bersama dengan girlfriend dia. So, satu hari aku kena serang dengan girlfriend dia sebab aku penyebab boyfriend dia dah takde masa untuk dia dan boyfriend dia minta break. Lelaki tu pula, fikir aku ada hati dekat dia, tapi hakikatnya aku tak minat dia pon. Aku jauhkan diri dari group tu sampailah sarah kata aku kena pergi birthday party dia. Tu yang buat aku menjerit tadi tu. Aku tau dia tau aku anti ngan diaorang. Aku jadi panik sebab dulu aku pernah kene siram dengan air sejuk waktu tengah duduk bertapa. "Aku ceritakan panjang lebar kepada izz.

Izz hanya mengangguk. Alahai, cakap dengan orang takde respon ni memang menguji kesabaran betul.

"Weh, responlah sikit. " aku mendesak dia. Tanpa ku sedari, aku menolak-nolak lengannya. Benda yang selalu aku buat kalau otqmg tak respon padaku. Biasanya aku buat pada sarah sebab dia tu mana rajin respon, maka dah jadi rutin.

"Jangan pegang aku please." Dia meminta lembut. Aku terkaku blur.

Terus aku menarik tanganku yang melekap di lengannya. Buat malu diri sendiri ajelah kau ni husnina oii.

"Sorry, tak sengaja. " aku menunduk.

"Weh husnina, kalau nak touch touch pun, sabarlah sikit. Kahwinlah dulu. " laung farisha dari jauh. Muka aku dah berubah jadi merah jambu. Hangat mukaku kerana malu perbuatan tak senonoh aku tadi dilihat oleh farisha. Mana aku nak sorok muka aku ni?

"Dia tak sengaja. Takpe, saya maafkan awak." Izz tenang bersuara. Aku yang tak temang sekarang ni masalahnya.

"Dahlah tu husnina oii, jom ikut aku pujuk sarah. Kuat dia nangis tersedu- sedan dibuatnya. Rasa bersalah betul dia tu." Farisha menepuk bahuku. Aku memandang dalam anak mata farisha.

"Okay." Aku mengeluh dan tanganku ditarik oleh farisha menuju ke arah tempat sarah menangis tadi sebelum ditinggalkan untuk memujuk aku.

"Weh dia dah hilang weh." Ujar farisha gelabah. Lek ah, panik over plak dia ni.

"Weh, camne kalau dia kene culik ke? Weh siannya sarah weh." Mahu aje aku tampar si farisha ni.

"Alahai, kau ni. Dia pergi tandas ke? Dia balik awal ke? Lepas ni mane ade kelas." Aku membuat andaian.

"Ye tak iya jugak kan? pandailah kau husnina. " Logik akal farisha baru tiba. Alu mengangguk- angguk gaya detective conan.

"Weh, aku sebenarnya ada benda nak bagitau kau ni." Aku lambat- lambat membuka mulut.

"Ape dia? Bagitau ajela." Farisha sibuk menyuap nasi goreng pattaya kegemarannya.

"Aku...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience