|-|Urt² 4

Romance Series 12069

BANG! BANG! BANG! BANG! BAAAAANG!

Peluru di lepaskan bertubi-tubi pada badan begitu dekat dan tepat.

"MAMPUS KORANG BERDUA! Kerja senang macam tu pun tak boleh nak buat! BODOH!!"

Dyer melemparkan senjata apinya ke lantai setelah puas melepaskan geram.

Kedua orang bawahannya yang di tembaknya tadi mati terbaring berlumuran darah di atas lantai.

"Kau cari aku?"

Muncul seseorang di pintu.

Pantas Dyer mengambil satu lagi senjata apinya di atas meja dan tepat di arahkan pada kepala orang itu.

"AKU NAK PEREMPUAN TU MATI TAPI KENAPA KAU SELAMATKAN NYAWA DIA! Kau sendiri tahu, apa yang aku boleh buat pada kau kalau kau cuba tikam aku daripada belakang."

Ugutnya dengan renungan begitu tajam.

"Aku tak ada niat nak tikam kau kalau itu yang kau fikirkan tentang diri aku. Apa yang aku buat sekarang adalah kerana aku belum bersedia untuk biarkan kau bunuh dia. Kau dah lupa pada perjanjian kau pada aku sebelum ni, yang kau telah serahkan nyawa perempuan tu pada aku untuk aku uruskan dia. Tapi sekarang, kenapa pula kau ubah fikiran secara tiba-tiba dengan begitu beriya-iya sangat nak dia mati cepat?"

Lelaki itu membalasnya tanpa rasa gentar sedikit pun walaupun dirinya menyedari senjata api di tangan Dyer tepat di mata kepalanya.

"Aku cuma tak nak kau berpaling tadah pada aku. Lagi lama kau biarkan perempuan tu hidup, lagi susah untuk kau bunuh dia. Sebab itu, kau sengaja melengah-lengahkan masa aku dengan biarkan perempuan tu hidup aman dekat luar sana, betul tak tekaan aku? Kau jangan ingat aku bodoh dan kau juga jangan lupa yang aku masih tetap ayah kau."

Dyer cuba membaca fikirannya dari kedua anak matanya.

"CUMA AYAH ANGKAT AKU DAN BUKANNYA AYAH KANDUNG AKU! Kau dah lupa yang aku cuma anak pungut kau Dyer. Anak berumur 8 tahun yang kau pungut di tepi jalan dan kau latih dia untuk kau jadikan dia sebagai seorang pembunuh semata-mata demi untuk kepentingan diri kau. Ingat tu Dyer, yang aku tak akan lupakannya sampai bila-bila walau sampai aku mati sekalipun."

Pantas kaki lelaki itu melangkah ke pintu keluar tanpa mempedulikan Dyer di belakang yang masih lagi mengacukan senjata api padanya.

Aku tahu kau memang ada perasaan pada perempuan tu dan aku nak tengok sejauh mana kau boleh lindungi dia daripada aku.

Kau memang manusia yang tak mengenang budi setelah segala-galanya aku berikan pada kau, ini yang kau balas pada aku dan nampaknya kau cuba nak bermain dengan api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience