|-|Urt² 28

Romance Series 12069

"Apa yang Ford buat ni Ford? Tolonglah jangan takutkan Hazel malam-malam macam ni Ford?"

Tangan Hazel menggeletar memegang senjata api yang di berikan Ford.

"Ford tak main-main Hazel! Hazel berhak untuk bunuh Ford atas kesilapan Ford yang Ford telah buat pada keluarga Hazel sebelum ni. Dan Hazel sepatutnya bencikan Ford bukan sebaliknya!"

Ford cuba membuat Hazel membencinya dengan sikap kasarnya pada Hazel.

"Keluarga Hazel?? Maksud Ford mama dan papa Hazel sebelum ni? Apa yang Ford dah buat pada mereka berdua Ford... Hazel tak faham..."

Hazel semakin mendekati Ford untuk menginginkan jawapan sejelasnya dengan tangannya masih lagi memegang senjata api.

"BUNUH FORD HAZEL. SHOOT ME, NOW."

Pantas tangan Ford menarik tangan Hazel yang memegang senjata api dan di arahkan tepat pada jantungnya.

"NO FORD, NOOO! Hazel tak akan buat Ford macam tu!"

Jerit Hazel ketakutan menarik semula tangannya pada Ford tetapi di pegang kuat oleh Ford tanpa melepaskannya.

"Kenapa Hazel tak sanggup bunuh Ford sedangkan Ford adalah penyebab kedua orang tua Hazel mati selama ni. Kalau Hazel nak tahu yang sebenarnya... Ford yang bunuh mereka dengan menembak mereka menggunakan senjata api yang Hazel sedang pegang sekarang. Jadi, tolonglah bunuh Ford Hazel. Tolonglah hentikan segala mimpi buruk Ford jugak rasa bersalah Ford pada Hazel yang Ford perlu tanggung bertahun-tahun selama ni... tolonglah Hazel... Ford bersedia mati di tangan Hazel."

Ford menatap sayu mata Hazel dengan matanya merah berkaca-kaca.

Hazel menjerit sekuat-kuatnya sambil menutup telinganya seakan terkena histeria keliru terhadap pengakuan Ford di sebabkan dirinya yang hilang ingatan akibat trauma dengan kejadian pembunuhan kejam kedua orang tuanya.

Kerana kerasukan marah yang teramat Hazel nekad membunuh Ford dengan mengarahkan senjata apinya tepat di kepala Ford.

"Sekarang... barulah aku ingat semula Ford. Kau bunuh mama dan papa aku dengan kejam Ford. Kau tembak mereka berdua di depan mata kepala aku sendiri. Dan sekarang... aku akan balas dendam atas apa yang kau dah buat pada mereka Ford! Kau memang kejam!!!"

Hazel mengalirkan airmata rasa begitu kecewanya di khianati oleh orang yang dirinya amat mempercayainya kerana sanggup mempertaruhkan nyawanya deminya.

"Ford bersedia Hazel... Ford bersumpah... Ford tak akan pernah salahkan Hazel atas kematian Ford. Dan... terima kasih... menghentikan segala penderitaan Ford Hazel... I... LOVE... U... HAZEL BELLA..."

Ford memejam rapat kedua belah anak matanya sedang tangan Hazel sedikit demi sedikit mengerakkan picu untuk menembaknya dengan kiraan tiga.

BAAAAANG BAAAAANG BAAAAANG!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience