pR0L0g

Romance Series 12069

"TRISTAN..!!!!"

Laung Hazel sekuat-kuatnya sambil berlari sepantas mungkin ke arahnya dengan harapan dapat menghentikan serangan sekumpulan anggota polis yang menembaknya bertubi-tubi di depan mata kepalanya.

"Tristan?"

Sayu Hazel berlinangan air mata memanggil namanya dengan tangannya terus memangku jasad Tristan yang nyawanya akan terpisah darinya tidak lama lagi.

"Haz.. zel...?"

Tristan menguatkan diri di depannya dengan cuba menahan kesakitannya agar Hazel tidak merasa sedih atas pemergiannya nanti.

"Bukan ke Tristan dah janji yang Tristan tak akan sesekali tinggalkan Hazel tapi sekarang kenapa Tristan tipu Hazel? Siapa nak jaga Hazel dan bawak Hazel jalan-jalan naik motorbike Tristan nanti? Tolonglah jangan tinggalkan Hazel Tristan... Hazel tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni dan Hazel cuma ada Tristan sorang je..."

Rayu Hazel memeluk badan lemah Tristan yang terbaring di atas tanah sekuat-kuatnya.

"Ma.. afkan Tristan.. kerana terpaksa mungkir janji pada Hazel... Jaga.. lah.. diri Hazel baik.. baik.. bila Tristan tak ada nanti... Jangan se.. sekali biarkan.. orang lain cuba.. buli Hazel.. sebab Tristan.. tak dapat.. nak ada untuk.. Hazel lagi... Tristan.. terlalu cintakan.. Hazel... Hazel adalah.. cinta per.. tama dan ter.. akhir Tristan..."

Luah Tristan sayu.

Tapak tangan kirinya memegang lembut pipi Hazel yang telah basah di hujani air mata kekecewaannya terhadapnya tanpa henti.

"Hazel juga terlalu cintakan Tristan. Tolonglah jangan tinggalkan Hazel Tristan... Tristan.. TRISTAN...!!!!"

Jerit Hazel sepenuh hati menyedari tangan lembut Tristan pada pipi kirinya jatuh ke bumi seraya senafas tarikkannya untuk terakhir kalinya.

"TRISTAN!"

Mimpi ngeri pemergian Tristan itu sentiasa mengejutkan Hazel dari tidurnya hampir setiap malam.

"Tristan.. Hazel rindu sangat-sangat dekat Tristan..."

Ucap Hazel menahan air mata.

Hazel termenung jauh meninjau ke arah luar tingkap pangsapuri mewahnya yang berada tinggi melangit memerhatikan bandaraya yang sentiasa sibuk penuh dengan kilauan cahaya lampu menerangi malam sambil melayani perasaan sedih bercampur rindunya teramat-amat terhadap Tristan seorang diri.

Pemergian Tristan banyak mengajar aku cara untuk hidup tanpa perlukan bantuan daripada orang lain kerana itu adalah kata-kata terakhirnya sebelum dia meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Aku perlu teruskan juga hidup aku tanpanya walau sejauh mana payahnya aku melangkahkan kaki aku ke hadapan demi untuk mencari sesuap nasi dengan cuba menyesuaikan diri di dalam bandaraya serba mencabar tanpa keluarga, tanpa saudara-mara juga rakan dan lebih-lebih lagi tanpa TRISTAN LANCE.

Alangkah bahagianya hati aku jika TRISTAN LANCE masih tetap ada bersama dengan aku bila aku perlukan dia sebab hanya dia sorang sahaja yang mampu buat hidup aku rasa cukup sempurna segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience