|-|Urt² 5

Romance Series 12071

TOK TOK TOK TOK!

"Aduh.. siapa pula yang ganggu aku tengah tidur ni."

Bingkas Hazel bangun dari atas katil dengan matanya yang masih mengantuk.

"HAZEL? Ni Kak Jenny ni.. nak minta duit sewa yang kamu janji dekat kakak hari tu."

Laungnya dari luar pintu.

"ALAMAK! Matilah aku kalau Kak Jenny tahu aku tak ada duit lagi nak bayar dia. Aduh.. macam mana ni."

~~~~~~~~~~~~~

"Aku dengar kelab ni penari dia cantik-cantik."

Bual seorang lelaki pada dua orang lagi rakannya sambil meneguk arak yang mejanya tidak jauh dari tempat duduk lelaki misteri itu.

"Lagi cantik penari yang nama Jun tu sebab ramai kata DIA MEMANG PALING HOT dalam kelab ni!"

Sambung rakannya dalam keadaan mabuk.

"KALAU MACAM TU, KITA BERSERONOK PUAS-PUAS DENGAN DIA MALAM NI!"

Laungnya penuh gembira dalam keadaan mabuk.

~~~~~~~~~~~~~

"Macam mana ni.. dia masih dekat luarlah. Aku dah lambat pula tu kalau macam tu ikut pintu belakanglah. Kejap, masa bila pula pangsapuri ni ada pintu belakang? Senget betullah aku ni."

Hazel tidak tentu arah mengintai-intai di lubang pintu.

Menyedari tuan rumahnya tiada dari radar matanya begitu pantas dirinya membuka pintu dan terus melarikan diri secara curi.

~~~~~~~~~~~~~

"HEI JUN ASAL KAU LAMBAT? Kau tahu tak pelanggan dekat bilik VIP lama tunggu kau tau."

Soal Rennie.

"Maaflah.. aku ada masalah sikit masa nak datang sini tadi. Aku pergi dulu."

Terang Hazel dan terus bergegas keluar pintu.

"KAU?"

Terkejutnya apabila muncul lelaki misteri di muka pintu menghadang laluannya.

"Ikut aku."

Lelaki itu menarik tangan kirinya membawanya ke tempat sunyi.

"LEPASKAN TANGAN AKULAH! Kau ni obses dengan aku ke apa huh? Tak ada kerja lain ke selain nak kacau hidup orang?"

Hazel menolaknya kasar.

"Huh, obses dengan kau? Jangan nak perasan sangat boleh tak? Boleh tak kau dengar dulu apa yang aku nak cakapkan pada kau sebelum kau nak maki aku macam ni?"

Lelaki itu mengguling mata.

"Kenapa aku mesti dengar cakap kau? Tolong jangan buang masa aku sebab buang masa dengan kau sama macam aku buang duit aku. SUDAHLAH AKU DAH LAMBAT!"

Hazel melangkah tergesa-gesa cuba melarikan diri daripadanya.

"JUN, WAIT!"

Lelaki itu menarik tangan kanannya menahannya.

"Jangan pergi mana-mana bilik VIP malam ni?"

Nada risaunya terserlah di wajahnya.

"APA MASALAH KAU YANG SEBENARNYA HUH? Aku bukan girlfriend kau, tunang kau atau pun isteri kau! Jadi, kau siapa nak kawal aku dan kau juga tak ada hak nak tentukan apa yang aku nak buat! Pergi jahanam dengan tanggapan buruk kau pada aku sebelum ni sebab aku dah tak peduli lagi!"

Hazel terus pergi dengan membuatkan lelaki itu hilang bersama kata-katanya.

Betul cakap dia kenapa aku terlalu sibuk sangat nak jaga hal dia sedangkan dia bukan siapa-siapa pun pada aku.

Tapi cuma bibir aku je yang berkata macam tu sedangkan hati aku tetap kuat ingin pastikan yang dia sentiasa dalam keadaan selamat.

Aku sendiri tak tahu apa kena dengan aku sebenarnya? Mungkinkah rasa bersalah yang aku rasa pada dia sebelum ni yang membuatkan aku benar-benar ambil berat tentang dia atau hanya semata-mata kerana rasa kesian aku pada dia selama ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience