26
Dalam perjalanan pulang, aku dan chot berbual- bual sambil bergelak ketawa dah macam orang gila. Dengan hujan lebat dekat luar sana tu, tak effect kitaorang pon.
"Eh, nina. Aku ada benda nak bagitau kat kau ni. Jangan sentap weh." Aku memandang tepat ke arah anak matanya.
Terasa sayu pula tiba- tiba.
"Nanti, bila aku dah takde kat dunia ni. Jaga mak, ayah aku elok- elok. Doakan aku bahagia dekat alam sana, kau tu jangan nak sedih tak tentu pasal tau. Nanti aku risau, aku tak tenang dekat sana. Nak kembali ke dunia tak boleh dah. Kau jaga diri elok-elok, jangan lupa dekat aku dan cari pengganti tau nanti. Aku sayang kau husnina, sayang sangat. Aku nak kau bahagia walaupun... walaupun bukan dengan aku. Bahagia lah kau selalu husnina tapi jangan lupakan aku. Kau jangan pernah buat benda yang bukan- bukan dan tak elok tau, sebab aku tahu kau baik. Last aku cakap, selamat tinggal husnina dan pastinya ingat pesan aku ni. Surat dalam laci meja bilik aku tau." Laju saja air mataku mengalir.
"Weh, jangan nangis do. Kita akan jumpa lagi bidadari ku." Dia menenangkan aku. Aku mengesat air mataku dan merenung wajahnya ketika itu. Nampak seakan-akan berseri dan tenang, entah kenapa.
Aku dan dia diam sahaja untuk beberapa minit. Hujan di luar semakin lebat.
Sedang kereta yang chot pandu ingin memasuki simpang, kereta kami telah pun dirempuh dari tepi bahagian pemandu. Kereta chot berguling- guling sebelum terbalik di tengah jalan.
Kepalaku terhantuk terkena dashboard dan mengalami luka kecil akibat serpihan kaca kereta yang pecah. Aku cuba membuka mata dan dalam pandangan yang kabur, aku dapat lihat mulut chot terkumat- kamit mengucapkan sesuatu. Aku pasti dia memandang ke arahku sebelum pandanganku bertukar gelap.
Bip... bip... bip
Aku seakan- akan berada di awan- awangan. aku tak merasakan seluruh anggota tubuh badanku. Aku lihat sebuah cahaya menyilaukan pandanganku dan aku cuba membuka kelopak mataku.
Sebaik saja aku membuka mata, cahaya lampu menerjah retinaku menyebabkan aku terkebil- kebil menyesuaikan diri.
"Alomg dah bangun? " kedengaran suara wanita menyapaku. Aku yang sedang keliru dengan keadaanku itu melilau melihat sekeliling.
"Along nak air tak?" Aku mengangguk kerana rasanya seakan- akan telah sebulan akj tak minum air. Lidah ni kering sangat rasanya.
"Kat mana ni?" Aku bertanya sambil mengambil cawan huluran wanita itu tadi. Wanita itu pun aku ingat-ingat lupa.
Selesai saja aku menghabiskan minuman, aku menghulurkan kembali cawan kepadanya tanpa melihat wajahnya.
"Opah tengok along macam sedih je ni. Kenapa?" Ouh, baru lah aku tahu yang opah disisiku.
"Opah, berapa lama along dekat sini?" Aku bertanya. Hospital, aku tak pernah suka hospital.
"Dah dekat 2 bulan dah. Along accident. Ingat tak?" Aku mencerna maklumat opah perlahan- lahan.
"Waktu tu along pulang dengan chot semasa hujan lebat. Waktu nak masuk simpang tu, kereta kena langgar, lepastu kereta terbalik. Lepastu chot cakap something. Along pengsan." Aku menerangkan kepada opah.
"Opah! Chot mana opah?" Aku teringin nak tahu keadaan kekasih hati aku yang satu itu.
Aku nampak wajah opah kelihatan sugul dan muram. Aku keliru, apa yang dah jadi ni?
"Sebenarnya, chot dah lama meninggal dunia." Kemudian terdengar esakan opah.
"Bila?" Aku gagahkan diri bertanya.
"Semasa korang accident haritu." Aku ternganga, takkanlah.
"Takkanlah. Opah, janganlah tipu opah." Aku cuba menafikan realiti.
"Betul along, buat apa opah nak menipu kamu?" Aku mula menangis teresak- esak.
Sampai hati kau kan chot, kau ni tinggalkan aku awal. Rupanya kata- kata kau tempoh hari petunjuk bahawa kau nak pergi tinggalkan kami semua. Aku ingat semua pesan kau supaya jangan sedih tapi aku tak mampu membendung rasa sedih ni, tapi aku harap kau tenang dan bahagia disana dan menanti aku pula. Al- fatihah Muhammad rizal. Aku husnina akan selalu mencintai mu.
Dengan ini aku menutup kisah cinta aku dan dia. Kisah rizal dan husnina yang pastinya tak pernah sweet macam drama rindu dia 200%. Aku tahu dia bukan milik aku seorang.
Share this novel