|-|Urt² 27

Romance Series 12069

"Akhirnya... kau datang jugak."

Tenang Cassius bersama isterinya Talia menghadapi Ford yang memegang senjata api bersedia untuk membunuh mereka berdua malam itu.

"Aku datang adalah untuk membunuh kau dan jugak keluarga kau."

Jawab Ford tanpa rasa gugup kerana telah menjadi darah dagingnya sebagai pembunuh milik Dyer.

"Aku merayu pada kau. Bunuhlah aku dan isteri aku. Tapi tolonglah selamatkan anak aku. Satu-satunya anak perempuan yang aku ada daripada Dyer, tolonglah..."

Talia menitiskan air mata tanpa henti di belakang badan suami tercintanya setelah mendengar setiap kata-kata terakhir suaminya sebelum nyawa mereka berdua berakhir.

"Mustahil untuk aku penuhi permintaan kau sedangkan aku adalah pembunuh dan bukannya malaikat pelindung anak perempuan kau."

Tangan Ford bersedia untuk melepaskan tembakan pada mereka berdua.

"Kerana kau terhutang nyawa dengan aku dengan mencabut dua nyawa iaitu nyawa aku dan isteri aku. Jadi, sebagai balasan aku cuma mintak satu nyawa daripada kau untuk kau lindungi seperti nyawa kau sendiri. Tolonglah... aku merayu..."

Cassius memegang kaki Ford di hadapan Talia menitiskan airmata terakhirnya menahan sebak atas nasib malang keluarganya yang kini tertulis di tangan Ford.

"Maaf, kau tak sepatutnya merayu pada pembunuh seperti aku kerana aku bukannya seperti yang kau sangkakan."

Dengan tanpa rasa bersalah Ford terus mengarahkan senjata apinya dan melepaskan tembakan sebanyak dua kali tepat mengenai Cassius juga Talia maka jasad mereka berdua rebah ke lantai bermandikan darah.

"NOOOOO...!!!!"

Jerit Hazel meraung sekuat-kuatnya menyaksikan pembunuhan kejam yang di lakukan Ford atas kedua orang tuanya.

Ford yang baru menyedari kehadiran Hazel juga benar-benar terperanjat lalu Ford terus mengarahkan senjata api pada Hazel dengan niat untuk membunuhnya.

Perlahan-lahan kakinya mendekati Hazel dengan kiraan tiga untuk menekan picu namun dirinya terhenti apabila melihat mata ketakutan Hazel teramat-amat menatapi anak matanya.

Kenapa Ford? Kenapa kau tak bunuh dia lagi? Bunuh dia sekarang Ford. BUNUH DIA! Apa yang kau tunggu lagi? Selama ni, kau tak pernah teragak-agak pun untuk bunuh mangsa kau. Tapi kenapa kali ni, tangan dan hati kau tak mahu ikut cakap kau Ford? KENAPA?? Apa yang kau fikirkan Ford?

"DAMN IT! Aku bagi kau peluang hidup untuk kali ni. Ikut aku sekarang! Aku akan bawak kau ke tempat yang lebih selamat daripada Dyer dan orang-orang dia."

Ford terus menarik tangan Hazel membawanya lari bersamanya.

****____****_____****_____****

"HUUUH!"

Ford terus terbangun mengingati mimpi ngeri yang sentiasa menghantui dirinya bertahun-tahun atas rasa bersalahnya pada Hazel dan keluarganya selama ini.

Ford melangkah ke arah balkoni tanpa membangunkan Hazel yang sedang tidur lena bersebelahannya dengan memegang senjata api miliknya.

Dengan raut wajah sedihnya Ford termenung jauh bersendirian malam itu.

"Ford?"

Sapa lembut Hazel dari belakang Ford.

"Maaflah, kalau Ford mengganggu Hazel tidur."

Jawab Ford tanpa menoleh ke arahnya.

"Ford okay ke? Apa yang Ford sedang fikirankan sekarang di waktu malam-malam macam ni?"

Hazel hanya memerhatikan sikap pelik Ford yang masih memegang senjata apinya.

Perlahan-lahan Ford mendekati Hazel dan tangannya terus memberikan senjata api itu padanya.

"FORD NAK HAZEL TEMBAK FORD SEKARANG. BUNUH FORD DENGAN SENJATA API FORD TU HAZEL. COME ON. SHOOT ME."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience