|-|Urt² 22

Romance Series 12071

"Ahhh, aku dekat mana ni? Kamu ni siapa pulak?"

Hazel bangun lemah dari atas katil setelah tersedar melihat seorang budak lelaki remaja comel memerhatikan dirinya pelik dengan di tangannya memegang dulang berisi makanan.

"Abang Ford suruh bawakan sarapan untuk kak Hazel."

Jimie segera melangkahkan kakinya ke pintu setelah meletakkan makanan di meja.

"ABANG??"

Bertanya Hazel dengan raut wajah terkejut.

"Aku Jimie, adik Ford. Makanlah dan minum air tu untuk hilangkan pening kepala kak Hazel tu. Jangan risau, semua tu abang Ford yang buatkan untuk kakak."

Jimie segera mengunci pintu setelah keluar.

"JIMIE? KAMU BUAT APA NI JIMIE, KENAPA KAMU KUNCI KAKAK DEKAT DALAM NI? DAN MANA ABANG FORD KAMU YANG PENGECUT TU, KENAPA DIA SENDIRI JE YANG TAK HANTARKAN MAKANAN TU PADA KAKAK?! JIMIE, KAKAK KATA BUKA PINTU TAK GUNA NI!"

Ford hanya terdiam membatu bersandar di luar pintu Hazel mendengar setiap jeritan makian Hazel padanya.

__________________________

"Abang sukakan sangat-sangat kak Hazel, betul tak?"

Soal Jimie terang-terangan cuba membaca raut wajah Ford.

"Jangan mengarut, boleh tak?"

Ford mengelak dingin.

"Kalau tidak kenapa abang kurung kak Hazel sampai macam tu sekali? Setahu Jimie, bukan abang ke yang selalu kena kurung dengan semua GIRRL--FRIEENDZZ, ONE NIGHT STAND ABANG TU? Ni dah terbalik."

Sindir Jimie.

"Jangan nak mengarut la Jimie. Abang cuma nak tolong kak Hazel, itu je."

Ford bangun dari kerusi malasnya untuk ke arah bilik Hazel.

"Kenapa abang tak terus-terang je tentang perasaan abang tu pada kak Hazel? Jimie nak abang gembira, kerana abang juga berhak untuk hidup gembira macam orang lain."

Kata-katanya membuatkan Ford tersenyum.

"Siapa kata abang tak gembira? Bukan ke abang ada kamu yang selalu ambil berat tentang diri abang?"

Ford menyakinkannya.

"Sekurang-kurangnya bila Jimie mati nanti, Jimie dah tak risau lagi sebab Jimie dah pun jumpa pengganti Jimie untuk jagakan abang Ford."

Ford terus memeluknya kuat.

"Hei, apa yang kamu cakap ni Jimie? Abang akan pastikan yang abang mati dulu sebelum kamu Jimie. Itu sumpah abang pada ayah kamu. Jadi, abang tak nak kamu cakap yang bukan-bukan lagi depan abang, ok? ABANG SAYANGKAN KAMU JIMIE, INGAT TU."

Jimie tersenyum kecil dalam pelukan abangnya.

_______________________________

Ford mencuri masuk ke bilik Hazel sedang Hazel tidur secara senyap dan dirinya menyelimuti lembut Hazel tanpa menyedarkannya.

"MAAFKAN AKU HAZEL. MAAFKAN AKU..."

Ucap Ford lemah memerhatikannya tidur.

"KENAPA FORD? KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI? APA SALAH AKU PADA KAU FORD? DENGAN APA YANG KAU BUAT PADA AKU SEKARANG, AKU BENAR-BENAR TERLALU BENCIKAN KAU FORD!"

Hazel memegang kuat tangan kirinya menahannya.

"Aku tak peduli apa yang kau rasakan pada diri aku sekarang Hazel. Kerana inilah diri aku yang sebenar, yang kau anggap kejam dan tak berhati perut, itu yang kau nak katakan pada aku sebenarnya bukan? Kau kira beruntung sebab aku tak kurung kau dekat tempat yang lebih teruk daripada ni Hazel kerana tu, JANGAN CABAR KESABARAN AKU HAZEL KERANA KAU AKAN DUDUK DALAM NI SELAMA MANA YANG AKU MAHU, FAHAM!"

Ford melepaskan kasar tangannya dan terus menguncinya semula.

"BUKA PINTU NI FORD PLEASE JANGAN BUAT AKU MACAM NI FORD! TOLONGLAH, AKU NAK TAHU SIAPA KAU YANG SEBENARNYA FORD DAN APA YANG KAU NAK DARIPADA AKU FORD? FOOORD!!"

Hazel mengetuk-ngetuk pintu sekuatnya.

Aku memang tak mampu nak berterus-terang pada kau Hazel. Sebab kau akan bencikan aku jika kau tahu apa yang aku dah buat pada keluarga kau Hazel. Kerana tu, aku lebih rela lagi kau bencikan aku macam ni daripada kau bencikan aku UNTUK SELAMA-LAMANYA.

Ford menangis sepenuh hatinya terduduk sandar di pintu Hazel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience