|-|Urt² 1

Romance Series 12069

TOK TOK TOK!

Pintu di ketuk seseorang dari arah luar.

"Kak Jenny.. Masuklah kak, Hazel buatkan air kejap."

Pelawa Hazel dengan lemparan senyuman manisnya atas kedatangan tuan rumah sewanya itu.

"Tak perlulah susah-susah Hazel. Akak datang ni pun, cuma nak ambik duit sewa yang Hazel janjikan pada akak tempoh hari. Macam mana dah ada ke?"

Soalnya terus-terang tanpa membuang masa.

"Sebenarnya kak.. Hazel belum ada duit lagi nak bayar. Boleh tak kalau Hazel minta tempoh lagi?"

Hazel tertunduk malu agar wajah belas kasihannya di terima.

"Akak bukan apa, sebab dah lama sangat kamu tak bayar sewa ni... Dan akak rasa, akak dah tak boleh lagi nak bagi kamu duduk sini kalau kamu asyik tertangguh je bayarannya tiap-tiap bulan sebab akak pun nak pakai duit juga. Akak harap kamu faham."

Jenny memberikannya kata putus.

"Janganlah macam tu kak. Hazel janji akan bayar secepat mungkin bila duit ada nanti cuma Hazel minta tempoh dalam dua atau tiga hari ni je, bolehkan kak?"

Rayu Hazel dengan kedua tangannya di pegangnya.

"Baiklah... Akak harap kamu masih duduk lagi dekat sini Hazel."

Hazel akhirnya berjaya mencairkan hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demi untuk memiliki sesuatu yang lebih baik aku terpaksa melakukan perkara yang aku sendiri tidak bangga dengan diri aku kerana aku terpaksa bekerja di kelab malam untuk mencari duit lebih mudah dengan bayaran yang begitu lumayan.

Kelab yang sentiasa menyajikan bukan sahaja minuman yang mengkhayalkan manusia malahan juga tarian yang amat-amat menghairahkan mereka.

Aku terpaksa mengorbankan maruah aku dengan memakai pakaian begitu seksi sehingga aku merasakan seperti aku langsung tidak berbaju dan aku sendiri begitu jijik apabila setiap kali aku menatapi diri aku di dalam cermin.

Mungkin orang yang tidak mengenali diri aku akan mengecam aku sebelum tahu tentang asal-usul aku yang sebenar.

Dan Tristan, pastinya juga teramat-amat kecewa dengan pekerjaan yang aku buat sekarang jika dia masih ada.

"Jun?"

Panggil Renni yang juga sedang sibuk sepertinya dengan menghantar minuman-minuman keras dan melayani karenah pelbagai ragam pelanggan-pelanggannya kerana mabuk.

"Ada apa kau panggil aku?"

Sahut Hazel yang menggunakan nama samaran tanpa di kenali demi mengelak dari gangguan-gangguan lelaki-lelaki buas di luar sana.

"Ada bilik VIP yang nak kau menari untuk mereka malam ni."

Terang Renni seperti biasa jika Hazel perlukan duit lebih dari pertolongannya dengan mengenalkannya pada pelanggan-pelanggannya yang berstatus kaya.

~~~~~~~~~~~~~~

Betapa beratnya kaki aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu tetapi apakan daya zaman serba maju duit menguasai maruah diri kerana itu aku terpaksa mengorbankan harga diri aku deminya.

Aku menyiapkan diri untuk memulakan misi kerja kotor aku dengan memakai topeng muka cuba menyembunyikan identiti sebenar aku sebagai penari kelab malam.

Perlahan kaki aku melangkah masuk dengan tangan mengeletar menutupi pintu dan tibanya di dalam terlihat tiga orang lelaki di mana salah seorangnya kelihatan muda jika ingin di bandingkan dengan dua orang lelaki saingannya itu.

Lelaki itu berjaket kulit hitam penuh segaknya duduk di sofa merehatkan diri sambil kedua anak mata seksinya menatap tajam ke arah aku seakan-akan ingin menerkam untuk memakan aku hidup-hidup.

Wajah maskulin tampannya ketat memerhatikan aku yang sedang menari begitu ghairahnya cuba merangsang kelakian masing-masing.

Aku merasa sedikit pelik kerana lelaki muda itu sepertinya langsung tidak tergoda walau sedikit pun pada tarian mengasyikkan aku malahan dia hanya duduk mendiamkan diri jika ingin di bandingkan dengan dua orang lelaki lagi yang sememangnya begitu seronok sekali melihat setiap lenggokkan badan montok aku seperti mata mereka ingin jatuh terkeluar.

Setelah puas menyaksikan aksi panas aku tadi dua orang lelaki itu terus keluar dengan berkeadaan begitu mabuk sekali dan tinggallah aku bersama lelaki muda itu berdua-duaan di dalam bilik yang matanya tidak lekang langsung walau sesaat pun pada wajah aku.

Aku tiba-tiba terkejut apabila lelaki itu terus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu dengan menguncinya dari dalam supaya tiada sesiapa pun yang dapat memasuki bilik itu.

"Maaf, kenapa tuan kunci pintu tu ada apa-apa lagi ke yang tuan nak saya buat untuk tuan?"

Soal Hazel mengeletar.

Jaraknya antara lelaki itu membuatkan wajah Hazel berubah merah kerana malu yang teramat-amat sehingga dirinya dapat menghidu bau haruman minyak wangi maskulin lelaki itu yang begitu mengasyikkannya sehingga mampu merangsang naluri kewanitaannya.

"Nampaknya kau memang suka menari untuk lelaki-lelaki buas macam tadi."

Sinis penuh tajamnya lelaki itu berkata-kata.

"Ma..af...?"

Percakapan lelaki itu langsung tidak di fahami Hazel.

"TAKE OFF YOUR CLOTHES, NOW!!"

Tengking lelaki itu dengan ugutannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience