20
Aku mundar mandir menanti doktor keluar dari bilik wad yang diduduki ayah. Siapa aje yang boleh duduk relax bergelak ketawa waktu ahli keluarga yang paling kita sayang tengah sakit?
"Ya allah, along. Duduklah dulu. Kusutlah opah tengok. In sha allah ayah tak apa- apa tu" opah memujukku. Aku mengalah dan duduk di sebelah opah.
Baru saja melabuhkan punggung, doktor keluar dari wad. Aku tergopoh gapah mendwkati doktor.
"Doktor, ayah saya macam mana? Dia okay kan doktor? Dia tak akan tinggalkan saya dalam masa terdekat ni kan? "Bertubi- tubi soalan aku ajukan.
"Sabar ye cik. Ayah cik stabil, cuma dia ada lemah jantung sikit. Sebelum tiba dihospital tadi, dia ada dengar berita yang buat dia terkejut ke?" Aku mengangguk.
"Ouh, saya nasihatkan cik jaga ayah cik elok- elok dan pastikan dia berehat secukupnya." Doktor menerangkan padaku.
Aku melirik ke arah tanda nama yamg dipakainya. Aizat. Manis nama semanis tuannya. Hahahaha menggatal pulak kau ye husnina, ayah kau sakit kau nak mengorat pulak. Jangan contohi husnina.
"Boleh kami tengok dia dalam wad?" Doktor aizat mengangguk. Opah menarik lengan baju aku masuk ke dalam wad ayah ditempatkan.
Aku meluru ke arah ayah yang sedang memandang ke arah luar tingkap biliknya.
"Ayah, along datang ni." Aku menyapa ayah dengan senyuman.
"Eh, anak ayah datang. Meh sini duduk sebelah ayah meh." Ayah menepuk bahagian kosong disebelahnya. Aku mengangguk.
Selesai melabuhkan punggung, aku menunding ke arah opah yang sedamg berdiri tegak berdekatan pintu.
"Opah keluar dulu ya, kauorang berbual lah ya?" Opah menghilang di sebalik pintu dengan tangisan dan senyuman.
"Along, apa along rasa bila nampak ibu dalam keadaan macam tu?" Ayah mengeluh.
"Along rasa marah sangat. Along rasa macam along ni anak haram hasil perbuatan dia dengan lelaki lain dan bukan dengan ayah. Along takutlah ayah. Along anak ayah kan?" Aku memandang wajah ayah lama. Ayah tersenyum dan mengusap kepalaku.
"Husnina anak ayah dan selamanya anak ayah." Entah kenapa aku rasa satu bebanan berat terlepas dari bahuku.
Aku spontan memeluk ayah.
"Should I let her go? Let her marry that guy?'" Ayah memandangku keliru.
"Along ikutkan aje, you know best. Tapi along tak mengaku dia ibu dah lepasni. Along malu, malu sangat- sangat." Aku memberikan jawapan. Ayah mengangguk faham.
"Then, I should let her go. "Ayah membuat keputusan.
"Ayah fikir masak- masak dulu ya? Along tak paksa." Aku mengusap lembut belakang badan ayah memberikan semangat.
"Thanks dear." Aku tersenyum manis.
"No!!!! Tak mungkin. Tak kanlah." Aku meraung sekuat hati.
"Sabar along, sabar." Opah mententeramkan aku.
"Tak nak! This can't happen. This isn't real. Mesti along mimpi ni." Aku menampar- nampar mukaku sendiri.
"Opah, along tak bileh keluar dari mimpi ni. Tolonglah opah. Along nak keluar opah. Along tak percaya benda ni berlaku. Opah!!! Tak boleh nak keluar opah. Along takut. Opah." Tersesu sedan aku menangis sambil mencubit- cubit pipi gebuku.
"Sabar along, terimalah bahawa ayah along dah pergi. Kesian ayah tengok along terpekik- terlolong macam ni. " opah memujuk dengan tangisan di tubir matanya.
"Tak, ayah along tadi baru aje cakap dengan along. Baru je tadi dia cerita dia sayang along. Mana boleh dia dah meninggal opah?" Aku menidakkan fakta.
"Ya allah, ayah along dah meninggal. Jangan macam ni ya nak? Sabar ya along." Tangisan aku makin kuat. Aku menangis dengab rasa tidak percaya.
Baru aje sebentar tadi ayah berbual- bual denganku dan aku berlalu ke tandas sekejap. Sesampainya di depan bilik wad, kulihat ramai yang berkumpul dan tubuh ayah dan diselimutkan sehingga paras dahi.
Maka, aku tahulah yang bahawa ayah dah pergi tapi, aku tak percaya masa yang singkat tu ayah dah pergi.
Share this novel