|-|Urt² 2

Romance Series 12069

"TAKE OFF YOUR CLOTHES, NOW!!"

Tengking lelaki misteri itu.

"TAK GUNA! Dia ingat dia siapa nak buat aku macam tu, KEJAP!"

Bisik Hazel marah di dalam hatinya.

Hazel terus mencapai gelas minuman kaca di atas meja dan menyimbahnya ke wajah lelaki misteri itu lalu terus beredar keluar.

"Padan muka dia kena mandi dengan air aku tadi. Puas hati aku!"

Hazel mencekak pinggang.

"HEI!"

Sergah lelaki itu di belakang.

Lelaki itu menarik kuat tangan kiri Hazel menahan marahnya di permalukan olehnya sebegitu.

"LEPASKAN AKU! Aku tak tahu apa masalah kau dan apa yang kau nak daripada aku sebenarnya dan sebelum aku panggil pengawal yang jaga tempat ni baik kau berambus daripada sini sekarang!"

Teriak Hazel begitu kuat dengan menarik semula tangannya.

"Kenapa kau nak marah bukan ke apa yang aku cakap tadi sememangnya diri kau, betul tak?"

Balas lelaki itu.

"KAU TAK ADA HAK NAK NILAI SIAPA PUN AKU! Apa bezanya kau pula kalau kau sendiri pun datang ke tempat macam ni semata-mata nak cari perempuan macam aku demi untuk memuaskan nafsu buas kau tu! So, jangan cuba nak sibuk jaga hal orang lain sebab ianya bukan masalah kau, okey?"

Hazel menolak kuat badan lelaki itu melepaskan geram.

"Apa yang aku buat dekat sini pun bukan masalah kau. Aku cuma nak ingatkan kau. Sebab dunia yang kau pilih sekarang ni terlalu bahaya untuk perempuan macam kau."

Kata lelaki itu lagi sebelum beredar.

"Apa maksud kau perempuan macam aku? Adakah kau masih lagi nak hina aku di sebabkan kerja aku?"

Soal Hazel yang hampir-hampir ingin mengalirkan air matanya kerana sering di cemuh di sebabkan pekerjaannya sebagai penari kelab malam.

"Aku nak kau tahu. Walaupun aku penari kelab malam tak bermakna aku tidur dengan semua pelanggan-pelanggan aku."

Hazel membidas.

"Kau fikir aku percaya dengan kata-kata kau. Pada aku, cara kau menari untuk aku tadi pun dah cukup membuktikan siapa diri kau yang sebenar. Jadi, kau tak ada bezanya dengan perempuan-perempuan yang aku pernah jumpa sebelum ni."

Lelaki itu pergi dengan meninggalkan senyuman sinisnya di mata Hazel.

~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa aku rasa terkesan sangat dengan kata-kata lelaki tak guna tadi sedangkan selama ni pun aku pernah di cemuh tapi kali ni aku rasa sedih sangat-sangat bila ianya datang daripada lelaki tu.

Dan kenapa aku beriya-iya pula nak yakinkan pada dia yang aku bukan seperti yang dia fikirkan? Buang masa akulah fikir pasal orang yang aku langsung tak kenal. Aku harap yang aku tak akan jumpa lagi lelaki tak guna tu.

Hazel berpayung kerana hujan turun begitu lebatnya sedang dirinya dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

"WATCH OUT!!!!"

Jerit seseorang memeluknya kuat cuba melindungi Hazel yang muncul secara tiba-tiba.

BAAAAANG!

Satu tembakan peluru kedengaran di lepaskan oleh musuh.

BANG! BANG! BANG!

Orang itu segera mengeluarkan senjata apinya membalasnya semula serangan namun gagal kerana musuh dapat meloloskan diri begitu pantas menggunakan kereta Lamborghini hitam.

"Kau tak apa-apa?"

Soal orang itu.

"KAU LAGI? Kau buat apa dekat sini dan siapa mereka semua tadi? Kenapa mereka cuba nak tembak kita? Kejap, kau luka ke sebab jaket kau ada darah?"

Begitu cemas Hazel memeriksa kecederaan lelaki itu.

"Aku bawa kau pergi hospital?"

Hazel memegang badan lemahnya.

"Taa--tak perlu...tolong...jangan bawa aku pergi hospital..."

Lelaki itu terus rebah pengsan di kaki Hazel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience