|-|Urt² 16

Romance Series 12069

Dalam perjalanan Ford menghantarkan Hazel ke tempat kerjanya dengan menunggang motorbike menyusur laju.

"Hmm, Jun?"

Panggil Ford janggal.

"YEAAA?!"

Jeritnya garang di belakang kerana sisi kelajuan motobike Ford.

"Aku rasa kau peluk kuat sangat."

Ford menahan kesakitan kerana pegangan tangan Hazel pada lukanya yang masih belum sembuh.

"Uh -- sorry..."

Jawabnya janggal pantas melepaskan pelukannya pada Ford.

"FORD!"

Tengking Hazel ketakutan akibat prank Ford cuba mengenakannya memecut motorbike lebih laju.

"KALAU KAU TAK SLOW MOTORBIKE KAU NI, AKU PELUK LUKA KAU KUAT-KUAT BIAR PADAN DENGAN MUKA KAU!"

Ugutnya serius

"FORD, FORD...!!!"

Ford semakin laju tanpa mengabaikan jeritan Hazel di belakang.

______________________

"Kau... free tak malam ni?"

Soal Hazel gugup tiba di tempat kerjanya.

"Kau nak ajak aku date ke?"

Mengusik Ford dengan pandangannya nakal.

"Eww... Jangan nak perasan sangat boleh tak! Aku cuma nak kongsikan duit extra kerja aku dengan kau itu je."

Balas Hazel pedas.

"Kenapa, orang macam aku ni sememangnya tak layak ke keluar date dengan kau?"

Sedikit nada kecewa terserlah di wajah Ford.

"A -- aku tak bermaksud macam tu."

Belum sempat Hazel menyambung kata-kata seterusnya.

"Tengoklah kalau aku free."

Ford terus memecut laju motobike hitamnya sambil anak matanya memerhati tajam Hazel di belakang pada sisi cerminnya.

--------------------------------

Di kawasan perumahan terbiar penuh bangunan-bangunan lama dan kelihatan ramai remaja-remaja lelaki berkeliaran dalam keadaan kotor.

"APA NI JIMIE?"

Soal Ford memegang kuat tangan kanan seorang budak lelaki remaja yang merupakan adik angkatnya.

"Lepaskan tangan akulah!"

Tengkingnya cuba memberontak.

"Bukan ke aku dah larang kau jangan main lagi benda ni. Tapi kenapa kau masih berdegil?! Kau tak ingat ke masa kau sakit dulu sebab main benda ni siapa yang jaga kau? AKU JIMIE, AKU YANG JAGA KAU! KAU TAK INGAT LAGI KE?!"

Ford melepas kasar tangannya.

"Kau dah lupa ke Ford yang barang-barang ni pun datangnya daripada ayah kau Dyer. Jadi, tak payahlah kau nak berlakon baik di depan aku. Kau tu cuma abang angkat aku je Ford dan bukannya abang kandung aku!"

Ugut Jimie menunding jari ke arah wajah merah Ford yang cuba mengawal emosi marahnya.

"Apa yang kau nak aku buat supaya kau henti main benda ni lagi? Katakanlah Jimie, apa sahaja."

Rayu Ford memujuknya.

"Apa sahaja? Kalau macam tu, boleh kau bagi aku motobike kau tu pada aku?"

Jimie tersenyum sinis sambil memandang ke arah motobike hitam kesayangan Ford.

"Kau boleh ambil motorbike tu tapi kau mesti berjanji dengan aku yang kau tak akan sentuh lagi benda tu."

Tegas Ford sebagai seorang abang yang penyayang.

"DEAL!"

Jimie terus berlari mendapatkan motorbike dengan di perhati risau akan keselamatan Jimie oleh Ford.

---------------------------

"KAU DAH GILA KE APA HUH FORD?!"

Mengerang kesakitan Dimitri kerana penumbuk kanan Ford tepat mengenai sebelah pipinya sehingga berdarah.

"AKU DAH CAKAP DENGAN KAU JANGAN KACAU BUDAK-BUDAK AKU TAPI KENAPA KAU CUBA CABAR KESABARAN AKU DIMITRI, KENAPA?!"

Ford di pegang kuat oleh orang-orangnya sendiri iaitu Declan.

"Kau tak boleh salahkan aku Ford sebab adik kau sendiri yang datang berjumpa dengan aku untuk dapatkan barang tu daripada aku!"

Jelas Dimitri dengan mengesat darah yang mengalir di bibirnya.

"Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau kalau apa-apa terjadi pada Jimie dan budak-budak dekat kawasan aku. Ingat Dimitri, jangan buat aku menyesal dengan persahabatan kita sebelum ni."

Ford melepas kasar pegangan tangan orang-orangnya pada badannya dan terus beredar dalam keadaan begitu marah.

------------------------------------

"Uncle Lucian! Kenapa uncle buat macam ni uncle? Kenapa uncle selamatkan Ford?"

Ford memeluk kuat badan lemah Lucian akibat kecederaan tembakan bertubi-tubi dari musuhnya demi melindungi Ford yang masih remaja.

"Sebab uncle dah anggap kamu dan juga Dimitri macam anak uncle sendiri Ford. Ford?"

Lucian memegang lemah pipi kiri Ford dengan tangan yang penuh berlumuran darah.

"Cakaplah Uncle Lucian, Ford dengar uncle."

Air mata Ford tidak berhenti-henti mengalir di pipinya menitis mengenai wajah pucat Lucian.

"Tolong jagakan Jimie untuk uncle kerana Jimie tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni selain daripada uncle. Jadi, uncle amanahkan kamu untuk ambil tanggungjawab uncle. Uncle percaya yang kamu boleh jadi abang yang baik untuk Jimie. Tolonglah Ford, uncle merayu..."

Semakin kuat pegangan tangan Lucian di genggam erat oleh Ford.

"Jangan cakap macam tu uncle. Ford juga dah anggap uncle macam ayah kandung Ford sendiri. Ford janji uncle yang Ford akan jaga Jimie macam Ford jaga nyawa Ford sendiri. Tapi tolonglah uncle jangan tinggalkan Ford."

Ford menangis sepenuh hatinya buat kali pertamanya seumur hidup.

"Terima kasih Ford. Kamu sememangnya anak yang baik."

Lucian menarik nafas kesakitannya.

"Tak uncle. Ford bukan anak yang baik sebab Ford hanya anak yang di punggut oleh Dyer untuk di jadikan sebagai pembunuh uncle."

Raung Ford tidak dapat mengawal emosinya lagi.

"Kamu mampu ubah takdir kamu sendiri Ford dan uncle percaya masa tu, tak akan ada sesiapa pun yang mampu lagi menghalangi kamu."

Kata-kata terakhir Lucian terngiang-ngiang di cuping telinga Ford yang duduk termenung jauh di atas bangunan seorang diri sambil menikmati suasana dingin malam.

"Macam mana aku nak ubah takdir aku kalau diri aku sendiri pun aku tak mampu nak ubah. Maafkan Ford uncle, Ford tak mampu pegang janji Ford pada uncle. Maafkan Ford..."

Ford mengeluh penuh rasa kekesalannya tanpa dirinya menyedari telefonnya tidak berhenti-henti bergetar.

--------------------------------

"Hari dah nak hujan ni... Mana Ford ni tak datang-datang? Entah-entah dia masih marah lagi dekat aku pasal kata-kata aku siang tadi. Ford, mana kau? Aku harap kau tak apa-apa."

Hazel menunggunya penuh setia dalam kehujanan begitu lebat seorang diri sambil memegang payung dengan harapan agar Ford muncul menemuinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience